Monday, 4 March 2013

MEMISKINKAN DIRI - PENGERTIAN ZUHUD YANG SEBENARNYA






Dunia ini Allah punya segala-segala yang ada di dalam dunia ini pun Allah punya. Bahkan kita manusia ini pun Allah yang punya. Justeru itu pada hakikatnya, kita tidak memiliki apa-apa sebaliknya kita dimiliki. Kalaupun kita ada mempunyai harta kekayaan, wang ringgit yang menimbun-nimbun, kekayaan itu bukan kita punya. Itu milik Tuhan. Kekayaan itu termasuk diri kita sendiri, ia juga adalah milik Tuhan.

Kita sebagai manusia dalam keadaan apa sekalipun adalah miskin. Kita bila-bila pun miskin. Kita tetap miskin. Kalau kita kaya dan mempunyai harta, kita hanya tukang jaga kekayaan Tuhan. Kita hanya tukang tadbir kekayaan Tuhan. Kita boleh ambil sekadar yang kita perlu dari kekayaan kita tetapi yang selebihnya mesti digunakan untuk manusia lain yang memerlukan dan untuk masyarakat.

Allah jadikan harta dan kekayaan itu untuk manusia seluruhnya, untuk keperluan semua hamba-hambanya. Segala rezeki dan kekayaan yang Allah kurniakan itu cukup untuk hamba-hambaNya di muka bumi ini. Hanya rezeki, harta dan kekayaan itu tidak diberi sama banyak dan sama rata. Ada yang dapat lebih. Ada yang dapat kurang. Supaya ada manusia yang kaya dan ada manusia yang miskin.

Allah jadikan miskin kaya bukan secara kebetulan. Kalau dalam masyarakat manusia semuanya miskin, make tidak akan ada penggerak ekonomi, tidak akan ada pencetus industri, perniagaan dan perdagangan. Tidak akan ada pembela bagi orang yang fakir dan miskin. Ekonomi masyarakat tidak akan ujud dan berkembang.

Manusia hanya akan sibuk mencari makanan sehari-hari untuk diri dan keluarga masing-masing. Semua manusia akan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tidak akan berlaku interaksi, usahasama, kerjasama, khidmat dan saling perlu memerlukan di antara satu sama lain. Tidak akan ada kemajuan. Tidak akan terbangun masyarakat, tamadun dan peradaban. Semua manusia akan hidup macam orang asli atau kaum aborigin yang semuanya sama-sama miskin.

Sebaliknya kalau dalam masyarakat manusia semuanya kaya-kaya belaka, maka kekayaan itu tidak ada apa-apa makna. Orang kaya akan menjadi susah juga. Siapa yang akan menanam padi. Siapa yang akan ke laut menangkap ikan. Siapa yang akan menternak lembu, kambing dan ayam. Siapa yang akan menanam sayur dan pokok buah-buahan. Bukankah ini semua kerja orang miskin. Apa yang orang kaya hendak makan. Takkan hendak makan duit, emas, perak, intan dan berlian. Siapa yang akan bina rumah, buat jalan, angkut sampah, potong rumput, menjadi pekerja bekalan air dan elektrik dan beribu-ribu macam khidmat lagi.

Kalau hendak gerakkan industri dan ekonomi pula siapa yang akan jadi buruh. Siapa yang akan jadi pekerja. Siapa yang akan jadi penyelia. Akhirnya siapa yang akan jadi pembeli atau pengguna bagi barangan dan khidmat yang dikeluarkan. Adanya miskin dan kaya itu adalah rahmat dari Tuhan supaya manusia boleh mencipta kehidupan, membina masyarakat dan menggerakkan tamadun. Supaya manusia kenal-mengenal, bantu-membantu, saling perlu-memerlukan dan berkasih sayang di antara satu sama lain. Tanpa adanya miskin dan kaya di kalangan manusia, maka tidak akan ada interaksi. Tidak akan ada masyarakat.

Namun begitu, rezeki dan kekayaan yang Allah limpahkan ke bumi ini adalah untuk semua manusia walaupun pembahagiannya tidak sama banyak dan tidak sama rata. Justeru itu apabila ada orang atau pihak yang tidak menjaga dan tidak mentadbir harta dan kekayaan yang Allah amanahkan kepada mereka dengan baik, maka akan berlakulah bencana. Apabila orang kaya tidak menyama ratakan harta kekayaan mereka kepada fakir miskin dan yang memerlukan, maka akan datanglah malapetaka. Apabila orang kaya mula merasakan kekayaan mereka adalah hak mereka sendiri dan bukan hak Allah yang perlu diagih-agihkan, maka akan turunlah laknat dan bala.

Rezeki, harta dan kekayaan Allah itu adalah untuk semua manusia dan masyarakat bukan untuk manusia yang tertentu sahaja. la mesti disama ratakan. Kalau tidak akan timbul kelas dan kasta kaya miskin dalam masyarakat yang satu sama lain benci-membenci, curiga-mencurigai, hina-menghina dan dengki mendengki. Masyarakat akan menjadi kucar- kacir, kacau-bilau, bergaduh dan berkelahi. Akan belaku berbagai bentuk jenayah dan penindasan. Hilang ukhwah dan kasih sayang. Manusia tidak kira kaya atau miskin akan hidup dalam ketakutan dan kebimbangan.

Oleh itu, semua manusia terutama yang kaya, perlu memiskinkan diri. Memiskinkan diri ini bukan bererti kita mesti jatuh miskin. Memiskinkan diri ialah menyedari dan merasakan bahawa kita sebagai manusia, hakikatnya adalah miskin dan tidak punyai apa-apa. Kesemua kekayaan adalah hak Allah semata-mata. Kalau pun kita kaya dan berharta, kita tahu dan kita sedar bahawa kita sebenarnya miskin. Kekayaan yang ada itu adalah amanah dari Allah yang wajib kita jaga dan tadbirkan mengikut kehendak-Nya. Kita boleh ambil setakat mana yang perlu sahaja dan menggunakan yang selebihnya untuk golongan fakir miskin dan masyarakat. Memiskin diri ertinya merasakan kekayaan kita bukanlah hak kita tetapi hak Allah untuk diagih-agihkan kepada golongan miskin dan masyarakat.

Inilah sebenarnya erti zuhud. Zuhud bukan bermaksud tidak kaya atau tidak berharta. Zuhud ertinya tidak merasakan kekayaan dan harta ini kita punya. Zuhud ertinya merasakan harta dan kekayaan itu kepunyaan Allah yang perlu diagihkan kepada yang berhak. Zuhud ertinya mempunyai kekayaan di tangan tapi tidak di hati. Orang yang zuhud ialah orang yang telah memiskin dirinya hingga mudah baginya menggunakan kekayaannya untuk masyarakat dan golongan yang memerlukan.

 


Istighfar 10



Istighfar 10(Diijazahkan Oleh Tok Nik Leh Bukit Panau)
oleh Tamlikha Raqim pada pada 5hb Mac 2013 pukul 12.56 pagi ·

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



ٲﺳﺘﻐﻔﺮﷲاﻟﻌﻈﻴﻢاﻟﺬي  (١                                                                   

 لاإﻟﻪإلّاﻫﻮاﻟرّﺣﻤﻦاﻟرﺣﻴﻢاﳊﻲّاﻟﻘﻴّﻮم الّذي لاﯾﻤﻮت وأﺗﻮﺑﻮإﻟﻴﻪ

1)    Astaghfirullahal’azim allazi la ila haillahuwarrahmanurrahim alhayyulqayyummullazi layamutu waatubu ilaihi 10x



أﺳﺘﻐﻔﺮﷲأﻧﻈﺮﱊوأﻧﻜﻔﺮي  (٢

2)    Astaghfirullahi anzhurmi waankufri 10x



 أﺳﺘﻐﻔﺮﷲﻣﻦﺗﻜﺴﺮﻓﻲأﻣﺮيﻋﺪدأﻧﻔﺴﻲ  (٣

3)    Astaghfirullahamin taksir fi amri ‘adidaanfasi 10x



أﺳﺘﻐﻔﺮﷲالعظيم لي ولوالديّ ولھم ولجميع  (٤

المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الْأحياءمن هم والْاءموات

4)    Astaghfirullahal’zim mali waliwalidayyawalahum walijami’ilmusliminawalmuslimat Walmukmininawalmukminat al ahya iminhum wal amwat 10x



أستغفرﷲربّ البرايا أستغفرﷲ من الخطيا (٥

5)    Astaghfirullaharobbalbaroya astaghfirullo haminal khotoya 10x

 

أستغفرﷲ إن ﷲ غفور الرّحيم  (٦

6)    Astaghfirulloha innallohaghofururrahim 10x



أستغفرﷲ مل ألميذان ومنتحالعلم (٧

ومبلغرّضاء وزﻧﺔ العرشك

7)    Astaghfirullahamil almizan wamuntahal ‘ilmi wamablaghrrido uwazinatal ‘arsyik 10x



 أستغفرﷲ العظيم من كلّذ نۢب الظيم   (٨

ظا هراوبٰطنا يا غفورالرّحيم

8)    Astaghfirullohal’azhim minkullizambil ‘azim zhohironwabatina yaghofururrahim 10x



لاإلهٰإلاّ أنت سبحٰنك إنّي كنت من الظٰلمين (٩

9)    Lailahaillaanta subhanaka inni kuntu minazh zholimin 10x



اللّٰهم اغفرلي ماقدّمت وماأخّرت   (١٠

وماأسررت وماأعلنت به منّي أنت المقدّم وأنت المؤخّر لاإﻟٰﻪإلّاأنت يامقلّب القلوب ثبّت قلبي عليٰ دنيك وعليٰ طٰعتك سبحٰنك إنّي كنت من الظلمين    

10)   Allahumaghfirli maqoddamtu waama akh khortu waama asrortu wama ‘alantubihi minni antalmuqoddimu wa antalmuakhiru lailahailla anta yamuqollibalqulub tsabbit qolbi’aladiinik wa’alato’atiq subhanakainni kuntuminnazzolimin 10x.

Sunday, 3 March 2013

72 GOLONGAN YANG KE NERAKA




SEPERTI dikhabarkan oleh Nabi s.a.w umat Islam akan terpecah kepada 73 golongan dan semuanya ke neraka kecuali satu golongan. Golongan yang akan selamat ini adalah mereka mengikuti Islam sesuai dengan kefahaman Nabi dan sahabat.

Hal ini dapat dibuktikan dengan hadis Nabi yang berbunyi: “Ketahuilah, sesungguhnya orang sebelum kamu daripada ahli kitab sudah berpecah menjadi 72 golongan. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan terpecah menjadi 73 golongan, 72 golongan tempatnya di neraka dan satu golongan di dalam syurga, iaitu al-Jama’ah.” (HR Ahmad dan yang lainnya, hadis hasan) Dalam riwayat lain Nabi bersabda: “Semua golongan itu tempatnya di neraka, kecuali satu iaitu aku dan sahabatku berada di atasnya.” (HR at-Tarmizi, hadis hasan) Maka sesiapa yang tidak mengikuti seperti mana Nabi dan sahabat dalam beragama, mereka akan terjatuh dalam salah satu kelompok dikhabarkan oleh Nabi tadi. Di antara satu kelompok sesat yang dijelaskan oleh ulama di kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah golongan Khawarij.

Bahkan di antara sejarah munculnya istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah untuk membezakan dengan 72 golongan itu. ‘Ahli Sunnah’ memberi maksud mereka yang mengikuti sunnah Nabi manakala ‘al-Jamaah’ memberi maksud bersama-sama dengan kaum muslimin dan pemerintahnya bukan Khawarij yang sentiasa mencabut ketaatan kepada kaum muslimin dan pemerintahnya, sekali gus menentangnya.

Golongan Khawarij bukanlah manusia yang tidak sayangkan Islam bahkan mereka bersemangat untuk menegakkan Islam, terutama hukum berkaitan jenayah seperti hudud dan qisas. Tetapi sayangnya semangat dan sayang mereka terhadap Islam itu tidak berlandaskan ilmu Islam yang benar, dalam masa sama bercanggah dengan amalan dilakukan oleh Nabi, sahabat dan salaf.

Kebiasaannya golongan Khawarij dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat dengan pendekatan selalu menghukum orang Islam lain yang tidak menegakkan hukum hudud dan pelaku dosa besar dengan mengkafirkan mereka. Buktinya kemuncak kemunculan golongan Khawarij dalam sejarah Islam adalah terbunuhnya Saidina Ali r.a di tangan Abdul Rahman bin Muljam atau lebih dikenali sebagai Ibnu Muljam. Apakah alasan Ibnu Muljam membunuh Saidina Ali, khalifah Islam keempat yang dijamin syurga oleh Nabi? Alasan Ibnu Muljam yang mengangkat pedangnya menebas kepala Saidina Ali kerana Saidina Ali dianggap kafir olehnya disebabkan tidak melaksanakan hukum hudud dan qisas ke atas pembunuh Uthman r.a. Ibnu Muljam dikenali sebagai seorang yang warak dan pernah diutus oleh Saidina Umar r.a ke Mesir sebagai guru untuk mengajarkan al-Quran kepada penduduk Mesir.

Namun, kewarakan dan keikhlasan Ibnu Muljam untuk menegakkan Islam tidak menghalangnya untuk terjatuh ke dalam mazhab Khawarij yang akhirnya dia mengkafirkan Saidina Ali, sekali gus membunuhnya.

Di antara permulaan sifat golongan Khawarij, pertamanya akan menunjukkan dengan lisan mereka terlebih dulu seperti memaki-hamun di atas nama Islam kepada musuhnya. Selepas itu mereka akan menzahirkannya dengan tindakan melakukan kekacauan dan hura-hara dengan melakukan segala macam bentuk ancaman yang boleh menggugat orang lain. Kemuncak tindakan golongan Khawarij akan diakhiri dengan pembunuhan dan peperangan kepada golongan yang tidak bersama dengan mereka. Siapakah yang selalu dimusuhi dan dikafirkan oleh golongan Khawarij ini? Selalunya mereka suka memusuhi dan mengkafirkan sesebuah kerajaan Islam dan pemerintah Islam di dalamnya seperti yang menimpa kerajaan Saidina Ali.

Mereka sentiasa menggunakan ayat al-Quran untuk menegakkan mazhab dan akidah Khawarij. Mereka tanpa segan silu mentafsirkan ayat al-Quran dengan pemikiran dan hawa nafsu mereka agar bersesuaian dengan kelompok mereka, padahal ayat al-Quran yang mereka bacakan itu tidak sama seperti apa ditafsirkan oleh Nabi dan sahabat baginda.

Benarlah perkataan Saidina Ali kepada golongan Khawarij ketika mereka mengangkat ayat al-Quran yang menjadi slogan mereka “dan sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, mereka adalah orang kafir”. Ayat inilah yang menjadi modal kepada Ibnu Muljam untuk membunuh Saidina Ali.

Apabila Saidina Ali mendengar ayat ini diangkat menjadi slogan Ibnu Muljam dan pengikutnya, beliau berkata “kalimah yang benar, tetapi ia berkehendak kepada kejahatan (kebatilan)”. Kenapakah Saidina Ali berkata demikian? Kerana ayat yang dilaungkan itu memang benar daripada sisi Allah manakala pemahaman dan maksud ayat itu tidak sama seperti mana Nabi dan sahabat memahaminya.

Kerana itulah manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam mentafsirkan ayat al-Quran dan hadis Nabi sentiasa mengikuti petunjuk Nabi dan sahabat. Kerana jika tidak menafsirkan ayat al-Quran dan hadis Nabi seperti mana Nabi dan sahabat nescaya akan tergolong dalam salah satu 72 golongan yang diancam neraka.

Bahayanya kesan akidah dan mazhab Khawarij antaranya kefahaman dan amalan mereka akan sentiasa bercanggah dengan golongan Ahli Sunnah Wal Jammah dalam beragama.

Ahli Sunnah menuntut kepada kaum Muslimin agar mendoakan kebaikan kepada pemerintah Islam serta menyuruh manusia mentaati pemerintah Islam dalam hal-hal kebaikan.

Ahli Sunnah turut menasihati agar berhati-hati untuk mengkafirkan manusia yang tidak dapat menegakkan hukum Islam sepenuhnya dan pelaku dosa besar selain manusia diajak bersatu padu sesama Islam di atas dasar tauhid.

Adapun golongan Khawarij akan sentiasa ada di sepanjang zaman hingga tiba hari kiamat. Kepada Allah kita mohon perlindungan daripada fitnah golongan Khawarij ini.

Dajjal Makhluk Yang Muncul Di akhir Zaman





Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang kala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.

Petang hari kami yang mendengar cerita Rasullullah pergi ke rumah Rasullullah, beliau telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah; "Apa khabar kamu semua", jawab kami "Baik", tapi kami hendak bertanya mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala suara Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?. Jawab Rasullullah; "Bukan dajjal yang mengkhutirkanku terhadap kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu terhadapnya. Danjika dia muncul, sedangkan aku tidak berada disamping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim".

Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet, aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antarakamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surahAl-Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Laludia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu teguhkan pendirian kamu!.

Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?", jawabRasullullah : "Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun,satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang". Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. Berapakah kecepatannya di bumi ?" jawab Rasullullah; Seperti hujan ditiup angin.

Dia mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya,lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya. Diperintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari sudah petang,ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar kerana cukup makan.

Kemudian didatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi mereka menolak ajarannya, maka dia berlalu dari mereka.Besok pagi negeri mereka menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka. Kemudian katanya; "Keluarkan perbendaharaanmu!" maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya.

Kemudian dipanggilnya seoarang pemuda remaja lalu dibelah dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di lempar sejauhanak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubh yang terbelah itu kembali, diadatang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa.

Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosak, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan akan turun,dan apabila dia mengangkat kepala, berjatuhan daripadanya biji-bijik perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapayang kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal. Dan Isa bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), laludibunuhnya Dajjal tersebut.

Kemudian Isa menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal.Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka kedudukannya di syurga.Allah mewahyukan kepada Isa a.s. "Aku akan mengelurkan hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit", lalu Allah Taala mengeluarkan Ya'juj dan Ma'juj.

Mereka turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telagaThiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut. Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, kata mereka; "Sesungguhnya dahulu ada air di sini".Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu pada hari ini(kerana kekurangan makanan).

Maka nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah s.w.t semoga AllahTaala menghancurkan Ya'juj dan Ma'juj. Maka Allah s.w.t mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya.

Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. nabi Isadan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu. Maka Allah s.w.t mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ketempat yang diperintahkan Allah s.w.t.

Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah liatdan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca,kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; "Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatan mu!"
Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu unta cukup untuk orang sekampung, susu sesekor sapi cukup untuk orang satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga terdekat.

Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memasuki ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim. Maka tinggal orang-orang jahat belaka,mereka bercampur baur seperti kaldai, maka dengan itu terjadilah hari kiamat.

Dipetik dari buku "Himpunan Cerita-Cerita Wanita dan Laki-Laki DalamAl-Quran dan Hadis", Jilid 1, ms. 52. © Hakcipta Terpelihara 1991, SyarikatNurulhas.

Perumpamaan Orang Yang Buta Dan Celik Hati



Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan sememangnya tidaklah sama orang yang buta dan orang yang celik, dan juga tidaklah sama orang-orang yang beriman serta beramal soleh dengan orang yang melakukan kejahatan. (Meskipun hakikat ini jelas, nyata, tetapi) sedikit sangat kamu beringat dan insaf.”

