~* BismillahirRahmaanirRahiim ~*
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
...

Ketahuilah bahawasanya sahabatmu ( Allah Ta’ala) tidak pernah bercerai daripadamu, samada kamu berada di tempat tinggalmu mahupun musafir, di waktu tidur atau jaga bahkan di waktu hidup dan matimu – ialah Tuhanmu dan Penghulumu dan Penolongmu dan Penciptamu. Apabila engkau menyebut-Nya, dia akan ada bersama denganmu kerana :
Firman Allah Ta’ala ( dalam hadith Qudsi) :
Ertinya : ‘Aku berkesedudukan bersama siapa yang mengingati-Ku’.
Dan Allah Taala berfirman pula (dalam hadith Qudsi):
Ertinya : ‘Aku di sisi mereka yang hancur hatinya kerana mengingati-KU’.
Jika kamu Mak’rifat akan Tuhanmu dengan sebenar Mak’rifat pasti kamu akan menjadikan-Nya sahabat dan kamu meninggalkan yang lain daripada-Nya. Dan jika kamu tidak mahu berbuat demikian pada setiap waktumu,maka janganlah kosong siang dan malammu daripada waktu yang telah kamu tentukan untuk bersunyi dengan-Nya dan kamu berlazat-lazat dengan munajat-Nya. Oleh itu menjadi kewajipan supaya kamu mengetahui adab-adab Persahabatanmu dengan-Nya.
Adab-adab itu ialah :
1) Menundukkan kepala di hadapan-Nya.
2) Merendahkan pandangan di hadapan-Nya.
3) Menumpukan perhatian kepada-Nya.
4) Mendiamkan segala anggota badan.
5) Bersegera mengikuti perintah-Nya.
6) Menjauhi larangan-Nya.
7) Tidak menyangkal perbuatan-Nya.
8) Mengakali zikir ( ingat) kepada-Nya.
9) Melazimi fikir tentang khudrat-Nya.
10) Mengambil yang hak dan meninggalkan yang batil.
11) Putus harapan daripada makhluk.
12) Tunduk kerana kehebatan-Nya.
13) Pecah hati kerana malu kepada-Nya.
14) Merasa tenang dalam kehidupan kerana percaya jaminnan-Nya.
15) Bertawakal (berserah diri) kepada kelebihan-Nya kerana percaya dengan pilihan-Nya.
Maka inilah adab-adab yang patut menjadi pakaianmu siang dan malam bersama dengan sahabatmu (Allah Ta’ala) yang tidak pernah bercerai daripadamu.
Wallahu’alam.

No comments:
Post a Comment