Wednesday, 31 October 2012

HUKUM KETAWA




Menurut Dr Yusof Qardhawi, "Sesungguhnya, tertawa itu termasuk tabiat manusia. Binatang tidak dapat tertawa kerana tertawa itu datang setelah memahami dan mengetahui ucapan yang didengar atau sikap dari gerakan yang dilihat, sehingga ia tertawa kerananya." Melihat kepada pendapat di atas, hukum tertawa adalah boleh. Islam tidak melarang seseorang itu untuk berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa.

CARA NABI SAW BERGURAU

Nabi Muhammad SAW pernah bergurau dengan seorang wanita tua. Wanita tersebut meminta Nabi doakannya supaya beliau dimasukkan ke syurga. Kemudian, Baginda menjawab,

"Wahai ibu. Sesungguhnya, orang tua tidak masuk ke dalam syurga."

Selepas mendengar jawapan daripada Rasulullah, wanita tua itu segera pulang ke rumah dan menangis. Kemudian, Baginda bersabda,

Maksudnya : Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman, "Sesungguhnya kami menciptakan wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya."
(Hadis Tirmizi dan al-Baihaqi - sanad hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan : Para sahabat berkata "Wahai Rasulullah. Sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami." Baginda menjawab,
Maksunya : Ya, aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan yang benar.
(Hadis Trimizi dan Ahmad, sanad Ahmad)

CARA NABI KETAWA..

- Dengan cara melontarkan senyuman yang menarik.
- Tidak tertawa, kecuali apabila berhubung dengan kebenaran.
- Tidak berlebihan dalam tertawanya hingga tubuh bergoyang-goyang atau tubuh miring atau hingga terlihat langit-langit Baginda.
- Bukan berupa hal yang sia-sia, atau permainan semata-mata atau hanya sekadar untuk mengisi waktu lapang.
* Ada riwayat yang meunujukkan bahawa kebanyakan ketawa Baginda ialah dengan tersenyum, dan apabila Baginda ketawa, Baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebut bahawa Rasulullah ketawa dengan tidak menunjukkan gigi.



kETIKA BERGURAU SENDA...

Dr Yusof Qardhawi telah mengariskan lima etika dalam bergurau senda :

1) Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi SAW bersabda,
Maksudnya : Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia!!!

2) Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Allah telah berfiman dalam surah al-Hujurat, ayat 11, "Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik daripada orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita lain, kemungkinan wanita yang dihina lebih baik daripada wanita yang menghina.."

Nabi juga ada bersabda,
Maksudnya : Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya seMuslim.
(Hadis Muslim - sahih)

Penghinaan itu juga termasuk cara seseorang itu meniru perbuatan orang lain. (sabah : mengolok-ngolok).

Saidatina Aisyah RA berkata, "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia." Lalu, Baginda bersabda,
Maksudnya : Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.
(Hadis Ahmad dan Baihaqi - sanad sahih)

3) Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir RA berkata, "Sesungguhnya, kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya, dan mengejutkan lelaki yang mengantuk itu, menyebabkan dia terperanjat." Rasulullah SAW bersabda,
Maksudnya : Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.
(Hadis Thabrani - sahih)

Nabi bersabda,
Maksudnya : Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seIslamnya dengan niat melawak atau betul-betul.
(Hadis Ahmad - sahih)

4) Janganlah melawak di tempat yang serius dan janganlah serius di tempat yang melawak.

Dalam Islam, ada tiga perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi SAW bersabda,
Maksudnya : Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samada dalam keadaan melawak atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba.
(Hadis Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah - sanad hasan)

Sesungguhnya, Allah telah mencela orang-orang musyrikin yang ketawa ketika mendengar bacaan al-Quran.
Firman Allah SWT dalam surah an-Najm, ayat 59-61, "Adakah kamu hai musyirikin rasa hairan dengan ayat-ayat suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendenrnya, tidak menangis ketika mendengranya dan kamu dengar dengan keadaan lalai."

5) Hendaklah melawak sekadar yang perlu dan tidak berlebihan.

Nabi SAW bersabda,
Maksudnya : "Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati."
(Hadis Ahmad dan Ibnu Majah - sanad hasan)

Saidina Ali RA juga pernah berkata, "Masukkan lawak dalam kata-kata sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu."

*Rujukan : Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarh asSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Qardawi.

begitulah indahnya Islam ini..mengajar kita sentiasa bersederhana walaupun dalam gurau senda.. sederhana walaupun tika tertawa.. hanya diri sendiri yang sering alpa dalam menghayati akhlak Islam yang sebenar..

sukar sebenarnya mendidik diri untuk tidak tertawa pada perkara yang sia-sia dan sekadar mengisi masa lapang..kadang-kala waktu santai selepas makan pun banyak dihabiskan dengan tawa..riuh rendah di kedai makan pun banyak terisi dengan gurau senda.. terpukul rasanya bila mengetahui bahawa Baginda saw hanya tertawa pada perkara yang benar.. moga2 titipan ini mampu menjadi ingatan buat diri,dan juga semua saudara seakidah yang dikasihi..

ingatan buat diri dan semua yang dikasihi..

Menurut Yahya bin Muadz ar-Razi, ada empat perkara yang akan menghilangkan tawa di bibir seorang Mukmin iaitu :
1) Kerana memikirkan akhirat.
2) Kesibukan mencari keperluan hidup.
3) Risau memikirkan dosa.
4)Apabila tibanya musibah dan bala.


No comments:

Post a Comment