Sunday, 29 July 2012

TASAUF MODEN



'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.

Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.

Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'

Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.



ORANG YANG PERTAMA DAN TAKDIRNYA


Orang Pertama.....

 
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24.. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : H arun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhammad SAW

Saturday, 28 July 2012

APA ADA DI DALAM KAABAH

Ada Apa di Dalam Kaabah? (Gambar) | Pernah tak korang terfikir, apa sebenarnya terdapat dalam Kaabah. Kalau di zaman Arab Jahiliyah dulu, seperti termaktub dalam sejarah, kita tahu yang dalam Kaabah terdapat banyak patung-patung sembahan. Selepas pembukaan Mekah oleh Nabi Muhammad SAW, semua patung-patung itu telah dibuang. Gambar-gambar yang dilukis atau diconteng oleh orang Arab Jahiliyah di dalam Kaabah turut dibersihkan. Maka, sekarang, apa yang telah terjadi di dalam Kaabah? Adakah anda tahu? Betul ke ada banyak emas perak dan permata di dalam Kaabah? Adakah hanya sebuah bilik kosong sahaja? Saksikan gambar-gambar dan artikel terperinci di bawah.
Dalam Kaabah
3d dalam kaabah 0
3d dalam kaabah
Zaman Nabi Muhammad s.a.w., di dalam Kaabah ada terdapat enam tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy. Tiang-tiang Kaabah itu diguna untuk menyokong bumbungnya. Dua tiang sebelah kiri, satu tiang di sebelah kanan dan tiga tiang di sebelah belakang. Tiang-tiang itu adalah tiang kayu.
 Selepas pembinaan yang dilakukan Sultan Murad, cuma terdapat tiga batang tiang kayu. Tiang-tiang itu terletak di bahagian tengah Kaabah, setiap satu batang bergaris pusat lebih kurang 1.5 meter. Berwarna merah kekuningan. Satu daripada tiang itu berbentuk bulat dan dua lagi berbentuk empat persegi.
 Sekitar tahun 1304 Hijrah (tahun 1884) tiang-tiang dalam Kaabah itu menjadi reput, dalam tahun 1314 Hijrah (tahun 1894) ia telah diperkuatkan dengan dibuat lengkungan kayu seperti bola di bahagian bawah setiap tiang itu yang terletak lebih kurang 1.5 meter dari lantai Kaabah. Antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter.
Terdapat sebuah tangga kayu yang dibina di dalam Kaabah untuk menuju ke bumbung Kaabah. Di tangga itu telah dipasang dengan tirai kain sutera hitam yang dihiasi emas dan perak. Lantai dalam Kaabah dipasang marmah putih dan marmar merah. Dinding Kaabah juga dipasang marmar berwarna dan dihiasi dengan tulisan khat.
  
Dalam Kaabah juga terdapat tirai sutera merah putih yang tertulis kalimah syahadah. Terdapat banyak lagi perkataan yang ditulis, tirai itu digunakan untuk menutup bahagian dalam bumbung Kaabah dan empat penjuru bahagian dalam dinding Kaabah.
  
Oleh kerana tirai itu dibuat semasa pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan iaitu dalam tahun 1209 H (tahun 1789) maka dalam usia yang terlalu lama itu, warnanya menjadi seperti hijau dan kelabu.
  
Ada pelbagai jenis lampu berwarna-warni yang diletakkan di antara tiga tiang Kaabah. Lampu-lampu itu adalah hadiah-hadiah yang diberikan orang untuk Kaabah semenjak berkurun-kurun lagi. Terdapat sepasang kayu papan yang diletakkan pada dinding Kaabah, kayu itu berasal dari bahtera Nabi Noh. Terdapat sekeping marmar merah empat segi di sebelah sudut utara dalam Kaabah.
Antara barangan lain yang terdapat dalam Kaabah ialah barang tinggalan sejarah yang diletakkan di penjuru Iraqi, antara barangan itu termasuklah sepasang subang dipercayai kepunyaan Siti Maryam dan satu tanduk kibas.
Menurut kata Dr Muzammil Siddiqi [1] yang berpeluang masuk ke dalam Kaabah pada tahun 1998; Di dalam Kaabah ada: 3 tiang, antara tiga tiang dalam Kaabah itu jarak di antara satu sama lain ialah 2.35 meter. Terdapat sebuah meja di tepi untuk letak benda seperti minyak wangi; ada 2 lampu seperti pelita tergantung dari siling; ruangnya boleh memuatkan lebih kurang 50 orang, tiada lampu elektrik iaitu tidak ada system pencahayaan elektrik, dinding dan lantainya daripada marmar kecuali ada sebuah bahagian yang dinamai “Rukhamat Humra”, tiada tingkap, satu pintu, dinding sebelah atas diliputi kain yang ada kalimah di atasnya. Bahagian atas dinding ditutup dengan kain warna hijau dihiasi dengan tulisan ayat al-Quran dengan tinta emas.

Perigi Harta Dalam Kaabah
  
Mengikut kajian dari Muhammad al-Azraqi, ada terdapat sebuah perigi tersangat dalam di dalam Kaabah yang digali oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Perigi itu terletak di sebelah kanan Kaabah. Di dalam perigi itu telah dimasukkan emas, perak dan permata yang dihadiahkan orang kepada Kaabah dalam jumlah yang agak banyak. Perigi tersebut kini berada di bawah lantai marmar bahagian dalam Kaabah.
  
[1] Beliau adalah bekas presiden Islamic Society of North America (ISNA) dan merupakan sahabat penulis buku ini. Sekarang menjadi ahli majlis shura ISNA dan majlis fiqh Amerika Utara.
  
Dipetik dari buku Membongkar Rahsia Kaabah, karya Azizan Ahmad. Pernah bekerja sebagai “Book Adviser” di TIMES and LIFE, sebuah penerbitan antarabangsa Amerika yang terkemuka dan di Strait’s Times Press.

Friday, 27 July 2012

BAHAYA JAUHI AL-QURAN


 
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ


فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga teman-teman sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 



Firman Allah dalam ayat 26 surah al-Fussilat :

وقال الذين كفروا لا تسمعوا لهذا القرءان والغوا فيه لعلكم تغلبون

Maksudnya :" Dan berkatalah orang-orang kafir itu : “ Janganlah kamu mendengar al-Quran itu dengan bersungguh-sungguh. Buatlah hiruk pikuk terhadapnya agar kalian dapat mengalahkan orang-orang yang beriman”

Pada hari yang ke 17 dalam bulan Ramadhan yang mengingatkan kita kepada suatu peristiwa yang besar dan penting dalam sejarah umat Islam iaitu turunnya wahyu yang pertama kepada nabi Muhammad s.a.w semasa baginda bermunajat di Gua Hira’. Bermula daripada situlah bermulanya usaha dakwah serta berkembangnya Islam yang bukan sahaja diterima oleh bangsa arab tetapi ia terus menerus mengetuk seluruh hati umat manusia bersesuaian dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w sendiri untuk sekalian alam bukannya tertakluk kepada umat tertentu sahaja sebagaimana nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum ini. Islam yang tertegak di atas asas ilmu bukannya mata pedang tidak sebagaimana yang didakwa oleh musuh yang sentiasa membenci dan menentang Islam di mana dakwah Islam terus berkembang pesat walau pun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, tentangan, halangan dan ujian disepanjang usaha meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Islam yang dulunya dianggap kecil dan lemah dan hanya banyak berdepan dengan tentangan kafir Quraisy akhirnya menjadi kuasa besar bermula daripada Daulah Islamiah pertama di Madinah sehingga berjaya meruntuhkan kuasa Rom Kristian, Parsi Majusi serta menundukkan kuasa India Hindu dan China Budha seterusnya Islam berjaya memasuki bumi Eropah yang masih kelam daripada sebarang tamadun melalui penawanan Sepanyol oleh panglima Islam Toriq bin Ziyad.


            Perhatikan kepad ayat yang mula-mula diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad s.a.w  dari surah al-‘Alaq :

إقراء باسم ربك الذي خلق

Maksudnya : "Bacakanlah Waahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang telah mencipta"

Kita fahami daripada ayat ini bagaimana Islam begitu mementingkan ilmu pengetahuan terutama dalam mencari kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Maksud sebuah hadis nabi s.a.w: Sesiapa yang inginkan akhirat maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan dunia maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin keduanya iaitu akhirat dan dunia maka dia lebih dituntut agar berilmu. Tetapi malangnya apa yang disarankan oleh Allah dan rasulNya agar umat Islam menghidupkan budaya membaca dan budaya suka menambahkan ilmu pengetahuan masih lemah menyebabkan kita sentiasa menjadi mangsa penipuan dan penindasan musuh melalui propaganda mereka menerusi seluruh media massa yang dikuasai oleh kuffar terutama yahudi. Tahap kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu pengetahuan di kalangan remaja Islam juga begitu kurang memberangsangkan sehingga ramai di kalangan golongan remaja banyak menghabiskan masa dengan budaya lepak, berhibur tanpa batasan dengan hiburan yang merosakkan diri mereka, permainan yang mengkhayalkan, penglibatan dalam masalah sosial dan jenayah serta ramai juga di kalangan remaja yang mengambil jalan singkat untuk bekerja dalam usia yang terlalu muda sedangkan langkah mereka masih terlalu panjang. Serangan dan tekanan fahaman kebendaan telah menghasut golongan remaja  yang menyebabkan golongan ini yang diharapkan menjadi pemimpin masa depan lebih mengutamakan wang daripada ilmu pengetahuan. Kita pernah ingat kepada jawapan yang keluar daripada mulut bekas Perdana Menteri negara haram pengganas yahudi Israel apabila ditanya tentang sebab beliau berterus terang mengenai protokol dan  perancangan yahudi untuk menguasai dunia kepada seluruh dunia sedangkan ia begitu merbahaya jika diketahui oleh umat Islam lalu dia dengan tenang menyatakan bahawa umat arab yang dinisbahkan kepada umat Islam tidak membaca.



            Akibat kejahilan maka umat Islam jauh ketinggalan dan tidak dapat membaca dengan baik tentang perancangan jahat musuh Islam yang diketuai oleh yahudi. Akibat kejahilan juga maka aqidah umat Islam goyah dan mudah terpengaruh dengan dakyah dan penipuan musuh Islam tanpa sedar. Kita perlu memandang serius terhadap usaha kristian yang kini mula terpinggir di Eropah terutama selepas serangan 11 September ditambah dengan kuasa Kristian yang mula lemah kerana telah dibeli oleh yahudi yang menyebabkan pihak Kristian menggandakan dalam meramaikan penganutnya dengan berusaha mengkristiankan 1/3 penduduk Asia Tenggara. Perkara ini bertambah serius apabila pemimpin Filiphina menawarkan negaranya untuk dijadikan pusat gerakan Kristian di rantau ini. Kristian melalui dakyah dan sihir kini banyak menumpukan perhatian di negara kita memandangkan usaha mereka di Indonesia agak berjaya sehingga kita dapati di sana terdapat dalam satu keluarga menganut pelbagai agama. Kebimbangan kita berasas kerana kini Melayu Kristian sudah mempunyai gereja mereka sendiri dan kita berasa begitu risau jika keadaan sebagaimana yang berlalu di Indonesia akan terjadi dalam masyarakat Islam di sini jika terus lupa dan leka والعياذ بالله


            Tanpa ilmu maka semakin tipis dan lemahnya aqidah umat Islam sehingga mereka terjajah dalam negara mereka sendiri. Jika kita perhatikan kepada hasil mahsul yang terdapat di negara umat Islam maka boleh dikatakan tiada negara umat Islam yang tidak mempunyai hasil buminya sendiri. Betapa banyak hasil petrol yang dianugerahkan oleh Allah kepada negara umat Islam tetapi ia tidak dapat digunakan sebaik mungkin sehingga hasilnya tidak banyak membantu kepada kemajuan umat Islam secara menyeluruh sebaliknya musuh Islam sentiasa mengambil peluang dalam menyedut hasil bumi yang ada di negara umat Islam untuik kepentingan kuffar. Kekurangan pakar daripada kalangan umat Islam kerana mengabaikan budaya ilmu disamping kejahilan pemimpin yang hanya lebih seronok memenuhkan poket sendiri daripada menggunakan hasil bumi anugerah Allah untuk manfaat seluruh umat Islam telah menambahkan lagi penderitaan umat Islam. Contohnya peperangan Teluk yang dirancang rapi oleh kuffar telah menyebabkan Arab Saudi dan Kuwait sehingga hari ini terus berhutang dengan kuasa besar kuffar yang diketuai oleh Amerika di mana hasil minyak daripada kedua negara ini banyak digunakan untuk kepentingan kuffar. Malah sehingga hari ini kuasa besar Kuffar terutama Amerika dan Britain terus menekan Iraq walau pun negara itu telah pun bersetuju menerima resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk memeriksa senjata yang didakwa masih disimpan oleh Iraq. Tekanan kuffar terhadap Iraq sebenarnya kerana mereka terlalu tamakkan hasil minyak yang ada disamping mahu melaksanakan perancangan yahudi yang telah membeli Amerika dalam meluaskan lagi negara Israel Raya mengikut pelan asal yahudi iaitu memanjang sehingga ke Iraq dan Mesir. Tanpa ilmu pengetahuan maka aqidah umat Islam mudah melayang dan apabila aqidah hilang maka umat Islam terus tertekan sehingga mereka akan tunduk kepada kuasa kuffar demi mendapatkan habuan dunia yang tidak seberapa.

            Ingatlah sabda Rasulullah sa.w :


فوالله  ما الفقر  أخشى  عليكم  ولكني  أخشى    أن  تبسط  عليكم  الدنيا  كما  بسطت  على  من  كان  قبلكم  فتنافسوها  كما  تنافسوها  فتهلككم  كما  أهلكتهم   

Maksudnya  :  Demi  Allah!  Aku tidak bimbang  kefakiran yang menimpa kamu tetapi  apa yang aku bimbang  ialah  apabila dibentangkan kemewahan  dunia  sebagaimana  yang  telah  dibentangkan  kepada umat sebelum kamu lalu mereka merebut kemewahan dunia itu  maka kamu juga akan berebut sebagaimana mereka maka kamu  akan dibinasakan  sebagaimana  binasanya umat sebelum kamu




            Musuh Islam tahu bahawa kekuatan Islam ada pada al-Quran maka mereka terus berusaha menjauhkan umat Islam daripada al-Quran. Antaranya kuffar merosakkan bahasa arab dan mengurangkan penggunaannya sebagai bahasa komunikasi. Akhirnya orag arab sendiri lebih banyak menggunakan bahasa paaaaasar daripada bahasa arab fasohah apatah lagi umat Islam selain arab. Akhirnya betaapa ramai di kalangan umat Islam yang tidak tahu membaca al-Quran apatah lagi mahu melaksanakan seluruh system Islam yang terkandung di dalam al-Quran. Malah di negara kita pernah dihapuskan pembelajaran tulisan jawi yang merupakan perantaraan yang begitu penting dalam memudahkan penguasaan bahasa arab dan pembacaan al-Quran. Sepatutnya ketika musuh Islam cuba melemah dan menghancurkan bahasa arab serta menjauhkan umat Islam daripada al-Quran maka kerajaan yang mendakwa bahawa negara ini adalah negara Islam mestilah membantu secara lebih serius dalam mengembang dan memajukan lagi sekolah agama rakyat yang banyak memberi penekanan kepada aspek pembelajaran bahasa arab dan penguasaan ilmu al-Quran. Tetapi apa yang berlalu sebaliknya apabila pemimpin yang lebih banyak menentang Islam daripada melaksanakan Islam telah bertindak rakus menekan sekolah agama rakyat yang kini mempunyai jumlah pelajar seramai 600 ribu orang dengan pelbagai alasan yang memualkan. Pemimpin yang ada lebih suka menguasai rakyat melalui kekerasan, paksaan serta ugutan termasuk kewangan.

            Pepatah arab ada menyatakan bahawa seseorang pemimpin dunia akan menguasai rakyat bawahannya dengan melaparkan mereka sehingga rakyat terpaksa melutut di bawah kaki pemimpin memohon simpati. Tetapi adakah pemimpin yang ada pada hari ini begitu kuat dalam melawan arus kebangkitan rakyat yang begitu cintakan Islam Mereka sepatutnya mengambil iktbar daripada apa yang berlaku di Turki yang merupakan sebuah negara yang begitu lama mengamalkan dasar sekularisme yang banyak ditiru oleh pemimpin negara ini seperti larangan berkopiah ke pejabat, larangan bertudung labuh bagi wanita, larangan meletakkan kalimah bismillah pada surat rasmi dan sebagainya tetapi akhirnya gerakan sekuler bagaikan ditunjukkan jalan agar berundur atau terkubur oleh gerakan pro-Islam yang menang besar dalam pilihanraya Turki baru-baru ini. Usaha musuh Islam yang membenci dan melawan Islam tidak ubah seperti seekor binatang yang menanduk batu yang pejal di mana batu yang pejal tidak pecah sedangkan binatang itu bukan sahaja semakin lemah malah nyawanya mungkin melayang. Betapa letih dan penatnya kita sebagai umat Islam yang mengaku memperjuangkan Islam maka ingatlah bahawa musuh Allah lebih letih daripada kita sedangkan kita mengharapkan keredhaan Allah ketika musuh Islam hanya mementingkan diri sendiri. Kita mesti terus berjuang dengan seluruh kemampuan yang ada sehingga Islam beroleh kejayaan. Jika kita tidak berpeluang untuk mengecap kejayaan Islam maka kita doakan semoga anak cucu kita akan dapat merasai betapa nikmatnya apabila Islam kembali merajai dunia hasil daripada perjuangan yang kita sumbangkan untuk Islam.

Firman Allah dalam  ayat 8 surah as-Sof:


يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولو كره الكــفرون

Maksudnya : "Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membenci".


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن






TAKUT / TAK BERANI NAK MULA PAKAI TUDUNG


Takut / Tak Berani Nak Mula Pakai Tudung

Assalamualaikum

I nak pakai tudung. Tapi I tak tahu macam mana dan bila nak mula pakai. Lagi pun, kalau I tiba-tiba pakai tudung, apa yang akan orang kata. Kan?"

Well, well, well, kenapa perempuan takut untuk bertudung? Kenapa? Yes, sebab secara automatiknya, dia akan 'lebih terikat'. Once dia pakai tudung, dia akan terikat dengan imej islam. Sebab tu lah ramai yang takut nak pakai tudung. Tapi, itu bukan benda yang paling girls takut bila nak mula pakai tudung. Apa yang paling girls takut adalah tentang apa pandangan orang sekitar bila nampak seorang perempuan yang biasanya freehair, tiba-tiba pakai tudung. Kan?


It might be hard.

Andai kata seseorang tu freehair. Then lepak-lepak dengan lelaki. Pandangan orang ramai adalah seperti "Alaa. Normal lah tu". But once that girl pakai tudung, tapi lepak bersama lelaki, orang sure akan kata "Eeee. Pakai tudung. Tapi sosial habis. Boleh lak lepak-lepak dengan lelaki bla bla bla. Entah-entah dah pernah kena gangbang". Oh God can you please shut your stink mouth dude? Tapi kan, benda macam ni, kadang-kadang, lelaki tak bising pun. Yang bisingnya adalah perempuan sendiri. Why? I don't know.

Well, this shit lah yang menyebabkan ramai girls yang tak berani nak berubah dan tak berani nak start pakai tudung. Even a girl tu pakai tudung full time, still, dieorang takut untuk pakai tudung labuh. Why? Again, sebab benda-benda macam ni lah. Sebab terlampau ramai mangkuk-mangkuk yang suka jadi penghalang. So how?

Masa aku di semester 3. Ada seorang girl ni yang sama kuliah dengan aku. Nama dia Koala. Siti Nur Koala binti something. Aku dah lupa. Tapi dia memang comel. Peminat pun ramai. Dia dulu freehair. Full time freehair. Tapi pada suatu hari. Di malam yang hening masa aku nak pergi makan kat warung belakang taman, aku jumpa dia. Perh, bertudung tuuu. First time aku tengok dia bertudung, cair aku kat situ. Memang agak tertanya-tanya lah kan. Tertanya macam "Eh sejak bila lak budak ni pakai tudung?". Then, "Apa pandangan orang lain tentang dia?" But hey, bila seseorang tu nak start pakai tudung, why susah sangat orang sekitar tu nak support? And yes, she doing it well. Ramai yang support dia. Aku yang nampak dia kat situ pun terus tegur dia padahal aku dan dia tak rapat mana pun time tu.

"So, how dia boleh berubah dari freehair ke pakai tudung tanpa ada orang yang buat isu?"

Well, mostly, apa yang aku perasan, ramai perempuan yang tak ada masalah bila nak berubah, adalah bila mereka berkawan dengan lelaki, lebih dari berkawan dengan perempuan. Seriously, bila seorang perempuan tu ramai kawan lelaki, dia sure akan kurang stress dan kurang terlibat dalam masalah tikam belakang. Dunia perempuan is complicated. Jealous antara satu sama lain adalah rutin harian. Tikam belakang kawan adalah hobi persendirian. Dan macam-macam lagi. See? Nasib baik aku lelaki. So yeah, kalau ada orang bising-bising cakap korang ni bajet alim sebab pakai tudung, korang hanya perlu ignore. Pandangan orang lain akan sentiasa menjatuhkan korang.

Ignore the bitches.

"Tapi, aku rasa aku tak sesuai la pakai tudung. Aku ganas. Suka lawan cakap orang. So how?"

Well, bayang kan korang adalah girl yang brutal. Suka lawan cakap orang. Suka tegakkan pendapat sendiri. Lone ranger. Sombong. Suka buat kerja sendiri sorang-sorang. Then nak pakai tudung. Sesuai ke? Hey, why not? Cuba korang bayangkan lagi. A comel girl. Berkulit putih. Bertudung labuh. Then bila ada lelaki datang kacau, girl ni terus sepak celah kangkang lelaki tu then blah. Brutal dan aggresive yet cute, plus ayu. Isn't that cool? Yeah. That is super cool, dudes. I love that type of girl. Macam heroin dalam Novel Versus karya Hlovate. Ustazah brutal. I like. Super like. Oh oh please lah don't tell me korang tak pernah baca novel Hlovate. Kalau korang tak pernah baca Novel Hlovate, tu maksudnya korang tak pernah baca novel yang sebenar.

Dan andai kata korang tertanya-tanya:

"I takut nak pakai tudung even boyfriend I dah suruh I pakai. Tapi deep-deep in my heart pun I memang nak pakai tudung. Cuma, I takut kalau orang kata I pakai tudung sebab boyfriend yang suruh"

Wait, pakai tudung sebab boyfriend yang suruh? Well, so what? Who cares? Masa korang kecik, korang solat sebab Tuhan? Oh peh-lis. Time tu, korang solat sebab takut ayah rotan korang. Korang mengaji sebab nak tahu agama? Euwww. No way. Tapi sebab ustazah paksa. So, look at you now. Solat all the time dan pandai mengaji (Konon lah kan). Is that bad? Kalau korang nak pakai tudung, dan di tambah pula ada boyfriend yang support, apa salahnya? Asalkan, even korang dah putus dengan boyfriend korang, korang still pakai tudung. Sebagai permulaan, tak salah pakai tudung kerana seseorang. Sama seperti pakai tudung sebab Ustazah dan sebab Ibu korang yang suruh. Tak ada beza kan?

Brave. Embrace yourself.

Lagi pun kan, dari korang pakai tudung singkat berlilit dan berlapis lapis tu, baik korang pakai tudung labuh. Aku tau korang sejuk sebab tu korang pakai tudung berlilit-lilit dan berlapis-lapis. Tapi, kalau korang pakai tudung labuh, lagi mudah. Air flow pun elok. Dah la Malaysia ni panas. Ye tak?

Senang je nak tahu seseorang tu pakai tudung untuk bergaya, tutup aurat atau kedua-duanya. Caranya korang tengok lah pakaian dieorang. Tak pun tengok ketebalan shawl. Tak pun tengok saiz jeans. Dari belakang nampak g-string tak. Tak pun, tengok baju, macam baju adik umur 6 tahun tak. Dan macam-macam lagi lah. Korang semua pandai-pandai. Aku tau. So, fikirkan lah sendiri.

Dan, bagi lelaki yang nak kahwin tu tapi bakal isteri tak nak pakai tudung. Nak buat macam mana? Alah, senang je. Korang belikan dua atau tiga tudung. Pilih satu tudung yang agak labuh yang cantik. Yang selebihnya, tudung singkat yang buruk. Last-last, sure si girl tu pilih tudung yang agak labuh kan? Biasalah, girls, nak yang cantik je. Then, mana la tau. Kot-kot sekali dia pakai tudung yang agak labuh, dia rasa tenang. Rasa feel je. Then tup-tup, sejak hari tu, setiap hari pakai tudung tu. Kan? Sejuk perut aku melihatnya. Ah, sayang, isteri orang.

"Bila masa paling sesuai untuk saya pakai tudung supaya orang tak pandang slack kat saya?"

Oh, easy question. Actually, korang boleh start pakai tudung pada bila-bila masa. Korang boleh start pakai tudung bila nak start semester baru. Or, korang boleh start pakai tudung bila dah kahwin. Or, korang boleh start pakai tudung bila start masuk tempat belajar / kerja baru. Or korang boleh start pakai tudung bila ada peristiwa seperti di birthday your mom and your mom nak tengok korang pakai tudung. OR, korang boleh mulakan senarang because ramai yang nak pakai tudung. Cuma, masalahnya, ramai tak tak ada 'ignite-er'. Ramai yang tak ada pencetus. Kan? Sebab once korang dah buat, sure korang boleh carry on. Sekali korang pakai tudung, sure dah tak rasa segan-segan dan takut dah.
 
"A person willing to change at 12 oclock, died on 11."

Oh pedulikan grammar untuk quote di atas. Aku dah lupa quote yang sebenar. Tapi serious shit, ramai yang nak berubah tapi suka tangguh. Then bila tangguh, sure tak sempat. Ianya macam "Aku berjanji yang aku tak akan mencuri" tapi belum sempat esok, dah mati. Mangkuk betul budak tu. Anyhow, you got my point kan?

Fact 1 : Girl akan nampak lagi comel bila pakai spect mata. 

Fact 2 : Girls akan nampak dua kali lagi comel bila pakai tudung. Since you got ugly straight-re-bonding-hair

LELAKI & WANITA - PERBEZAAN




Antara realiti yang berlaku. Dipetik dari kisah-kisah yang pernah berlaku di depan mata dan yang pernah diceritakan oleh sahabat-sahabat. Sejauh mana kebenarannya? :


LELAKI A
" Dengan kawan-kawan, pergi kelas ke, keluar dengan siapa-siapa, sayang pakai la tudung, kalau dengan abang tak pakai pun tak pe.. Abang suka tengok rambut sayang yang cantik tu.. "

PEREMPUAN A
" Boyfriend aku cakap, pergi kelas kena pakai tudung, sebab tu la aku pakai tudung masa pergi kelas je.."

LELAKI B
" Sayang kalau nak pakai tudung biarlah ikhlas, jangan pakai sebab terpaksa, abang tak suka tengok sayang kejap pakai tudung, kejap tak.. Nak pakai, pakai terus.. Tak nak pakai tak payah pakai. "
PEREMPUAN B
" Boyfriend aku cakap, kalau tak nak pakai tudung, tak payah pakai"

LELAKI C
" Sayang bagi la gambar sayang yang tak pakai tudung pulak, abang nak tengok rambut sayang, mesti cantikkan? Bagi la, nak buat kenangan.. Ala abang sorang je yang tengok.. Abang janji tak bagi sape2 tengok. "
PEREMPUAN C
" Ok, janji abg jgn bagi sape2 tgk tau.. Sayang abg "
Hari esok dan seterusnya, makin banyak gambar yang diminta, sampai tiada seurat benang yg tinggal..

LELAKI D
" Kita belum ada ikatan yang sah lagi, tak elok kalau kita selalu jumpa, ape pulak orang kata.. Nanti kawin hari-hari kita jumpa ye."
PEREMPUAN D
" Kalau tak boleh jumpa, buat ape couple? Jangan salahkan sayang kalau sayang keluar dengan lelaki lain "

LELAKI E
"Kau ingat aku nak sangat ke kat minah tu.. Aku main-main je dengan dia, tak serius pun.. Dapat nanti aku tinggal laaa!"
PEREMPUAN E
"Aku dah terlanjur dengan mamat tu, tapi dia janji akan bertanggungjawab kalau ape-ape jadi nanti, aku sayang dia sangat2"



REALITI, orang perempuan ramai yang berharap, kekasihnya akan jadi suaminya.. Tapi seringkali diperbodohkan.. Dipergunakan.. 

REALITI, perempuan lebih suka mendengar cakap boyfriend dia, daripada keluarga atau kawan-kawan..

REALITI, tak ramai lelaki yang set dalam mind yang dia akan mengahwini kekasihnya.. Bagi mereka, selagi belum sah, mereka ada hak untuk mencari yang lain.. Walaupun sudah berkahwin, mereka masih mahu mencari yang lain..

REALITI, lebih ramai lelaki mahukan isterinya nanti seorang yang solehah, yang masih 'DARA'.. walaupun mereka juga dah hilang 'TERUNA' .. Begitu juga perempuan, tetapi terlalu ramai perempuan yang dirosakkan oleh lelaki.. Mereka juga mengharapkan ada lelaki yang baik dapat menerima mereka dan membimbing ke jalan yang benar..


Credit : I Luv Islam . com

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)


KEPADA LELAKI : Bimbinglah wanita dengan cara yang betul.. Bimbing mereka supaya menjadi isteri solehah yang anda idamkan..

KEPADA PEREMPUAN : Jangan terlalu ikut perasaan, yang mana baik ikutlah, yang mana tak, eloklah ditinggalkan.. Seandainya jauh tersasar,  kiranya terlalu sayang, cuba lah bawa pasangan anda ke landasan yang betul..

Kesimpulannya, jangan rosakkan barang yang dah sedia rosak, sebaliknya apabila diperbaiki, barang yang rosak mungkin lebih hebat dari barang yang baru.. dan jagalah barang baru dengan sebaiknya, supaya ia sentiasa terpelihara.. ^_^ 


ANEKA PUDING



PUDING TAUHU LAICI
Bahan Bahan
* 1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan)
* 1 1/2 liter air
* 1 cawan santan pekat
* 1 tin kecil susu pekat manis
* 1 tin susu cair
* 4 sudu besar gula
* 2 helai daun pandan - disimpulkan


* Untuk kuahnya:

* 1 tin laici - laici tu di siat2kan
* 2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
* 8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
* 3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

Cara-cara
1. Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (termasuk air laici) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
2. Untuk membuat tauhunya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
3. Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
5. Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
6. Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk kedalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
7. Puding ni sememangnya lembik spt taufo fah.. dan ini rupa kalau kita letak dalam acuan kecik2..
***********************************
 PUDING CARAMEL


***********************************************************

PUDING MANGGA


Bahan-bahan:1 biji mangga masak | diambil isinya dan dikisar halus
50gm gula pasir
50gm serbuk gelatin
2 biji kuning telur
100ml krim putar (whipping cream)
Air secukupnya | untuk mencairkan
serbuk gelatin

Cara membuat:1. Masukkan mangga kisar ke dalam mangkuk adunan bersama krim putar dan serbuk gelatin yang telah dicairkan. Kacau rata dan asingkan.
2. Kemudian pukul gula pasir bersama telur kuning sehingga gula hancur dan larut lalu dituangkan ke dalam adunan mangga kisar tadi. Gaul sehingga menjadi sebati.
3. Seterusnya tuangkan adunan ke dalam acuan pilihan.
4. Akhir sekali, simpan di dalam peti sejuk selama dua jam. Sedia untuk dihidangkan.
**************************************************************
PUDING KASTARD JAGUNG 
Bahan-bahan:100gm jagung manis (di dalam tin)
120gm tepung kastard
240gm gula
750ml air
250ml susu cair

Bahan sos krim buah-buahan:120gm koktel buah-buahan
120gm gula
125ml susu cair
4 sudu makan air

Cara memasak:1. Didihkan gula sehingga hangus dan masukkan 125ml air lalu dikacau sehingga pekat.
2. Kemudian bancuhkan tepung kastard dengan air, susu cair dan gula sehingga sebati. Didihkan di atas api kecil. Kacau selalu supaya ia tidak hangus.
3. Seterusnya masukkan jagung manis dan digaul sebati.Tuangkan adunan ke dalam acuan dan sejukkan. Asingkan.
4. Untuk membuat sos krim buah-buahan pula, didihkan gula, air dan susu cair di dalam periuk. Kacau sehingga sebati.
5. Tuangkan ke dalam acuan dan masukkan agar-agar susu tadi ke dalamnya dan kacau perlahan. Biarkan beku.
6. Setelah itu masukkan koktel buah-buahan secukupnya. Kacau sehingga menjadi agak pekat. Sejukkan.
7. Akhir sekali, sudukan pada kastard jagung tadi. Sedia untuk dimakan.
******************************************
PUDING TRIFLE 
 Bahan

Swiss roll
1 tin fruit cocktail
Kristal Jelly - Hanis guna cap NONA
1tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit
Yogurt atau whipping cream - haniss guna whipping cream

Cara membuatnya:

Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.

Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.

Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan hkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

Lapisan 5
Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry keatasnya......haniss tabur dengan badam panggang
Quote:

Nota:
-Untuk adunan diatas sesuai dan muat dalam bekas/acuan saiz 7/8 x 10".
-whipping cream dipukul hingga gebu dan sapu keatas lapisan jelly tadi (Untuk memudahkan lagi kerja sapuan tu haniss masukkan whipping cream dlm pipping bag dan pipe keatas lapisan jelly tadi,.........pipe guna nozzle star pun cantik juga
*************************************************
CHOC PUDING AL TRIFLE  
 
Bahan-bahan
  • Kek swiss roll (saya beli kek London swiss roll sebab ada jual kat seven 11. kes malas nak ke supermarket)
  • 1 pek jeli kristal tanpa perisa (saya guna perisa raspberry sebab itu aje yang available kat rumah)
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula (untuk kes saya, sila kurangkan gula sebab jeli kristal perisa raspberry dah cukup manis dah)
  • 1/2 cawan susu tepung (saya gantikan dengan hot choco 3-in-1 1 pek)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 1/2 sudu esen vanilla (ni saya tak letak sebab takde)
  • 3 sudu besar butter

Cara
  1. Masukkan segala bahan kecuali kek swiss roll dan butter ke dalam periuk.
  2. Kacau selalu hingga mendidih.
  3. Masukkan butter. Kacau lagi hingga pekat.
  4. Susun kek swiss roll dalam bekas acuan.
  5. Tuangkan choco pudding yang dah pekat/masak tadi ke dalam acuan.
  6. Sejukkan.
************************************
PUDING NANAS


Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung kastard
  • 3 cawan air
  • 500 gm santan pekat
  • 1 biji nenas
  • 2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Acuan muffin secukupnya (kak rose buh dlm mangkuk kecik2 je)
  • 175 gm mentega

Cara-cara
  1. Nenas di kupas dan di buang kulitnya dan di potong dadu
  2. Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar halus atau hingga sebati
  3. Masukkan semua bahan kecuali kismis hitam kedalam periuk dan masak adunan hingga mendidih.Adunan hendaklah di kacau selalu supaya tidak melekat.
  4. Apabila sudah mendidih bolehlah masukkan adunan tersebut ke dalam acuan kecil-kecil dan hiaslah dengan kismis.
  5. Akhir sekali apabila adunan sudah sedikit keras bolehlah di masukkan dalam peti sejuk. 
 *******************************************************************

Puding Nanas


Bahan-bahan:

1. Serbuk agar-agar
2. Air
3. 1 tin buah nanas gelang(asingkan air & buah
4. 1 tin susu cair
5. Gula
6. tepung kastard
7. beberapa biji ceri merah+hijau

Cara membuat:

1. Masak agar2 dan gula sehingga mendidih
2. masukkan air buah nanas tin
3. Bancuhkan tepung kastard dgn susu cair-tapiskan. Kmdn tuangkan dlm adunan agar-agar tadi.
4. Susun buah nanas ke dalam acuan.
5. Apabila agar2 masak, tuangkan kedalam.
6. Simpan dalam peti sejuk
7. Sedia di hidangkan.
*****************************************************

RESEPI HEAVENLY MILO & OREO JELLY

Bahan-bahan

  • 1 bungkus agar2 serbuk (10gram)
  • 750ml air
  • 160g gula
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 3/4cawan milo
  • satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 lapisan sandwich
Cara-cara
  • Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
  • Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga sebati.
  • Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api kecil supaya tidak membeku.
  • Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.
Tips Melapis :
  • Jangan tunggu lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak akan melekat.
  • Jika lapisan telah membeku, guriskan permukaan dgn garfu dan tuangkan lapisan seterusnya.
  • Pastikan adunan masih panas ketika menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn elok.
*****************************