Semuanya dengan kehendak MU. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.
Thursday, 23 August 2012
BIDADARI
Bahawasanya bidadari itu diciptakan oleh Allah SWT daripada HURUL-„AIN yaitu:
“Sangat tegas dilihat mata. Dan ia diciptakan daripada cahaya dan wajahnya mempunyai corak empat warna; ialah sebagian bercorak putih, hijau, dan sebagainya, tubuhnya daripada za‟faran, ambar, dan kafur, rambutnya harum semerbak seperti bunga.....jari kakinya hingga lututnya daripada za‟faran dari lututnya itu sehingga pada kedua tanganya daripada kasturi, dan kedua telapak tangannya daripada ambar, dan dari kedua telapak tanganya itu hingga kepalanya itu daripada kafur,
Dan kemudian daripada itu apabila ia/bidadari itu menbuang dan menjatuhkan air ludahnya itu ke dalam dunia ini, maka dunia ini akan penuh dengan kasturi/yang sangat harum semerbak yang tak terkirakan. Dan pada dadanya tersurat/tertulis daripada nama suaminya. Dan serta Asma-Allah. Dan pada setiap tangannya itu memakai sepuluh gelang emas, dan pada setiap jarinya itu dan kakinya memakai sepuluh kerincing yang daripada manikam dan mutiara. Dan ia memakai tujuh lapis baju yang berwana-warni dan sehingga pula tembus kelihatan pada kulitnya itu, dan sebagainya dan selamanya bikir/perawan.
FirmanNya: “Adalah bidadari itu tidak pernah/belum disentuh oleh siapapun juga laksana mutiara yang berada di dalam tempatnya.”
FirmanNya: “Maka bidadari-bidadari itu tidak dilihat/melihat siapapun dan belum disentuh sebelum mereka (suami-suami mereka) oleh jin dan manusia.”
FirmanNya:“Adalah bidadari-bidadari itu laksana yakut dan marjan.”
Bahawasanya diciptakan bidadari itu oleh Allah SWT, daripada kasturi, dan anbar yang didatangkan/yang ada pada air hayan . . . . . dan melihat wajahnya yang rupawan itu oleh sesamanya akan menimbulkan birahi. Maka apabila ia meludah/dijatuhkan ludahnya itu ke dalam laut dunia ini, maka air laut itu akan menjadi manis rasanya. Dan telah tersurat nama suaminya dan maka barang siapa yang jatuh birahi/ingin kepadanya (kepada diriku) maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah SWT. Sabda Nabi; Setelah dijadikan syurga Aden oleh Allah SWT, yang sangat sempurna itu, maka diperintahkan Malaikat Jibril a.s memasukinya untuk dapat melihat keni‟matan yang berada di dalamnya, yang kelak untuk tempat/diberikan kepada hambaNya/Awliya;Nya. Maka ketika Jibril a.s masuk dan berada di dalamnya itu melihat satu bidadari yang berada di dalam mahligainya seraya ia tersenyum ketika melihat Jibril a.s itu, dan pada ketika itu bercahayalah syurga itu/bercahaya daripada gigi bidadari itu dan sujudlah Jibril a.s kepada Allah SWT yang dikiranya adalah cahaya itu datang daripada cahaya Tuhan semesta alam. Kemudian bidadari itu berkata kepada Jibril a.s. Wahai Jibril/kepercayaan Allah angkatlah kepala tuan hamba , maka segera Jibril angkat kepalanya lalu melihat kepada bidadari itu dan seraya berkata: Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan engkau. Kemudian jawabnya: Wahai Jibril/Amin Allah, siapakah engkau ini? Dan berkata Jibril: Dan siapakah engkau ini? Maka bidadari itu menjawab: Adalah hamba ini isterinya bagi seseorang hamba Allah yang meninggal hawa nafsunya dan menjalankan atas keridho‟anNya.
Sabda Nabi saw: “Serendah-rendah tingkat bagi penghuni syurga itu ditempat tinggal kediamannya ada baginya delapan puluh ribu pembantu, tujuh puluh dua isteri, dari ada bidadari, dan Allah SWT memberikan sebuah bangunan rumah dan pada mutiara jamrut, yakut, yang luasnya antara negeri Jabiyah dan San‟a.”
Sabda Nabi saw: “Melihat laki-laki itu/para suami bidadari serta ditujukannya ke pipinya yang kelihatan lebih bening dari pada cermin dan mutiara bercahaya bersinar menerangi masyrik dan maghrib.”
Dan suami itu dapat bersetubuh dengan para bidadari dan isterinya yang dari dunia, dan isterinya itu akan menjadi kepala daripada para bidadari tersebut itu asalkan ia/isteri itu ta‟at kepada Allah SWT/sebagai isteri salehah pada waktu masa di dunia. Dan apabila ia tidak ta‟at kepada Allah SWT/shalat, puasa dan sebagainya, maka bidadari itu yang sebagai isterinya pertama dan mereka pun makan dan minum sebagaimana hidup di dunia, hanya tidak membutuhkan sesuatu hajat apapun/hajat besar-kecil dan sebagainya dan hanya mereka dapat mengeluarkan peluh yang berbau harum sebagai kasturi.
Sabda Nabi SAW: “Bahawasanya penghuni syurga itu/mereka itu makan makanan dan buah-buahan dan sebagainya kemudian makanan itu menjadi sebagai angin yang berbau misik.
Pada firmanNya: “Di dalam dua syurga itu ada kurma dan delima.”
FirmanNya: “Dan golongan kanan, alangkah bahagianya. Golongan kanan itu. (ahli syurga). Berada diantara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti/buahnya itu dan tidak terlarang mengambilnya. Dan kasur-kasur yang tinggi.”
FirmanNya: “Bahawa di jadikan perempuan mu‟min isi syurga perawan dan muda.”
Sabda Nabi SAW: “Masuk penghuni syurga itu/penghuni syurga itu tidak berjenggot/tidak bagi mereka berusia lanjut dan berkumis dan sebaginya, berwarna putih, serta bercelak/sipat mata pada kedua matanya seperti anak muda ber-umur 33 tahun, bentuknya seperti Nabi Adam a.s adalah tingginya 60 hasta/meter dan lebarnya 6hasta/meter.
Pada suatu ketika datang seorang perempuan tua kepada Nabi SAW seraya berkata: Mohon do‟a akan hamba ini kepada Allah SWT agar supaya dimasukkan kedalam syurga:-
Maka dijawab oleh Nabi SAW: “Wahai ibu, bahawasanya tidak dimasukkan ke dalam syurga bagi orang yang tua.”
Maka setelah mendengar keterangan/jawaban Nabi SAW itu, menangislah orang tua itu dan kembali, kemudian Nabi SAW bersabda kepada para sahabat yang berada disisinya, untuk memberi tahukan kepada orang tua itu bahawasanya tidak dimasukkan ke dalam syurga, kecuali orang-orang yang telah dimudakan oleh Allah SWT. Lalu mereka masuk ke dalam syurga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment