الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga teman-teman sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Firman Allah dalam ayat 26 surah al-Fussilat :
وقال الذين كفروا لا تسمعوا لهذا القرءان والغوا فيه لعلكم تغلبون
Maksudnya :" Dan berkatalah orang-orang kafir itu : “ Janganlah kamu mendengar al-Quran itu dengan bersungguh-sungguh. Buatlah hiruk pikuk terhadapnya agar kalian dapat mengalahkan orang-orang yang beriman”
Pada hari yang ke 17 dalam bulan Ramadhan yang mengingatkan kita kepada suatu peristiwa yang besar dan penting dalam sejarah umat Islam iaitu turunnya wahyu yang pertama kepada nabi Muhammad s.a.w semasa baginda bermunajat di Gua Hira’. Bermula daripada situlah bermulanya usaha dakwah serta berkembangnya Islam yang bukan sahaja diterima oleh bangsa arab tetapi ia terus menerus mengetuk seluruh hati umat manusia bersesuaian dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w sendiri untuk sekalian alam bukannya tertakluk kepada umat tertentu sahaja sebagaimana nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum ini. Islam yang tertegak di atas asas ilmu bukannya mata pedang tidak sebagaimana yang didakwa oleh musuh yang sentiasa membenci dan menentang Islam di mana dakwah Islam terus berkembang pesat walau pun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, tentangan, halangan dan ujian disepanjang usaha meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Islam yang dulunya dianggap kecil dan lemah dan hanya banyak berdepan dengan tentangan kafir Quraisy akhirnya menjadi kuasa besar bermula daripada Daulah Islamiah pertama di Madinah sehingga berjaya meruntuhkan kuasa Rom Kristian, Parsi Majusi serta menundukkan kuasa India Hindu dan China Budha seterusnya Islam berjaya memasuki bumi Eropah yang masih kelam daripada sebarang tamadun melalui penawanan Sepanyol oleh panglima Islam Toriq bin Ziyad.
Perhatikan kepad ayat yang mula-mula diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad s.a.w dari surah al-‘Alaq :
إقراء باسم ربك الذي خلق
Maksudnya : "Bacakanlah Waahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang telah mencipta"
Kita fahami daripada ayat ini bagaimana Islam begitu mementingkan ilmu pengetahuan terutama dalam mencari kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Maksud sebuah hadis nabi s.a.w: Sesiapa yang inginkan akhirat maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan dunia maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin keduanya iaitu akhirat dan dunia maka dia lebih dituntut agar berilmu. Tetapi malangnya apa yang disarankan oleh Allah dan rasulNya agar umat Islam menghidupkan budaya membaca dan budaya suka menambahkan ilmu pengetahuan masih lemah menyebabkan kita sentiasa menjadi mangsa penipuan dan penindasan musuh melalui propaganda mereka menerusi seluruh media massa yang dikuasai oleh kuffar terutama yahudi. Tahap kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu pengetahuan di kalangan remaja Islam juga begitu kurang memberangsangkan sehingga ramai di kalangan golongan remaja banyak menghabiskan masa dengan budaya lepak, berhibur tanpa batasan dengan hiburan yang merosakkan diri mereka, permainan yang mengkhayalkan, penglibatan dalam masalah sosial dan jenayah serta ramai juga di kalangan remaja yang mengambil jalan singkat untuk bekerja dalam usia yang terlalu muda sedangkan langkah mereka masih terlalu panjang. Serangan dan tekanan fahaman kebendaan telah menghasut golongan remaja yang menyebabkan golongan ini yang diharapkan menjadi pemimpin masa depan lebih mengutamakan wang daripada ilmu pengetahuan. Kita pernah ingat kepada jawapan yang keluar daripada mulut bekas Perdana Menteri negara haram pengganas yahudi Israel apabila ditanya tentang sebab beliau berterus terang mengenai protokol dan perancangan yahudi untuk menguasai dunia kepada seluruh dunia sedangkan ia begitu merbahaya jika diketahui oleh umat Islam lalu dia dengan tenang menyatakan bahawa umat arab yang dinisbahkan kepada umat Islam tidak membaca.
Akibat kejahilan maka umat Islam jauh ketinggalan dan tidak dapat membaca dengan baik tentang perancangan jahat musuh Islam yang diketuai oleh yahudi. Akibat kejahilan juga maka aqidah umat Islam goyah dan mudah terpengaruh dengan dakyah dan penipuan musuh Islam tanpa sedar. Kita perlu memandang serius terhadap usaha kristian yang kini mula terpinggir di Eropah terutama selepas serangan 11 September ditambah dengan kuasa Kristian yang mula lemah kerana telah dibeli oleh yahudi yang menyebabkan pihak Kristian menggandakan dalam meramaikan penganutnya dengan berusaha mengkristiankan 1/3 penduduk Asia Tenggara. Perkara ini bertambah serius apabila pemimpin Filiphina menawarkan negaranya untuk dijadikan pusat gerakan Kristian di rantau ini. Kristian melalui dakyah dan sihir kini banyak menumpukan perhatian di negara kita memandangkan usaha mereka di Indonesia agak berjaya sehingga kita dapati di sana terdapat dalam satu keluarga menganut pelbagai agama. Kebimbangan kita berasas kerana kini Melayu Kristian sudah mempunyai gereja mereka sendiri dan kita berasa begitu risau jika keadaan sebagaimana yang berlalu di Indonesia akan terjadi dalam masyarakat Islam di sini jika terus lupa dan leka والعياذ بالله
Tanpa ilmu maka semakin tipis dan lemahnya aqidah umat Islam sehingga mereka terjajah dalam negara mereka sendiri. Jika kita perhatikan kepada hasil mahsul yang terdapat di negara umat Islam maka boleh dikatakan tiada negara umat Islam yang tidak mempunyai hasil buminya sendiri. Betapa banyak hasil petrol yang dianugerahkan oleh Allah kepada negara umat Islam tetapi ia tidak dapat digunakan sebaik mungkin sehingga hasilnya tidak banyak membantu kepada kemajuan umat Islam secara menyeluruh sebaliknya musuh Islam sentiasa mengambil peluang dalam menyedut hasil bumi yang ada di negara umat Islam untuik kepentingan kuffar. Kekurangan pakar daripada kalangan umat Islam kerana mengabaikan budaya ilmu disamping kejahilan pemimpin yang hanya lebih seronok memenuhkan poket sendiri daripada menggunakan hasil bumi anugerah Allah untuk manfaat seluruh umat Islam telah menambahkan lagi penderitaan umat Islam. Contohnya peperangan Teluk yang dirancang rapi oleh kuffar telah menyebabkan Arab Saudi dan Kuwait sehingga hari ini terus berhutang dengan kuasa besar kuffar yang diketuai oleh Amerika di mana hasil minyak daripada kedua negara ini banyak digunakan untuk kepentingan kuffar. Malah sehingga hari ini kuasa besar Kuffar terutama Amerika dan Britain terus menekan Iraq walau pun negara itu telah pun bersetuju menerima resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk memeriksa senjata yang didakwa masih disimpan oleh Iraq. Tekanan kuffar terhadap Iraq sebenarnya kerana mereka terlalu tamakkan hasil minyak yang ada disamping mahu melaksanakan perancangan yahudi yang telah membeli Amerika dalam meluaskan lagi negara Israel Raya mengikut pelan asal yahudi iaitu memanjang sehingga ke Iraq dan Mesir. Tanpa ilmu pengetahuan maka aqidah umat Islam mudah melayang dan apabila aqidah hilang maka umat Islam terus tertekan sehingga mereka akan tunduk kepada kuasa kuffar demi mendapatkan habuan dunia yang tidak seberapa.
Ingatlah sabda Rasulullah sa.w :
فوالله
ما الفقر أخشى عليكم ولكني أخشى أن تبسط عليكم الدنيا كما
بسطت على من كان قبلكم فتنافسوها كما تنافسوها فتهلككم كما
أهلكتهم
Maksudnya : Demi Allah! Aku tidak bimbang kefakiran yang menimpa kamu tetapi apa yang aku bimbang ialah apabila dibentangkan kemewahan dunia sebagaimana yang telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu lalu mereka merebut kemewahan dunia itu maka kamu juga akan berebut sebagaimana mereka maka kamu akan dibinasakan sebagaimana binasanya umat sebelum kamu
Musuh Islam tahu bahawa kekuatan Islam ada pada al-Quran maka mereka terus berusaha menjauhkan umat Islam daripada al-Quran. Antaranya kuffar merosakkan bahasa arab dan mengurangkan penggunaannya sebagai bahasa komunikasi. Akhirnya orag arab sendiri lebih banyak menggunakan bahasa paaaaasar daripada bahasa arab fasohah apatah lagi umat Islam selain arab. Akhirnya betaapa ramai di kalangan umat Islam yang tidak tahu membaca al-Quran apatah lagi mahu melaksanakan seluruh system Islam yang terkandung di dalam al-Quran. Malah di negara kita pernah dihapuskan pembelajaran tulisan jawi yang merupakan perantaraan yang begitu penting dalam memudahkan penguasaan bahasa arab dan pembacaan al-Quran. Sepatutnya ketika musuh Islam cuba melemah dan menghancurkan bahasa arab serta menjauhkan umat Islam daripada al-Quran maka kerajaan yang mendakwa bahawa negara ini adalah negara Islam mestilah membantu secara lebih serius dalam mengembang dan memajukan lagi sekolah agama rakyat yang banyak memberi penekanan kepada aspek pembelajaran bahasa arab dan penguasaan ilmu al-Quran. Tetapi apa yang berlalu sebaliknya apabila pemimpin yang lebih banyak menentang Islam daripada melaksanakan Islam telah bertindak rakus menekan sekolah agama rakyat yang kini mempunyai jumlah pelajar seramai 600 ribu orang dengan pelbagai alasan yang memualkan. Pemimpin yang ada lebih suka menguasai rakyat melalui kekerasan, paksaan serta ugutan termasuk kewangan.
Pepatah arab ada menyatakan bahawa seseorang pemimpin dunia akan menguasai rakyat bawahannya dengan melaparkan mereka sehingga rakyat terpaksa melutut di bawah kaki pemimpin memohon simpati. Tetapi adakah pemimpin yang ada pada hari ini begitu kuat dalam melawan arus kebangkitan rakyat yang begitu cintakan Islam Mereka sepatutnya mengambil iktbar daripada apa yang berlaku di Turki yang merupakan sebuah negara yang begitu lama mengamalkan dasar sekularisme yang banyak ditiru oleh pemimpin negara ini seperti larangan berkopiah ke pejabat, larangan bertudung labuh bagi wanita, larangan meletakkan kalimah bismillah pada surat rasmi dan sebagainya tetapi akhirnya gerakan sekuler bagaikan ditunjukkan jalan agar berundur atau terkubur oleh gerakan pro-Islam yang menang besar dalam pilihanraya Turki baru-baru ini. Usaha musuh Islam yang membenci dan melawan Islam tidak ubah seperti seekor binatang yang menanduk batu yang pejal di mana batu yang pejal tidak pecah sedangkan binatang itu bukan sahaja semakin lemah malah nyawanya mungkin melayang. Betapa letih dan penatnya kita sebagai umat Islam yang mengaku memperjuangkan Islam maka ingatlah bahawa musuh Allah lebih letih daripada kita sedangkan kita mengharapkan keredhaan Allah ketika musuh Islam hanya mementingkan diri sendiri. Kita mesti terus berjuang dengan seluruh kemampuan yang ada sehingga Islam beroleh kejayaan. Jika kita tidak berpeluang untuk mengecap kejayaan Islam maka kita doakan semoga anak cucu kita akan dapat merasai betapa nikmatnya apabila Islam kembali merajai dunia hasil daripada perjuangan yang kita sumbangkan untuk Islam.
Firman Allah dalam ayat 8 surah as-Sof:
يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولو كره الكــفرون
Maksudnya : "Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membenci".
بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ
بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي
وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ
اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ
وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا
فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن
No comments:
Post a Comment