Pada hari pertama pengadilan di padang
mahsyar, seluruh manusia berhimpun semenjak manusia pertama iaitu Nabi Adam
sehinggalah manusia terakhir. Keadaan manusia pada hari itu sesuai dengan
amalannya semasa di dunia dahulu.
Rasulullah SAW menggambarkan ada tujuh
golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari itu,
menerusi sabda beliau yang maksudnya:
“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di
bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan
padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang
adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya,
orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih
sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan
Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu
dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang
bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang
diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah
dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air
matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)
tu, ada yang berpeluh-peluh.. Ada yang peluhnya hingga ke buku lali. Ada yang peluhnya hingga ke betis.. Ada yang peluhnya hingga ke lutut.. Ada yang peluhnya hingga ke pinggang.. Ada yang peluhnya hingga ke pusat.. Ada yang peluhnya hingga ke dada.. Ada yang peluhnya hingga ke dagu.. Ada yang peluhnya hingga ke bibir. Dan ada yang tenggelam dalam peluh!
Tetapi ada golongan yang mendapat naungan arasy Allah yg redup di padang Mahsyar.. Sesiapa yg mendapat naungan ini, dia tidak akan merasa panas terik matahari itu.
Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat
naungan di hari akhirat kelak iaitu sesuai dengan hadith di atas, iaitu:
1) Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul
pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan
bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua
rakyatnya.
Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan,
ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah
yang zalim dan azab menanti di akhirat.
2) Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan
ibadat kepada Tuhannya.
Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang
manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai
ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya
melepasi rintangan itu.
3) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan
masjid. Sesungguhnya
terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid
ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu
sedekah.
4) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah
di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.
Hubungan yang terjalin di atas dasar yang
bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan
sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya
ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah
agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
5) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya
lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada
Allah!”
Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang
sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah
mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh
dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.
6) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai
keikhlasan hati orang yang bersedekah.
Sesungguhnya tidak ramai orang dapat
menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan
ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.
7) Orang yang menyebut atau mengingati Allah
dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air
matanya kerana
mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.
Inilah sifat muslim mukmin sejati yang
mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa
memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya
yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar
daripada perkara yang melalaikan.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment