Friday, 24 August 2012

Ketua Bidadari Syurga: Ainul Mardhiah




Ainul Mardhiah (Ketua Segala Bidadari Syurga)

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dalam kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari).
Berjihad/berdakwah pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya di manakah masa mudanya dihabiskan.

Alkisah Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt).

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling jelita di kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa), ketika Nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah), baginda bersabda: "siapa-siapa yang keluar (berjihad) di jalan Allah dan tiba-tiba dia mati shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga. Mendengar berita itu, seorang sahabat baginda yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana jelitanya bidadari tersebut tapi sahabat ini segan nak bertanyakan kepada Nabi sebab malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun, dia tetap bagi nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi berjihad. Sebelum Zohor, sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah), maka sahabat yang muda tadi juga ikot jemaah Nabi tidur bersama-sama.
Dalam tidur tersebut, dia bermimpi berada di suatu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi kacak dan muka yang berseri-seri lalu bertanya kepadanya, "Di manakah ana sebenarnya?", lalu lelaki itu menjawab, "Inilah syurga". Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah dan serta-merta ditunjuknya pada suatu arah maka berjalanlah dia di suatu pepohon dan mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kejelitaannya yang begitu terserlah (jauh bezanya dengan wanita di dunia). Dia memberi salam dan bertanya, "Andakah Ainul Mardhiah?" wanita itu menjawab "Bukan, saya hanya khadam kepada Ainul Mardhiah yang ada di dalam singgahsana itu.

Lepas tu, berjalanlah dia memasuki satu mahligai yang cukup indah dan muncul seorang lagi wanita (kejelitaannya berganda-ganda dari yang pertama tadi) sedang mengelap permata hiasan di dalam mahligai itu. Dia memberi salam dan bertanya lagi adakah dia Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab, "Bukan, saya hanya khadam di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana", lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, keindahannya sungguh mengagumkan. Akhirnya, dia sampai ke suatu kawasan dalam mahligai itu dan melihat seorang wanita yang tersangatlah jelita untuk dibandingkan dari wanita yang pertama dan yang kedua. Wanita jelita itu berkata, "Sayalah Ainul Mardhiah, saya diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk saya". Lantas, dia mendekati Ainul Mardhiah, namun lelaki penghuni syurga itu menjawab, "Nanti!! kamu belum syahid lagi".
Tersentak di dalam mimpi itu, dia terus terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat yang lain, namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan hal ini kepada Nabi tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada baginda saw.

Petang itu, pemuda itu bersama-sama dengan jemaah Nabi telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Selepas daripada peristiwa sedih itu, ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, pada waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Lalu, kawan sahabat muda Nabi yang shahid tadi telah bangun dan merapati Nabi dan menceritakan mimpi tersebut. Sepanjang penceritaan itu Nabi hanya menjawab, "Benar!". Akhirnya baginda bersabda memang benar cerita sahabat kita tu dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga. Wallahualam~





Dicatat oleh Ashabul-Kahfi (8:13 AM)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. Ar-Rahman (55) : 58

Di dalam syurga ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. Ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. Ar-Rahman (55) : 72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.

QS. Ar-Rahman (55) : 74





Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang putri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini?
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih

Di hati lelaki bernama kekasih



No comments:

Post a Comment