Alam Mulki :
Alam kebendaan, yang pertama-tama disadari seseorang.
Dapat diraba dan dilihat langsung dengan panca indera atau dengan alat bantu.
Alam Jabarut :
Alam yang diisi oleh mahluk jin, setan dan iblis
Orang-orang tertentu kadang-kadang mampu melihat alam ini untuk dirinya sendiri dan tidak untuk orang lain.
Apabila hal ini diceritakan kepada orang lain maka tidak semua orang akan mempercayainya dan keadaan ini dapat menimbulkan bantahan ingkar dikalangan masyarakat umum.
Alam Malakut :
Alam yang diisi oleh malaikat-malaikat. dengan izin Allah diperlihatkan kpd manusia-manusia kamil, nabi-nabi dan rasul-rasul.
Alam Lahut :
Arsy, alam yang tak ada awal, tak ada akhir, tak terbatas dan tak berwujud. Kalau terpikir bentuknya oleh manusia, maka itu bukanlah yang dimaksudkan kerana ia tiada boleh diakal-akalkan.
Ketahuilah perkataan orang-orang Arif itu bukanlah seperti maklumat isu pembaca- pembaca berita, atau catatan para wartawan pada media cetak, malah kalam-kalam mereka adalah pancaran isyarat-isyarat di sebut juga sebagai Alam Ghaib atau Alam Tinggi.

Pancaran ini pula melekat atau terpancang kepada hati mereka yang telah hidup sir-sirri nya. Dengan itu, apa-apa yang diucapkan adalah merupakan sesuatu yang aneh pada pandangan umum. Ketinggian dan mulianya sesuatu pengucapan itu sebenarnya diukur atau dinilai berdasarkan kehalusan maknanya yang tersirat serta dalam maksudnya yang berlapis-lapis lagi tersembunyi di samping bertebaran hikmah yang berpaksikan ketauhidan.
Dalam Hadith Qudsi ada ungkapan Firman:
"Hai hambaKu, bila engkau ingin masuk ke HaramilKu (Haramil Qudsiyah), maka engkau jangan tergoda oleh Mulki, Malakut, Jabarut kerana alam Mulki adalah syaitan bagi orang Alim dan alam Malakut adalah syaitan bagi orang Arif dan alam Jabarut adalah syaitan bagi orang yang akan masuk ke alam Qudsiyah"
Hal RAHSIA DIRI bukannya satu pekerjaan yang mudah untuk mencungkil sesuatu yang terpendam di dasar yang dalam kerana pekerjaan ini adalah pekerjaan orang-orang ahli dalam menyelam dan tahu selok belok lautan tempat di mana tersimpannya mutiara-mutiara bernilai. Selebihnya pekerjaan ini hanyalah untuk mereka yang "ahli" dengannya. Untuk mencapai kesempurnaannya pula, tidaklah cukup dengan sekadar ilmu pengetahuan semata-mata kerana ia merupakan sesuatu yang hanya dapat dicapai dengan "zauk" dan "wujdan" di mana segala asma dan rusum isyarat tidak dapat memperihalkan akan ianya itu.
Demikianlah hal yang bersangkutan dengan rahsia- rahsia ini. Maka kupasan disinilah hanyalah sebagai sentuhan dalam tahap ilmu pengetahuan semata-mata yang dikutip dan dihimpun dari kata-kata ahli sufi yang kaya dengan pengalaman keruhaniannya.
Tidak lebih dari itu dan sememangnya ia tidak akan dapat melangkah kesempadan yang satu lagi itu tanpa Rahmat dan KurniaanNya.
"Sesungguhnya barangsiapa yang Allah tidak berikan cahaya, maka tidaklah ada cahaya baginya"
Ketahuilah bahawasanya orang yang Salik kepada Allah Taala itu apabila bersungguh-sungguh ia
berjalan kepada Tuhannya dan serta beradab ia pula dengan gurunya yang menjalaninya, nescaya diputuskan segala alam hingga sampai ia kepada Tuhannya.

Maka yang pertama-tama alam yang diputuskan atau dilalukan ialah Alam Mulki dan dinamakan juga Alam Nasut iaitu barang yang didapatkan dengan mata kepada seperti ijsam dan lain- lainnya yang dinamakan pula Alam Nafsu.
Kemudian maka dilalukan pula Alam Malakut iaitu barang didapatkan dia dengan mata hati dan iaitu Alam Qalbi dan dinamakan pula Alam Akhirat.
Maka dilalukan pula Alam Jabarut dan iaitu segala Alam Arwah, kemudian dilalukan pula
Alam Laahut dan iaitu Alam Sirri yakni RahsiaNya Allah Taala.
Jika dikaitkan dengan Hal atau Maqam ianya dinamakan Maqam Jam'ul Jami' dan Fana Ul Fana dan Baqabillah.
Jika merujuk kepada puncak tempat maka ahli sufi menggunakan istilah Haramil Qudsiyah atau Hadrat Qudsiyah dan jika ingin menunjuk tingkat-tingkat alam yang ada maka mereka menggunakan istilah Alam Lahut atau Alam Sirri sebagai Alam Tertinggi dari alam-alam lain yang ada.
Dan padanya Alam Laahut atau Alam Sirri itu hilang segala Asma' dan segala isyarat dan tiada dipandangnya di sana melainkan "Waahidun Ahad" dan padanya sehingga-hingga fana hamba dengan Tuhannya, yakni selesailah ia daripada memandang kepada Agyar dan "sucilah hatinya" daripada Akdar dan Agyar dan pada ketika itu dipenuhkan didalamnya segala makrifat yang sempurna dan Asror dan patutlah ia tempat tajalli Tuhannya dengan sebab dilepaskan daripada diperhambakan oleh segala Agyar.
Maka dinamakan tatkala itu "KaabatulLah" dan "Mahligai Allah" dan "Rumah Allah" yakni maksud
daripadanya tempat TajalliNya dan tempat tilikanNya dan tempat rahsiaNya dan patutlah baginya menanggung Amanah Rahsia Allah dan dapatlah ia mengenal Allah dengan Allah.
Bahawa Qalbu mempunyai dua mata, serupa juga dengan dua mata bagi jasad ini. Jasad dapat melihat benda-benda yang zahir dengan mata-mata zahir dan Qalbu melihat hakikat dengan mata akal. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud...
'Tiada ada seorang hambapun melainkan Qalbunya ada mempunyai dua mata.'
Dengan kedua-dua mata ini dapatlah ia dicapai apa yang ghaib. Bila Allah Taala hendak memberikan kebaikan kepada hambanya, dibukakan dua mata Qalbunya supaya dapat melihat sesuatu yang ghaib dari pemandangan mata lahirnya itu.
Yang nampak habis lenyap, hapus dan fana namun begitu jiwa (ruh) itu sendiri tetap bertafakur tentang Keindahan dan Kekudusan Mutlak itu dan merenung dirinya dalam keindahanNya, yang dikurnia kepadanya kerana ia telah mencapai Hadirat Ilahi. Pada mereka benda-benda yang nampak ini fana dan hancur sirnanya.
Diperingkat tersebut itu hanya dicapai oleh beberapa orang terpilih sahaja, iaitu mereka yang hancur lebur dalam Keagungan Wajah Yang Maha Suci dan Kebesaran Tuhan Yang Maha Mulia dengan ini mereka sendiri pun fana dan lenyap hilang.

Malah Fana dalam Fananya.
Tidak ada lagi ruang bagi tafakur diri kerana tidak ada yang bersangkutan dengan diri. Tidak ada lagi yang tinggal kecuali Allah.
"Semuanya hancur musnah kecuali WajahNya"
Diperingkat terakhir inilah yang dikatakan sebagai Jam'ul Jami' dan Fana Ul Fana dan Baqabillah. Haramil Qudsiyah atau Hadrat Qudsiyah. Alam Laahut atau Alam Sirri.
Sekian Salam Hormat.
WASSALAM

No comments:
Post a Comment