Wednesday, 31 October 2012

Mengapa ada ulamak tidak takutkan Tuhan?




Dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya: "Yang paling takut kepadaKu di kalangan hamba-hambaKu ialah ulamak." (Al-Fathir:28)

Ayat ini jelas menunjukkan yang paling takut kepada Allah adalah ulamak. Ilmu yang ada pada ulamak itu melayakkan mereka untuk jadi orang yang takutkan Allah. Tapi realiti yang berlaku ulamak yang ada pada hari ini sudah tidak takutkan Allah, malah ramai di antara mereka sewenang-wenangnya mengabaikan perintah Allah.

Apa sudah berlaku?
Apa yang tidak kena sehingga realiti itu bertentangan dengan kehendak ayat ini?

Mari kita pekatakannya.

1) Ulamak menjadi orang yang tidak takutkan Allah disebabkan ilmu mereka tidak cukup. Ilmu tidak global. Ilmu mereka hanya pada satu-satu bidang sahaja dan tidak menyeluruh. Kebanyakan bertumpu pada ilmu fekah. Mereka menguasai ilmu fekah sehingga boleh berhukum dan memberi fatwa. Tetapi mereka tidak pula berminat pada tasawuf. Ada juga yang mengambil usuluddin hingga mahir, boleh berpidato dan berbahas tentangnya. Tapi tidak pula mendalami fekah dan tasawuf. Sedangkan untuk takutkan Allah, ilmunya kena diambil secara pakej. Tidak boleh bertumpu pada satu-satu ilmu sahaja. Kenalah dipelajari, difahami dan dihayati ketiga-tiga bidang ilmu iaitu tauhid, fekah dan tasauf. Bila dikatakan ulamak tidak boleh disebut ulamak tauhid atau ulamak fekah atau ulamak sufi. Sebut sahaja ulamak bermaksud, ilmu mereka mencakupi ketiga-tiga bidang tersebut. Ini yang patut difahami.

2) Ulamak tidak takutkan Tuhan kerana mereka mengambil ilmu sebagai pengajian sahaja dan melupakan pendidikannya. Sedangkan pada ilmu itu ada pengajian dan ada pendidikan. Ilmu itu pengajiannya adalah dengan belajar atau berguru sedangkan pendidikan itu adalah perlaksanaan ilmu. Daripada perlaksanaan ilmu barulah ilmu itu boleh di”apply” dengan berkesan. Daripada perlaksanaan ilmu barulah ilmu itu boleh dihayati dan dijiwai. Perlaksanaan ilmu itu pula kenalah ada murysid yang “monitor”, jika tidak perlaksanaan ilmu tidak akan berjaya. Ulamak tidak boleh berdiri dengan sendirinya, kecuali dia adalah mursyid. Ulamak kena bersandar pada mursyid kerana di situ dia akan menempuh proses pendidikan.

3) Ulamak juga tidak menjadi atas faktor niat menuntut ilmu sudah tersasar. Awal niat itu menentukan kejayaan ulamak bersama Tuhannya. Jika awal niat belajar atau menuntut itu kerana Tuhan, maka natijahnya adalah baik dan sampai kepada Tuhan. Tetapi jika niat itu bukan kerana Tuhan, ada terselit kepentingan peribadi dan dunia, maka natijahnya ulamak itu rosak hubungan dengan Tuhan. Dia tidak dapat menjadi orang yang takutkan Tuhan kerana ilmu yang ada padanya tidak dapat membentuk dirinya. Ini disebabkan roh ilmu itu sudah dirosakkan oleh niatnya yang tersasar tadi. Ilmu yang tanpa roh tidak akan memberi kesan pada jiwa. Tidak memberi kekuatan pada dalam diri. Ia sekadar ilmu biasa yang bertapak di akal, bukan di hati.

