Abul-Laits As-Samarqandi meriwayatkan kepada
sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Allah
SWT telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran AS dalam 'alwaah' 10 bab:
1. "Wahai Musa jangan menyekutukan Aku
dengan suatu apa pun bahawa Aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar
muka orang-orang musyrikin."
2. "Taatlah kepadaKu dan kedua orang tuamu
nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan
Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik."
3. "Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang
Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang
luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murkaKu
ke dalam api neraka."
4. "Jangan sekali-kali sumpah dengan namaKu
dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak
mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan namaKu."
5. "Jangan hasad dengki dan irihati terhadap
apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmatKu,
menolak kehendakKu, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada
hamba-hambaKu dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka
bukan daripadaKu."
6. "Jangan menjadi saksi terhadap apa yang
tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu
sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka."
7. "Jangan mencuri dan jangan berzina isteri
jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajahKu daripadamu dan Aku tutup
pintu-pintu langit daripadanya."
8. "Jangan menyembelih korban untuk selain
dariKu sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut namaKu dan ikhlas
untukKu."
9. "Cintailah terhadap sesama manusia
sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri."
10. "Jadikan hari Sabtu itu hari untuk
beribadat kepadaKu dan hiburkan anak keluargamu."
Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sesungguhnya
Allah SWT menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa AS dan Allah SWT
memilih hari Jumaat sebagai hari raya untukku."
No comments:
Post a Comment