(Surah al-Mukmin: 58)

Huraian

Allah SWT menegaskan secara perumpamaan bahawa orang yang buta yakni yang tidak dapat melihat dengan mata kepala tidak sama dengan orang yang boleh melihat. Orang yang buta penglihatan akan berjalan untuk sampai ke sesuatu arah dengan teraba-raba dalam perjalanannya. Ia tidak mengetahui apakah halangan dan rintangan serta pancaroba yang berada disekelilingnya. Oleh yang demikian orang yang buta penglihatan akan terdedah kepada malapetaka, bala bencana dan musibah.

            Sebaliknya, orang yang celik penglihatan akan dapat melangkah bebas menuju ke destinasi dengan dapat mengetahui hal ehwal di sekelilingnya sama ada ia selamat atau berbahaya. Jika keadaan selamat perjalanan akan diteruskan dan jika sebaliknya perjalanan ditangguhkan atau memilih jalan lain yang lebih sesuai dan selamat.

            Begitulah perbandingan yang Allah SWT gambarkan melalui ayat di atas barkaitan dengan orang yang buta mata hati dan orang yang celik mata hatinya dalam kehidupan. Orang yang celik mata hatinya akan sentiasa menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan hidupnya kerana ia yakin jika berpegang dengan kedua-dua sumber tersebut pasti tidak akan sesat selama-lamanya walaupun mata kepalanya tidak boleh melihat. Orang yang buta mata hatinya adalah orang yang tidak mahu mendengar dan beramal dengan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasul SAW. Golongan ini sudah pasti akan tersesat jauh.

            Seterusnya, dalam ungkapan yang selanjutnya Allah SWT menegaskan bahawa orang yang beriman dan beramal soleh, keadaan mereka berbeza dengan orang yang melakukan maksiat. Orang yang beriman memiliki cahaya petunjuk di dalam hatinya. Cahaya iman itulah yang akan menyuluh kehidupan, menyelamatkannya dari kerosakan dan membimbing orang lain kepada kesejahteraan.

            Sebaliknya, orang yang melakukan kejahatan dan maksiat serta ingkar dengan suruhan Allah SWT dan Rasul SAW tidak memiliki cahaya tersebut. Jiwanya akan mati, hatinya gelap gelita dan hidupnya tidak menjurus ke jalan yang diredhai Allah SWT.

            Sungguhpun demikian, terlalu sedikit orang yang mengambil iktibar dengan perumpamaan yang Allah SWT berikan. Mereka merasakan seolah-olah nikmat melihat, mendengar, berkata-kata, berjalan dan seumpamanya akan kekal selama-lamanya untuk diri mereka sehingga tidak berasa sesuatu pun setiap kali melakukan dosa dan maksiat. Mereka juga tidak sedar pada bila-bila masa sahaja Allah SWT mampu menarik balik segala nikmat yang diberikan.

Kesimpulan

Bagi menzahirkan rasa syukur terhadap nikmat kurniaan Allah SWT maka adalah wajar bagi setiap insan yang beriman membayangkan apa yang akan terjadi seandainya Allah SWT mencabut nikmat penglihatan, pendengaran dan pergerakan daripada kita. Tatkala itu sudah pasti kita akan mula menghargai nikmat tersebut dan berazam untuk tidak menyalahgunakannya. Kesedaran inilah yang sepatutnya tertanam dalam diri kita pada setiap masa dan ketika. Biarlah kita dibutakan mata asalkan tidak dibutakan hati!!!

Tiga Cahaya Di Hari KiamatDi hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :




* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

 "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Air mata Taubat Nabi Adam a.s.


Mutiara Kata Nabi Muhammad


Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipudaya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga airmatanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah.Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:>Dalam sehari ada 24 jam.?Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasanafas keluar dan masuk.Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itukeluar dan masuk ?