Tuesday, 24 July 2012

MATI TANPA DOSA


Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

Mati Tanpa Dosa

*
Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian kepada Kami kamu dikembalikan. (Every soul will taste death. Then to Us will you be returned). (Al-Ankabut: 57)

Jangan takut mati.
Yang perlu kita takuti adalah azab siksa sesudah mati.
Akan ada azab kubur, azab di Mahsyar dan azab Neraka.
Azab siksa adalah balasan untuk sesiapa yang mempunyai dosa.

Allah Taala berfirman, maksudnya : "Dan sesungguhnya akan Kami rasakan kepada mereka yang melakukan dosa sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)." (as-Sajadah: 21)

Untuk selamat dari azab siksa selepas mati adalah mati tanpa dosa.

Untuk mencapai matlamat mati tanpa dosa:

1. Jaga diri dari melakukan dosa. Perkara WAJIB, jangan tinggal. Perkara haram, jangan buat.

2. Segera bertaubat jika melakukan dosa.

3. Segera memohan maaf dan halal jika melakukan kesalahan kepada manusia lain.

4. Sentiasa berdoa kepada Allah memohon keampunan dosa, keselamatan dan perlindungan dari siksa azab neraka dan siksa kubur.

Doa lindung azab kubur

*

Dari ‘Aisyah ra., "Aku tidak lihat Rasulullah saw. selepas solat melainkan baginda meminta perlindungan daripada azab kubur”. (HR Bukhari dan Muslim)



Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

Bersedia untuk Mati


*
Kita tidak tahu bilakah masanya kita akan mati.

Hanya Allah jua yang maha mengetahui.

Adalah lebih selamat jika kita sentiasa bersedia untuk mati.


Antara persediaan yang boleh dilakukan :

- Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala.
- Sentiasa jauhi dari melakukan dosa.
- Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.
- Mohon maaf dari orang yang kita ada kesalahan.
- Sentiasa berdoa mohon keselamatan dan rahmatNya.
- Sediakan wasiat.
- Banyakkan amal jariah.
- Ajarkan ilmu yang bermanfaat.
- Didik anak agar menjadi anak soleh dan solehah.
- Lunaskan hutang piutang.
- Lazimkan zikir La ila ha illAllah moga menjadi akhir kalam nanti.
- Sentiasa berperasaan khauf dan raja'. Klik Sini
- Sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Klik Sini


Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya." (HR Muslim)

Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda: Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati.(HR Tirmidzi)

"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

Fitnah Kubur

*
Diriwayatkan daripada Ummul Mukminin, Aisyah r.a, bahawa Nabi saw selalu berdoa :

اللهمَّ إني أعوذ بك من عذاب النار وفتنة النار ، وفتنة القبر وعذاب القبر


"Ya Allah, aku berlindung dengan kekuasaanMU dari azab neraka dan fitnah neraka dan dari fitnah kubur dan azab kubur". (Sahih Bukhari 6014)

Al-Hafidz Ibnu Hajar r.h menyebut maksud fitnah kubur ialah soalan dua malaikat di dalam kubur.

Mubarakfuri r.h menyebut, fitnah kubur ialah kesulitan apabila menjawab soalan dua malaikat di dalam kubur. (Rujuk, تحفة الاحوذي , 9/328 )

Rasulullah saw. bersabda setelah satu mayat dikebumikan, "Mintalah keampunan daripada Allah untuk si mati dan mintalah ketetapan (kebenaran di dalam menjawab), kerana dia sekarang sedang disoal" (HR Abu Daud)

Surah Al Mulk, selamat dari siksa kubur

*
Dari Abu Hurairah, Nabi saw. bersabda, “Ada satu surah dari al qur'an yang terdiri dari tiga puluh ayat yang dapat memberi syafa'at kepada yang membacanya, sampai dia diampuni, iaitu: "Tabaarakalladzii biyadihil mulk… (surat Al Mulk)" (HR. Tirmidzi no. 2891, Abu Daud no. 1400, Ibnu Majah no. 3786, dan Ahmad 2/299).

Dari ‘Abdullah bin Mas’ud, dia berkata, “Sesiapa membaca “Tabarokalladzi bi yadihil mulk” (surat Al Mulk) setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari siksa /azab kubur.” (HR. An Nasai dan Al Hakim)



No comments:

Post a Comment