Saturday, 22 December 2012

MUTIARA HATI ; itu suara hatiku untuk kamu yang menyintai Tuhanku..




Ketika Siti Khadijah KulWalid isteri rasulullah SAW hampir wafat, beliau tersenyum melihat Rasulullah SAW berada di sebelahnya dan berkata: Wahai pesuruh Allah, kiranya aku wafat sebentar nanti, alangkah bagaimana kiranya keadaan aku kelak?" Maka sambil tersenyum hiba Rasulullah SAW bersabda: Apabila engkau membukakan matamu selepas kematianmu itu, nescaya engkau akan melihat aku, akan berada di sebelahmu", Lalu Siti Khadijah pun tersenyum lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.




CINTA O cinta!!! CINTA itu RINDU; dan ada kalanya rindu itu menerpa di kala hati kesunyian.. dia datang dan pergi bagai angin yang berlalu.. cuma sentapan rasa tetap menyentuh nubari menjadi satu keresahan.. di kala harapan tetap menjadi impian.. dan di waktu kasih bersemi di hati.. maka pupuklah rindu itu dengan belaian mesra, agar diri tidak kejauhan dari rasa nan indah itu.. agar sayang itu.. mekar menapak di pepenjuru hatimu... !! dan itulah lumrah insan, jika kekasih berjauhan di mata.. namun tetap setia di hati.

CINTA itu umpama ikan di dalam lautan dalam, yang gelap dan menakutkan... sepi mencari cahaya di balik alunan ombak di atasnya.. mencari sirna buat menjernihkan hati yang resah..

ada rindu di situ pada sebuah harapan.. lalu akhirnya menurut kata hati.. kembara sendirian.. dan tiba-tiba terjerat di jala sang Nelayan asing... di bawa ke dunia baru yang aneh dan terasing.. tapi.. WOW!! CANTIK JUGA!!! hee.. tidak dibunuh, malah di bawa ke suatu yang dipanggil kolam.. cantik dan ada batu-batuan indah di situ.. ada dedaun yang menjadi penyeri kolam.., hijau dan segar..

dan ada juga bunga-bunga kemboja yang berguguran di pohonan berhampiran..! Ia dibiarkan di situ.. bebas dan akhirnya menemui Sang Pencinta yang jatuh cinta padanya.. seekor Ikan lain yang besar.. dan juga indah.. !! huuuuu...romantik, sensitif, mendidik, Setia, daya tumpuan yang sangat tinggi. dan benar.. 

Aahhh asyik sekali bermain dan berlari.. menjadi kawanan dan akhirnya menjadi hitungan-hitungan yang dibilang.. sehingga menjadi banyak dan menjadi generasi.. sehingga akhirnya CINTA itu hilang dengan berakhirnya satu episod kehidupan.. dan moga ketemu kembali dalam harapan seterusnya.. dan cuma ada HARAPAN..!! 


ameen... May God bless you all and me too..



Suatu hari cinta bertanya kepada persahabatan kenapa kau ada padahal sudah ada aku ??? “persahabatan ” menjawab untuk memberikan senyuman saat kau memberikan kesedihan…. kasih itu seperti angin selalu memberi tak pernah meminta ada di manapun dalam keadaan apapun Cinta… cinta itu seperti rumpun Beringin yang kokoh, teduh dan selalu bertunas memberi kehangatan dan kedamaian Hidup itu… CINTA… KASIH… dan PERSAHABATAN… dan RINDU itu akan menerpa di kala cinta mula bersemi..,



mengapa dadaku mesti bergoncang ..bila kusebutkan namamu .. sedang kau diciptakan bukanlah untukku .. itu pasti tapi aku tak mau perduli ..sebab cinta bukan mesti bersatu.. dalam pasrah.. tetap hati itu MUTIARA, kerana .., di situ ada CINTA' .. 


kusapa dan kunikmati wajahmu .. atau kuisyaratkan cinta .. tapi semua tak kulakukan .. kata orang cinta mesti berkorban!! Itulah kasih mesra, sejati dan mulia..


kiranya itu bicara sang pungguk merindukan bulan.. kalau tidak dapat menggapai awan di langit.. bicara syahdu jadi bingkisan di angin yang berlalu.. moga takdir mendamaikan rasa di kala cinta tetap bersemi...ada kalanya perasaan itu hanya boleh diluah dengan kata-kata dan kata-kata itu indah jika kita ikhlas menerimanya. huuu


rasa itu naluri dan naluri itu dari hati dan hati itulah Mutiara yang sebaik2nya. Hidup di dunia ini terasa amat begitu berat dan sulit, apalagi jika kita melaluinya seorang diri. Namun kesulitan itu akan menjadi terasa ringan jika ada yang setia menemani kita. Tempat kita berbagi, mengadu dan memotivasi. Untuk itu kita perlu mengetahui bagaimana mendapatkan teman yang setia, yaitu dengan mempelajari hubungan kasih sayang karena hakikatnya manusia perlu berteman..


di mana kemahuan di situ ada jalannya; dan jalanan itu terlalu sukar, kecuali yang menempuhnya dengan ikhlas, cinta dan redha.. senyumlah di kala airmata mengalir kerana yakin Syurga itu untuk kita....!

so teruskan mencuba.. dan ada kalanya cinta itu tersembunyi ..di balik mimpi semalam.. atau biarkan mimpi itu terus berlalu; takut kerana kita cintakan Allah, maka akan berani untuk menggapai awan di langit.. moga takdir itu adalah rahmatNya jika taqwa dan iman jadi pedoman 


Cinta itu misteri; diluahkan dengan perkataan.. lalu sampailah ke hati... tanpa kata-kata.. cinta itu akan bisu dan akhirnya mati dibawa angin yang berlalu.

No comments:

Post a Comment