Semuanya dengan kehendak MU. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.
Friday, 21 September 2012
POSISI BERJIMAK SUAMI ISTERI
POSISI BERJIMAK SUAMI ISTERI (18sx untuk suami isteri Sahaja)
Firman Allah s.w.t bermaksud:“Dihiasi bagi manusia itu dengan perasaan dan keinginan kepada sesuatu, iaitu syahwat kepada wanita…”(Surah Ali Imran ayat 14) lain-lain ayat Firman Allah s.w.t bermaksud: ” Mereka (para isteri) adalah sebagai pakaian bagi kamu dan demikian sebaliknya kamu juga ibarat pakaian bagi mereka..” (Surah Al Baqarah ayat 187) Firman Allah s.w.t bermaksud: ” Isteri-isteri kamu adalah ladang bagi kamu dan datanglah kepada ladang kamu mengikut yang kamu suka dan kehendaki” (Surah Al Baqarah ayat 223) Menurut Ibnu Jarir At Tabari, “ladang” bermaksud tempat menanam benih. Sementara maksud perkataan “datangilah mengikut yang kamu kehendaki” ialah boleh melakukan persetubuhan dengan isteri dalam pelbagai cara , teknik dan posisi yang sesuai asalkan melalui kemaluannya (kemaluan isteri) dan TIDAK melalui duburnya !! Diulangi.. TIDAK MELALUI DUBURNYA !!
Kesimpulan dari kalimat-kalimat kinayah dalam ayat diatas mempunyai 2 erti:- 1- Boleh bersetubuh dengan isteri pada bila-bila masa setiap kali timbulnya nafsu dan keinginan seks terhadap isteri (kecuali isteri dlm keadaan haid, nifas, puasa bln ramadhan dsb iaitu masa yg dilarang oleh syariat utk bersetubuh). 2- Boleh bersetubuh dengan pelbagai cara dan teknik yang dikehendaki mengikut penyesuaian diri masing-masing (kecuali dubur).
TEKNIK-TEKNIK DALAM HUBUNGAN SEKS SUAMI ISTERI.
Antara teknik-teknik yg boleh diamalkan ialah:-
1- BERSETUBUH DALAM PELBAGAI POSISI
Pelbagai posisi persetubuhan seperti isteri diatas, sambil mengiring, sambil duduk, sambil berdiri, dari arah belakang mencangkung atau menonggeng (mat saleh kata doggy , ni la dia kot) , atas kerusi, dan sebagainya.Semuanya tu adalah sekadar utk menukar selera sekali sekala dan bukan utk dijadikan sebagai tabiat kerana kemungkinan semua teknik tadi tidak mendatangkan keselesaan pada isteri (bergantung pada bentuk tubuh isteri). Oleh itu posisi normal suami diatas dan isteri dibawah adalah digalakkan.
Dalam kitab At Tibun Nabawi ada menyebut bahawa dalam banyak posisi-posisi persetubuhan, suami di atas dan isteri di bawah adalah paling ideal dan paling baik dari segala posisi yg ada. Sementara posisi suami di bawah isteri diatas adalah sangat merbahaya, ini kerana jika inzal, mani suami tidak habis keluar dan cecair yg ada dlm liang rahim isteri mudah mengalir atau menyerap masuk ke lubang kencing suami dan ini merbahaya kerana mudah mendedahkan dan memudahkan jangkitan kuman-kuman yg ada. Namum tambah kitab itu lagi, posisi itu tidaklah terbatas kerana terdapat hadis riwayat Imam Muslim bahawasanya Rasulullah bersabda, maksudnya:” Apabila seseorang itu berjimak, boleh saja ia bertelungkup (suami di atas, isteri di bawah) atau tidak bertelungkup. Apa yang utamanya ialah memasukkan zakarnya pada qubul (kemaluan) isteri dan tidak pada lubang duburnya. Kerana pada qubul dapat menghidupkan benih dan menghasilkan anak. ” Hadis diatas menjelaskan , bahawa tidak salah bersetubuh dalam pelbagai posisi kerana yg utamanya ialah perlaksanaanya tepat, pada farajnya dan matlamatnya ialah untuk menghasilkan anak.
2- PETUA MENCAPAI KENIKMATAN JIMAK Sementara orang tua-tua dulu memberi panduan asas persetubuhan ialah hendaklah dilakukan dengan 2 cara:-
1. Hendaklah dengan 7 anggota (bagi pihak suami). Dua siku, dua lutut dan dua hujung jari kaki hendaklah menyentuh bumi atau lantai dan 1 kemaluan bertemu dalam kemaluan isteri.
2. Hendaklah dada sama dada, pusat sama pusat, perut sama perut, dan wajah sama wajah suami ister bertemu rapat. Selain dari cara diatas, kemungkinan tidak mendatangkan nikmat yang sempurna kepada pasangan. Mungkin pihak suami yang tidak puas atau isteri yang tidak puas. Sedangkan tujuan bersetubuh adalah utk sama sama merasa nikmat.
3. KERJASAMA SUAMI ISTERI Sebenarnya kerjasama antara suami isteri memainkan peranan penting utk mencapai kepuasan seks. Tidak kira walapun posisi mana sekalipun, kalau tanpa kerjasama antara kedua dua belah pihak semasa bersetubuh, kenikmatan tidak akan dapat dirasai semaksimum mungkin . Oleh itu pertimbangan dan kreativiti pasangan dalam memberi kan kerjasama sangat diperlukan.
4. TEKNIK-TEKNIK BERJIMAK
1- Teknik Menggoyang Teknik ini boleh melambatkan inzal (terpancut mani) dan memberikan kenikmatan kepada kedua-dua belah pihak, boleh juga menambahkan kekuatan dan ketahan zakar. Goyangan yg terkawal dan tersusun membolehkan pihak suami mengawal inzal seberapa lama yang dia mahu sehingga isteri benar benar mencapai kepuasan sebenar. Cara-cara goyangan ialah seperti berikut:-
a. Goyangan Kesabaran - Mengoyang dengan perlahan ketika memaukkan zakar, tetapi bila menarik, tarik dengan cepat hingga kepala zakar hampir keluar. Teknik ini melambatkan pancutan mani suami dan isteri lebih terasa nikmat dan mempercepatkan inzal isteri.
b. Goyangan Jongket - Bahagian tubuh anda keatas sedikit sehingga batang zakar kelihatan bengkok. Teknik ini akan memberi geseran kuat batang zakar pada kelentit isteri. Ini akan mempercepatkan isteri inzal dan memberi nikmat yg tiada tara pada isteri. Tanda isteri merasai nikmat ialah nafas isteri kencang dan suara renggekannya kuat.
c. Goyangan Hitungan - Sewaktu menggoyang, lakukan 40 kali secara lambat diikuti 40 kali goyangan secara cepat . lakukan secara bergilir-gilir. Cara ini menjadikan isteri berasa khayal , kerana ombakan goyangan bagai ombak kapal di lautan. tanda isteri khayal ialah matanya kuyu dan dipejamkan.
d. Goyangan Hentian - Goyang secara selang seli dan rehat sejenak. Goyang 3 kali dan berhenti, kemudian goyang lagi dan berhenti.Goyangan begini menjadikan isteri tersentak-sentak kesedapan. Tanda isteri kesedapan ialah bila kita menggoyang , nafas dan suaranya bagai tersekat sekat. Bila berhenti, ia menghembus nafasnya panjang.
e. Goyangan Berpasangan - Suami mengoyang dahulu kemudian berhenti. Setelah itu isteri menggoyang pula dan berhenti. lakukan bergilir-gilir. Boleh juga bergoyang serentak atau suami menggoyang keatas dan kebawah isteri pulak menggoyang ke kiri dan kanan. Cara ini memerlukan kesepakatan dan kerjasama.
f. Goyangan Kekasih - isteri menggoyang sedangkan sumai mendiamkan diri. cara ini membantu melambatkan inzal suami dan banyak memberi kerehatan pada suami. Sesuai utk diamalakn bagi suami yg mudah terpancut awal.bagi suami pulak janganlah berdiam diri sahaja. lakukan perkara lain seperti meramas payudara isteri, mencium isteri atau menghisap puting susu isterinya atau mengikut selera isteri. Sekiranya isteri hendak terpancar maninya, hendaklah dia memberitahu suami agar goyangan bersama -sama dan supaya sama sama serentak terpancar mani.
g. Goyangan dan Geselan Kepala Zakar -Melakukan goyangan dengan menggunakan kepala zakar. Caranya ialah memasukkkan zakar sampai ke takuknya agar kepala zakar berada di permukaan kemaluan isteri dan disamping itu kenakan kepala zakar pada kelentitnya.Ini kerana kebanyakan kelazatan perempuan banyak terhimpun pada bahagian permukaan faraj dan khusunya pada kelentitnya.
Bergoyanglah hanya sampai takuknya sahaja dan sekali sekala ditusukkan zakar sampai habis dan tarik semula.Cara ini juga dapat melambatkan suami inzal .Tusuklah zakar perlahan-lahan dan apabila tarik, tarik dan rentap cepat-cepat dan tusuk pula perlahan lahan dan seterusnya. Sebaik-baiknya suami yg lakukan teknik goyangan supaya senang untuk mengawal ghairah. Bila terasa kegelian dan hendak inzal, hentikan goyangan sekejap .Semasa berhentia. suami haruslah teruskan ciuman dan rabaan di tempat-tempat sensitif isteri supaya ghairahnya berterusan.
2. Teknik Tahan Nafas
a. Semasa memasukkan zakar, tahan nafas sehingga tenggelam semua zakar. Diamkan sebentar . Kemudian baru lepaskan nafas.
b. Semasa buat goyangan sorong tarik,tahanlah nafas dan apabila hendak lepaskan nafas,hentikan goyangan.Begitulah seterusnya. Petua ini dapat melambatkan keluarnya mani.
c. Ada baiknya anda lipatkan lidah di lelangit mulut dan niatkan selagi tidak turun lidah selagi itu tidak terpancar mani. Apabila hendak mencium dan menghisap lidah isteri hentikan goyangan.
3. Teknik Nafas Songsang
a. Semasa goyangan (keluar masuk zakar), hendaklah berlawanan dengan keluar masuk nafas isteri. nafas isteri keluar, zakar masuk dan apabila nafas masuk zakar ditarik keluar.
b. Untuk mengetahui nafas isteri keluar, bila kempisnya perut dan tanda nafas isteri masuk buncit perutnya. Ini dapat menahan mani dan banyak kelebihannya lagi.
4. Teknik Kerjasama (Berpakat) –
Apa yang paling penting untuk melambatkan inzal atau inzal serentak kedua-dua pihak ialah suami isteri hendaklah berpakat.Bila suami terasa nak inzal,suami hendaklah berenti mengoyang.Jika isteri asyik mengoyang-goyang suruh dia berhenti sekejap.Demikian dengan pihak isteri, jika hendak inzal bersama beritahu agar sama-sama inzal serentak. -Cara kerjasama ini hanya boleh wujud jika suami isteri saling cinta menyintai dan tidak ada rasa segan dan saling memikirkan utk mencapai kepuasan nafsu bersama yang maksimum.
5. Tidak Lupa Allah - Walaupun semasa bersetubuh,jangan biarkan diri anda terlalai dari mengingati Allah.Biarlah pancutan mani anda keluar sambil anda mensucikan diri dengan kalimah Allah. Berzikirlah dalam HATI semasa berjimak.Ini bertujuan supaya fikiran dan perasaan anda dapat menumpukan pada keagungan Ilahi.Dan dari segi psikologinya, ia akan dapat memberi anda keupayaan mengawal dan mengemudikan kelakuan jimak anda. Biasanya anak yang dilahirkan sukar mendapat penyakit sawan.
6. Baca Doa Ketika Klimaks (Inzal). - Ketika klimaks, bacalah doa di dalam HATI dan jangan baca secara lisan atau mengerakkan kedua-dua bibir. Ini kerana dilarang menyebut nama Allah dalam hadas besar. Tetapi menyebut didalam hati tidaklah dilarang. Doanya seperti berikut:- ” Maha Suci Allah yang menjadikan manusia daripada air (mani), lalu diadakan pertalian darah (nasab) dan hubungan musaharah (hubungan kekeluargaan berpunca dari perkahwinan).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment