Iblis dan syaitan akan sentiasa
mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan
setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah
sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis akan mandatangi manusia
sewaktu sakaratul maut dalam 7 rombongan. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau daripada
perdayaan syaitan di waktu maut."
Rombongan 1
Akan datang iblis dengan banyaknya
dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain,
serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang
di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada
barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan iblis itu, di
waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang
dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Inilah jenis
mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang iblis kepada orang yang
di dalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang ditakuti
seperti Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka apabila yang sedang di
dalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun
meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa
itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke
nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang iblis mengacau dan
memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya
kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu. Kalau
orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung,
dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda
lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan
ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba
kepada binatang kesayangan itu dan waktu sedang meraba-raba itu dia pun mati,
maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan
lupa kepada Allah SWT. Matinya itu
mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang iblis merupakan dirinya
sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya
ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan
menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu.
Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan
Munafik, dan nerakalah tempatnya.
Rombongan 5
Akan datang iblis merupakan dirinya
dengan rupa sanak saudara yang hendak mati itu, seperti ibubapanya dengan
membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu
sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya
untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang
dirupai oleh iblis, berkata dengan rayu-merayu: "Wahai anakku, inilah
sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa
engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita
tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga."
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu
waktu matinya pun sampai maka matilah dia dalam
keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal
kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah iblis merupakan
dirinya sebagai ulama-ulama yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia:
"Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk
telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada
kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya
ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang
kembali. Lalu datanglah pula iblis yang menyerupai ulama dengan berkata: "Kali
ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan
baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"
Berkata orang yang sedang dalam
sakaratul maut: "Aku tidak tahu." Berkata ulama iblis: "Ketahuilah,
aku ini adalah seorang ulama yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari
alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga
yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT
hendaklah kamu patuh kepada kami." Ketika itu orang yang dalam
sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak
saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga. (syurga
palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam
sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu
bertanya kepada ulama palsu: "Bagaimanakah Zat Allah?"
Iblis merasa gembira apabila
jeratnya mengena. Lalu berkata ulama palsu: "Tunggu, sebentar lagi
dinding dan tirai akan dibuka kepadamu." Apabila tirai dibuka selapis
demi selapis tirai yang berwarna-warni itu, maka orang yang di dalam sakaratul
maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih
besar dari langit dan bumi. Berkata iblis: "Itulah dia Zat Allah yang
patut kita sembah." Berkata orang yang dalam sakaratul maut:
"Wahai guruku,
bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat
enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan
bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai
makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang
ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut
aku sembah ialah benda yang besar ini."
Dalam keraguan itu maka Malaikat
Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam
keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan
baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan iblis yang ketujuh ini,
iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan
terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar
(Ahli Sunnah Wal Jamaah) sementara 72 barisan lagi masuk ke neraka kerana
sesat. Ketahuilah bahawa iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam
dengan 72 macam yang setiap satu berlainan di dalam waktu manusia sakaratul
maut.
Oleh itu hendaklah kita mengajarkan
kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan
iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang
sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW:
"Ajarkan
oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu:
"Laa Ilaaha il'lallah..!!"
Dan Surah Qaf, ayat 27 bermaksud, “Yang menyertai dia, Qaren
nya berkata pula,”Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya, tapi dialah yang
berada dalam kesesatan yang jauh.”
Ini merujuk kepada perkataan Qareen. Allah S.W.T
menyifatkannya sebagai kawan rapat bukan kerana manusia hendak sangat berkawan
dengan mereka, tetapi pada pandan...gan sesetengah ulama, sejak manusia
dilahirkan ada makhluk halus yang mendampinginya, mengajak, memandu serta
mempengaruhinya melakukan kejahatan. Itulah yang dimaksudkan sebagai Qareen.
Dalam hadis daripada Ibnu Mas’ud r.a, bahawasanya Nabi Muhammad
s.a.w bersabda (maksudnya), “Setiap orang daripada kamu, ada bersama dengannya
qareen (syaitan) daripada jin. Sahabat bertanya, apakah Rasulullah juga
mempunyai qareen, baginda menjawab, ya, saya pun ada qareen itu, cuma Allah
S.W.T membantu saya, dapat mempengaruhi qareen itu sehingga dia telahpun Islam
dan dia berdamping dengan saya, dia tidak mendorong saya membuat sesuatu
melainkan semuanya untuk kebaikan.” (Riwayat Muslim).
Hadis daripada Ai’shah r.ha berkata,”Suatu ketika Rasulullah
s.a.w berada bersama dengan saya, lalu keluar meninggalkan saya kerana ada
suatu urusan pada malam hari, tiba-tiba timbul cemburu dalam diri saya, apabila
Rasulullah s.a.w kembali menemui saya, baginda mengetahui perasaan saya itu,
maka baginda bertanya, apakah gerangan mu wahai Ai’shah? apakah kamu cemburu?
Maka saya menjawab, manalah orang seperti saya ini tidak cemburu ke atas mu
wahai Rasulullah s.a.w.
Maka Nabi menyebut kepada saya, apakah kamu telah dikuasai
oleh syaitanmu wahai Ai’shah. Maka saya menjawab, ya Rasulullah, apakah bersama
saya ada syaitan? Rasulullah menjawab, ya, malah pada tiap-tiap insan ada
syaitannya. Saya bertanya kepada Rasulullah, apakah kamu juga ada syaitan?
Jawab baginda, ya, tetapi Allah S.W.T telah membantuku, aku Islamkan dia dan tidak
menyuruhku melainkan untuk kebaikan.”
Hadis-hadis sebegini adalah hadis sahih, ia menunjukkan memang berlaku bahawa qareen, ia adalah syaitan, mendampingi semua manusia. Kalau Rasulullah s.a.w pun didampingi oleh qareen ini, inikan pula insan biasa.
Oleh yang demikian, jelas bahawa qareen ini ada pada setiap orang dan bergantung kepada seseorang insan itu, jika ia belum boleh menguasai dirinya dengan kerja-kerja ketaatan sehingga tidak ada ruang untuk melakukan kemaksiatan maka qareen ini seolah-olahnya putus asa untuk mengajaknya melakukan kejahatan, melainkan sekali sekala sahaja.
Adapun orang-orang yang mudah mendedahkan dirinya kepada melakukan perkara yang tidak baik, khasnya melakukan kemaksiatan, maka qareen inilah yang menjadi pendorong utama. Pada pandangan saya qareen adalah makhluk halus yang jahat.
Hadis-hadis sebegini adalah hadis sahih, ia menunjukkan memang berlaku bahawa qareen, ia adalah syaitan, mendampingi semua manusia. Kalau Rasulullah s.a.w pun didampingi oleh qareen ini, inikan pula insan biasa.
Oleh yang demikian, jelas bahawa qareen ini ada pada setiap orang dan bergantung kepada seseorang insan itu, jika ia belum boleh menguasai dirinya dengan kerja-kerja ketaatan sehingga tidak ada ruang untuk melakukan kemaksiatan maka qareen ini seolah-olahnya putus asa untuk mengajaknya melakukan kejahatan, melainkan sekali sekala sahaja.
Adapun orang-orang yang mudah mendedahkan dirinya kepada melakukan perkara yang tidak baik, khasnya melakukan kemaksiatan, maka qareen inilah yang menjadi pendorong utama. Pada pandangan saya qareen adalah makhluk halus yang jahat.
No comments:
Post a Comment