Tuesday, 24 July 2012

ANEKA BUBUR



BUBUR MUTIARA SAGU



Bahan:
250 gr sagu mutiara500 ml air
150 gr gula pasir
2 lbr daun pandan
1 ltr air untuk merendam

Sos santan:
250 ml santan

½ sdt garam
Cara membuat:
  • Rendam sagu mutiara dalam air 1 ltr selama lk. 1 jam.Tapiskan.
  • Masak 500 ml air, daun pandan dan gula pasir hingga mendidih, tuang sagu mutiara, masak terus sambil diaduk hingga kental dan mendidih. Angkat.
  • Masak semua bahan sos sambil diaduk agar santan tidak pecah, mendidih. Angkat.
  • Sajikan bubur Mutiara dengan Sos santan.
  •  
  •  *****************************************
  • BUBUR JAGUNG 



  • Bahan2nya:-
    4 tongkol jagung (dihiris)
    2-3 cawan air
    1 biji kelapa (asingkan santan pekat)
    4-5 sudu besar gula pasir
    2 helai daun pandan
    sedikit garam

    -rebus hirisan jagung bersama air hingga empuk, masukkan santan cair, gula & daun pandan. Selepas 10 minit, masukkan garam & santan pekat. Kacau sentiasa hingga masak. Sedap dihidang panas atau sejuk.

  • ***************************
  • Pengat Pisang wif Jagung


    Bahan-bahan
  • 250ml santan pekat
  • air secukupnyer - bergantung nk pekat or tak
  • 2 biji pisang - potong serong
  • 1 tin jagung manis
  • 1-2 sudu besar sagu - cuci dan toskan
  • 1 senduk kecil gula merah@gula melaka
  • 1/2 senduk kecil gula putih - jika kurang manis ejas sendri yer!
  • sehelai daun pandan
Cara-cara
  • Didihkan santan, air dan juga masukkan skali daun pandan.
  • Masukkan jagung manis dan airnyer skali.
  • Masukkan gula merah@gula melaka dan gula putih. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah.
  • Masukkan sagu dan juga pisang. Biarkan sagu kembang kemudian tutup api.
  • Siap utk dhidang.
*************************************************

BUBUR PULUT HITAM



BAHAN-BAHAN:
1/2 kg pulut hitam
1 liter santan
200gm gula pasir
2 helai daun pandan
Air secukupnya
garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1 Rebus pulut hitam di dalam air sehingga empuk.
2 Apabila sudah empuk, masukkan gula pasir dan santan serta garam.
3 Kacau hingga mendidih.
4 Setelah siap bolehlah dihidangkan.

**********************************************
BUBUR DURIAN



Bahan-bahannya :
10 ulas isi durian
5 ulas durian
200 ml santan kotak - ikut suka santan segar pun boleh
5 sudu besar gula - anggaran
Secubit Garam
2 ketul Gula Melaka/Manisan
2 helai daun pandan
Air jika perlu

Cara Membuatnya:
1) Masukkan semua bahan kecuali 5 ulas durian.
2) Tunggu hingga mengelgak barulah masukkan 5 ulas durian tersebut utk pastikan masih ada isi durian pada biji durian tadi. Tunggu mengelegak dan tutup api. Sedia dihidangkan.

*************************************************

BUBUR KACANG HIJAU



Bahan-bahan:
100gm kacang hijau(rendam semalam)
3/4 ketul gula melaka
2 sudu gula pasir(optional)
1 sk garam
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
Sedikit sagu putih(optional)
2 cawan air

Cara penyediaannya:
1. Rebus kacang hijau sehingga pecah kulitnya dan air tinggal sedikit.
2. Masukkan gula melaka yang telah di hancurkan ke dalam periuk. Masukkan gula pasir.
3. Letak daun pandan beserta santan. Bubuh garam dan letakkan sedikit air.
4. Masukkan sagu yang direndam ke dalam bubur kacang itu dan tutup api setelah sagu bertukar warna.
5. Sedia di hidang panas atau sejuk. 

*****************************************
BUBUR GANDUM & JAGUNG


BAHAN - BAHAN :

2 tongkol jagung
200ml santan
100gm gandum..dimasak hingga kembang
50ml susu cair
110gm gula
1sdk garam
10gm sagu
2 helai daun pandan


Masak gandum hingga kembang..bila dah kembang masukkan santan..susu cair ..gula..garam..sagu ..daun pandan..masak hingga mendidih..akhir masukkan jagung..Kalau suka masak sedikit gula merah..tapis kemudian campur dengan bubur tadi..Didihkan lebih kurang 10 minit..

**************************************************














1 comment:

  1. Semua bubur sedap-sedap, saya suka juga bubur ni cuma jangan manis sangat lah :)

    ReplyDelete