Bagi para Ahli Tasauf’Tariqat ada cara
tersendiri didalam mengenal Tuhan. Mereka sama meletakkan dasar-dasar teori
pengenalan Tuhan yang tidak bersifat rasional. Berbeda dengan dasar-dasar
teori pengenalan Tuhan yang berlaku bagi kalangan ahli theology Islam(Ilmu
Tauhid) dan juga berbeda dengan yang berlaku bagi kalangan ahli syariat(Ilmu
Fiqh).
Bagi Ahli Fiqh cara yang dipergunakan dalam
mengenal Tuhan ialah dengan jalan keterangan dari dalil-dalil
naqli(Al Quran dan hadis). Didalam memperkuatkan kepercayaan maka Al Quran
tidak dipergunakan sebagai alasan-alasan logika atau dengan penyelidikan akal
fikiran seperti yang terjadi didalam falsafah. Berbeda dengan ahli
kalam(tauhid) didalam cara mengenal Tuhan banyak mempergunakan
jalan penyelidikan akal fikiran. Dengan dasar ini, maka mengetahui siapa Tuhan,
meskipun belum tentu mereka dapat menyaksikan Tuhan. Termasuk dalam golongan
yang memakai cara ini ialah kaum ‘filosof’.
Lain halnya dengan ahli tasauf/tariqat,
mereka dapat mengenal Tuhan melalui dasar-dasar teori perasaan hati lantaran
ilham yang dilimpahkan Allah kedalam jiwa manusia sebagai bentuk wujud pemberian rahmatNya. Hal ini
lazimnya dapat dicapai oleh manusia ketika ia telah dapat sampai kejinjang diri
peribadinya dilepaskan dari segala macam bentuk godaan hawa nafsu yang lampau
dengan memusatnya fikiran degan mengingati kepada zat Yang Maha
Kuasa.
Keadaan yang demikian ini mengakibat segala
macam rahsia disebalik hijab cahaya Allah dan NabiNya dapat tersingkap oleh
dirinya dan diketahui secara jelas pada penglihatan mata hati. Sebagaimana
orang yang melihat air jernih yang berada didalam gelas yang jernih pula,
sehingga segala sesuatu yang ada dibalik gelas yang jernih itu dapat dilihat
dengan terang-benderang.
Huraian diatas memberikan penegasan bahawa
kerana adanya perbedzaan dasar-dasar pengenalan Tuhan yang berlainan diantara
ahli feqah dan ahli tauhid dengan ahli Tasauf/Tariqat, maka selayaknya sering
menimbulkan perbedzaan didalam cara menyelidiki Tuhan dengan segala akibatnya
(daripada sesuatu perbuatan).
Akhir-akhir ini perbezaan tersebut mulai
terungkap lagi disana sini. Ada sementara orang yang berbicara manis soal
Tasauf/Tariqat dengan penuh kelicikan menggunakan gaya “ahli pemberi fatwa
agama,” sering menyampaikan pendapat, baik pada lisan ataupun tulisan yang
menganggap Ulama ahli Tasauf/Tariqat dengan terang-terangan
menyesatkan ummat terutama bagi para jamaahnya.
Perlu diketahui bahawa biasanya orang yang
suka menggelabahkan jalan fikirannya sebagaimana anggapan negatif terhadap
ulama’ Tasauf/ Tariqat itu adalah akibat adanya kekurangan pengertian terhadap
masaalahnya. Sedangkan factor-faktor yang mendorong timbulnya fikiran semacam
itu antara lain adalah sebagai berikut:
- Adanya pendangkalan pengertian tentang Islam, seringkali hal ini menyebabkan Islam hanya dilihat dari satu dimensi tidak secara keseluruhan dan bulat.
- Adanya ilmu-ilmu yang diperolehi tidak pada Guru Mursyid atau syeikh, melainkan diambilkan dari hasil membaca buku-buku dengan upaya sendiri. Akibatnya jalan fikiran banyak dipengaruhi oleh hawa nafsu.
- Mereka cenderung mengambil dasar-dasar fikiran didalam mengungkap Islam justeru bersumber dari dasar-dasar fikiran kaum “rasionalis Matrialisme”, yakni fahaman yang beranggapan segala sesuatu dalam hidup harus dapat dipecahkan secara rasional dan dapat dilihat oleh pacaindera. Dasar teori “rasionalis Matrialisme” tentang hal ke timuran yakni tentang Islam dari berbagai aspeknya.
- Mereka mudah mengeluarkan fatwa “mari kembali kepada Al Quran dan Al-Hadis” tetapi mereka sendiri banyak menyimpang dari tuntutan yang semestinya tercantum didalam Al Quran dan Al hadis itu.
- Adanya factor alat-alat pelengkapan yang sangat
dirasa kurang sekali, untuk keperluan mengadakan pembongkaran dan penelitian
terhadap konstruksi bahasa Islam (Bahasa Arab). Seperti tidak menguasai Ilmu
Lughat dengan Qawaidnya, Ilmu Hadis dengan Musthalahnya,
Ilmu Balaghah, Badi’ Bayan dan mereka sering mengalami
kesulitan didalam memahami dan membahas kalam Al Quran yang banyak berbentuk
fasekh, baligh dan bahkan banyak yang majaz.
Faktor-faktor diatas itulah diantara penyebab
mereka sudah tergelincir dalam kekeliruan yang tiada dirasa. Oleh kerana itu
tidak mustahil mereka dengan mudah tanpa ambil pusing terus cepat-cepat
melontarkan anggapan bahawa para ahli Tasauf/Tariqat adalah sebagai orang yang
hanya akan mengajak ummat atau jamaah untuk menjadi sesat dan bahkan dapat
berakibat syirik dan kafir. Naudzubillah himin zalik!
Padahal dengan penjelasan tentang dasar hukum
dan tujuan Tasauf/Tariqat Mu’tabarah dimuka tadi, adalah jelas sentiasa sesuai
dan berdiri tegak diatas tutunan dan petunjuk langsung baik dari Al Quran maupun
al Hadis.
Wallhu ta’ala a’lam
Wassalamu..
No comments:
Post a Comment