BUAT KAUM HAWA...
istimewa buatmu...
Fenomena isteri
meleteri suami atau dengan kata lain, tidak menghormati suami, bagaikan
sudah menjadi satu perkara biasa bagi kebanyakan pasangan dewasa ini.
Malah si isteri seolah-olah tiada sedikitpun merasa bersalah melayani
suami mereka seperti adik, kawan atau anak lelaki atau sesiapa sahaja
lagaknya.
Apa yang lebih mendukacitakan ialah
terdapatnya isteri yang menganggap menjaga hati atau melayani suami
dengan bersikap sopan sudah tidak sesuai dalam keadaan masyarakat kita
hari ini atau mungkin dianggap sebagai ketinggalan zaman. Ini
menunjukkan bahawa tidak sedikit peranan dan pengaruh media massa,
terutamanya televisyen, dalam ‘mendidik’ kaum Hawa di zaman ini.
Sebenarnya keadaan ini akan menjadi model
yang tidak baik terhadap pertumbuhan jiwa anak-anak yang akan diwarisi
dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu
budaya yang negatif dalam kehidupan berkeluarga.
Terdapat banyak nash-nash di dalam
Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang menyatakan tentang kewajipan
isteri mentaati suami, selama mana isteri tidak disuruh melakukan
perkara-perkara maksiat. Antaranya ialah sabda Rasulullah SAW: “Jika
sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang
yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya.” (HR Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain daripada ‘Aisyah r.a.: “Saya
pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Siapa orang yang lebih berhak
ke atas seorang perempuan? Baginda bersabda: “Suaminya.” (HR Al-Bazzar dan Al-Hakim)
Sementara dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.: “Seorang perempuan telah datang
menghadap Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai
Rasulullah, hamba adalah utusan perempuan-perempuan menghadap Tuan,
bagi menanyakan perkara bahawa jihad, berperang di medan peperangan
kerana membela pada jalan Allah dan agama telah difardhukan ke atas
lelaki, jika mereka menang mereka dapat harta tawanan, dan jika mereka
dibunuh mereka hidup di sisi Tuhan mereka dan makan rezeki di sana, dan
kami kaum perempuan menjaga dan membantu mereka, maka apa yang kami
dapat daripada perbuatan tersebut?”Rasulullah SAW bersabda: “Anda
sampaikan kepada perempuan-perempuan yang anda jumpa, bahawa taat
kepada suami, dan mengakui hak-hak suami itu sama dengan pahala
berperang dengan musuh- musuh Islam di medan peperangan, tetapi sedikit
sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka.” (HR Al-Bazzar dan At-Thabrani).
Hadis-hadis di atas menerangkan betapa
memelihara dan menghormati hak suami serta ketaatan isteri terhadap
suami amat dititikberatkan oleh agama Islam. Hatta jika suami itu
berkedudukan rendah berbanding dengan isteri, umpamanya suami sebagai
buruh sementara isteri pula guru, doktor dan seumpamanya, namun
kedudukan atau martabat suami sebagai pemimpin atau ketua keluarga tetap
tidak terjejas sama sekali.
Oleh yang demikian, isteri tidak boleh
beranggapan bahawa dengan kedudukannya yang lebih baik membolehkannya
bertindak sesuka hati seperti membelakangkan suami atau mengambil alih
peranan suami sebagai ketua dalam keluarga. Jika ini berlaku, ia amat
bercanggah dengan syariat Islam, sebagaimana firman Allah SWT: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita.” (QS An-Nisa’: 34)
Bagi isteri yang tidak mentaati atau
enggan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan sempurna pasti akan
menerima balasan di akhirat kelak sebagaimana yang pernah digambarkan
oleh Rasulullah SAW ketika Baginda diisra’kan ke langit dimana Baginda
telah diperlihatkan dengan neraka yang kebanyakan penghuninya terdiri
daripada kaum wanita.
Sebagaimana yang diceritakan oleh Saidina
Ali k.w. dalam satu riwayat: “Suatu hari aku masuk ke rumah Nabi
beserta Fatimah, aku mendapati Baginda sedang menangis. Lalu aku
bertanya: “Wahai Rasulullah, apa yang membuatkan tuan menangis?" Baginda menjawab: “Wahai
Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan
daripada umatku diseksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu
aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat." Saidina Ali k.w. bertanya: “Apa yang anda lihat, wahai Rasulullah?” Rasululah SAW bersabda: “Aku
lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya, sedang api
neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya dan aku lihat
seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya sehingga mendidih
otak kepalanya dan aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dua
kakinya dalam keadaan terikat dan dilumurkan minyak tanah pada seluruh
badanya lalu dituangkan air panas pada lehernya……”
Anakandanya Siti Fatimah r.a. berkata: “Khabarkan kepadaku apa yang menyebabkan mereka diseksa?” Baginda bersabda: “Adapun
perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan air panas dituangkan ke
dalam lehernya itu kerana dia sering menyakiti hati suaminya. Sementara
perempuan yang tergantung dengan rambutnya sehingga mendidih otak
kepalanya adalah disebabkan dia tidak mahu menutup aurat (rambut)
daripada lelaki lain. Adapun perempuan yang tergantung dengan dua
kakinya itu adalah disebabkan dia keluar rumah tanpa izin suaminya….”
Sungguh amat dahsyat seksaan yang akan
diterima, jika isteri mengabaikan hak-hak suami, tidak menghormatinya,
apatah lagi menyakiti hatinya.
Sebenarnya bukan tidak boleh para isteri
menegur suami, tetapi ia memerlukan masa yang sesuai dengan dibawa
berbincang, ketika keadaan mengizinkan. Bukan dengan membebel sepanjang
hari. Tetapi apa yang berlaku hari ini ialah adanya segelintir isteri
yang tergamak bercakap kasar dan mengherdik suaminya kerana tidak
mendapat apa yang diinginkan, sehingga kadang-kadang sampai tidak
bertegur sapa dan bermasam muka.
Lebih dahsyat dan buruk lagi apabila
isteri membanding-bandingkan suaminya dengan suami orang lain yang mampu
memberikan permintaan isterinya, sekali gus dilabelkan pula sebagai
suami mithali. Betapa rendahnya martabat suami. Jadi, suami mana yang
tidak tersentuh dengan ungkapan-ungkapan sedemikian ?
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya." (HR An-Nasa’i)
Islam juga menyarankan supaya para isteri
melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, mencuci pakaian, mengasuh
dan menjaga anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan
penuh ikhlas dan tabah. Mungkin bagi setengah orang, agak sukar untuk
dilaksanakan apatah lagi dalam situasi zaman sekarang di mana isteri
juga bekerja. Namun percayalah, ia
bukan saja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar jika
kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.
Marilah kita sama-sama merenungi kisah
anakanda kesayangan Rasulullah SAW iaitu Siti Fatimah az-Zahra yang
melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumahtangga tanpa
pembantu rumah. Suatu hari, Fatimah telah meminta suaminya Saidina Ali
k.w. supaya menemui Rasulullah SAW dan meminta jasa baik Baginda untuk
menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah mereka.
Rasulullah SAW bagaimanapun tidak dapat
memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang
termasuk wanita-wanita itu tidak menjadi milik Baginda, tetapi milik
negara Islam dan kaum Muslimin. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu
yang bukan menjadi miliknya.
Permintaan Fatimah itu membimbangkan
Baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu
tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang
tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dilaksanakannya.
Pada sebelah malamnya Baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: “Apakah
kamu berdua (Ali dan Fatimah) suka kepada pemberian yang akan ku
berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta pada
siang hari tadi?”
Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah
SAW menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah,
Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali setiap hari sebelum
tidurnya.
Semenjak itu wirid yang diajarkan oleh
Rasulullah SAW telah menjadi amalannya dan suaminya. Hasilnya Fatimah
mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua
kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia
melakukannya.
Apa yang berlaku pada hari ini, hampir
sebahagian besar keluarga mempunyai pembantu rumah, yang
bertanggungjawab menguruskan semua kerja-kerja rumah, termasuk
menyediakan makanan, pakaian dan sebagainya. Tanpa pembantu terasa
pincang pentadbiran rumahtangga dan banyak perkara yang tidak dapat
diuruskan dengan baik dan teratur. Kenapa? Sudah pasti jawapannya mudah,
tidak cukup masa untuk melakukan kerja-kerja tersebut terutamanya bagi
wanita yang berkerjaya.
Adakah jawapan itu tepat? Kaum wanita
harus sedar, selaku isteri, ibu dan juga wanita yang berkerjaya mereka
harus pandai dan bijaksana dalam mengatur dan membahagikan tugas dan
masa. Jika di amat-amati betapa ruginya selama ini bagi isteri yang
membiarkan kerja-kerja rumah ditangani oleh pembantu rumah. Betapa
tidaknya, jika kerja-kerja tersebut
dilakukan sendiri dengan hati yang ikhlas, dengan mudah saja mereka
mendapat ganjaran atau pahala yang berlipat ganda.
Bagi para suami pula, sifat tolak ansur
dan saling bekerjasama amat diharapkan. Isteri telah melakukan
pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang
sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi apalah salahnya, kiranya
para suami bersama-sama membantu kerja-kerja di rumah. Bukankah ini
salah satu ciri keluarga harmoni?
Keharmonian rumah tangga akan terbentuk jika suami dan isteri saling faham memahami, bekerjasama, bertolak ansur, berunding dalam menyelesaikan masalah dan tidak mementingkan diri sendiri. Oleh itu tanamkan ciri-ciri yang membawa keharmonian berumahtangga itu, agar kita akan hidup bahagia di dunia dan akhirat.
Derhaka Kepada Suami
PERKAHWINAN di dalam Islam adalah suatu
aqad yang mulia antara lelaki dan wanita. Ia menghalalkan setiap
keduanya untukyang lain. Dengan itu mereka akan saling mengasihi, tolong
menolong, bergabung dan bertolak ansur. Al-Quran telah menggambarkan
hubungan ini dengan suatu gambaran yang menarik yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda
kekuasaan-Nya ialah Diamenciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu
sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,
dandijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada
yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang
berfikir.”
(Ar-Rum: 21)
Diantara tanda Islam memuliakan wanita
ialah, Islam memberikannya hak memilih suami. Ibu dan bapa tiada hak
memaksa anakperempuan mereka mengahwini lelaki yang tidak diingininya.
Wanita Islam tidak mengabaikan hak ini tetapi mereka meminta nasihat
daripada ibu bapa mereka kerana pengalaman mereka yang luas. Islam
memberikan hak ini untuk menjamin kebahagiaan sesuatu perkahwinan di
mana ia diasaskan daripada kesesuaian pasangan pada perasaan, adat,
keinginan dan matlamat. Apabila wujud kepincangan, kehidupan suami dan
isteri tidak berjalan dengan baik.
Setengah wanita sukar memberikan
cintanya dengan tulus dan boleh mengakibatkan penderhakaan pada suami
yang tidak dicintainya. Dalam hal ini, dia berhak menuntut talak.
Wanita Islam yang sedar dengan petunjuk
agamanya, akan memilih suami bukan hanya berdasarkan paras rupa, tetapi
yang penting dilihat ialah akhlaknya. Mereka tidak akan tergoda dengan
lelaki yang leka, lemah dan lesu. Wanita mukmin hanya tertarik dengan
lelaki mukmin yang bersungguh-sungguh, sedar, bersih hatinya dan terbuka
pemikirannya. Benarlah firman Allah yang bermaksud:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk
lelaki-lelaki yangkeji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk
wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah
untuklelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk
wanita-wanita yang baik (pula…)” (An-Nur: 26)
Ini bukanlah bermakna wanita Islam
mengabaikan sudut kecantikan rupa, paras yang indah, lalu dia redha
dengan yang burukdan hodoh rupa parasnya. Dia berhak memilih sebagaimana
yang menguasai jiwanya, diredhai oleh perasaan dan hatinya.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sebaik-baik wanita adalah apabila
engkau pandang dia makadia menggembirakan, bila engkau perintah dia
taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula
kehormatandirinya.” Wanita Islam yang bijaksana sentiasa mahu mencari
keredhaan Allah dengan taat kepada suaminya dalam perkara yang bukan
maksiat, berbakti untuk suaminya dan sentiasa berusaha untuk
menggembirakan suaminya. Dia akan redha dengan kesusahan atau font
kesempitan hidupnya, sebagaimana yang telah dicatatkan dalam sejarah
Islam unggulnya peribadi Fatimah r.a.
Wanita Islam yang benar, rela
berkhidmat di rumah untuk suaminya dan dia tahu hak suami ke atasnya.
Sesungguhnya ia adalah hak yang amat besar sebagaimana sabda Rasulullah:
“Kalaulah aku mahu memerintahkan
seseorang sujud kepadaseseorang yang lain, nescaya aku akan perintahkan
wanita sujud kepada suaminya.”(Hadith Hassan Sahih riwayat Tarmidzi)
Ketaatan adalah satu penyebab bagi wanita ke syurga sebagaimana sabda Rasulullah:
“Apabila wanita itu telah melakukan
solat lima waktu, puasapada bulannya, taat kepada suaminya, menjaga
kemaluannya, akan dikatakan kepada dia: Masuklah kamu ke dalam syurga
daripadamana-mana pintu yang kamu sukai.”(Riwayat Ibn Majah)
Disamping itu, Islam juga mengancam dengan dosa kemurkaan dan laknat kepada wanita yang berpaling daripada peringatan ini:
“Apabila seseorang lelaki memanggil
isterinya ke katilnya tetapi dia enggan mendatanginya, lalu suaminya
tidur dalam keadaan marah kepadanya nescaya malaikat akan melaknatnya
sehinggawaktu subuh (pagi).” (Sahih Muslim)
TIPS:
"ISTERI KENA MENYUKAI APA YANG SUAMINYA SUKA DAN MESTI MEMBENCI APA YANG SUAMINYA BENCI"..
No comments:
Post a Comment