Monday, 14 October 2013

KENAPAKAH ADA NAMA SURAH LUQMAN DLM QURAN..??





Diakui tiada detail mengenai Lukmanul hakim dlm quran. Kisahnya banyak dari Israeliat/ahli2 kitab yahudi & nasrani terdahulu.

Cuma di pondok bila kami tanya kenapakah nama surah itu diletakkan namanya/apakah lebihnya beliau, maka lazimnya tok guru akan ceritakan satu kisah di zaman seorang raja yahudi yang kebingungan apabila rakyatnya ramai mati diserang pelbagai penyakit kronik.

Lalu semua pendeta/ahli kitab dipanggil untuk menasihati raja tentang bagaimana sejarah penyelesaian kes terdahulu jika masalah seumpama itu melanda negara. Pendeta memaklumkan kepada raja bahawa raja terdahulu mengatasinya dengan bertanyakan ramuan ubatan kepada binatang-binatang yang ada. Dan untuk membolehkan memahami bahasa bianatang, raja perlu bertapa/berwirid menggunakan nama tuhan untuk tempoh tertentu hingga tuhan memberi petunjuk. Tempat pertapaan boleh dipilih sama ada di bukit, dalam gua, dalam laut dan sebagainya.

Raja bersetuju dan mengarahkan persediaan dibuat untuk baginda bertapa di dalam laut. Kotak cermin dibina dengan saluran udara khas sedalam lebih 30 kaki, dengan bekalan makanan memadai untuk tempoh 40 hari. Tidak berapa lama bertapa akhirnya Allah menghantar sepasang tangan ghaib mencampakkan satu bungkusan mengandungi gandum diiringi satu suara mengarahkan raja makan roti dari gandum itu, bagi membolehkannya memahami bahasa semua binatang.

raja memberi isyarat agar kotak pertapaannya dinaikkan dan dengan gembira mengumumkan kpd rakyat bahawa baginda telah berjaya mendapat petunjuk Tuhan untuk mengubati semua penyakit rakyatnya. Gandum diserahkan kepada tukang masak istana untuk dibuat roti. Sementara raja masuk berehat/tidur dan akan makan selepas bagun nanti.

Di dapur tukang masak istana ada seorang kanak-kanak berusia bawah 10 tahun yang bebas bermain kerana salah seorang tukang masak itu adalah ibunya. Setelah penat bermain dan merasa lapar budak kecil tersebut seperti biasa ke dapur tempat ibunya berkerja untuk makan. Tanpa sengaja beliau membuka saji dan makan roti yang dimasak oleh ibunya dari gandum hasil pertapaan siraja, hingga habis kerana menyangka seperti makanan2 lain sebelumnya.

Apabila raja bangun, maka diminta roti untuk dimakan. Siibu segera menyediakan roti lain. Setelah dimakan, raja memanggil semua pegawainya untuk cuba memahami bahasa kuda, keldai yang ada. Namun didapati baginda tidak faham sepatahpun.

Semua pendeta sekali lagi dipanggil utnuk memberi keterangan. Pendeta bertanya siraja adakah benar roti yang dimakan itu hasil dari gandum yang diperolehi dari pertapaan..?? Lalu tukang masak dipanggil. Beliau mengaku roti yang asalnya dari gandum pertapaan itu telah habis dimakan oleh anaknya yang masih kecil dan beliau memasak roti baru dari gandum yg sedia ada di dapur istana untuk santapan raja.

Raja pada awalnya amat murka, namun segera reda setelah menyedari yang memakannya adalah budak yang masih kecil. Lalu raja meminta untuk budak tersebut di bawa kepada bianatang. Ternyata anak tukang masak istana itu memahami semua bahasa binatang. Dari situ semua ramuan ubatan dapat diterjemah dari bahasa bianatang kepada bahasa manusia dan semua binatang dikumpulkan di sekitar istana (zoo) bagi membolehkan semua ramuan ubatan pelbagai penyakit dapat dicatat.

Sejak itulah raja melantik budak tersebut sebagai salah seorang menteri kanannya dan memerintahkan sesiapa yang menyebut namanya tanpa diiringi menyebut gelaran "Al-Hakim" (yang bijaksana) wajib dihukum bunuh. Budak bertuah itulah yang namanya tercatat sebagai salah satu surah dalam Al-Quran iaitu "Luqman".




No comments:

Post a Comment