Murah rezeki
bukan sekadar membawa maksud memperolehi kekayaan harta, tetapi juga ia
merangkumi konsep yang lebih luas. Rezeki yang dikurniakan Allah mungkin hadir
dari segi Allah mempermudahkan setiap urusannya, mudah memahami ilmu yang
dipelajari, mendapat ketenangan dalam hidup, sentiasa berasa cukup dan
bersyukur atas nikmat yang diberikan, memperolehi keluarga yang soleh serta
memperolehi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kita dituntut supaya
memohon kepada Allah agar Allah memberkati setiap rezeki yang kita perolehi.
Memperbanyakkan
doa:
1.
Doa ketika duduk di antara 2 sujud
Jika kita khusyuk ketika solat, kita akan sedar bahawa setiap lafaz dalam solat itu merupakan doa yang telah lama kita amalkan.
Jika kita khusyuk ketika solat, kita akan sedar bahawa setiap lafaz dalam solat itu merupakan doa yang telah lama kita amalkan.
Maksud
bacaan ketika duduk antara 2 sujud: “Ampunkan daku, wahai Tuhanku! Akan
kesalahanku dan kasihani olehMu akan hambaMu yang khothiah (banyak kesalahan),
dan rezekikan olehMu akan daku, dan jabarkan dho’ifku, dan tunjuki akan daku
akan jalan yang sebenarnya, akan ‘afiat akan daku, dan maafkan daripada aku.”
2.
Beristighfar
Islam
menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar dan selalu bertaubat. Kita
sebagai hambaNya yang lemah akan seringkali melakukan dosa. HambaNya yang
sentiasa beristighfar akan memperoleh ketenangan dalam hidupnya.
Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah
akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap
kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada
sumber yang tidak disangka-sangka.” (HR Abu Daud)
3.
Membaca ayat 1000 Dinar
“…Barangsiapa
yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,
Dan diberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan
barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan
keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki ) Nya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. “ (Surah
At-Talaq :2-3)
4.
Fadhilat membaca surah al-Waqiah
Rasulullah
SAW bersabda, “Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak
akan ditimpa kefakiran.” (HR Ibn Mas‘ud)
Amalan
harian
1.
Bersyukur dengan setiap nikmat yang dikurniakan
“Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari
(nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat.” (Surah Ibrahim : 7)
2.
Berbuat baik kepada ibu bapa
Senantiasalah
mendoakan ibu bapa dan berbuat baik kepada mereka. Nescaya Allah akan
memberikan ganjaran sebaik-baiknya.
Rasulullah
bersabda, “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya.” (HR Al-Hakim)
3.
Rajin beribadah kepadaNya
Ini telah
dinyatakan dalam firman Allah di dalam hadith Qudsi:
“Wahai anak
Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan
menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu
dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (HR Ahmad, Tirmizi, Ibnu
Majah dan al-Hakim)
Melazimi
solat sunat Dhuha juga dapat meluaskan rezeki seseorang.
Rasullullah
SAW pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas
tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu
sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan
cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha.”
(HR Al-Bukhari dan Muslim)
Doa solat
sunat Dhuha:
“Ya
Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah
kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan
itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku
masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah.
Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah
kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
4.
Rajin bersedekah.
Rasulullah
s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berilah (belanjalah) dan jangan kamu selalu
menutupi kepunyaanmu, kerana dengan itu nanti Allah akan menutupi rezekimu.”
(HR Bukhari & Muslim)
5.
Berusaha dengan kudrat yang dimiliki
Dari Miqdam
r.a, dari rasulullah s.a.w,:”Tidak ada makanan yang dimakan oleh seseorang
sekali-kali tidak, yang lebih baik daripada memakan makanan hasil dari usaha
tangannya sendiri. Sesungguhnya nabi Allah daud a.s makan dari hasil usaha
tangan baginda sendiri.” (HR Bukhari)
6.
Menghubungkan ikatan silaturrahim
Dari Anas
bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang
ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya,
maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).” (HR
Bukhari)
7.
Berpagi-pagian selepas solat Subuh
Rasulullah
bersabda, “Berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi
itu adalah keberkatan dan kejayaan.” (HR at-Tabarani)
Di dalam
riwayat lain pula, Rasulullah melewati anaknya Fatimah yang sedang berbaring
pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda: Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah
rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai,
sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga
terbit matahari.’ (HR al-Baihaqi)
********************************************************************
Terdapat
banyak amalan yang boleh kita lakukan, tidak kisahlah samada rezeki tersebut
dalam bentuk harta, ilmu ataupun kebahagiaan. Apa yang penting adalah kita
sentiasa bersyukur, dan berusaha menggunakan rezeki tersebut dengan cara yang
terbaik.
Diriwayatkan
daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :
“Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini.
Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia
membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah
Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai
dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.” (HR al-Bukhari)
No comments:
Post a Comment