Thursday, 13 September 2012

ANEKA RESEPI - LAUK PAUK


DAGING MASAK LADANG

Hidangan ini amat sesuai dimakan bersama nasi panasa tau roti jala. Jika inginkan rasa yang lebih lemak, lebhkan santan dan tambahkan. Cili padi untuk menambah rasa pedas yang enak.
DAGING MASAK LADANG

BAHAN-BAHAN:

    1 kg daging lembu                                                    | potong dadu
    8 ulas bawang merah
    4 ulas bawang putih                                     | kisar halus
    3 inci halia                                                      | kisar halus
    4 inci lengkuas                                              | kisar halus
    3 batang serai                                               | kisar halus
    5 ulas kunyit hidup                                       | kisar halus
    3 helai daun limau purut                             | kisar halus
    3 cili giling
    3 biji ubi kentang dipotong dadu                              | dipotong dadu
    100gm Serbuk SANTAN S&P / Sedikit serbuk ketumbar /  Sedikit serbuk jintan manis /  Sedikit kerisik /  Sedikit garam dan perasa

CARA MEMASAK:

    Tumiskan bahan kisar bersama rempah kering, cili giling hingga wangi.
    Masukkan daging dan biarkan hingga empuk.
    Masukkan SANTAN S&P ubi kentang dan bahan perasa.
    Biarkan hingga pekat dan masukkan kerisik, biarkan seketika dan sedia untuk dinikmati bersama nasi panas ataupun roti jala.

***********************************************************


AYAM BAKAR BERKUAH PERCIK
AYAM BAKAR BERKUAH PERCIK

Gunakan api sederhana selepas santan dimasukkan supaya santan tidak pecah minyak.
AYAM BAKAR BERKUAH PERCIK   

BAHAN-BAHAN:

    3 ketul dada ayam
    10 tangkai cili kering /  3 ulas bawang merah /  1 ulas bawang putih /  2cm halia / 1cm lengkuas /  2cm kunyit hidup / 3 batang serai /  300ml santan pekat / 3 biji buah keras / 10gm kacang tanah / 30gm gula merah / Garam secukup rasa
    
CARA MEMASAK:

    Kisarkan cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai, buah keras dan kacang tanah hingga semuanya halus.
    Selepas itu, masukkan ayam ke dalam bahan kisaran tadi dan perap selama dua jam. Setelah diperap, masakkan ayam bersama kuahnya sehingga separuh masak.
    Sementara itu, masakkan kuah percik sehingga mendidih dan agak pekat. Kemudian, masukkan santan dan kacau sebentar. Perasakan dengan garam dan gula merah secukup rasa. Ketepikan..
    Kemudian, angkat ayam dan asing kuahnya. Letakkan ayam dan kepitkan dengan serai. Bakar di atas api sehingga kuning keemasan.
    Hidangkan bersama kuah percik dan sedia dinikmati.
****************************************************************


AYAM GORENG MILO

Rangup dan sedap, dinikmati bersama nasi, ketupat dan lemang. Nasi Beriani, Nasi Tomato, Nasi Minyak, Nasi Jagung dan lain-lain.
AYAM GORENG MILO

BAHAN-BAHAN:

    ½ ekor Ayam                                | dipotong Kecil
    120gm tepung gandum /  1 biji telur ayam / 3 sudu makan serbuk milo / Minyak untuk menggoreng secukupnya / Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

    Ayam dibersihkan dan digaul bersama telur ayam
    Campurkan serbuk milo dan garam ke dalam tepung gandum
    Ayam yang telah digaulkan bersama telur, digaul sekali lagi ke dalam tepung yang telah dicampurkan serbuk milo tadi.
    Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga masak dan garing. Angkat dan sedia dihidangkan.

******************************************************




ROULADE AYAM PERCIK

Hidangan ini boleh dihidangkan bersama nasi dan acar timun.
ROULADE AYAM PERCIK

BAHAN-BAHAN:

    4 bahagian peha ayam                            | dibuang tulang
    2gm halia / 3gm lengkuas / 2 batang serai / 5 ulas bawang merah /1 cawan santan / ½ sudu teh serbuk kunyit / 1 sudu makan serbuk cili / 2 sudu makan air asam jawa / 1 sudu makan jus limau nipis / 1 sudu makan gula / ½ sudu teh garam / ½ sudu teh belacan

CARA MEMASAK:

    Kisar halia, lengkuas, serai, bawang merah, belacan dan air asam jawa sehingga halus.
    Masukkan pula santan, serbuk kunyit, serbuk cili, jus limau nipis, garam dan gula secukupnya ke dalam bahan kisar tadi. Gaul rata.
    Campurkan bahan kisar tadi bersama ayam dan perap semalaman
    Pastikan bahagian kulit berada di atas supaya bahagian isi dapat menyerap rasa bahan perapan.
    Gulung ayam dan ikat ayam dalam bentuk memanjang.
    Ratakan bahagian ayam supaya tempoh masakan ayam tersebut sekata.
    Panaskan kuali dengan api kecil dengan sedikit minyak dan masukkan ayam.
    Pusingkan sekali sekala dan sapu lebihan perapan setiap kali memusingkan ayam.
    Untuk bahan perapan lebihan, masak di dalam periuk menggunakan api sederhana sehingga pekat.
    Sos ini sesuai dijadikan kuah pelengkap sajian.
    Apabila ayam telah masak celup ke dalam kuah percik. Hidangkan di dalam pinggan dan sedia dinikmati.

******************************************************

SAMBAL UDANG BERSANTAN MAHERAN

Masak dengan api sederhana untuk elak santan pecah minyak.
SAMBAL UDANG BERSANTAN MAHERAN

BAHAN-BAHAN:

    20 ekor udang
    5 biji cili api                                | dikisar halus
    5 biji cili merah                         | dikisar halus
    4 biji bawang merah                | dikisar halus
    2cm kunyit hidup                      | dikisar halus
    1 helai daun kunyit                   | dikisar halus
    10gm kelapa parut
    120ml pati santan
    2 batang serai                          | diketuk
    
CARA MEMASAK:

    Panaskan kuali dan tumis cili api, cili merah, bawang merah dan kunyit hidup yang telah dikisar hingga wangi.
    Selepas itu, masukkan serai dan daun kunyit dan kacau.
    Kemudian, masukkan santan dan masak hingga pekat.
    Masukkan udang dan perasakan garam dan gula secukupnya.
    Kacau sehingga agak kering. Angkat dan hidangkan.
    Sedia dinikmati.

**********************************************************

AYAM LADA HITAM

Jika inginkan sedikit berkuah, boleh tambahkan air sedikit.
AYAM LADA HITAM

Waktu memasak : 20 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang



BAHAN-BAHAN:

    ½ ekor ayam                            | dipotong dan digoreng
    5 biji bawang merah
    3 biji bawang putih                 | dikisar halus
    2cm halia                                 | dikisar
    2 sudu makan kicap pekat
    1 ½ sudu makan lada hitam                        | ditumbuk kasar
    2 helai daun salam / Garam dan gula secukup rasa /  Minyak masak secukupnya
    
CARA MEMASAK:

    Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga berbau wangi,
    Selepas itu masukkan lada hitam bersama-sama daun salam.
    Masukkan kicap pekat. Kacau rata.
    Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebati.
    Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
    Angkat dan sedia dinikmati.

***************************************************
PATIN ASAM TUMIS

Daun kesum menaikkan aroma harum dalam masakan ini.
PATIN ASAM TUMIS

Waktu memasak : 15 minit
Saiz hidangan untuk : 3 orang


BAHAN-BAHAN:

    1 ekor ikan patin                  | dipotong
    1 biji bawang besar /    5 ulas bawang putih / 6 tangkai cili kering / 20gm belacan / 100gm asam jawa / 20 helai daun kesum / Air secukupnya / Garam dan gula secukup rasa / Minyak untuk menumis
    
CARA MEMASAK:

    Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
    Kemudian masukkan ikan patin, air secukupnya dan daun kesum.
    Apabila ikan patin hampir masak, masukkan air asam jawa.
    Akhir sekali, perasakan.
    Sedia untuk dihidangkan.

******************************************************
SINGGANG IKAN TENGGIRI

Selain air asam jawa, boleh juga digantikan dengan dua keping asam gelugor.
SINGGANG IKAN TENGGIRI

BAHAN-BAHAN:

    2 ekor ikan tenggiri                   | dipotong
    1 labu bawang besar               | dimayang
    5cm kunyit hidup  / 2.5cm halia   diketuk
    1 biji cili merah   / 1 biji cili hijau  | dibelah empat
    2 tangkai daun kesum
    1 batang serai                            | diketuk
    3 sudu makan air asam jawa / 250ml air / Garam dan gula secukupnya
    
CARA MEMASAK:

    Masukkan air ke dalam periuk dan bahan-bahan lain kecuali ikan, garam dan gula. Didihkan seketika.
    Kemudian masukkan ikan dan didihkan sehingga ikan masuk dan kuah sebati.
    Akhir sekali, perasakan secukupnya.
    Angkat dan sedia untuk dimakan.
**************************************************


AYAM PANGGANG BERSOS

Semakin lama ayam diperap semakin enak rasa isi ayamnya.
AYAM PANGGANG BERSOS

Waktu memasak : 30 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang

BAHAN-BAHAN:

    1/2 ekor ayam
    1/2 labu bawang putih  / 2 batang serai       | dikisar
    1 sudu makan serbuk lada hitam
    2 sudu makan kicap manis
    1 sudu makan madu
    Secubit garam
    
CARA MEMASAK:

    Campurkan bahan kisar bersama kicap manis, serbuk lada hitam, madu dan juga garam. Gaulkan rata.
    Lumurkan pada ayam dan biarkan diperap selama 2 jam.
    Selepas dua jam, panggang ayam pada suhu 180 C selama 20 minit.
    Lebihan bahan kisar tadi dimasak semula untuk dijadikan sos.

************************************************************************

KURMA DAGING

Sebaiknya rempah kurma dibiarkan masak sehingga naik minyak dan kemudian barulah dimasukkan santan dan juga susu cair.
KURMA DAGING

BAHAN-BAHAN:

    1kg daging lembu                                    | dihiris
    150gm serbuk rempah kurma /  125ml santan segar / 125ml susu cair / 1 liter air / Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS:

    100ml minyak masak / 3 ulas bawang putih / 5 ulas bawang merah / 4sm halia
    3 batang serai                       |dititik
    2 helai daun pandan / 4sm kulit kayu manis / 30gm bunga lawang / 20gm bunga cengkih / 15gm buah pelaga / 2 helai daun pandan

BAHAN KISAR:

    4 biji bawang besar /  3 ulas bawang putih /  6sm halia   / 100gm buah badam / 100gm buah keras

CARA MEMASAK:

    Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis sehingga kekuningan.
    Kemudian masukkan daging bersama bahan yang dikisar dan biarkan selama 2 minit.
    Setelah itu masukkan rempah kurma bersama air dan kacau rata. Biarkan sehingga daging empuk.
    Apabila empuk, tuangkan santan dan juga susu cair. Kacau rata dan biarkan mendidih.
    Apabila mendidih perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan kuahnya menjadi sedikit pekat.
    Angkat dan hidangkan.
****************************************************************

GULAI TEMPOYAK IKAN KELI

Petua menghilangkan hanyir ikan keli ialah rendam ikan keli terlebih dahulu di dalam bancuhan air asam jawa dan limau nipis selama 30 minit. Barulah dipotong tiga bahagian dan dibersihkan.
GULAI TEMPOYAK IKAN KELI

BAHAN-BAHAN:

    2 ekor ikan keli                               | saiz sederhana
    1 labu bawang besar / 2.5cm kunyit hidup /10 biji cili api / 1 sudu makan tempoyak / 250ml air / Garam dan gula secukup rasa
    
CARA MEMASAK:

    Kisar bawang besar, kunyit hidup, cili api dan tempoyak sehingga hancur dan sebati.
    Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama ikan keli dan air. Didihkan di atas api kecil.
    Apabila ikan sudah masak, perasakan secukupnya.
    Sedia untuk dihidangkan.

***************************************************************


KAMBING MASAK MERAH

Pastikan daging kambing dibiarkan masak sehingga empuk kemudian barulah dimasukkan santan bersama bahan lain. Penggunaan api perlahan paling sesuai untuk merenehkan daging ini sehingga empuk.
KAMBING MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

    600gm daging kambing
    30ml santan
    2 biji bawang besar               l dimayang
    5 tangkai daun kari

 DI KISAR  

10 biji bawang merah   /3  ulas bawang putih   / 10 tangkai cili kering   / 10 biji cili merah  / 5 Batang serai   /  6sm halia  /1 sudu teh jintan manis /2 sudu makan serbuk cili .
   
    5 keping asam gelugur
    Garam dan gula secukup rasa
    Air Secukupnya
    
CARA MEMASAK:

    Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama daun kari sehingga pecah minyaknya.
    Kemudian masukkan daging kambing bersama sedikit air dan biarkan sehingga daging empuk.
    Apabila empuk masukkan santan bersama asam gelugur dan biarkan mendidih. Kacau rata.
    Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa kemudian biarkan masak seketika.
    Angkat dan hidangkan.

************************************************************

GULAI TEMPOYAK

Boleh kurangkan jumlah cili jika tidak gemarkan pedas.
GULAI TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:

    300gm tempoyak
    1kg ikan tilapia
    1 biji nanas saiz sederhana                   | dipotong kecil
    10 biji cili padi  /10  biji cili merah /   4 batang serai     |  dipotong kecil dan dibersihkan
    2 liter air / Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

    Didihkan air di dalam periuk dan campuran bahan yang dikisar dan tempoyak. Gaul sebati.
    Selepas itu, masukkan nenas dan kacau sebentar.
    Masukkan ikan talapia dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
    Setelah mendidih, angkat dan hidangkan. Sedia dinikmati.

*********************************************************

ASAM PEDAS TETEL

Selain daging tetel boleh juga menggunakan tulang dan ekor lembu.
ASAM PEDAS TETEL

BAHAN-BAHAN:

    1kg daging tetel                   | direbus sehingga empuk
    250ml minyak masak

BAHAN KISAR:

    5 ulas bawang putih / 8 ulas bawang merah / 5cm lengkuas / 5 batang serai / 250ml cili kering kisar / 4 biji buah keras / 5cm kunyit hidup

BAHAN B:

    250ml air asam jawa /  5 helai daun limau purut
    2 biji tomato                            | dibelah empat
    Garam secukup rasa /  Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

    Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak dan garing.
    Selepas itu masukkan daging tetel. Kacau rata sehingga mesra dan sebati.
    Kemudian masukkan bahan-bahan B seperti air asam jawa, daun limau purut, tomato, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata sehingga mendidih.
    Angkat dan sedia dihidangkan.

**************************************************

UDANG LIMA REMPAH

Penggunaan pes rempah '5 spices' ini menggabungkan lima rempah dan rasa yang unik dan tersendiri.
UDANG LIMA REMPAH


BAHAN-BAHAN:

    10 ekor udang besar                    | dibersihkan dan tinggalkan ekornya
    4 ulas bawang merah
    2 ulas bawang putih dikisar
    2sm halia
    3 sudu makan cili kisar
    2 sudu makan sos tomato
    1 sudu makan sos cili
    1 sudu makan sos tiram
    1 sudu teh kicap pekat
    1 sudu teh rempah '5 spices'
    1 biji tomato | dibelah empat
    1 biji bawang besar                           |dihiris bulat
    1 tangkai daun bawang                    |dicincang kasar
    Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

    Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga naik baunya.
    Kemudian masukkan cili kisar dan biarkan ditumis sehingga garing.
    Masukkan udang dan biarkan udang setengah masak.
    Setelah itu masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan rempah '5 spices'. Kacau rata dan biarkan masak seketika.
    Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan masukkan tomato, bawang besar dan juga daun bawang.
    Kacau rata dan angkat.

********************************************************

ITIK RENDANG MERAH

Pastikan kerisik dimasukkan pada saat akhir, selepas kuahnya menjadi kering.
ITIK RENDANG MERAH

BAHAN-BAHAN:

    ½ ekor itik l dipotong kecil
    300ml santan pekat
   
DI KISAR
3 biji bawang besar /  10 biji bawang merah  /  5 ulas bawang putih  /  4sm halia   /  4sm lengkuas /  25 tangkai cili kering  /  4sm kunyit hidup  / 5 batang serai  / 3 helai daun kunyit / 1 sudu teh jintan putih / ½ sudu teh jintan manis  / 5 sudu makan kelapa parut goreng
    7 helai daun limau purut                          | dihiris
    3 helai daun kunyit                                    | dihiris
    Garam dan gula secukup rasa /  Air secukupnya / Sedikit kerisik

CARA MEMASAK:

    Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyaknya.
    Masukkan itik kemudian gaulkan sehingga sebati dengan api sederhana.
    Kemudian masukkan santan pekat bersama daun kunyit, daun limau purut dan juga kerisik. Kacau rata dan biarkan mendidih sehingga itik empuk.
    Setelah itik empuk, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
    Angkat dan hidangkan.

***********************************************************

IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Anda boleh menggantikan cili boh dengan cili kisar jika suka.
IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

BAHAN BAHAN:

    3 ketul ikan tenggiri
    2 biji bawang merah                      | dikisar
    2 ulas bawang putih                       | dikisar
    15gm halia                                       | dikisar
    2 sudu makan cili boh / 15gm daun kesum /125ml air asam / 3 keping asam keping
    1 batang serai | diketuk
    Garam secukup rasa
    500ml air

CARA MEMASAK:

    Panaskan air bersama bahan-bahan yang telah di kisar di dalam periuk.
    Bila sudah agak mendidih, masukkan cili boh. Kacau rata sehingga mendidih.
    Kemudian masukkan daun kesum, air asam, asam keping serta serai yang telah di ketuk.
    Biarkan selama seminit.
    Selepas itu, masukkan ikan tenggiri dan bahan perasa secukupnya. Biarkan masak.
    Sedia dihidangkan.

*************************************************************

DAGING LADA HITAM

Masakan ini tidak memerlukan kuah yang banyak. Penggunaan air hanya untuk memesrakan bahan tumisan dengan daging.
DAGING LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:

    500gm daging batang pinang dipotong dadu dan direbus empuk
    1 paket rempah lada hitam segera
    2 labu bawang besar / 2.5cm halia / 1 sudu makan sos tiram / 1 sudu makan kicap pekat
    1 batang daun bawang                | dihiris
    Garam dan gula secukup rasa / Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

    Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan halia sehingga naik bau.
    Kemudian masukkan daging dan digaul sebati.
    Setelah itu masukkan pula rempah lada hitam segera, garam, gula, kicap pekat dan sos tiram. Kacau rata dan gaul sebati. Tambahkan sedikit air jika perlu.
    Akhir sekali, taburkan daun bawang, hiaskan mengikut kreativiti anda dan sedia untuk dihidangkan.

************************************************


AYAM MASAK UNGKEP

Masakan ini mirip seakan rendang. Rempah yang digunakan di dalam masakan ini menjadikan ia lebih enak rasanya dan harum baunya.
AYAM MASAK UNGKEP

BAHAN-BAHAN:

    1 ekor ayam           | dipotong lapan
    1 biji kelapa           | diambil santannya
    2 batang serai       | diketuk
    Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

    10 tangkai cili kering / 1 labu bawang besar / 8 biji bawang merah / 8 ulas bawang putih / 2cm halia / 2cm kunyit hidup / 1 sudu makan ketumbar biji /1 sudu makan jintan putih / 1 sudu makan jintan manis

BAHAN-BAHAN:

    Gaulkan ayam yang dipotong bersama bahan kisar. Perap seketika.
    Kemudian masukkan ke dalam kuali bersama santan dan serai. Didihkan sehingga kuah kering.
    Akhir sekali, perasakan secukupnya. Kacau sebati dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.

**************************************************************

GULUNGAN SOTONG GORENG

Perap sotong selama 15 minit.
GULUNGAN SOTONG GORENG

BAHAN-BAHAN:

    10 ekor Sotong                    | dibuang kulit
    1 ulas bawang putih           | dihiris nipis
    1cm halia | dihiris nipis /  ½ sudu teh serbuk jintan manis / ½ sudu teh serbuk jintan putih / 1 sudu makan cili boh /  1 sudu makan kicap pekat / 1 sudu teh sos tiram / 2 sudu besar minyak untuk menggoreng / Sedikit air asam jawa pekat / Daun ketumbar | dihiris
    Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

    Gaul sotong bersama-sama bawang putih, halia, serbuk jintan manis, jintan putih, cili boh, kicap pekat dan sos tiram. Gaul rata dan biar seketika.
    Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan sotong yang telah diperap.
    Kemudian, campurkan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. Taburkan daun ketumbar dan gaul rata.
    Angkat dan hidangkan. Sedia dinikmati.

****************************************************************

AYAM KALIO
Ayam Kalio

BAHAN-BAHAN:

    500gm ayam | dipotong kecil
    300ml santan pekat /   3 sudu makan cili kisar / 3 helai daun limau purut | disiat /  2 keping asam gelugur / Garam dan gula secukup rasa /  Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:

    5 ulas bawang merah /4 ulas bawang putih / 2sm halia / 2sm lengkuas /  2sm kunyit

CARA MEMASAK:

    Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan kisar bersama cili kisar sehingga pecah minyaknya.
    Kemudian masukkan ayam dan santan pekat. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih dan empuk.
    Masukkan asam gelugur, daun limau purut dan didihkan sehingga kuahnya menjadi pekat.
    Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan biarkan masak.
    Angkat dan hidangkan.

***************************************************************
KERABU PEGAGA BERSAMA DAGING BAKAR
KERABU PEGAGA BERSAMA DAGING BAKAR
Bahan-bahan:

    200 gm daun pegaga
    200 gm daging salai / bakar
    4 biji bawang merah | dimayang
    4 ulas bawang putih | dimayang
    2.5 cm halia | dimayang
    50 gm cili padi | dimayang
    ½ biji bawang besar l dimayang
    1 batang serai l dimayang halus
    1 sudu makan kerisik
    1 sudu makan jus limau nipis

Cara memasak:

    Satukan kerisik, jus limau nipis, garam dan gula. Kacau rata.
    Kemudian masukkan bahan yang dimayang halus dan digaul rata.
    Akhir sekali, masukkan bawang besar, daun pegaga dan daging salai. Sebatikan.
    Sedia dinikmati bersama nasi putih dan ikan bakar cicah air asam.

************************************************

UDANG GALAH RAJA SEHARI
Udang Galah Raja Sehari


Cara masakan : Goreng dan tumis.

Bahan-bahan:

    500 gm udang galah / 5 biji bawang merah / 3 ulas bawang putih / 100 gm cili kisar / 1 batang serai / 250 ml santan pekat / Asam keping secukupnya /  Garam, gula dan serbuk perasa / Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara memasak:

    Panaskan minyak dan goreng udang. Angkat dan toskan. Ketepikan.
    Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga naik bau.
    Setelah itu masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
    Masukkan santan dan dikacau rata. Biarkan hampir kering. Pastikan api perlahan.
    Seterusnya masukkan asam keping dan perasakan.
    Akhir sekali, tuangkan sambal cili di atas udang goreng tadi. Sedia untuk dimakan.

****************************************************

AYAM LEMON MADU

AYAM LEMON MADU

BAHAN-BAHAN :
200gm isi ayam | dipotong kecil
80gm tepung goreng serbaguna
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

BAHAN SOS:
2cm halia | dihiris
3 biji cili padi | dihiris kecil
3 sudu makan jus lemon
2 sudu makan madu
2 sudu makan tepung jagung
100ml air
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

******************************************************************


AYAM MASAK REMPAH
AYAM MASAK REMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dipotong kecil, dibersih dan ditos
1 1/2 peket rempah daging
1/2kg bawang merah
2 labu bawang putih
6sm halia

2 sudu teh jintan manis
4sm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 tangkai daun kari
2 sudu makan air asam jawa
2 sudu makan gula putih

 CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, jintan manis, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari sehingga naik baunya.
3. Kemudian masukkan rempah yang telah dibancuh dengan sedikit air dan juga air asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyaknya.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan masukkan ayam.
5. Kacau rata dan biarkan masak seketika.
6. Angkat dan hidangkan.
****************************************************************
SOTONG MASAK KICAP

Sotong tidak perlu dimasak terlalu lama kerana ia akan mengecut dan liat.
SOTONG MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN:
300gm sotong | dipotong bulat atau berbentuk bunga
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1cm halia
2 sudu besar sos hitam
1 sudu besar kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau .
2. Selepas itu masukkan sotong. Kacau selama tiga minit .
3. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap pekat . Kacau sehingga sotong masak .
4. Akhir sekali , masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan angkat.



Wednesday, 12 September 2012

TIGA AMALAN HARIAN MUSLIM SEJATI




Saudaraku, setiap waktu merupakan ladang pahala bagi setiap muslim. Oleh sebab itu, janganlah kau lewatkan setiap jengkal waktu yang engkau lalui dengan kesia-siaan dan merugikan diri sendiri.

Berikut in
i, akan kami sebutkan TIGA buah amalan yang agung di sisi Allah, amalan yang dicintai-Nya, amalan yang akan mendekatkan dirimu kepada-Nya, amalan yang akan menentramkan hatimu dimana pun kau berada, amalan yang akan menjadi tabunganmu menyambut hari esok setelah ditiupnya sangkakala dan hancurnya dunia beserta segenap isinya …

Semoga Allah mengumpulkan kita bersama para nabi, shiddiqin, syuhada, dan orang-orang soleh di dalam surga-Ny, Allahumma amin.


||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦

1. PERBANYAKLAH BERDZIKIR KEPADA-NYA

Allah ta’ala berfirman (yang artinya),

♥ ♥ ♥ ♥ “Ingatlah kalian kepada-Ku niscaya Aku pun akan mengingat kalian.” (al-Baqarah: 152)

♥ ♥ ♥ ♥ “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya …” (al-Ahzab: 41)

♥ ♥ ♥ ♥ “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta dan anak-anak kalian melalaikan kalian dari mengingat Allah.” (al-Munafiqun: 9)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

♥ ♥ ♥ ♥ “Tidaklah suatu kaum berkumpul seraya mengingat Allah, melainkan pasti malaikat akan menaungi mereka, rahmat meliputi mereka, ketentraman turun kepada mereka, dan Allah akan menyebut-nyebut nama mereka di hadapan malaikat yang di sisi-Nya.” (HR. Muslim)

||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦

2. TETAPLAH BERDOA KEPADA-NYA

Allah ta’ala berfirman (yang artinya),

♥ ♥ ♥ ♥ “Rabb kalian berfirman; Berdoalah kepada-Ku niscaya Aku kabulkan. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri sehingga tidak mau beribadah (berdoa) kepada-Ku pasti akan masuk neraka dalam keadaan hina.” (Ghafir: 60)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

♥ ♥ ♥ ♥ “Tiada suatu urusan yang lebih mulia bagi Allah daripada doa.” (HR. al-Hakim)

♥ ♥ ♥ ♥ “Barangsiapa yang tidak berdoa kepada Allah subhanah, maka Allah murka kepada dirinya.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah).

♥ ♥ ♥ ♥ “Rabb kita tabaraka wa ta’ala setiap malam yaitu pada sepertiga malam terakhir turun ke langit terendah dan berfirman, ‘Siapakah yang mau berdoa kepada-Ku niscaya Aku kabulkan, siapakah yang mau meminta kepada-Ku niscaya Aku beri, siapa yang mau meminta ampunan kepada-Ku niscaya Aku ampuni.” (HR. Bukhari dan Muslim)



||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦||||¦¦¦¦

3. MOHON AMPUNLAH KEPADA-NYA

Allah ta’ala berfirman (yang artinya),

♥ ♥ ♥ ♥ “Tidaklah Allah akan menyiksa mereka sementara kamu berada di tengah-tengah mereka, dan tidaklah Allah akan menyiksa mereka sedangkan mereka selalu beristighfar/meminta ampunan.” (al-Anfal: 33)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

♥ ♥ ♥ ♥ “Demi Allah, sesungguhnya aku setiap hari meminta ampunan dan bertaubat kepada Allah lebih dari tujuh puluh kali.” (HR. Bukhari)

Saudaraku,

Perjalanan waktu menggiring kita semakin mendekati kematian. Oleh sebab itu marilah kita isi umur kita dengan dzikir, doa, dan taubat kepada-Nya. Mudah-mudahan kita termasuk golongan yang dicintai-Nya, diampuni oleh-Nya, dan mendapatkan rahmat dari-Nya.




Sumber: Kitab adz-Dzikr wa ad-Du’a karya Syaikh Abdurrazzaq bin Abdul Muhsin al-Badr

Tuesday, 11 September 2012

EMPAT GOLONGAN LELAKI KE NERAKA...Mashaallah..Nauzubillah min zalik...!



Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.



Kedua:- 'Suaminya' -  Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.



Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.



Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.



Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-



" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."



Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..



Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.



Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.



AMIN YA RABBI ALAMIN



apa yang perlu kita buat, tolong copy paste yer, kemudian kita tolong sebarkan........



4 JENIS PEREMPUAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA ( WAJIB BACA )

Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan kita sama ada secara kita sedar ataupun secara tidak sedar. Dan sebaik-baik manusia ialah
manusia yang segera berubah untuk memperbaiki kesilapan diri. Berikut adalah 4 jenis perempuan yang akan menjadi penghuni neraka.

1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas suaminya.

Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena.

" Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar sikit. Susah nak siang. " komplen Lisa pada Zack. Esoknya..

" Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan." Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya.

Suka memburuk2an suami dibelakang suami samada kpd ibu bapa, sedara mara atau kawan2nya.

Curang pada suami.

Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam rumahnya. Si isteri membuat perkara haram atau bergayut atau berchatting dgn lelaki lain.

Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.

" Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni tau." sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.



2. Perempuan yang membuat suaminya barang yang tidak mampu (memperbodohkan suami, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami).

Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri.

" Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan nasi kangkang, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan. "

Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya atau suaminya mampu tapi suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yg lebih perlu.

" Abang, saya tak tahu, raya nanti saya nak kereta. "

" Abang mana mampu yang. Yang tahukan, hutang kereta yang ada ni pun belum habis pembayarannya. "

" Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya nak kereta, saya nak kereta."


3. Perempuan yang tidak mahu menutup aurat. Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.

" Amboi, cantiknya isteri abang. Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis nak ambil award."

" Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu..ha..abang juga yang akan dapat namakan. "

" Iya tak ya juga. Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni."



4. Perempuan yang tiada cita-cita melainkan makan, minum dan tidur.

Di suruh solat, tak nak. Di suruh berpuasa, tak nak. Di suruh belajar membaca Quran tak nak. Di suruh bertudung, tak nak. Apatah lagi hendak menutup aurat. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok. Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.

Semoga artikel ini ada manfaatnya untuk semua. Kepada yang hendak sebarkan, jangan lupa linkkan semula ke blog picisan ini ya. :)

Nota : Sumber artikel, ceramah Ustaz Kazim Elias.



PROFILE SYAITAN




Tahukah anda siapakah Syaitan sebenarnya? Apakah kerja Syaitan? ... Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. ... Siapa Sponsor Kami? ... Mari kita kenali siapakah syaitan

Nama :
IBLIS LAKNATULLAH

T.Kelahiran :
Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri :
Fasik kelas pertama

Agama :
Kufur

Tempat Tinggal :
Hati-hati mereka yang lalai

Alamat Tetap :
Neraka jahanam

Kawasan :
Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah

Arah perjalanan :
Tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri :
Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya

Suami :
Sama seperti sifat yang dilakukan oleh isteri…

Kaum kerabat :
Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Modal pusingan :
Angan angan kosong

Tempat pertemuan :
Pasar pasar

Musuh ketat :
Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Motto kerja :
'Hipokrasi asas akhlak'

Hobi :
Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya

Cita cita :
Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

Kelemahannya :
Bila orang membaca istighfar

Logo :
Sebarang tatu

Pejabat operasi :
Tandas.bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat tempat maksiat

Rakan kongsi :
Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber pendapatan :
Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis perkhidmatan :
Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah

Tempoh perkhidmatan :
Sehingga hari khiamat

matlamat:
Membawa setiap makhluk ke neraka jahanam

Teman sejawat :
Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Ganjaran :
Dosa dan kemurkaan Allah

Pembantu setia :
Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Makanan kegemaran :
Daging orang mati dan segala najis dan kotoran

Yang ditakuti :
Orang mukmin yang bertakwa

Yang dibenci :
Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Alat perangkap :
Wanita cantik,model,pelacur.pragawati,dan sebagainya

Saat ajal:
Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Tugas yang paling disukai :
Homoseks dan lesbian

Janji janji :
Janji kosong,angan angan dan tipu daya

Yang membuatnya menangis :
Bila orang sujud kepada Allah.

TAHUKAH PEREMPUAN BAHAWA KAMU ITU SUNGGUH BERNILAI ?






 Tahukah perempuan bahawa kamu itu sesuatu yang bernilai?



Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.

Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.

Mengapa?

Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan.

Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?

Aku dari rahim seorang perempuan

Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.

Saya, dari rahim seorang perempuan juga.

Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.

Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!

Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.

Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Barrack Obama juga lahir dari perut seorang perempuan.

Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia?

Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka.



Perempuan sayap kiriku

Saya hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki. Baik macam mana pun saya dengan mereka, mustahil saya akan berkahwin dengan mereka.

Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.

Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.

Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.

“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah, enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi. Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum. Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah

Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah.

Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?



MasyaAllah.


Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.

Maka amat menyedihkan saya jika…

Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang.

Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.

Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.



Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.

Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.

Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?


Penutup:

Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…

Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.

Maksud sayang pada saya adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.

Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.

Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.

    Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?
    Maka jangan murahkan.
    Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.
    Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.
    Sungguh, saya merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.


KREATIFNYA SYAITAN...




Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya.

Saya tersenyum. Ada kebenarannya. Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan. Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran…tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.

Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!

KISAH TIDAK LAMA DULU

Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah ke arah kebaikan.

“Mengapa tiba-tiba?” tanya saya.

“Hidayah bang…” jawabnya si dia pendek.

“Bagaimana dengan segalanya?” Risau saya dengan profesyennya.

“Allah ada. Allah akan membantu segalanya.”

“Syukur,” kata saya perlahan.

Setahun kemudian.

“Lihat ini..” kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.

“Betul ke ni?”

“Apa kau ingat ini ‘super-impose’?”

Saya terdiam. Kaku.

“Mana pergi tudungnya?”

“Itu..” tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.

“Itu tudung?”

“Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat.”

“Bertutup tapi terbuka, tahupun…” katanya seakan menyindir.

Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kasihan saya melihat wajah si dia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.

“Bang saya insaf bang…“

Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa… dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan. Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu si dia terpilih, sekarang kembali tersisih?

Kini tiba-tiba segalanya semacam ‘ditarik’ kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan… Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali. Kata sesetengah yang setuju, biarlah… itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati… Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa. Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin!

Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:

“Syaitan terlalu kreatif…” Kreatif? Bisik hati saya.

“Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam… Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah ‘grey’ – warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran.” Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja ‘was-was’ baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan.

Hasilnya, sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan. Atau peragawati bertudung dengan langkah ‘catwalk’ dengan dada, ‘make-up’ galak sambil yang mengundang pesona dan ‘aura’ dosa. Dan lebih ‘daring’ lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung… Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah ‘grey’? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam.

Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:

“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”

“Jangan terlalu ekstrem,” tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang ‘penghormatannya’ (baca betul-betul… bukan ‘kehormatan’). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum.”
“Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya… tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah,” balas saya perlahan.

“Aku tak faham. Maksud kau?”

“Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan.”

“Lantas?”

“Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan… tentu ada yang salah dalam penutupannya.”

“Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik.”

“Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran…”

“Jadi kebenaran menolak keindahan?”

“Keindahan itu satu kebenaran!” balas saya cepat. Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai ‘aksesori’ ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai ‘fesyen’ orang ‘baik-baik’ dan orang ‘cantik-cantik’ berbanding syariat wanita yang beriman!

“Hormati, itukan era transisi” kata seorang sahabat seakan memujuk saya.

“Transisi? Apa maksud mu?”

“Sebelum lengkap bertudung… err… maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung.”

“Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja… ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula?”

Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.

“Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita…”

“Kau kata mereka tidak ada ilmu?’”

“Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading– maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri,” kata saya.

“Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?.”

“Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata.”

“Maksud kau?”

“Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang.”

Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara. Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua. Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam… menjadi ‘malaikat’ yang diam? Oh, tidak… Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit!