Diriwayatkan
dari Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Orang
yang bertaubat dari dosa adalah seperti orang yang tidak berdosa, dan jika
Allah mencintai seorang hamba, nescaya dosa tidak melekat pada dirinya."
Ketika
beliau ditanya: “Wahai Rasulullah, apa tandanya taubat?”, Rasulullah SAW
menjawab: “Menyesali kesalahan.”
Anas
bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sesuatu yang
lebih dicintai oleh Allah selain pemuda yang bertaubat.”
Makna
taubat dalam bahasa Arab adalah ‘kembali’ – ia merupakan tingkat pertama
di antara maqam yang ditempuh oleh sufi, dan tahap pertama di antara
tahap-tahap yang dicapai oleh salik (si penempuh jalan Allah).
Sebuah
hadis mengatakan: “Pengingat Tuhan di dalam hati setiap insan adalah Muslim.”
Abu Hafs Al-Haddad mengatakan: “Saya meninggalkan suatu perbuatan tercela,
lalu kembali kepadanya. Kemudian perbuatan itu meninggalkan saya, dan sesudah
itu saya tidak kembali kepadanya.”
Syeikh
Abu Ali Al-Daqqaq mengatakan: “Salah seorang murid bertaubat, kemudian menerima
ujian. Dia bertanya-tanya di dalam hati: “Jika saya bertaubat, bagaimanakah
keadaan saya nanti?” Syeikh Abu Ali Al-Daqqaq pula mengatakan: Taubat
dibahagikan menjadi 3 tahap: tahap pertama adalah tawbah (taubat), tahap kedua
adalah inabah (berpaling kepada Tuhan), dan tahap akhir adalah awbah (kembali).
Syeikh Al-Junaid Al-Baghdadi mengatakan: “Taubat mempunyai 3 makna. Pertama menyesali kesalahan; kedua tetap hati untuk tidak mengulang kembali kepada apa yang telah dilarang oleh Allah SWT, dan ketiga adalah menyelesaikan keluhan orang terhadap dirinya.”
Syeikh Al-Junaid Al-Baghdadi mengatakan: “Taubat mempunyai 3 makna. Pertama menyesali kesalahan; kedua tetap hati untuk tidak mengulang kembali kepada apa yang telah dilarang oleh Allah SWT, dan ketiga adalah menyelesaikan keluhan orang terhadap dirinya.”
Sahl
Ibn Abdullah menyatakan: “Taubat adalah menghentikan sikap suka
menunda-nunda.” Al-Harith pula menegaskan: “Saya tidak pernah mengatakan:
“Wahai Tuhanku, aku memohon ampunan-Mu.’ Saya mengatakan: ‘Kurniakan
kepadaku, wahai Tuhan, kerinduan untuk bertaubat.’
Al-Junaid
mengunjungi As-Sari Saqathy pada suatu hari, dan mendapatinya sedang
kebingungan. Beliau bertanya: “Apa yang terjadi atas dirimu?” As-Sari menjawab:
“Aku bertemu dengan seorang pemuda, dan dia bertanya tentang taubat kepadaku.
Ku beritahu dia – ‘Taubat adalah engkau tidak melupakan dosa-dosamu.’
Lantas beliau menegurku dengan mengatakan: ‘Taubat adalah bahawa engkau
benar-benar melupakan dosa-dosamu.’ Al-Junaid mengatakan bahawa yang
dikatakan oleh pemuda itulah yang benar. As-Sari bertanya kepadanya mengapa
beliau berpendapat seperti itu. Al-Junaid menjawab: ‘Kerana apabila aku
kafir dan kemudian Dia membimbingku menjadi Muslim, maka ingatan akan kekafiran
dalam taubat merupakan kekafiran.’ As-Sari lalu terdiam. Al-Junaid merujuk
taubatnya orang-orang yang telah mencapai kebenaran, yang tidak ingat akan
dosa-dosa mereka lagi kerana keagungan Allah SWT telah menguasai hati mereka,
dan zikir yang terus mereka lakukan.
Menurut
Ruwaym: Ia adalah taubat dari taubat.
Dzun
Nun Al-Mishri memberi penjelasan: “Taubat dari kalangan orang awam adalah
taubat dari dosa, dan taubat kaum terpilih adalah taubat dari kealpaan.”
Abul Hussain
An-Nuri mengatakan: “Taubat adalah bahawa engkau berpaling dari segala sesuatu
selain Allah SWT.”
Yahya
bin Muaz berdoa: “Wahai Tuhanku, aku tidak mengatakan bahawa aku telah
bertaubat. Aku tidak kembali kepada-Mu disebabkan sesuatu yang menurutku adalah
kecenderunganku, aku tidak bersumpah bahawa aku tidak akan berbuat dosa lagi,
kerana aku mengetahui kelemahanku sendiri. Aku tidak mengatakan bahawa aku
kembali kepada-Mu kerana boleh jadi aku mati sebelum kembali dengan
sungguh-sungguh.”
Dzun
Nun mengatakan: “Permohonan keampunan diajukan dengan tidak disertai
kehati-hatian adalah taubatnya para pendusta.”
Ketika
Ibn Yazdanyar ditanya tentang prinsip-prinsip yang menjadi asas perjalanan
seorang hamba menuju Tuhan, beliau menjawab: “Prinsip-prinsip yang engkau
maksudkan ialah bahawa dia tidak kembali kepada sesuatu yang telah dia
tinggalkan, tidak meminta segala sesuatu selain Yang Esa yang kepada Nya dia
menuju, dan menjaga lubuk hatinya dari menginginkan sesuatu yang darinya dia
telah menjauhkan diri.”
“Taubat
ialah saat di mana engkau mengingat dosa dan tidak menemukan kemanisan di
dalamnya.”, kata Al-Bunsyanji.
Perasaan
taubat adalah bahawa bumi ini terlalu sempit meskipun ia luas sehingga kita
tidak menjumpai tempat untuk beristirahat. Lalu kita merasakan jiwa kita
terbatas, kerana Allah SWT telah berfirman: “Dan terhadap tiga orang yang
ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi
sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa merekapun telah sempit (pula
terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari
dari (siksa) Allah, melainkan kepada-Nya saja. Kemudian Allah menerima taubat
mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha
Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (QS At-Taubah:118)
Ibn
Atha’ mengatakan “Terdapat dua jenis taubat: inabah (kembali) dan istijabah
(menjawab atau memenuhi). Dalam inabah, seorang hamba bertaubat kerana takut
akan hukuman; dalam istijabah, dia bertaubat kerana malu akan kemurahan-Nya."
Abu
Hafs mengatakan: “Seorang hamba tidak bersangkut paut dengan taubat. Taubat
datang kepadanya, bukan dari dirinya.” Abu Hafs ditanya: “Mengapa
orang-orang bertaubat membenci dunia?” Beliau menjawab: “Kerana ia merupakan
tempat dosa-dosa dikejar.” Dan dikatakan kepadanya: “Ia juga tempat tinggal
yang dijunjung tinggi oleh Tuhan dengan taubat. Beliau mengatakan: “Pendosa
mendapatkan keyakinan dari dosanya, tetapi mendapatkan bahaya dari penerimaan
atas taubatnya.”
Diriwayatkan
bahawa Allah SWT berfirman kepada Adam: “Wahai Adam, Aku telah mewariskan
anak cucumu beban dan penderitaan. Aku juga telah mewariskan kepada mereka
taubat. Aku menjawab seorang di antara mereka, yang berdoa dengan
sungguh-sungguh kepada Ku sebagaimana kamu telah berdoa kepada-Ku, sama
sebagaimana Aku menjawabmu. Wahai Adam, Aku akan membangkitkan orang-orang yang
bertaubat dari kubur-kubur mereka dalam keadaan gembira; doa mereka akan
Ku-jawab.”
Diriwayatkan
seseorang telah bertanya kepada Rabiatul Adawiyah: "Saya telah sering
berbuat dosa dan menjadi semakin tidak taat. Tetapi, apabila saya bertaubat,
apakah Dia akan mengampuninya?" Rabiatul Adawiyah menjawab: "Tidak!,
tetapi apabila Dia mengampunimu, maka engkau akan bertaubat."
Nabi Muhammad SAW bertaubat secara berterusan. Baginda mengatakan: “Hatiku suram, oleh kerana itu aku memohon ampunan Allah 70 kali dalam sehari.”
Nabi Muhammad SAW bertaubat secara berterusan. Baginda mengatakan: “Hatiku suram, oleh kerana itu aku memohon ampunan Allah 70 kali dalam sehari.”
Yahya
bin Muaz RA menyatakan: “Satu pelanggaran saja sesudah taubat lebih patut
ditakuti berbanding 70 pelanggaran sebelum taubat.”
"Katakanlah
kepada orang-orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci
bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, apa yang mereka perbuat."
(QS An-Nur: 30)
"Katakanlah
kepada wanita yang beriman :"Hendaklah mereka menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah
mereka menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan
perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami
mereka, atau putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, atau
saudara-saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki mereka, atau
putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau
budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak
mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti
tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (QS An-Nur: 31)
"Mereka
bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu adalah suatu kotoran”, oleh
sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan
janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. apabila mereka telah
suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu.
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang
yang mensucikan diri." (QS Al-Baqarah:222)
"Hanya
orang-orang yang mendengar sajalah yang mematuhi, dan orang-orang yang mati
(hatinya), akan dibangkitkan oleh Allah, kemudian kepada-Nya-lah mereka dikembalikan."
(QS Al-An'am:36)
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment