Budaya Menziarahi Kubur
Dalam masyarakat Melayu Malaysia
ini, menziarahi kubur ni dah menjadi kebiasaan terutamanya pada waktu
perayaan Aidilfitri dan Aidiladha disamping sepanjang bulan Ramadhan.
Perbuatan menziarahi kubur adalah tidak dilarang namun apa yang ditakuti
adalah niat kenapa kita menziarahi kubur samada kubur saudara mara atau
kubur orang lain.
Antara tujuan mengapa menziarahi kubur adalah disunatkan ialah kerana:
- Supaya dikasihi oleh Allah swt,dengan sebab kita mengikuti Sunnah Rasulullah Saw
- Untuk mengingati asal-usul kejadian kita manusia, iaitu dari tanah dan kembali semula kepada tanah
- Menginsafi diri tentang hari kematian, alam kubur (barzakh) dan Hari Kiamat, dengan menghisab diri sama ada akan menuju ke syurga atau ke neraka.
- Mengambil iktibar atau pengajaran dari apa yang telah berlaku, untuk melembutkan kekerasan hati dan menggamit kesedihan yang membawa kepada kesedaran.
- Mengingat kembali terhadap orang-orang yang berjasa dan orang-orang yang berjihad kerana menegakkan kalimah Tauhid.
- Mendidik diri agar bersifat zuhud, iaitu tidak rakus dan tidak tamak akan harta benda dunia
- Berlaku ihsan kepada penghuni kubur dan menggembirakan mereka dengan memberi salam, berdoa dan memohon keampunan untuk mereka.
Para ulama sepakat mengatakan bahawa sunat bagi lelaki menziarahi kubur orang-orang Islam, terutama sekali menziarahi kubur kedua ibu bapa.
Sabda Rasulullah Saw:
“(Pada
suatu ketika) Rasulullah Saw ziarah ke kubur ibunya, lalu Baginda
menangis, maka menangis pulalah orang sekelilingnya. Kemudian Baginda
bersabda: “Aku memohon keizinan kepada Tuhanku untuk aku memintakan
ampun bagi ibuku, tetapi permohonanku tidak diperkenankanNya. (Kemudian)
aku memohon keizinan untuk menziarahi kuburnya, maka diperkenankanNya
bagiku, kerana itu pergilah kamu menziarahi kubur, kerana hal itu akan
mengingatkan kamu kepada kematian.”
(Hadits riwayat al-Jama‘ah)
Dalam hal yang lain, Rasulullah pernah bersabda lagi:
“(Pada
mulanya) aku telah melarang kamu menziarahi kubur, (kini) kamu
ziarahilah kubur, kerana sesungguhnya menziarahi kubur itu boleh
menzuhudkan kehidupan di dunia dan mengingatkan akhirat.”
(Hadits riwayat Ibnu Majah)
Jadi, berdasarkan hadith ini, menziarahi kubur hukumnya adalah sunat
bagi lelaki sahaja, tidaklah bagi perempuan. Daripada hadith diatas
juga, dapat kita fahami bahawa menziarahi kubur bagi wanita juga tidak
diharamkan. Sebab kalau haram, mestilah Rasulullah Saw ada melarangnya
bila dibuatkan.
Satu
lagi riwayat ialah ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha juga pernah menziarahi
kubur. Dia bertanya kepada Rasulullah Saw: “Apakah yang patut aku baca
kepada mereka, (iaitu ketika melawat perkuburan)?”
Jawab Rasulullah Saw:
Jawab Rasulullah Saw:
“Katakanlah:
“Mudah-mudahan Allah limpahkan keselamatan ke atas ahli kubur daripada
mukminin dan muslimin dan semoga Allah merahmati orang-orang terdahulu
dari kalangan kami dan orang-orang yang terkemudian, dan sesungguhnya
sekiranya kami diizinkan oleh Allah kami akan bertemu dengan kamu.”
(Hadits riwayat Muslim)
Secara
ringkas, hukum menziarahi kubur bagi perempuan itu bergantung kepada
tujuannya. Jika tujuannya ialah untuk mengambil iktibar, untuk
mengingatkan kepada kematian, alam barzakh dan alam akhirat, di samping
dia dapat menjaga adab kesopanan dirinya, dapat menahan dirinya dari
kesedihan yang bersangatan, serta aman dari segala fitnah; baik dari
segi persekitaran mahupun masa berziarah, maka dalam hal ini hukumnya
adalah makruh bagi perempuan tersebut menziarahi kubur.
Manakala menurut setengah ulama, jika tujuannya adalah untuk menimbulkan semula perasaan dukacita dan untuk meratapi si mati, maka adalah haram baginya menziarahi kubur. Begitu juga jika sekiranya perempuan tersebut tidak menjaga adab kesopanannya semasa berziarah, tidak aman dari segala fitnah atau seumpamanya, maka haram baginya menziarahi kubur.
Manakala menurut setengah ulama, jika tujuannya adalah untuk menimbulkan semula perasaan dukacita dan untuk meratapi si mati, maka adalah haram baginya menziarahi kubur. Begitu juga jika sekiranya perempuan tersebut tidak menjaga adab kesopanannya semasa berziarah, tidak aman dari segala fitnah atau seumpamanya, maka haram baginya menziarahi kubur.
Menziarahi Kubur Rasulullah Saw
Berbeza menziarahi kubur Rasulullah Saw, hukumnya adalah sunat bagi perempuan dan lelaki.
Daripada Ibnu ‘Umar Ra, Rasulullah Saw bersabda:
Menurut sebahagian ulama, sunat juga menziarahi kubur para nabi, para ulama dan aulia.
“Barangsiapa menziarahi kuburku, wajiblah baginya mendapat syafa‘atku.”
(Hadits riwayat ad-Daraquthni)
Menurut sebahagian ulama, sunat juga menziarahi kubur para nabi, para ulama dan aulia.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment