Diakui tiada detail mengenai Lukmanul hakim dlm quran.
Kisahnya banyak dari Israeliat/ahli2 kitab yahudi & nasrani terdahulu.
Cuma di pondok bila kami tanya kenapakah nama surah
itu diletakkan namanya/apakah lebihnya beliau, maka lazimnya tok guru akan
ceritakan satu kisah di zaman seorang raja yahudi yang kebingungan apabila
rakyatnya ramai mati diserang pelbagai penyakit kronik.
Lalu semua pendeta/ahli kitab dipanggil untuk
menasihati raja tentang bagaimana sejarah penyelesaian kes terdahulu jika
masalah seumpama itu melanda negara. Pendeta memaklumkan kepada raja bahawa
raja terdahulu mengatasinya dengan bertanyakan ramuan ubatan kepada
binatang-binatang yang ada. Dan untuk membolehkan memahami bahasa bianatang,
raja perlu bertapa/berwirid menggunakan nama tuhan untuk tempoh tertentu hingga
tuhan memberi petunjuk. Tempat pertapaan boleh dipilih sama ada di bukit, dalam
gua, dalam laut dan sebagainya.
Raja bersetuju dan mengarahkan persediaan dibuat untuk
baginda bertapa di dalam laut. Kotak cermin dibina dengan saluran udara khas
sedalam lebih 30 kaki, dengan bekalan makanan memadai untuk tempoh 40 hari.
Tidak berapa lama bertapa akhirnya Allah menghantar sepasang tangan ghaib
mencampakkan satu bungkusan mengandungi gandum diiringi satu suara mengarahkan
raja makan roti dari gandum itu, bagi membolehkannya memahami bahasa semua
binatang.
raja memberi isyarat agar kotak pertapaannya dinaikkan
dan dengan gembira mengumumkan kpd rakyat bahawa baginda telah berjaya mendapat
petunjuk Tuhan untuk mengubati semua penyakit rakyatnya. Gandum diserahkan
kepada tukang masak istana untuk dibuat roti. Sementara raja masuk
berehat/tidur dan akan makan selepas bagun nanti.
Di dapur tukang masak istana ada seorang kanak-kanak
berusia bawah 10 tahun yang bebas bermain kerana salah seorang tukang masak itu
adalah ibunya. Setelah penat bermain dan merasa lapar budak kecil tersebut
seperti biasa ke dapur tempat ibunya berkerja untuk makan. Tanpa sengaja beliau
membuka saji dan makan roti yang dimasak oleh ibunya dari gandum hasil
pertapaan siraja, hingga habis kerana menyangka seperti makanan2 lain
sebelumnya.
Apabila raja bangun, maka diminta roti untuk dimakan.
Siibu segera menyediakan roti lain. Setelah dimakan, raja memanggil semua
pegawainya untuk cuba memahami bahasa kuda, keldai yang ada. Namun didapati
baginda tidak faham sepatahpun.
Semua pendeta sekali lagi dipanggil utnuk memberi
keterangan. Pendeta bertanya siraja adakah benar roti yang dimakan itu hasil
dari gandum yang diperolehi dari pertapaan..?? Lalu tukang masak dipanggil.
Beliau mengaku roti yang asalnya dari gandum pertapaan itu telah habis dimakan
oleh anaknya yang masih kecil dan beliau memasak roti baru dari gandum yg sedia
ada di dapur istana untuk santapan raja.
Raja pada awalnya amat murka, namun segera reda
setelah menyedari yang memakannya adalah budak yang masih kecil. Lalu raja
meminta untuk budak tersebut di bawa kepada bianatang. Ternyata anak tukang
masak istana itu memahami semua bahasa binatang. Dari situ semua ramuan ubatan
dapat diterjemah dari bahasa bianatang kepada bahasa manusia dan semua binatang
dikumpulkan di sekitar istana (zoo) bagi membolehkan semua ramuan ubatan
pelbagai penyakit dapat dicatat.
Sejak itulah raja melantik budak tersebut sebagai
salah seorang menteri kanannya dan memerintahkan sesiapa yang menyebut namanya
tanpa diiringi menyebut gelaran "Al-Hakim" (yang bijaksana) wajib
dihukum bunuh. Budak bertuah itulah yang namanya tercatat sebagai salah satu
surah dalam Al-Quran iaitu "Luqman".