Monday, 9 July 2012

HUKUM ZIHAR


1)      PENGERTIAN ZIHAR

1.   Dari segi bahasa Arab diambil dari perkataan belakang, kerana bentuk zihar pada asalnya adalah seperti berikut : kata  suami kepada isterinya: awak itu dengan saya seperti belakang ibu saya.  Jadi dengan sebab kebiasaan orang Arab Jahiliah menggunakan perkataan “Zihar”.
2.   Dari segi istilah syara’ bererti : suami menyerupakan isterinya dengan ibunya atau pun seorang yang haram berkahwin dengannya.  Dengan ini menyebabkan isteri itu menjadi haram  kepadanya.  Seperti kata suami kepada isteri: awak  ini saya lihat serupa dengan ibu saya.

2)      DALIL ZIHAR

Firman Allah Taala :
Ertinya : Orang-orang yang menzihar isterinya, tidaklah isterinya itu menjadi ibunya tidaklah yang menjadi kepada mereka melainkan perempuan-perempuan yang melahirkan mereka dan sesungguhnya mereka itu menyentuh  perkataan yang mungkar dan dusta.
(Surah Al-Mujadalah : ayat 2)

3)      HIKMAH DILARANG ZIHAR

Sebagaimana yang diketahui di zaman jahiliah bahawa seorang suami bila berkata kepada isterinya : “awak dengan aku seperti belakang ibuku” ini adalah kerana ia bermaksud untuk mengharamkan isterinya itu hidup bersamanya buat selama-lamanya.

Oleh itu, ini adalah merupakan satu keburukan dan penyeksaan terhadap kaum perempuan.  Syara’ telah melarang perbuatan yang  demikian dan menganggap sebagai suatu perkara yang mungkar dan  dusta.  Sebagaimana tersebut dalam ayat di atas.

Perbuatan atau perkataan yang demikian dikatakan satu perkataan mungkar, kerana adalah satu perkara  yang merupakan penyeksaan terhadap kaum perempuan dan pengharaman terhadap sesuatu yang  dihalalkan oleh Allah, ini adalah dilarang kerana oleh syara’.

Perkataan tersebut dikatakan dusta semata-mata adalah disebabkan kerana isteri itu bukanlah ibu dan tidak mempunyai persamaan langsung di antara keduanya.

Walau bagaimanapun syara’ tidaklah membiar begitu sahaja tentang perbuatan suami itu malah syara’ akan mengambil tindakan terhadap suami yang melakukannya iaitu diwajibkan membayar kifarah, supaya terelak dari mengulangi kembali perbuatan tersebut.  Selepas membayar kifarah, suami boleh kembali semula seperti biasa.  Ini berlainan sekali dari apa yang berlaku di zaman  jahiliah yang  menganggap isteri-isteri yang telah dizihar itu gugur talaqnya sebagai  talaq bain yang tidak boleh dirujuk sama sekali buat selama-lamaya.

4)      RUKUN ZIHAR

1.      Suami yang menzihar
2.      Isteri yang dizihar
3.      Lafaz zihar
4.      Orang yang diserupakan (ibu dan sebagainya)

5)      SYARAT-SYARAT MENZIHAR (SUAMI)

1.   Dari  suami yang sah talaqnya, kalau ia menggugurkan talaq, sekalipun suami yang mati pucuk atau yang terpotong zakarnya.  Oleh itu tidak sah zihar dari yang bukan suami dan tidak sah menzihar perempuan yang bukan isterinya,  walaupun perempuan itu akan dikahwininya selepas itu.
2.   Suami yang berakal – tidak sah zihar dari suami yang gila atau masih budak.
3.   Dengan kemahuan suami itu sendiri bukan dipaksa.

6)      SYARAT-SYARAT MENZIHAR (ISTERI)

Hendaklah  yang dizihar itu isteri, sekalipun isteri itu masih kecil (kanak-kanak) gila,  sakit,  kafir kitabiah atau pun sedang dalam idah  raj’i-  tidak sah zihar perempuan yang bukan isteri, kalau seorang  lelaki berkata kepada seorang perempuan yang bakal dikahwininya: “jika saya berkahwin dengan awak maka awak itu dengan saya seperti belakang ibu saya”,  kemudian lelaki itu mengahwininya, zihar itu tidak sah (tidak berlaku) begitu juga tidak berlaku zihar kalau seorang tuan hamba berkata kepada hambanya (perempuan) “awak dengan saya seperti belakang ibu saya” kerana  hamba bukannya isteri.

7)      SYARAT-SYARAT YANG DISERUPAKAN

1.      Hendaklah orang yang diserupakan itu dari golongan perempuan, jika diserupakan dengan orang lelaki walaupun dari keluarganya yang paling dekat seperti bapa dan sebagainya, zihar itu tidak sah, begitu juga tidak sah kala diserupakan dengan seorang khunsa.
2.      Hendaklah orang yang diserupakan itu dari perempuan yang haram nikah dengannya samada sebab keturunan seperti ibu atau sebab susuan seperti ibu susuan atau pun sebab  persemendaan seperti ibu mertua atau ibu tiri.
3.      Perempuan yang diserupakanj itu tidak halal dikahwini sebelum itu seperti isteri bapanya (ibu tiri) yang berkahwin dengan bapanya sebelum ia dilahirkan lagi.
Adapun ibu tiri yang berkahwin dengan bapanya setelah ia dilahirkan, tidak jadi zihar jika diserupakan dengannya, kerana perempuan itu sah berkahwin dengannya sebelum berkahwin dengan bapanya dahulu.
Begitu juga isteri anaknya (menantu perempuan) kerana ianya hala berkahwin dengannya sebelum berkahwin dengan anaknya, seterusnya isteri yang telah diceraikan dengan talak tiga, isteri yang telah lian dan isteri-isteri Rasulullah SAW, ini semuanya tidak jadi zihar apabila  disabitkan dengan mereka, kerana pengharaman kahwin  dengan isteri-isteri Rasulullah itu adalah sebagai penghormatan kepada Rasulullah dan memuliakannya.

8)      SYARAT SIGHAH ZIHAR

Lafaz itu hendaklah menunjukkan zihar.  Lafaz zihar terbahagi kepada dua :
1.   Lafaz Sareh : iaitu  kata-kata yang terang yang digunakan tertentu pada zihar sahaja dan tidak mengandungi erti yang lain dari zihar, seperti kata suami kepada isteri “awak ini dengan saya seperti belakang ibu saya atau seperti tangannya atau kepalanya.
2.   Lafaz Kinayah : iaitu kata-kata yang mengandungi makna zihar dan makna yang lain, lafaz kinayah ini memerlukan niat untuk menentukan maksud yang sebenar.  Seperti kata suami kepada isterinya “awak semacam mata ibuku dan sebagainya dari perkataan-perkataan yang mengandungi erti zihar atau lain dari zihar sebagai menandakan kemuliaan atau penghormatan.

9)      SYARAT TASBIAH (MENSERUPAKAN)

Orang-orang Arab jahiliah selalunya menggunakan perkataan (zihar) yang bererti belakang  untuk menzihar isteri-isteri mereka,  selain dari perkataan (zihar) terdapat juga perkataan-perkataan yang  lain seperti mata, kepala, tangan dan  sebagainya.  Pendek kata ada kalanya digunakan seluruh  anggota perempuan dan ada juga yang menggunakan sebahagian  anggota sahaja seperti menyebut muka, kepala, tangan dan sebagainya.  Oleh  itu disyaratkan menyebut anggota yang lahir sahaja.
Tidak sah tasbiah itu dengan  menggunakan anggota batin seperti hati, limpa dan sebagainya, andainya seorang suami berkata kepada  isterinya “kepada awak serupa hati ibu saya” perkataan seperti ini tidak sah dijadikan zihar.
Zihar tidak berlaku apabila ditasbihkan dengan sesuatu yang ada pada perempuan seperti susu, air liur air mani dan sebagainya, kecuali ditasbiahkan dengan sebahagian anggotanya, seperti kuku, ramput dan gigi, barulah sah ziharnya, contohnya kata suami “awak semacam kuku ibu saya” dan seterusnya.

10)    HUKUM MEMBATASKAN WAKTU ZIHAR DAN MENTA’LIQKAN

1.      Sah menghadkan waktu zihar samada pada jangka waktu yang singkat atau panjang seperti kata suami “awak dengan  saya  seperti belakang ibu saya dalam masa sehari atau  sebulan” dalam masa yang disebutkan itu suami diharamkan  mensetubuhi isterinya itu apabila disetubuhinya kembali wajiblah ia membayar kifarah zihar.
2.      Jika suami berkata kepada isterinya “awak semacam belakang ibu saya selama lima bulan.  Kata-kata yang demikian dianggap suami telah  menzihar dan mengiilaa’ isterinya itu apabila  ia mensetubuhi isterinya  itu dalam  tempoh masa tersebut, ia diwajibkan membayar kifarah zihar,selepas itu ia tidak  mensetubuhinya sehingga berlalu masa tersebut isteri berhak  menuntut dua perkara iaitu menuntut suami supaya mewarithnya kembali atau menceraikannya seperti yang  diterangkan di dalam illa’.
Jika suami berkata kepada isterinya “demi Allah awak serupa belakang ibu saya” kemudian suami itu mensetubuhi isterinya itu dalam masa tempoh iilaa’ (empat bulan) ia diwajibkan membayar dua kifarah, iaitu zihar dan kifarah iilaa’.
Sah dita’liqkan zihar dengan sesuatu, seperti kata suami kepada  salah seorang dari isterinya “jika saya zihar madu awak (isteri yang  satu lagi) maka awak  serupa dengan belakang ibu saya” dan kebetulan  ia benar-benar  menzihar isteri  yang pertama itu, oleh yang demikian  ia dianggap telah menzihar kedua-duanya sekali.

11)    CARA MEMBAYAR KIFARAH ZIHAR

Apabila  seorang suami yang menzihar isterinya ingin kembali isteri kifarah tersebut adalah mengikut susunan berikut :
Yang dizihar itu hendaklah terlebih dahulu ia menbayar kifarah, cara membayar:
1.      Memerdekakan hamba yang mu’min lelaki atau perempuan.
2.      Jika tidak mampu atau tidak berdaya untuk merdekakan hamba, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut dengan tidak berselang, sekiranya diselang-selangkan  walaupun kerana sakit, maka puasa yang lalu terputus dan mestilah diulang semula.
3.      Jika tidak terdaya berpuasa selama dua bulan berturut-turut,  maka ia hendaklah memberi  sedekah makanan kepada  enam puluh orang miskin, tiap-tiap seorang diberikan secupak dan makanan utama bagi negeri itu.
Seorang itu dikira lemah dari berpuasa jika terdapat salah satu dari perkara berikut,  dan bolehlah ia menunaikan kifarah yang ketiga iaitu memberi sedekah makanan kepada enam puluh orang miskin :
1.      Ia ditimpa oleh penyakit yang ghalibnya penyakit itu  akan berlarutan sehingga dua bulan  pendapat doctor dan sebaik-baiknya biarlah dari jenis penyakit yang  tidak ada harapan untuk sembuh lagi.
2.      Ia takutkan penyakit itu akan  bertambah teruk bila berpuasa.
3.      Sekiranya ia berpuasa selam dua bulan berturut-turut ini akan menimbulkan kesusahan dan kemudharatan kepadanya, kerana tidak terdaya mengerjakannya.
4.      Orang itu didapati terlalu kuat nafsunya.  Tidak sanggup menahan untuk menunaikan puasa tersebut, ini bagi orang  yang mempunyai nafsu yang luar biasa.

Wallahua’lam

22 KITAB LENGKAP AQIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH RUJUKAN RAJA-RAJA MELAYU

Kitab muktabar karangan ulama muktabar Mazhab Imam As-Syafie untuk seluruh umat Islam yang cintakan jalan syurga tanpa hisab/ahli telaga haud/ahli husnul khotimah sebenar ;

ILMU  TAUHID

K1. Faradatul faraid ( RM 7.50 ) - 1800 - PATTANI
K2. Tuntunan Ibadat ( RM 9.00 ) - 1970, BEKAS MUFTI P.PENANG/MALAYSIA

ILMU FEKAH

K3. Munyatul-Mushalli ( RM 9.00 ) - 1756M-MAKKAH(HUDUD KELANTAN)
K4. Matla Al-Badrain ( RM 98.00 ) - 1900M-PATTANI
K5. Biadayatul-Hidayah ( RM 10.00 ) - 505H (AL-GHAZALI)-THOS, IRAN
K6. Muhimah (suami isteri mukmin) (RM 15.00 ) - 1850M - PATTANI

ILMU TASAUF

K7. Nur Muhammad ( RM 3.50 ) - 3000 B.C BANI ISRAEL/1350M-MAJAPAHIT II
K8. Pati Rahsia ( RM 50.00 ) - 1946 DATUK PERDANA KELANTAN)
K9. Mengenal Diri Dan Wali Allah ( RM 8.50 ) - 1974M, KELANTAN.
K10. Pengantar Ilmu Tarikat & Tasauf ( RM 16.00 ) - 1985M, INDONESIA
K11. Futuh Al-Ghaib ( RM 10.00 ) - 475H (SYEIKH ABDUL QADIR AJ-JILANI), IRAQ.
K12. Al-Hikam ( RM 16.00 ) - 900M(SYEIKH IBNU ATI'ULLAH), IRAQ
K13. Minhajul Abidin ( RM 18.00 ) - 500H/900M, THOS, IRAN.
K14. Nasihat Tokoh-Tokoh Ulama Islam Dunia ( RM 9.00 ) - 1990, PERAK- MALAYSIA
K15. Sejarah Kekeramatan 99 Wali Allah ( RM 49.00 ) - 1900, MESIR

ILMU SEJARAH/TAFSIR/HADIS

K16. Tafsir Al-Quran ( RM 38.00 ), MAKKAH.
K17. Hadis Sahih Muslim ( RM 40.00 ) - 200H, BAGHDAD.
K18. Sejarah Nabi-Nabi ( RM 46.00 ) - 1900M(SINGAPORE)
K19. Sejarah Wali Songo ( RM 15.00 ) - 1995M(KELANTAN)
K20. Insan Teladan Sepanjang Zaman (RM 20.00 ) - 2000M, MALAYSIA.

ILMU PERUBATAN & ISTIKHARAH/FALAK

K21. Tafsir Mimpi Ibnu Sirrin ( RM 39.00 ) - 1300M, MESIR.
K22. Panduan Rawatan Perubatan Dengan Al-Quran Dan Sunnah (RM 20.00) - MALAYSIA

JUMLAH = RM524.00

(Perubahan harga tertaluk kepada pasaran semasa)

Semua kitab di atas berada di pasaran dan boleh didapati di kedai-kedai buku utama seluruh negara.
Sesiapa menolak isi kitab tersebut gugur aqidah Islam menjadi murtad/kafir serta-merta di sisi jumhur
ulama muktabar Ahli Sunnah Wal-Jamaah Mazhab Imam As-Syafie ini.






JIN QARIN PENDAMPING MANUSIA


Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping atau kembar kepada setiap insan yang dilahirkan (manusia). Dia dikatakan sebagai “syaitan” kepada manusia itu. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarin nya sendiri. Rasulullah s.a.w. tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. 

Manakala yang lain-lainnya adalah kafir. Pada umumnya qarin kafir ini mendorong “dampingan”nya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan ibadah seperti solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia dampingannya melakukan ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat (Maha Adil Allah). Malaikat ini akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan.
Walau bagaimanapun orang2 Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya ialah dengan membaca “Bismillahir Rahmanir Rahim” (basmalah) sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran, melakukan kebaikan dan taat melaksanakan perintah Allah. Secara tidak langsung manusia itu akan meninggalkan nafsu syahwat dan sifat-sifat tercela. Membersihkan dirinya bersesuaian dengan martabat malaikat tersebut.

Pernah satu ketika dulu para ‘ustaz” pendakwah menceritakan bahawa apabila kita makan berserta Bismillah…. syaitan akan kelaparan dan kurus tetapi jika sebaliknya ia semakin gemuk. Pada awalnya memang mengelirukan dan sukar difahami bagaimana syaitan itu boleh kurus kerana bukan kita seorang sahaja manusia di muka bumi ini. Bukan semuanya baca basmalah bila hendak makan dan minum. Setelah dibangkitkan soal qarin ini baharulah kita faham kedudukan sebenarnya. Syaitan yang dimaksudkan ialah jin qarin ini (sifatnya berlawanan dengan sifat malaikat – sebab itu disebut syaitan) dan ia khusus untuk setiap individu.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Kewujudan qarin ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan hal-hal yang jahat-jahat seolah-olah baik pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia terpengaruh atau terpesong.

Dalam surah al-An’am: 112 terdapat firman Allah: “Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu”.

Ath-Thabarani mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Ia berkata, Rasululloh Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda, yang artinya: “Tidak ada seseorang di antara kalian melainkan ada baginya seorang syaitan.” Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku selamat .”(HR. Ibnu Hibban)
Jin ini, menurut para alim ulama’, bukanlah dari kalangan jin yang biasa. Jin ini tugasnya hanya untuk menyesatkan ‘tuan’nya, yang didampingi dari awal kelahiran hingga kematian manusia tersebut. Ada juga qaul yang menyatakan bahawa jin ini dilahirkan bersama-sama kita, akan tetapi ianya tidak mati apabila kita meninggal dunia kerana hayat mereka dipanjangkan Allah, dan mereka hanya dimatikan menjelang hari Qiamat.

Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan yang sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat.

Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili.

IBLIS / SYAITAN GHAIB & ZAHIR


Iblis itu dari dua...yang ghaib dan yang zahir/manusia.(Minnal jin natiwannas - dari jin dan manusia). Lalu siapakah pula sanggup mengaku bahawa merekalah sebenarnya "Iblis Manusia" itu..??

40 Tanda manusia Iblis ini boleh dikenalpasti dengan jelas nyata seperti sentiasa dibakar panas bahang matahari ke mana sahaja ia pergi/bermusafir/pijak bumi Allah, ditimpa pelbagai penyakit jasad atau kemalangan, tiada tenang jiwa/hati, termasuk akhirnya tertolak di Kaabah/Tanah Suci Makkah(tak layak sebagai Tetamu Allah), dan berakhir dengan pelbagai penyakit jasad dan mati ssuul khotimah.

Ya, Rabbi, jauhilah kami dari golongan tersebut itu. AMIN YA RABBI ALAMIN.


Arwah Tuk kata, "mereka mungkin ada sekitar mu, dan mungkin juga orang-orang yang dok mengaku amat sayangkanmu...sedangkan mu tak sedar..!!" -

Arwah Tuk kata iblis tu dah masuk dalam darah daging anak cucu cicit adam dan hawa ni sejak mereka mula tiba di bumi lagi. Anak iblis telah digulai dan dimakan oleh mereka berdua. Sebab itulah diturunkan pula kitab suci dan para Rasul, Nabi dan Wali bagi menyucikan darah itu. Hanya didunia ini sempat disucikan darah itu dengan ikut semua syarat dan rukunnya(3B-MQTK). Jika telah mati/masuk kubur dan masih belum terbuang darah iblis itu, otomatik haram syurga dan wajib neraka tak kira alim atau jahil dan haram atas semua Bani HAsyim solati mayat/jenazah laknatullah yang bakal dibakar panas bahang matahri di dunia lagi..!!

Moga jenazah kita termasuk yang bakal dipayungi awan-awan redup malaikat Allah. AMIN YA RABBI ALAMIN.

   

Sunday, 8 July 2012

SALMON BUTTER LEMON




SALMON BUTTER LEMON ... ^^,

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 slices salmon
2 + 1 sudu besar olive oil
1 sudu besar butter
1/2 sudu besar jus lemon
4 sudu besar air
garam secukup rasa
lada hitam secukupnya(3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam)
daun bawang untuk hiasan
tepung gandum/ corn starch

Cara-cara

1. Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. sapukan dengan tepung gandum.
Salmon-butter-lemon2
2. Panaskan 2 sudu besar olive oil. Bila olive oil panas, besarkan api dan masukkan salmon.
3. Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi. Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing.
4. Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruwap dan sos lemon melekat kat sudu.
5. Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang.
6. Kalau nak lagi sedap, sebelum letak samon tu pinggan tu panas sekejap dgn microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya.

AL QURAN SEBAGAI PEMBELA DI AKHIRAT.

AL QURAN SEBAGAI PEMBELA DI AKHIRAT.

Rasulullah SAW: Belajarlah kamu akan AL QURAN, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, “Kenalkah kamu kepadaku?”
Maka orang yang pernah membaca Alqur’an menjawab: “Siapakah kamu?”
Berkata AL QURAN: “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan engkau juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.”
Kemudian berkatalah orang yang pernah membaca Alqur’an itu: “Adakah kamu AL QURAN?” AL QURAN lalu mengiyakan dan menuntun orang tersebut menghadap Allah.
Orang beriman itu kemudian diberi kerajaan yang kekal di tangan kanan dan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim, juga diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya: “Dari manakah kami memperoleh ini semua, padahal kami tidak sampai ini?”
Lalu dijawab: “Kamu diberi ini semua karena anak kamu telah mempelajari AL QURAN.”

Seorang mukmin, membaca AL QURAN akan dapat memperkuat imannya serta kedekatannya kepada Sang Pencipta, dan membaca AL QURAN termasuk ibadah.

Sebagai seorang Muslim, sudah semestinya kita menjadikan AL QURAN sebagai pedoman hidup. Menjadikannya cermin melihat dan mengukur akhlak dan setiap aktivitI yang kita lakukan.

Menjadikannya sahabat yang mengingatkan saat terlupa dan menegur saat alpa. Bila dalam satu hari kita tidak berkomunikasi dengan manusia kemudian kita merasa kesepian, maka apakah bila dalam satu hari kita tidak berkomunikasi dengan Dzat yang telah menciptakan kita dengan membaca AL QURAN, apakah kita merasa kesepian.

Apabila setiap pagi kita merasa ada yang kurang tanpa membaca QURAN, maka apakah dalam setiap mengawal hari kita selalu merasa kurang sebelum membaca AL QURAN?

Saat diri terlupa, tersesat dan lemah, maka apakah AL QURAN sudah kita jadikan sebagai pedoman hidup?

Katakanlah : Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan ; dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.

Dan mereka berkata: Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu , sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi, bagi Kami. Atau engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus.

Atau engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan ; atau engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya. Atau engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau engkau naik ke langit dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya. Katakanlah : Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul ?

Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya atau dikurangkan balasannya sedikitpun. Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah dengan ikhlas, sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan dan dia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus ; dan Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya. Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah sentiasa Meliputi pengetahuanNya dan kekuasaanNya akan tiap-tiap sesuatu.

BERSANGKA BAIKLAH PADA ALLAH ... ^^, ♥♥♥

BERSANGKA BAIKLAH PADA ALLAH ... ^^, ♥♥♥

Berdasarkan firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam sebuah hadits Qudsi,

“Sesungguhnya Aku sebagaimana persangkaan hamba-Ku kepada-Ku, jika dia berprasangka baik kepada-Ku maka baginya kebaikan dan apabila dia berprasangka buruk kepada-Ku maka baginya keburukan.” (HR. Ahmad)

Maka wajib bagi kita untuk berprasangka baik terhadap Allah subhanahu wa ta’ala tatkala diuji dengan kemaksiatan, bahwasanya Allah subhanahu wa ta’ala menakdirkan bagi kita perbuatan tersebut agar kita menyedari bahwa ketika telah berbuat kebaikan kita sering lupa bahwa sesungguhnya hal tersebut tidak akan terjadi melainkan dengan takdir Allah subhanahu wa ta’ala, sehingga kita merasa bangga atas apa yang telah kita upayakan.

Sesungguhnya tatkala seorang hamba merasa sombong dan mengangkat diri dihadapkan manusia, maka Alloh subhanahu wa ta’ala akan menghinakannya di mata manusia. Tidaklah berarti bahwa penulis telah selamat dari perkara ini saat menulis artikel ini, karena perkara ini sangatlah besar.

Hanya kepada Allah lah kita memohon pertolongan.