Wednesday, 31 October 2012

Tuntutan Syahadah.

Dua kalimah syahadah:

“ ASYHADUALLA ILLA HAILLALLAH,WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULLULAH”.

Ertinya: Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain ALLAH,dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH.

Mengikut pengertian kalimah syahadah yang di rumuskan oleh para ulama ialah,kalimah syahadah dapat didefinasikan sebagai:

“Suatu lafaz yang khusus yang diucapkan untuk mengkhabarkan ilmu dan keyakinan tentang hakikat keujudan,keesaan,keagungan , dan kekuasaan ALLAH s.w.t,yang berhak disembah dan tentang hakikat kebenaran dan kerasulan nabi Muhammad s.a.w serta kebenaran segala yang di sampaikannya yang semestinya menjadi ikutan”.

Kalimah syahadah (LAILLA HAIL LALLAH) di namakan:
1) Kalimah Tauhid : kerana meng-esa kan ALLAH s.w.t
2) Kalimah Iman : kerana jika tidak meng-esakan tiadalah iman.
3) Kalimah Islam : Kerana sebagai seorang islam wajib junjung kalimah ini.
4) Kalimah Musarrafah :kerana ia adalah kalimah yang paling ringan (sebut sekali gugur 7000 dosa)
5) Kalimah Thoibah : kerana ia adalah kalimah yang paling baik.
6) Kalimah mukarromah : Kerana ia adalah kalimah yang berkeromah dan bertuah.
7) Kalimah muazzamah :Kerana ia adalah kalimah yang paling berat.(orang bukan islam (kafir) yang idup 500 tahun sekali sebut kalimah lailahaillallah,maka gugur segala dosanya).
Cool Kalimah syahadah : kerana ia adalah kalimah menyaksikan.

Rukun Syahadah 4 perkara:
1) Isbatkan (menetapkan) Zatullah.
2) Isbatkan (menetapkan) Sifatullah.
3) Isbatkan (menetapkan) Afaallullah.
4) Isbatkan (menetapkan) kebenaran Rasullullah.

Setiap rukun tidak sah jika tiada syarat,maka syarat Syahadah ada 4:
1) Isbatkan Zatullah ada 6 sifat.
2) Isbatkan Sifatullah ada 7 sifat.
3) Isbatkan Afaallullah ada 7 sifat.
4) Isbatkan kebenaran rasullulah ada 3.

Isbatkan Zatullah (6 sifat).
Wujud,Qidam,Baqa,Mukhalafatuhu lil hawadith,Qiyamuhubinafsih,Wahdaniah.

Isbatkan Sifatullah (7 sifat)
Qudrah,Irodah,Ilmun,Hayyat,Samak,Basor,Kalam.

Isbatkan Zatullah (7 sifat)
Qadiirun,Muriidun,sami’un,Basiirun,Mutakallimun,A’liimun,Hayyun.


Isbatkan kebenaran Rasullullah (ada 3)
Qauli,Fekli,Ahwal.

Qauli (perkataan) = Menetapkan bahawa Rasullullah s.a.w sentiasa berkata benar serta benci kepada dusta.

Fekli (perbuatan) = Menetapkan bahawa perbuatan Rasullullah s.a.w sentiasa melakukan kebaikan yang dituntut oleh syarak serta menjauhi/membenci sgala yang di tegah.

Ahwal (sifat/perangai antara nabi dengan tuhan) = Hal diantara baginda Rasullullah s.a.w,bermula dari baginda dilahirkan sehingga baginda wafat.

Fardhu Syahadah (ada 2 perkara):

Iqrar dengan lidah - kata laillahaillallah.
Tasdiq dengan hati - mengaku dengan hati.

Syarat Iqrar ada 4 wajah:
1) Asyhadu (ertinya kita mengaku cita-cita kita kepada Allah s.w.t dan syariatnya.
2) Tasdiq (erti hati kita percaya dan terima).
3) Saksi ( erti tasdiq,tidak ada tuhan lain selain Allah s.w.t)
4) Tempat yang menyaksikan ( erti kita tasdiq kepada Allah s.w.t,tidak mengharapkankepada yang lain melainkan Allah s.w.t,cita-cita dan perjanjian kita kepada Allah s.w.t).




Nafi dan isbat.

Sabda Rasullullah s.a.w:

“Tidak bercerai di antara nafi dan isbat dan sesiapa yang
Menceraikan antara kedua-duanya,maka orang itu kafir”.


Kalimah syahadah mengandungi Nafi & Isbat.

LAA KALIMAH NAFI.
ILAAHA KALIMAH MANFI.
ILLA KALIMAH ISBAT.
ALLAHU KALIMAH MUSABAB.


KALIMAH LAA : Dinamakan kalimah nafi kerana mahu memberitahu bahawa Allah s.w.t tiada di alam ini.kerana segala yang ada di alam baharu ini akan binasa.maka mustahil bagi Allah menyerupai segala yang bersifat baharu.Wujudnya zat Allah s.w.t itu tiada permulaan dan tiada binasanya,tidak berpihak,bertempat ,bermasa,be ruang,berjisim dan suci daripada segala perumpamaan.

KALIMAH ILLAHA : Dinamakan kalimah manfi bertujuan menerangkan bahawasanya sampai bila pun mahluk tidak akan serupa dengan Allah pada zat.sifat dan perbuatannya.Membezakan di antara mungkinil hadas dan wajibul wujud.

KALIMAH ILLA : Dinamakan kalimah Isbat bertujuan memberitahu keputusan iktiqad kita orang mukmin dan mukminat bahawa Allah s.w.t sahajalah tempat bergantung.

KALIMAH ALLAHU : Dinamakan kalimah musabab bertujuan memberitahui tetap sifat kesempurnaan pada Allah s.w.t.Daripada Allah dan kepada Allah s.w.t.


BARANG SIAPA YANG TIDAK MENGETAHUI RAHSIA KALIMAH LAILLAHAILLALLAH MAKA IA ADALAH ISLAM MINANNAS (ISLAM PADA PANDANGAN MANUSIA) TETAPI KAFIRUN MINALLAH (KAFIR DI SISI ALLAH S.W.T).TIDAK DI TERIMA SEGALA AMALAN NYA,KERANA JAHIL TERHADAP TUHANNYA DAN DIRINYA (JAHIL MURAKKAB).


PEMBAHAGIAN KALIMAH LAILLAHAILLALLAH.
1) LAA DINAMAKAN SIFAT JALAL (5 SIFAT).
2) ILLAHA DINAMAKAN SIFAT JAMAL (6 SIFAT).
3) ILLA DINAMAKAN SIFAT QAHAR (4 SIFAT)
4) ALLAHU DINAMAKAN SIFAT KAMAL (5 SIFAT).


1) Kalimah LAA mengandungi 5 sifat iaitu :
a) wujud.
b) Qidam
c) Baqa
d) Mukhallafatuhu lil hawadith
e) Qiyamuhu Binafsihi.

2) Kalimah ILLAHA mengandungi 6 sifat iaitu:
a) samak
b) basor
c) kalam
d) sami’un
e) basiruun
f) mutakallimuun

3) Kalimah ILLA mengandungi 4 sifat iaitu:
a) qudrah.
b) Irodah.
c) Ilmun.
d) Hayyat.



4) Kalimah ALLAHU mengandungi 5 sifat iaitu:
a) wahdaniah.
b) Qadirun.
c) Muridun.
d) Alimuun.
e) Hayyun.

LAA sifat JALAL bermakna ketinggian ALLAH s.w.t.
ILLAHA sifat JAMAL bermakna kelokan ALLAH s.w.t
ILLA sifat QAHAR bermakna kekerasan ALLAH s.w.t
ALLAHU sifat kamal bermakna Kesempurnaan ALLAH s.w.t

BILA DI CANTUM KEEMPAT-EMPAT KALIMAH DIATAS ,MAKA IA DINAMAKAN KALIMAH MUAZZAMAH.


No comments:

Post a Comment