2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9.
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan
kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
(Dipetik dari 'Bimbingan Mukminin' oleh Imam Al-Ghazali)
Sebaik-baik
pemimpin adalah yang kamu cintai dan mereka mencintaimu. Kamu mendoakan
mereka dan mereka mendoakanmu. Sejahat-jahat pemimpin adalah yang kamu
benci dan mereka membencimu. Kamu kutuk mereka dan mereka mngutukmu.
Para sahabat bertanya,
“Tidakkah kami mengangkat senjata terhadap mereka?” Nabi SAW menjawab, “Jangan,
selama mereka mendirikan shalat. Jika kamu lihat perkara-perkara yang
tidak kamu senangi maka bencimu terhadap amal perbuatannya dan jangan
membatalkan ketaatanmu kepada mereka.” (HR. Muslim)
No comments:
Post a Comment