Selepas itu, Umar menyerang Said. Fatimah pula melompat dan berusaha menghalang tindakan Umar, namun terkena tamparan hingga kepalanya berdarah.
Kemudian, Fatimah berkata kepada abangnya itu: �Ya, benar! Demi Allah, kami berdua memang sudah masuk Islam dan beriman kepada Allah dan rasul-Nya, Muhammad. Kini kamu sudah mengetahuinya. Perbuatlah sesuka hatimu ter hadap kami. Kami tidak gentar sedikit pun.�
Selepas Umar melihat darah pada kepala adiknya, beliau menyesal lalu menahan marahnya dan berkata kepada adik nya: �Kalau begitu, berikan padaku lembaran syair yang aku dengar tadi supaya aku dapat mempertimbangkan apa yang diajarkan Muhammad kepadamu.�
Fatimah memberikan lembaran ayat suci itu kepada abang nya, Umar.
Dalam lembaran itu tertulis surah Taha. Selepas selesai membaca lembaran itu, Umar berkata: �Alangkah indahnya kata-kata ini dan alangkah mulianya.�
Bermula detik itulah Umar memeluk Islam. Hatinya yang keras menjadi lembut selepas menatap ayat suci al-Quran.
No comments:
Post a Comment