4) Faktor guru memainkan peranan penting dalam menuntut ilmu. Walaupun sudah menuntut ilmu dan seseorang itu boleh “claim” dirinya ulamak tetapi harus dilihat siapakah gurunya. Apakah dengan mendapat ijazah dalam pengajian Islam itu sudah boleh ditabalkan sebagai ulamak? Sedangkan entah siapa-siapa gurunya yang sudah tentu boleh dipersoalkan pula entah daripada mana ilmu guru itu. Hakikatnya, hanya ulamak yang melahirkan ulamak. Sebab itu ulamak yang tak menjadi ini, boleh dikatakan kesilapan besar mereka adalah dalam memilih guru. Mereka sangka guru mereka ada di universiti sahaja. Mereka sangka belajar secara formal dengan guru tersebut boleh melayakkan diri mereka menjadi ulamak. Sedangkan mereka tak teliti dan berhati-hati dalam memilih guru yang benar-benar ulamak dalam mengajar dan mendidik mereka. Guru yang sepatutnya membawa mereka cintakan Tuhan, bukan sekadar cintakan ilmu.

Wassalam

WUDHU'




Ada tujuh perkara yang membatalkan wudhu':
1. Buang airbesar
2. Buang air kecil
3. Kentut
4. Tidurlelap sehingga mata tak melihat dan telinga tak mendengar
5. Hilang akal lantaran gila, pengsan atau mabuk
6. Istihadhoh ringan, sedang dan berat (bagi wanita)
7. Janabah atau semua hadas yang membatalkan mandi.

* Wudhu' itu sendiri hukumnya sunnat dan akan menjadi wajib disebabkan perkara-perkara berikut:

a) Kerana suatu shalat yang wajib; atau sholat ihtiyat wajib; atau sholat qodho' yang terlupa; atau sholat sunnat.
b) Kerana tawaf wajib yang didahului ihram.
c) Kerana nazar ingin berwudhu'
d) Kerana ingin menyentuh tulisan AlQuran; dan ihtiyat wajib kerana ingin menyentuh nama Allah dan sifatNya; nama para nabi dan imam serta Siti Fatimah az-Zahro' as.
MASALAH-MASALAH WUDHU'

* Apabila anggota wudhu' dibalut kerana luka dsb , jika ianya bagian dari anggota yang wajib dibasuh (seperti muka dan tangan) maka ia wajib dibasuh jika mampu. Begitu juga dengan anggota yang disapu atau diusap. Tapi jika tak mungkin dilakukan, maka cukuplah dicuci atau disapukan air ke atasnya saja.

* Luka dan borok yang dibalut, atau bercak yang melekat pada anggota wudhu' yang kena air, hukumnya sama dengan dialas. Tetapi jika bercak yang melekat itu menghalangi sampainya air ke anggota wudhu' , maka mestilah dihilangkan terlebih dahulu, seperti cat, getah dsb. Dan jika tak dapat dihilangkan dengan segera, maka diwajibkan bertayammum.Danjika bercak tadi melekat pada anggota tayammum, maka ia diwajibkan berwudhu' dan bertayammum. Tapi jika tidak berbalut, maka cukuplah hanya dicuci di sekelilingnya saja, namun berihtiyat sunnat menyapukan air ke atasnya kalau dapat.

* Bagi yang yakin bahwa ia telah berwudhu', lalu timbul syak apakah telah terjadi hadas yang membatalkan atau tidak, maka hukumnya ia masih dalam keadaan berwudhu'. Dan jika terjadi sebaliknya, yakni ragu-ragu apakah ia telah berwudhu selepas melakukan hadas tadi atau pun belum, maka hukum kan yang ianya berhadas dan belum berwudhu'. Kalau yakin akan keduanya, tapi syak manakah yang lebih dahulu , maka hukumkan telah berlaku hadas dan wajib wudhu' semula.

* Boleh berwudhu' dengan air panas atau pun dingin

* Sebelum masuk waktu sholat wajib, maka niat wudhu' bukanlah untuk sholat yang wajib kemudian, tapi dengan niat lain, misalnya bemiat ingin sentiasa berada dalam keadaan berwudhu' saja.

* Dibolehkan berwudhu' walau badan terkena najis, selagi anggota wudhu' suci dari sebarang najis.

* Boleh berwudhu' di sungai yang besarjuga dari padang yang luas, walau milik orang lain selagi diketahui yang pemiliknya tak akan melarang atau pemilik masih kecil atau gila.

* Satu wudhu' adalah memadai untuk mensucikan hadas-hadas kecil yang banyak; sebagaimana satu mandi hadas adalah cukup untuk mensucikan hadas-hadas besar yang lain.

* Air-air berikut tidak najis dan tidak membatalkan wudhu':

1. Air wadi, yaitu cairan yang keluar setelah kencing.
2. Air mazi, yaitu cairan yang keluar di saat bercumbu
3. Air wazi, yaitu cairan yang keluar setelah keluarnya mani.

  • Jika tidak beristibro' dengan mengurut bahagian bawah zakar, lalu keluar air mani yang menimbulkan syak, maka batallah wudhu'nya dan ulangi semula.

ISTIBRO' DAN CARANYA

Istibro' ialah meyakinkan diri bahwa di saluran zakar tidak tersisa air kencing atau pun mani.

* Istibro' daripada najis mani adalah dengan melakukan kencing sebelum melakukan mandi janabah.

* Istibro' daripada najis kencing ialah mengurut bagian bawah zakar, dimulai dari pangkal saluran zakar ke arah batang zakar sebanyak tiga kali; lalu terus ke kepala zakar sebanyak tiga kali dan memerahnya tiga kali. Adalah lebh baik dilakukan agak lama sehingga yakin bahwa air kencing tidak lagi tersisa di dalam zakar.

* Wanita tidak perlu beristibro' dan basah yang keluar dari mereka tidak najis dan tidak perlu berwudhu'. Tetapi sebaiknya menunggu sebentar, kemudian melakukan dehem sambil memeras dan mencucinya.

* Faedah istibro' ialah: jika didapati basah sesudah melakukan istibro' kencing dan diragukan apakah ianya air kencing atau bukan , maka hukumnya bukan air kencing dan tidak perlu berwudhu' semula. Dan jika diragukan apakah yang keluar itu air kencing atau mani setelah istibro' mandi janabah, maka dihukumkan yang ianya adalah air kencing dan wajib wudhu' saja. Tapi jika ianya tidak beristibro', maka yang keluar dihukumkan sebagai air mani dan wajib mandi janabah semula.
 

MANDI



Mandi terbagi pada dua bahagian: Mandi wajib dan mandi sunnat.Mandi sunnat banyak sekali, sementara mandi wajib ada tujuh macam:

1. Mandi janabah
2. Mandi Haid
3. Mandi Nifas.
4. Mandi Istihadhoh
5. Mandi kerana menyentuh mayat yang sudah sejuk tapi belum dimandikan
6. Mandi Mayat.
7. Mandi sunnat kerana nazar, seperti bernazar ingin mandi sunnat Jumat atau mandi ziarah dsb.

MANDI HADAS

Ada dua cara mandi: secara tertib dan secara tenggelam (irtimasi).

1. Cara mandi tertib:

a) Membasahi kepala dan leher
b) membasuh badan bagian sebelah kanan dengan memulai bahu kanan sehingga ke ujung jari kaki kanan.
c) Membasuh bahagian kiri badan mulai dari bahu sehinggalah ke ujung jari kaki kiri. Mendahulukan kanan ke atas kiri tidaklah wajib; tapi lebih baik dan ihtiyat sunnat saja.

2. Cara mandi irtimasi (tenggelam): yakni dengan menenggelamkan seluruh tubuh badan ke dalam air (sungai misalnya) secara sekali tanpa urutan seperti di atas.

BEBERAPA MASALAH PENTING

* Mandi janabah telah memadai dan berwudhu' atau dari mandi-mandi yang lain seperti mandi sunnat, kecuali mandi untuk istihadhoh sedang bagi pcrempuan.

* Hukum jabiroh (orang yang dibalut karena luka) pada mandi sama dengan hukum jabiroh pada wudhu' kecuali untuk mandi may at. Bezanya ialah: jika yang menghalangi dari mandi berupa luka atau borok yang tak berbalut, maka dia boleh mandi atau tayammum. Jika dia pilih untuk mandi maka sebaiknya dia letakkan kain di atasnya kemudian menyapunya dengan air. Namun mengikut fatwa yang jelas ialah cukup baginya menyapukan air di sekeliling luka itu. Tapi jika yang menghalangi berupa patah tulang yang dibalut, maka wajib mandi dan menyapukan air ke atasnya. Tapi jika ianyatak berbalut atau tak mungkin menyapukan air ke atasnya lantaran pembalutnya najis misalnya, maka ia wajib melakukan tayammum saja.

* Sebelum mandi janabah, haid, nifas , istihadhoh atau lantaran menyentuh mayat yang telah sejuk sebelum diman-dikan, maka diharamkan baginya untuk melakukan sesuatu yang mensyaratkan kesucian * Wajib mandi jika berlaku janabah, haid.nifas, istihadhoh, atau menyentuh mayat sebelum melakukan:

1. Sholat wajib atau sholat sunnat serta bagian-bagiannya yang terlupa, melainkan sholat mayit yang kesucian bukan merupakan syaratnya.
2. Puasa ; yang kelak akan kita sentuh di bab puasa.3. Tawaf wajib yang diawali dengan ihrom.
4. Menyentuh tulisan AlQuran; dan ihtiyat wajib juga di dalam menyentuh nama Allah, sifatNya, nama para nabi dan imam serta Fatimah az-Zahro' as.
4. Masuk ke dalam masjid, melainkan untuk sekedar melintas saja; kecuali masjid Haramain, Mekah dan Madinah.
5. Meletakkan sesuatu ke dalam masjid walau sambil melintas atau meletakkannya dari luar masjid; atau ingin mengambil sesuatu dari masjid.
6. Berada dan berdiam di dalam masjid atau di tempat-tempat yang mulia seperti makam Nabi saw dan para imam as.
7. Masuk ke dalam masjid Haramain Mekah dan Madinah.
8. Membaca ayat-ayat Azaim, yakni ayat-ayat yang mengandung wajib sujud.

SEBAB JANABAH

Sebab janabah ada dua:
1. Keluarnya air mani walau di saat tidur. Cairan yang keluar setelah mandi janabah, jika tidak dilakukan istibro' (kencing) sebelumnya , maka ia akan dianggap sebagai air mani dan wajib mandi semula.
2. Masuknya kepala zakar ke dalam faraj atau dubur sekalipun tidak keluar mani.

*Jika berlaku kencing di pertengahan mandi maka ihtiyat wajib melakukan wudhu' semula selepas mandi; tapi jika tidak maka cukup mandi saja.

MAKRUH bagi orang yang janabah melakukan hal-hal berikut:

1. Makan dan minum, kecuali setelah berwudhu* atau berkumur kumur dan memasukkan air ke hidung lalu mengeluarkannya kembali.
2. Membaca lebih dari tujuh ayat Al Quran selain dari ayat-ayat Azaim. Ihtiyat (sebaik-baiknya) tidak membaca Al-Quran sama sekali ketika berada dalam keadaan janabah.
3. Menyentuh halaman AlQuran yang tak bertulis.
4. Tidur kembali dalam keadaan janabah melainkan setelah wudhu' atau tayammum sebagai ganti wudhu'.

Sunnat bagi orang yang janabah melakukan hal-hal berikut:

1. Mencuci kedua belah tangan sebelum mandi dari siku hingga ke ujung jari sebanyak tiga kali.
2 . Berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung lalu mengeluarkannya.
3. Menyapu dengan tangan seluruh badan yang dapat dicapai oleh tangan terutama di dalam mandi secara tertib.
4. Menanggalkan cincin dsb.
5. Beristibro' dengan melakukan kencing sebelum memulai mandi janabah.

HUKUM KETAWA




Menurut Dr Yusof Qardhawi, "Sesungguhnya, tertawa itu termasuk tabiat manusia. Binatang tidak dapat tertawa kerana tertawa itu datang setelah memahami dan mengetahui ucapan yang didengar atau sikap dari gerakan yang dilihat, sehingga ia tertawa kerananya." Melihat kepada pendapat di atas, hukum tertawa adalah boleh. Islam tidak melarang seseorang itu untuk berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa.

CARA NABI SAW BERGURAU

Nabi Muhammad SAW pernah bergurau dengan seorang wanita tua. Wanita tersebut meminta Nabi doakannya supaya beliau dimasukkan ke syurga. Kemudian, Baginda menjawab,

"Wahai ibu. Sesungguhnya, orang tua tidak masuk ke dalam syurga."

Selepas mendengar jawapan daripada Rasulullah, wanita tua itu segera pulang ke rumah dan menangis. Kemudian, Baginda bersabda,

Maksudnya : Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman, "Sesungguhnya kami menciptakan wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya."
(Hadis Tirmizi dan al-Baihaqi - sanad hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan : Para sahabat berkata "Wahai Rasulullah. Sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami." Baginda menjawab,
Maksunya : Ya, aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan yang benar.
(Hadis Trimizi dan Ahmad, sanad Ahmad)

CARA NABI KETAWA..

- Dengan cara melontarkan senyuman yang menarik.
- Tidak tertawa, kecuali apabila berhubung dengan kebenaran.
- Tidak berlebihan dalam tertawanya hingga tubuh bergoyang-goyang atau tubuh miring atau hingga terlihat langit-langit Baginda.
- Bukan berupa hal yang sia-sia, atau permainan semata-mata atau hanya sekadar untuk mengisi waktu lapang.
* Ada riwayat yang meunujukkan bahawa kebanyakan ketawa Baginda ialah dengan tersenyum, dan apabila Baginda ketawa, Baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebut bahawa Rasulullah ketawa dengan tidak menunjukkan gigi.



kETIKA BERGURAU SENDA...

Dr Yusof Qardhawi telah mengariskan lima etika dalam bergurau senda :

1) Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi SAW bersabda,
Maksudnya : Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia!!!

2) Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Allah telah berfiman dalam surah al-Hujurat, ayat 11, "Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik daripada orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita lain, kemungkinan wanita yang dihina lebih baik daripada wanita yang menghina.."

Nabi juga ada bersabda,
Maksudnya : Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya seMuslim.
(Hadis Muslim - sahih)

Penghinaan itu juga termasuk cara seseorang itu meniru perbuatan orang lain. (sabah : mengolok-ngolok).

Saidatina Aisyah RA berkata, "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia." Lalu, Baginda bersabda,
Maksudnya : Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.
(Hadis Ahmad dan Baihaqi - sanad sahih)

3) Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir RA berkata, "Sesungguhnya, kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya, dan mengejutkan lelaki yang mengantuk itu, menyebabkan dia terperanjat." Rasulullah SAW bersabda,
Maksudnya : Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.
(Hadis Thabrani - sahih)

Nabi bersabda,
Maksudnya : Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seIslamnya dengan niat melawak atau betul-betul.
(Hadis Ahmad - sahih)

4) Janganlah melawak di tempat yang serius dan janganlah serius di tempat yang melawak.

Dalam Islam, ada tiga perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi SAW bersabda,
Maksudnya : Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samada dalam keadaan melawak atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba.
(Hadis Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah - sanad hasan)

Sesungguhnya, Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar bacaan al-Quran.
Firman Allah SWT dalam surah an-Najm, ayat 59-61, "Adakah kamu hai musyirikin rasa hairan dengan ayat-ayat suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendenrnya, tidak menangis ketika mendengranya dan kamu dengar dengan keadaan lalai."

5) Hendaklah melawak sekadar yang perlu dan tidak berlebihan.

Nabi SAW bersabda,
Maksudnya : "Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati."
(Hadis Ahmad dan Ibnu Majah - sanad hasan)

Saidina Ali RA juga pernah berkata, "Masukkan lawak dalam kata-kata sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu."

*Rujukan : Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarh asSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Qardawi.

begitulah indahnya Islam ini..mengajar kita sentiasa bersederhana walaupun dalam gurau senda.. sederhana walaupun tika tertawa.. hanya diri sendiri yang sering alpa dalam menghayati akhlak Islam yang sebenar..

sukar sebenarnya mendidik diri untuk tidak tertawa pada perkara yang sia-sia dan sekadar mengisi masa lapang..kadang-kala waktu santai selepas makan pun banyak dihabiskan dengan tawa..riuh rendah di kedai makan pun banyak terisi dengan gurau senda.. terpukul rasanya bila mengetahui bahawa Baginda saw hanya tertawa pada perkara yang benar.. moga2 titipan ini mampu menjadi ingatan buat diri,dan juga semua saudara seakidah yang dikasihi..

ingatan buat diri dan semua yang dikasihi..

Menurut Yahya bin Muadz ar-Razi, ada empat perkara yang akan menghilangkan tawa di bibir seorang Mukmin iaitu :
1) Kerana memikirkan akhirat.
2) Kesibukan mencari keperluan hidup.
3) Risau memikirkan dosa.
4)Apabila tibanya musibah dan bala.


Tuntutan Syahadah.

Dua kalimah syahadah:

“ ASYHADUALLA ILLA HAILLALLAH,WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULLULAH”.

Ertinya: Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain ALLAH,dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH.

Mengikut pengertian kalimah syahadah yang di rumuskan oleh para ulama ialah,kalimah syahadah dapat didefinasikan sebagai:

“Suatu lafaz yang khusus yang diucapkan untuk mengkhabarkan ilmu dan keyakinan tentang hakikat keujudan,keesaan,keagungan , dan kekuasaan ALLAH s.w.t,yang berhak disembah dan tentang hakikat kebenaran dan kerasulan nabi Muhammad s.a.w serta kebenaran segala yang di sampaikannya yang semestinya menjadi ikutan”.

Kalimah syahadah (LAILLA HAIL LALLAH) di namakan:
1) Kalimah Tauhid : kerana meng-esa kan ALLAH s.w.t
2) Kalimah Iman : kerana jika tidak meng-esakan tiadalah iman.
3) Kalimah Islam : Kerana sebagai seorang islam wajib junjung kalimah ini.
4) Kalimah Musarrafah :kerana ia adalah kalimah yang paling ringan (sebut sekali gugur 7000 dosa)
5) Kalimah Thoibah : kerana ia adalah kalimah yang paling baik.
6) Kalimah mukarromah : Kerana ia adalah kalimah yang berkeromah dan bertuah.
7) Kalimah muazzamah :Kerana ia adalah kalimah yang paling berat.(orang bukan islam (kafir) yang idup 500 tahun sekali sebut kalimah lailahaillallah,maka gugur segala dosanya).
Cool Kalimah syahadah : kerana ia adalah kalimah menyaksikan.

Rukun Syahadah 4 perkara:
1) Isbatkan (menetapkan) Zatullah.
2) Isbatkan (menetapkan) Sifatullah.
3) Isbatkan (menetapkan) Afaallullah.
4) Isbatkan (menetapkan) kebenaran Rasullullah.

Setiap rukun tidak sah jika tiada syarat,maka syarat Syahadah ada 4:
1) Isbatkan Zatullah ada 6 sifat.
2) Isbatkan Sifatullah ada 7 sifat.
3) Isbatkan Afaallullah ada 7 sifat.
4) Isbatkan kebenaran rasullulah ada 3.

Isbatkan Zatullah (6 sifat).
Wujud,Qidam,Baqa,Mukhalafatuhu lil hawadith,Qiyamuhubinafsih,Wahdaniah.

Isbatkan Sifatullah (7 sifat)
Qudrah,Irodah,Ilmun,Hayyat,Samak,Basor,Kalam.

Isbatkan Zatullah (7 sifat)
Qadiirun,Muriidun,sami’un,Basiirun,Mutakallimun,A’liimun,Hayyun.


Isbatkan kebenaran Rasullullah (ada 3)
Qauli,Fekli,Ahwal.

Qauli (perkataan) = Menetapkan bahawa Rasullullah s.a.w sentiasa berkata benar serta benci kepada dusta.

Fekli (perbuatan) = Menetapkan bahawa perbuatan Rasullullah s.a.w sentiasa melakukan kebaikan yang dituntut oleh syarak serta menjauhi/membenci sgala yang di tegah.

Ahwal (sifat/perangai antara nabi dengan tuhan) = Hal diantara baginda Rasullullah s.a.w,bermula dari baginda dilahirkan sehingga baginda wafat.

Fardhu Syahadah (ada 2 perkara):

Iqrar dengan lidah - kata laillahaillallah.
Tasdiq dengan hati - mengaku dengan hati.

Syarat Iqrar ada 4 wajah:
1) Asyhadu (ertinya kita mengaku cita-cita kita kepada Allah s.w.t dan syariatnya.
2) Tasdiq (erti hati kita percaya dan terima).
3) Saksi ( erti tasdiq,tidak ada tuhan lain selain Allah s.w.t)
4) Tempat yang menyaksikan ( erti kita tasdiq kepada Allah s.w.t,tidak mengharapkankepada yang lain melainkan Allah s.w.t,cita-cita dan perjanjian kita kepada Allah s.w.t).




Nafi dan isbat.

Sabda Rasullullah s.a.w:

“Tidak bercerai di antara nafi dan isbat dan sesiapa yang
Menceraikan antara kedua-duanya,maka orang itu kafir”.


Kalimah syahadah mengandungi Nafi & Isbat.

LAA KALIMAH NAFI.
ILAAHA KALIMAH MANFI.
ILLA KALIMAH ISBAT.
ALLAHU KALIMAH MUSABAB.


KALIMAH LAA : Dinamakan kalimah nafi kerana mahu memberitahu bahawa Allah s.w.t tiada di alam ini.kerana segala yang ada di alam baharu ini akan binasa.maka mustahil bagi Allah menyerupai segala yang bersifat baharu.Wujudnya zat Allah s.w.t itu tiada permulaan dan tiada binasanya,tidak berpihak,bertempat ,bermasa,be ruang,berjisim dan suci daripada segala perumpamaan.

KALIMAH ILLAHA : Dinamakan kalimah manfi bertujuan menerangkan bahawasanya sampai bila pun mahluk tidak akan serupa dengan Allah pada zat.sifat dan perbuatannya.Membezakan di antara mungkinil hadas dan wajibul wujud.

KALIMAH ILLA : Dinamakan kalimah Isbat bertujuan memberitahu keputusan iktiqad kita orang mukmin dan mukminat bahawa Allah s.w.t sahajalah tempat bergantung.

KALIMAH ALLAHU : Dinamakan kalimah musabab bertujuan memberitahui tetap sifat kesempurnaan pada Allah s.w.t.Daripada Allah dan kepada Allah s.w.t.


BARANG SIAPA YANG TIDAK MENGETAHUI RAHSIA KALIMAH LAILLAHAILLALLAH MAKA IA ADALAH ISLAM MINANNAS (ISLAM PADA PANDANGAN MANUSIA) TETAPI KAFIRUN MINALLAH (KAFIR DI SISI ALLAH S.W.T).TIDAK DI TERIMA SEGALA AMALAN NYA,KERANA JAHIL TERHADAP TUHANNYA DAN DIRINYA (JAHIL MURAKKAB).


PEMBAHAGIAN KALIMAH LAILLAHAILLALLAH.
1) LAA DINAMAKAN SIFAT JALAL (5 SIFAT).
2) ILLAHA DINAMAKAN SIFAT JAMAL (6 SIFAT).
3) ILLA DINAMAKAN SIFAT QAHAR (4 SIFAT)
4) ALLAHU DINAMAKAN SIFAT KAMAL (5 SIFAT).


1) Kalimah LAA mengandungi 5 sifat iaitu :
a) wujud.
b) Qidam
c) Baqa
d) Mukhallafatuhu lil hawadith
e) Qiyamuhu Binafsihi.

2) Kalimah ILLAHA mengandungi 6 sifat iaitu:
a) samak
b) basor
c) kalam
d) sami’un
e) basiruun
f) mutakallimuun

3) Kalimah ILLA mengandungi 4 sifat iaitu:
a) qudrah.
b) Irodah.
c) Ilmun.
d) Hayyat.



4) Kalimah ALLAHU mengandungi 5 sifat iaitu:
a) wahdaniah.
b) Qadirun.
c) Muridun.
d) Alimuun.
e) Hayyun.

LAA sifat JALAL bermakna ketinggian ALLAH s.w.t.
ILLAHA sifat JAMAL bermakna kelokan ALLAH s.w.t
ILLA sifat QAHAR bermakna kekerasan ALLAH s.w.t
ALLAHU sifat kamal bermakna Kesempurnaan ALLAH s.w.t

BILA DI CANTUM KEEMPAT-EMPAT KALIMAH DIATAS ,MAKA IA DINAMAKAN KALIMAH MUAZZAMAH.


Tuesday, 30 October 2012

SYUKUR




"Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman, maka mengapa mereka tidak bersyukur?". (Yaasin: 73)

"Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara manusia yang bersyukur." (As-Sajadah: 9)
...

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah ni'mat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Ibrahim: 7)

Hadis Nu'man bin Basyir r.a., bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda "barangsiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, nescaya tidak akan bersyukur kepada yang banyak; barangsiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, nescaya tidak akan bersyukur kepada Allah Taala."

Bersyukur kepada manusia bermaksud menghargai dan berterima kasih kepada manusia yang banyak menabur jasa dan bakti kepada kita tanpa diminta dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Mereka yang dimaksudkan ialah seperti ibu-bapa kita, para guru dan Rasulullah SAW. Di samping memuji-muji dan mengagung-agungkan jasa kebaikan mereka, kita juga dituntut agar sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan untuk mereka.

Erti Syukur secara mudah ialah berterima kasih dan mengenang jasa. Orang yang tak bersyukur ialah orang yang lupa diri dan tak mengenang jasa.

Sesungguhnya Nabi SAW mengerjakan solat malam hingga kakinya bengkak-bengkak. Aisyah ra. bertanya kepada Baginda: Mengapa melakukan hal ini wahai Rasulullah, pada hal Allah mengampuni dosamu yang lalu dan yang akan datang ? Baginda menjawab: Salahkah jika aku ingin menjadi hamba yang bersyukur ?” (HR Bukhari).

Cara bersyukur atau berterima kasih atas kurnia Allah ialah dengan jadikan diri kita orang yang bertaqwa, banyak beribadah serta selalu memuji Allah dengan lisan dan di dalam hati
Lihat seterusnya..

♥♥ CINTA ♥♥





Ini dibariskan beberapa madah cinta yang ana dapat daripada satu web, jika ada gunanya, paparkanlah, jika tidak... abaikanlah... renungkanlah CINTA itu bukan hanya pada teman lelaki, tetapi, cuba lah bercinta dengan ALLAH, temanmu yang setia...

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
...

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yang boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yang mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.

Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.