Sebenarnya, kita ibu-ibu yang selepas bersalin ni, kena makan makanan yang berkhasiat sebab kita kena pulihkan kembali badan kita. Kalau ikutkan zaman sekarang, taip je di internet, kita akan jumpa pelbagai jenis resepi masakan untuk ibu-ibu berpantang ini. Semuanya nampak menyelerakan. Tiada alasan lagi kalau kita cakap, makanan orang berpantang ni membosankan. Dan apa yang saya nampak, lain tempat, lain caranya. Macam kawan saya, sup-sup boleh je makan.. Ikan singgang ke, sup ayam ke.. Then ada juga resepi-resepi masakan yang saya jumpa tu, kita boleh menggoreng menggunakan minyak. Kalau untuk saya pulak, kuah-kuah ni kena elakkan especially di awal-awal tempoh berpantang. Kalau bab goreng menggoreng ni pun elakkan juga terutamanya di awal tempoh berpantang sebab berminyak. MIL dan suami saya akan sediakan semuanya dalam bentuk panggang atau stim. Hinggala ke hari ini, barula saya makan goreng-goreng sikit.
Walaupun kita di suruh untuk makan makanan yang berkhasiat, tetapi ada juga larangan-larangan yang kita perlu ikut. Pesan ibu dan MIL saya, kalau nak makan ni, elakkan makan makanan yang berbisa dan gatal-gatal. Kalau makan makanan yang gatal-gatal atau boleh sebabkan alahan ni, dikhuatiri akan memudaratkan kita. Kemudian, bab sayur pulak, elakkan dari memakan sayur-sayur yang sejuk. Buah pun boleh tapi kena tengok buah jugak. Tidak semua buah boleh makan. Kalau buah and sayur-sayur yang sejuk ni cuba dielakkan sebabnya kesan jangka masa panjang. Takut sakit tulang, lemah otot dan yang berkaitan dengan sejuk. Sebabnya masa kita berpantang ni badan kita lemah lagi. Kalau tak silap saya boleh sebabkan penyakit arthritis.
Ini antara makanan yang boleh dan tak boleh kita makan.:
Ikan
Tidak - Ikan bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang, keli,parang ( Ikan yang berbisa), kembung, tamban, cencaru, tongkol dan makanan laut seperti sotong, udang, ketam, kerang dan lain-lain. (Ikan yang gatal dan sebabkan alahan pada kulit.)
Ya – Ikan Tenggiri, Bawal Putih, Bawal Emas, Salmon, Haruan, Siakap, merah, kerisi, kurau, kerapu, senangin, jenahak, ikan bilis.
Sayur, Buah-buahan dan Ulam
Tidak – Kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botol, petai, jering, terung, nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Elakkan makan jenis yang menjalar dan sejuk.
Ya - Lobak putih, daun pegaga ( sangat bagus untuk membanyakkan susu), pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum, halia ( MIL saya akan cuba untuk tidak masak menggunakan halia di awal tempoh sebab dipercayai ia boleh menyebabkan jaundis), Epal merah, pir
Itu antara makanan yang boleh dan tak boleh di makan.
Hehehe ini hanyalah sekadar panduan sahaja ye kawan-kawan. Ni apa yang di beritahu pada saya. Ya, saya memang berpantang makan, ( walaupun saya tahu, ada juga yang makan je apa yang dia rasa ok.. Ikut kesesuaian badan.. ) Walaubagaimanapun, pantang saya tidakla strict sangat.. Saya boleh makan sayur, buah dan minum air secukupnya sebab makanan berkhasiat amat penting waktu ni. Badan lemah kan.. hihihihi
Jadi, bagi saya, pantang tetap berpantang sebab ada certain pantang tu memang elok dan untuk kebaikan kita. Macam makanan yang gatal-gatal, berminyak sebab kita ada luka.. hihi Yang penting
berpada-pada.
Antara menu berpantang;
#1 ikan bakar (selar, tenggiri, haruan)
#2 ikan stim (selar, tenggiri, haruan)
#3 masak singgang (tenggiri)
#4 sup haruan ----->
#5 sup sayur ------> sawi + brocoli + carrot
#6 sayur stim ------>carrot & brocoli
#7 tempe bakar
#8 lempeng (bancuhan tepung + air semata) tuk breakfast
#9 minum air rebusan kurma hitam+ kurma merah + longan ------> ni sebagai minuman sepanjang hari, di minum panas menggantikasn air masak kosong
#1 Mandi herba..
#2 Bertungku..setiap hari pagi dan petang
#3Bengkung..yang ni pun pakai setiap hari..memang ada bagusnya
#4 Berurut...
#5 ubat-ubatan..
# Berstokin..kecuali ke tandas..huhu
Dalam berpantang ni pun banyak pantang larangnya kan? yang selalu saya dengar kena jaga ibu jari kaki, tak boleh terserampuk atau terlanggar sesuatu..sebab apa ek?t
1001 mcm pntang,name pon pntang...psal ibu jari kaki mang x leh kne ape2,tlanggar pape sbb leh bentan dorg ckap..mak sy ajar mcm tu,ade org pntang ikut hentam jer,ade org pntang btoi2.. tpulang la kn,bdan msing2 tp yg pntang btoi2 nie mang shat smpai ke tua.. tulah yg pnting bdan nk pkai lame kn..adik ngn mak sy x leh myapu,mnum air yg ade gula..msti sejuk2.. tp adik sorg lkg bleh.. tulah kn..pntang nie ikut bdan tp dorg ttap pntang 44 ari xde nk kluar umh kcuali ank kne kuning...
ReplyDeleteMemang masa berpantang kena jaga betul-betul. bab makanan yang gatal-gatal kalau boleh elakkan. Macam Saya seorang pesakit kulit psoriasis.Kalau tersalah makan memang azab di buatnya. Dah bermacam-macam ubat saya cuba,namun keadaan kulit saya tidak berubah, sehinggalah saya menemukan
ReplyDeleteUbat Penyakit Kulit Psoriasis yang serasi dengan saya. Alhamdullilah kini penyakit psoriasis saya terkawal.