Taubat itu menyenangkan si Hamba
dan meredakan Tuhannya.
Jalanilah hidupmu dengan gembira
kerana sememangnya hidup itu indah. Sekurang-kurangnya anda boleh menjadikan
hidup ini indah dengan kebaikan anda.
Sesungguhnya orang-orang yang
bertaubat dan membersihkan diri amat disukai oleh Allah. Justeru, taubat seorang
hamba lebih disukai Allah dan lebih menggembirakan daripada kegembiraan orang
yang menemukan barang berharganya yang telah hilang. Sungguh benarlah bahawa
Allah itu Maha Besar dan Maha Mengasihani. Allah sangat suka dengan taubat
seseorang itu supaya ia mendekatkan dirinya di sisiNya:
“Bertaubatlah kamu semua kepada
Allah, wahai orang-orang mukmin, supaya kamu mendapat kemenangan.” (Surah
An-Nur:31)
Bertaubat bermakna membersihkan
hati dengan air mata penyesalan. Dengan kata lain, bertaubat adalah pembersihan
hati( tazkiyatun nafs), pengawalan nafsu, penyemaian kemuliaan, dan penyesalan
atas dosa-dosa yang telah lalu. Itulah tempat bertolak bagi perjalanan yang
ditempuhi oleh orang-orang yang bertaubat, modal bagi orang-orang yang berjaya,
langkah awal bagi mereka yang menuju Allah, kunci mereka yang hendak memasuki
gerbang-Nya.
Petanda orang yang bertaubat
ialah dia tunduk, mudah tersentuh hatinya, dan senang menangis. Ketika orang
lain merasa tenang, dia tidak boleh tenang kerana takut. Dirinya sentiasa menghadap
Allah dengan kesedihan yang mendalam, hatinya gundah, kepalanya tertunduk dan
kulitnya merinding kerana ketakutan.
Jika ia mengingat dosa dan
kesalahan-kesalahannya, maka dia mengalami kesedihan yang mendalam dan gemuruh
hatinya yang luar biasa, yang menjadikan air matanya kering kerana terlalu
banyak menangis. Dia berbisik kepada hatinya bahawa hari esok adalah masa untuk
berlumba fastabiqul khairat dan mengurangi urusan keduniaan supaya dapat
melalui titian dengan selamat.
Cuba kita lihat kembali diri kita
hari ini..Sudahkah kita bertaubat dari segala kesalahan dan dosa-dosa kita
tidak kira yang kecil mahupun yang besar, yang terang mahupun yang
tersembunyi, yang kita lakukan secara sedar ataupun di bawah sedar dan telah
kita lakukan ataupun yang bakal kita lakukan di masa hadapan? Sudahkah kita
lakukan perkara yang mengundang cinta Allah ini kepada diri kita?
Istighfar kita pula bagaimana?
Jika Rasulullah saw yang maksum itu,sehari dzikir istighfar baginda melebihi 70
kali, apatah lagi diri kita yang amat jauh bezanya taraf ilmu, ibadah dan
kekhusuyukan kita dengan baginda, tetapi kita lebih suka,lebih sibuk dan lebih
lalai membasahkan lidah dengan mendendangkan lagu-lagu pop terkini, daripada
merayu-rayu memohon keampunan tumpuan cinta kita ini. Ayuh sama-sama kita
renungkan!
Astaghfirullahal’adzim,astaghfirullahal’adzim,astaghfirullahal’adzim..
Bersikap positif dan optimislah
dalam hidup. Jika hari ini anda mengalami hal yang tidak baik, percayalah
bahawa ia akan berakhir, dan hari esok akan menyusul membawa khabar gembira dan
kebahagiaan.
No comments:
Post a Comment