Barang
siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa
takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.. (hadith)
Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki (hadith)
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki (hadith)
Baiknya
anak perempuan akan melahirkan kebaikan bagi keluarga, masyarakat dan
umat. Dialah yamg menjadi titik tolak setiap perubahan yang
berkesenimbungan. Sebagai langkah awal tentunya tidak terlepas dari
kesulitan dalam menghadapi tentangan, halangan dan rintangan.
Bagaimanapun semua ini termasuk salah satu usaha membebaskan dunia dari
cengkaman kezaliman yang akan menyerat pada kehancuran. Semua usaha
tersebut mustahil berhasil kecuali dilakukan oleh orang-orang yang kuat,
dan kita...... tidak akan menjadi yang terkuat kecuali kita menjadi
yang terbaik.
Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan contoh bagi umat beliau
melalui pergaulan dgn putri beliau Fathimah radhiyallahu ‘anha . Tentang
ini ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkisah:
مَا رَأَيْتُ أَحَدًا مِنَ النَّاسِ كَانَ أَشْبَهَ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلاَمًا وَلاَ حَدِيْثًا وَلاَ جِلْسَةً مِنْ فَاطِمَةَ. قَالَتْ: وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَآهَا قَدْ أَقْبَلَتْ رَحَّبَ بِهَا، ثُمَّ قَامَ إِلَيْهَا فَقَبَّلَهَا، ثُمَّ أَخَذَ بِيَدِهَا حَتَّى يُجْلِسَهَا فِي مَكَانِهِ، وَكَانَ إِذَا أَتَاهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَحَّبَتْ بِهِ، ثُمَّ قَامَتْ إِلَيْهِ فَأَخَذَتْ بِيَدِهِ فَقَبَّلَتْهُ
“Aku tdk pernah melihat seseorang yg lbh mirip dgn Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dlm cara bicara maupun duduk daripada Fathimah.” ‘Aisyah berkata lagi “Biasa apabila Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat Fathimah datang beliau mengucapkan selamat datang pada lalu berdiri menyambut dan mencium kemudian beliau menggamit tangan hingga beliau dudukkan Fathimah di tempat duduk beliau. Begitu pula apabila Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam datang pada mk Fathimah mengucapkan selamat datang pada beliau kemudian berdiri menyambut menggandeng tangan lalu menciumnya.”
Demikian pula yg dilakukan oleh sahabat beliau yg terbaik Abu Bakr Ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu ..

Bagaimana melahirkan anak soleh?
Anak-anak
kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya
saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus,
merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan
mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah
untuk kita. Sabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud); “Apabila matinya
seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara
iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang
soleh yang mendoakan untuknya” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah
r.a.).
Setiap
dari kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak
yang soleh. Anak kita adalah tanggungjawab kita. Anak-anak bukan
sekadar anugerah Allah kepada kita, tetapi yang lebih besar dari itu
mereka merupakan amanah yang dipikulkan Allah ke atas bahu kita. Allah
ingin menguji kita; adakah kita bersungguh-sungguh menjaga dan mendidik
mereka atau tidak?
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.
Kedua,
hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar
daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita
seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di
antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia
membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma
razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan
daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan
kepada kami.
Jika
Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka
syaitan tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.
Ketiga,
hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya.
Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun
sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.
Keempat,
seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya
agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya
nanti.
Kelima,
hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada
perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka
jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu
dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak
perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah SWT
menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta,
bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka
ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang
menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada
anak tersebut.
Keenam,
memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama
yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya
untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama.
Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau
ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang
dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama
Nabi dan orang yang salih.
Ketujuh,
memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan
dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan
dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental
dan agamanya.
Kelapan,
memberi pendidikan agama yang cukup. Kesembilan, menjaga kesucian anak
itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.
Demikianlah antara hak-hak anak.
Pemakanan anak-anak harus dijaga dan dari sumber yang halal
10 langkah praktik untuk melahirkan anak soleh
- Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
- Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain 3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita?
- Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
- Selalu membaca al-Quran di rumah
- Membiasakan solat-solat sunat di rumah
- Hidupkan budaya memberi salam
- Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
- Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau
- Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita
- Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
- Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
- Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
- Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
No comments:
Post a Comment