Monday, 17 June 2013

MENGAPA KITA MESTI UTAMAKAN AKHIRAT?

http://www.usahataqwa.com/wp-content/uploads/2012/05/Jari-dalam-lautan.jpg


Sabda Rasulullah SAW: Tidaklah dunia pada bandingan Akhirat melainkan seumpama seseorang yang memasukkan anak jarinya ke dalam laut. Maka perhatikan berapa banyak yang lekat padanya? (Hadis Riwayat Muslim)

ALLAH SWT menyuruh kita utamakan Akhirat. Banyak sekali ayat ALLAH dalam Al Quran yang menyebut kebesaran Akhirat dibandingkan dengan dunia. Hingga kerana itu ALLAH sangat mengutamakan Akhirat dan memerintahkan kita berbuat begitu. Hal ini janganlah diragukan lagi. Dan jangan berdolak-dalih atau serba salah lagi.
Antara Akhirat dengan dunia, utamakan Akhirat. Kerana itulah Rasulullah, para Sahabat besar dan sekalian salafussoleh telah zuhud dengan dunia kerana menyimpan kekayaan untuk Akhirat. Mereka itu boleh kaya-raya kalau mereka mahu. Sebab anak kunci seluruh kekayaan dan khazanah perbendaharaan langit dan bumiada di tangan mereka. Tetapi lihatlah kehidupan duniawi mereka. Bagaikan si miskin yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rezeki pagi mereka habiskan di waktu pagi. Rezeki petang pula tidak berbaki lagi di waktu malamnya. Rumahmereka kecil dan kosong. Tanya cukup untuk merehatkan Badan sejenak dengan serba sedikit alat keperluan yang penting.

Sayidatina Khadijah Ummul Mukminin yang pernah jadi hartawan dan bangsawan Quraisy itu telah menyerahkan seluruh harta miliknya kepada ALLAH dan Rasul. Untuk kegunaan masyarakat dan pembangunan Islam. Supaya masyarakat menjadi mewah dan senang, manakala dirinya tetap zuhud. Sehingga yang tinggal hanyalah diri dan suaminya sahaja. Tinggal bersama Rasulullah dalam sebuah bilik kecil, yang bumbung biliknya itu boleh dicapai dengan tangan. Pintu bilik cuma dibuat dari kain guni. Dari kandungannya lahirlah Sayidatina Fatimah, bakal wanita penghulu Syurga, yang menjadi wanita paling miskin di dunia. Tetapi ingat, bukannya mereka menderita dengan kemiskinan tersebut. Mereka bukan saja redha dan tidak takut miskin, bahkan dalam keadaan mereka boleh kaya itu, mereka juga meminta supaya mereka dapat hidup bagaikan orang miskin.

Lihat doa yang pernah diajarkan oleh Rasulullah kepada mereka: Wahai Tuhan, hidupkan aku dalam kemiskinan, matikan aku dalam kemiskinan. Dan masukkan aku dalam Syurga bersama orang-orang miskin. (Riwayat At-Tarmizi)

Rasulullah SAW sampai berdoa supaya diselamatkan dari jadi orang kaya, yang bermewah-mewah dan membazir. Mereka bahagia dan merdeka dengan kemiskinan. Peribadi mereka tidak punya apa-apa tetapi tiga suku dunia dalam tangan mereka. Ertinya jemaah dan masyarakat mereka kaya. Mereka miskin papa, tetapi kerana redhanya mereka, maka orang yang tidak tahu, menyangka mereka itu kaya-kaya belaka. Mereka puas, bahagia dan cukup dengan ALLAH dan Rasul. Kerana itulah mereka dapat menolak kekayaan peribadi, untuk diberi kepada masyarakat dan negara. Peluang untuk kaya yang ALLAH anugerahkan kepada mereka diserahkan untuk mengkayakan masyarakat, negara dan dunia Islam yang mereka cetuskan. Hasil pengorbanan itu, ALLAH telah ciptakan Syurga untuk mereka di Akhirat yang kekal abadi. Untuk meyakinkan ini, biar diperturunkan sebanyak-banyaknya ayat Quran dan Hadis yang menyebut keutamaan Akhirat daripada dunia.

Rasulullah bersabda: Barang siapa mencintai dunia, nescaya membawa kepada binasa di Akhirat. Dan barang siapa mencintai Akhiratnya, nescaya beroleh keuntungan di dunia. Maka utamakan apa yang kekal, atas apa yang fana (lenyap binasa). (Riwayat Ahmad, Al Bazzur dan At Thabrani)

Sabda Rasulullah lagi: Apa yang aku ketahui, jikalau kamu ketahui nescaya kamu akan tertawa sedikit dan menangis banyak. Pada kamu dunia sudah jadi hina dan kamu akan memilih Akhiraf. (Riwayat At Thabrani)

Sabda Rasulullah lagi: Tidaklah dunia pada bandingan Akhirat melainkan seumpama seseorang yang memasukkan anak jarinya ke dalam laut. Maka perhatikan berapa banyak yang lekat padanya? (Riwayat Muslim)

Rasulullah juga bersabda: Hai Fatimah! Teguklah kepahitan dunia, untuk mendapat kenikmatan abadi.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kampung Akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya kalau mereka mengetahui. (Al Ankabut: 64) Dan pasti kehidupan Akhirat lebih tinggi fingkatannya dan lebih besar keutamaannya. (AI Israk: 21)

Firman-Nya lagi: Kampung Akhirat itu Kami berikan kepada mereka yang tidak hendakkan sanjungan tinggi dan fidak juga berbuat bencana di muka bumi. (Al Qasas: 83)

Barang siapa yang ingin kepada keuntungan Hari Akhirat, Kami berikan tambahan kepada keuntungannya itu. Dan barang siapa yang ingin kepada keuntungan dunia ini, akan Kami berikan sebahagian keuntungan itu kepadanya tetapi dia tidak nempunyai bahagian lagi di Hari Akhirat. (Asy Syura: 20)

Kemudian kita lihat pula bukti-bukti’atau hujah-hujah akal yang membenarkan bahawa Akhirat lebih utama dari dunia.

A. NIKMAT

Mula-mula kita bandingkan nikmat dunia dan Akhirat.

1. Rumah

Rumah yang kita idam-idamkan di dunia, paling besar mungkin sebesar Istana Raja Brunei yang ada 2000 buah bilik. Dibuat dari batu-bata dengan hiasan marmar dan beratap genting. Tetapi rumah di Akhirat yang ALLAH, sediakan untuk orang-orang yang bertaqwa ialah mahligai seluas langit dan bumi, dibuat daripada emas, permata, dinding berkilau-kilauan cahaya, atapnya intan berlian yang tidak terkata indahnya dan nikmat berada di dalamnya. Di dunia, sebuah bandar itu adalah kepunyaan bersama tetapi di Akhirat, seorang sahaja memiliki berpuluh-puluh buah bandar.

Peralatan-peralatan dalam rumah pula yang kita gila-gilakan di dunia ialah katil empuk, kerusi empuk, tv mewah, peti ais dua pintu, langsir mahal, karpet tebal, pinggan mangkuk moden dan bermacam-macam lagi. Manakala di Akhirat, rumah dilengkapi dengan katil, permata, hiasan sutera halus buatan Akhirat, tilam gebu yang menenggelamkan badan dan lain-lainnya, yang sungguh indah dan mempesonakan. Sembilan puluh sembilan kali lebih canggih dari buatan dunia yang mudah rosak itu.

Peralatan mewah di Akhirat tidak akan rosak dan musnah. Bahkan makin dipandang semakin cantik, semakin terasa nikmat. Sekali pandang lain cantiknya, dua kali pandang, lain pula cantiknya. Pandang kali ketiga, lain pula cantiknya. Demikianlah kalau 1001 kali pandang, maka 1001 kalilah pula cantiknya. Dan lagi, tidak akan jemu bila menggunakannya dan juga tidak akan rosak untuk selama-lamanya. Sedangkan perhiasan dunia itu baru setahun sudah jemu, masuk dua tahun sudah mulai rosak.

2. Kenderaan

Kenderaan dunia yang paling hebat ialah Mercedes, Puiero, BMW dan kapal terbang. Itu pun selalu accident dan rosak serta punah-ranah. Kenderaan Akhirat ialah apa saja yang kita ingini. Katalah kita teringat hendak naik kapal terbang, maka datanglah ia dengan sekelip mata sahaja. Bahkan sebenarnya niat sahaja, terus berada dalam kapal terbang itu, yang keadaannya sebesar dan secantik mana yang kita mahu. Terbanglah ia selaju mana yang kita mahu dan ke mana saja yang kita ingin tuju. Bergerak sendiri dan berhenti sendiri menurut kemahuan kita. Tidak ada bahaya apa-apa pun; semuanya indah dan lazat. Dan tidak akan rosak-rosak.

3. Pakaian dan Perhiasan

Pakaian dan perhiasan dunia yang kita asyik-asyikkan itu cumalah kain biasa yang murah, bila dipakai terasa rimas dan panas. Lama-lama jemu. Makin lama semakin lusuh dan reput dan akhirnya jadi barang terbuang. Tetapi pakaian dan perhiasan yang ALLAH sediakan untuk orang-orang yang bertaqwa di Akhirat cukuplah indah, selesa digunakan, banyak, tidak menjemukan dan tidak rosak-rosak. Gelang, subang, rantai, anting-anting dan cincin yang bergemerlapan menghiasi seluruh tubuh. Bukan hanya satu dua sahaja tetapi sebanyak mana yang kita mahu akan diperolehi. Bila-bila masa sahaja boleh ditukar ganti dan tidak pula menjemukan. Tidak payah dicari-cari, niat saja sudah menjelma di depan mata.

4. Kecantikan

Wajah yang cantik sangat diingini oleh semua manusia. Sebab itu segala usaha dilakukan oleh mereka untuk mendapatkan wajah cantik. Sebab itu di dunia ini sengaja ALLAH tidak ramaikan orang-orang yang berwajah cantik. Hanya ada satu dua orang sahaja yang betul-betul cantik hinggakan mabuk-mabuk orang yang melihatnya. Tetapi di Akhirat, setiap orang bertaqwa dipercantikkan oleh ALLAH, 99 kali lebih cantik dari waktu hidup di dunia ini. Mereka juga dipermudakan hingga sentiasa muda dan sentiasa gadis. Tidak akan tua-tua untuk selama-lamanya.

5. Makanan

Di dunia ini makanan yang paling lazat, paling mahal sekalipun, kalau selalu dimakan akan jemu juga. Rasanya juga tidak sedap lagi. Sebab rasa lazatnya itu sama sahaja antara suap yang pertama dengan suap yang terakhir. Kemudian, lagi banyak makan, lagi cepat ke jamban. Kita kalau boleh tidak ingin ke jamban. Tetapi hasil akhir dari makan makanan di dunia ini kita mesti ke jamban. Bukan main busuk pula, apa yang kita keluarkan dari perut kita itu. Yakni yang mula-mula kita masukkan ke mulut kita. Bila lapar kita makan lagi. Itulah dia nikmat dunia yang kita rindu-rindukan itu. Yang dari situ jugalah macam-macam penyakit datang menimpa. Antaranya kencing manis,bar-ah, darah tinggi dan sebagainya. Tetapi di Akhirat, kita tidak akan lapar-lapar. Sentiasa kenyang. Makanan yang kita makan tidak pernah menjemukan. Sebab rasanya berlainan. Suap mula-mula, sedapnya lain. Suap lagi, lain pula sedapnya. Demikian seterusnya. Maknanya kalau sebiji buah di Akhirat mempunyai sepuluh jenis rasa atau lebih dari itu. Jadi mana boleh timbul rasa jemu.

Begitu juga dengan jenis-jenis makanan yang lain. Makanlah sebanyak mana pun tidak akan memudaratkan. Tidak juga susah payah untuk ke jamban. Tidak ada najis yang busuk-busuk itu lagi. Semuanya sedap, baik, lazat dan indah-indah belaka. Maka kalau begitu mengapa kita tidak inginkan nikmat
Akhirat yang 99 kali lebih hebat dari nikmat dunia. Sedangkan nikmat dunia yang tidak ada harga itu pun kita rebut-rebut, kita buru-buru dan gila-gilakan. Hingga kita sanggup berkorban berhabis-habisan untuk memiliki dunia yang menipu itu. Mustahil kita tidak rindukan Syurga itu kalau kita benar-benar meyakininya.

B. AZAB

Kalau nisbah nikmat dunia Akhirat ialah 1:99 maka azab pula nisbahnya 1:70. Kita buat contoh:

1. Penjara

Penjara dunia dibuat daripada bahan-bahan biasa seperti bangunan-bangunan lain juga. Makanannya masih makanan yang mengenyangkan. Azabnya tidak sampai menggugurkan kulit dan tulang-tulang mangsanya. Tetapi itu pun kita sudah cukup ngeri dibuatnya. Apatah lagi kalau penjara Akhirat. Ia dibuat daripada api yang 70 kali lebih panas daripada api dunia. Api dunia pun kita tidak. boleh pegang, apalagi api Neraka. Kita berada dalam rumah api yang dindingnya api, bumbungnya api, lantainya api, makanannya api, minumannya juga api, pakaiannya api, bantalnya api dan segala-galanya adalah api.

2. Miskin

Kita cukup takut miskin di dunia. Sedangkan orang miskin itu masih ada rumah, ada makanan dan ada tempat mengadu. Cuma tidak berlebih. Cukup-cukup sahaja. Pun kita sudah takut sekali. Mengapa kita tidak takut dengan kemiskinan di Akhirat yang maha dahsyat itu. Tidak ada ruang Akhirat untuk orang yang berdosa melainkan dalam kawah api Neraka. Dalam kita meronta-ronta kesakitan dan kelaparan, tidak ada seorang pun yang peduli.

3. Sakit

Di dunia terlalu banyak hospital untuk mengubat sakit-sakit ringan apalagi sakit berat. Sebab orang cukup takut dengan sebarang penyakit. Patutnya orang cukup berhati-hati dengan sakit di Akhirat. Kerana di sana tidak ada hospital lagi sedangkan sakitnya maha dahsyat dari sebarang sakit di dunia ini.

4. Panas

Selain daripada panas api Neraka, yang 70 kali ganda dari panas api dunia, panas matahari juga sangat dahsyatnya sewaktu kita masih di Padang Mahsyar. Matahari yang begitu jauh dari kita itu pun kita tidak tahan teriknya yang membahang dan membakar, apalagilah kalau ianya didekatkan sejengkal dengan kepala kita. Bayangkanlah.

5. Jatuh

Di dunia kita cukup ngeri kalau kapal terbang yang kita naiki atau lain-lain kenderaan itu jatuh accident. Kerana ia boleh bawa mati. Tetapi ingatlah bahawa kiranya kita terjatuh ke Neraka, 70 tahun baru kita akan sampai ke dasarnya. Relakah kita untuk selama 70 tahun berpusing-pusing dan tunggang terbalik di mulut kawah api Neraka, sebelum terjunam ke dasarnya? Sedangkan untuk dihumban ke dalam laut selama satu jam pun kita tidak upaya menahannya. Ya ALLAH selamatkan kami dari api Neraka.

Jadi sekarang, sesudah melihat nikmatnya Syurga dan dahsyatnya Neraka di Akhirat dibandingkan dengan indah dan susahnya dunia, mana yang mesti kita utamakan? Rindukan Syurga dunia atau Syurga Akhirat? Gerunkan Neraka dunia atau Neraka Akhirat? Katalah bahawa sepatutnya Akhiratlah yang utama dan diutamakan. Dunia rasanya cukup kecil untuk terlalu dibimbangkan. Bandingannya mana boleh di’50-5O’kan? Katalah kita hendak beli sebuah rumah teres dan sebuah rumah banglo mewah. Samakah peruntukan kepada ke-dua-dua rumah tersebut? 50-50 ke? Kalau 50-50, ertinya kita tidak akan dapat salah satu darinya. Begitulah antara dunia dan Akhirat. Mustahil kita ’50-50′kan kalau kita jujur. Sebab Akhirat terlalu jauh bezanya dengan dunia. Sebab itulah ALLAH SWT di dalam kitab-Nya, sering membawa kita meliha-lihat atau mengingat-ingatkan Akhirat, sekalipun di dalam ayat-ayat yang membincangkan hal-haldunia. Apalagilah dalam ayat-ayat yang khusus tentang Akhirat.

Lihatlah contoh-contoh firman ALLAH ini: Makanlah dan minumlah tetapi jangan melampau (membazir). Sesungguhnya ALLAH fidak suka orang yang membazir. (Al ‘Araf: 31)

Di antara sifat Mukmin itu ialah mengorbankan hartanya di waktu senang dan susah. (Ali lmran: 134)

Nikahilah mana-mana perempuan yang baik pada (pandangan) kamu. (An Nisa 3)

Semua ayat di atas adalah perintah-perintah yang harus hukumnya. Yakni boleh dibuat dan boleh juga ditinggalkan. Memang urusan duniawi, harus sahaja hukumnya. Boleh makan, boleh tidak. Boleh berjalan-jalan, boleh juga tidak. Boleh nikah dan boleh tidak. Tetapi dalam soal-soal itu pun ALLAH tetap mengingatkan akibatnya di Akhirat. ALLAH kata boleh makan tetapi jangan membazir. Boleh berjalan-jalan tetapi jangan lalai hingga membuat maksiat. Boleh nikah tetapi dengan perempuan yang baik-baik. Supaya dia tidak jadi isteri yang derhaka. ALLAH tetap ingatkan bahawa sifat-sifat jahat dan buruk di dunia itu akan membawa kerugian di Akhirat.

Kalau tidak untuk Akhirat, tentu tiada sebab mengapa ALLAH mahu larang pembaziran, maksiat dan lain-lain kemungkaran itu. Supaya urusan-urusan dunia pun kita dapat jadikan Akhirat. Apalagilah urusan Akhirat, ALLAH memang wajibkan. Ertinya sangat penting dan memang iinggi nilainya. Lihat pula firman-firman ALLAH tentang urusan Akhirat: Takutlah kepada ALLAH dengun sebenur-benur tukut. (Ali Imran: 102)

Perintah takut ini adalah wajib. Wajib takut dengan ALLAH. Tetapi bukan wajib sahaja. Bahkan dalam wajib, ada wajib kedua iaitu takut itu hendaklah sungguh-sungguh, bukan takut main-main. Wajib takut dan wajib sungguh-sungguh takut.

Berjuanglah untuk, ALLAH dengan sebenar-benar berjuang. (Al Huj:78)

Perintah ini juga wajib. Ini juga urusan Akhirat. Wajib berjuang dan wajib bersungguh-sungguh. Dalam wajib ada wajib lagi. Yakni wajib berjuang bersungguh-sungguh. Maknanya, urusan Akhirat memang kena buat dengan serius manakala urusan dunia boleh buat dan boleh tidak. Atas dasar itulah maka saya mengatakan bahawa Rasulullah bermaksud dalam sabdanya itu, supaya kita buat kerja dunia jangan lebih daripada keperluan duniawi kita. Jangan pula kurang dari keperluan. Dan dengan Akhirat pula jangan kurang daripada keperluan Akhirat yang maha hebat itu. Dan jangan pula berlebihan sampai langsung tidak ambil keperluan duniawi atau langsung tidak membangunkan dunia untuk mencipta tamadun dunia Islam.
Untuk dunia, kesederhanaannya ialah 1%. Jangan lebih dan jangan kurang. Untuk Akhirat 99%, jangan lebih dan jangan kurang. Itulah sederhana ikut keperluan namanya. Kita ambil dunia 1% sahaja, selebihnya 99% kita gunakan untuk Akhirat. Tidak bermaksud supaya dunia tidak dipedulikan. Tetapi diurus dengan sebaik-baiknya. Bukan untuk kepentingan peribadi dan duniawi tetapi untuk Akhirat.

No comments:

Post a Comment