Sunday, 16 June 2013

PERCERIAAN DALAM ISLAM - TALAK






Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh Islam tetapi dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu. Penceraian boleh dilakukan dengan cara talak, fasakh dan khuluk atau tebus talak.

Talak menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya. Talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga. Talak merupakan perkara yang dibenci Allah s.w.t tetapi dibenarkan.

Hukum talak
1. Wajib
a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi
b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat untuk perdamaian rumahtangga mereka
c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik
d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami

2. Haram
a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas
b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi
c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut harta pusakanya
d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih

3. Sunat
a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya
b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya

4. Makruh
Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai pengetahuan agama

5. Harus
Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus haidnya


Rukun Talak
1. Suami - Berakal , Baligh , Dengan kerelaan sendiri
2. Isteri - Akad nikah sah , Belum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya
3. Lafaz - Ucapan yang jelas menyatakan penceraiannya , Dengan sengaja dan bukan paksaaan

Contoh lafaz talak
Talak sarih
Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti “Saya talak awak” atau “Saya ceraikan awak” atau “Saya lepaskan awak daripada menjadi isteri saya” dan sebagainya.

Talak kinayah
Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti “Pergilah awak ke rumah mak awak” atau “Pergilah awak dari sini” atau “Saya benci melihat muka awak” dan sebagainya. Namun, lafaz kinayah memerlukan niat suaminya iaitu jika berniat talak, maka jatuhlah talak tetapi jika tidak berniat talak, maka tidak berlaku talak.

Jenis talak
1.    Talak raj’i
Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada isterinya. Suami boleh merujuk kembali isterinya ketika masih dalam idah. Jika tempoh idah telah tamat, maka suami tidak dibenarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baru.

2.    Talak bain
Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga kepada isterinya. Isterinya tidak boleh dirujuk kembali. Si suami hanya boleh merujuk setelah isterinya berkahwin lelaki lain, suami barunya menyetubuhinya, setelah diceraikan suami barunya dan telah habis idah dengan suami barunya.

3.    Talak sunni
Suami melafazkan talak kepada isterinya yang masih suci dan tidak disetubuhinya ketika dalam tempoh suci

4.    Talak bid’i
Suami melafazkan talak kepada isterinya ketika dalam haid atau ketika suci yang disetubuhinya.

5.    Talak taklik
Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat. Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak.

Contohnya suami berkata kepada isteri, “Jika awak keluar rumah tanpa izin saya, maka jatuhlah talak satu.” Apabila isterinya keluar dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah talak satu secara automatik.

Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah (ia dipraktikkan di Malaysia dan wajib oleh semua pengantin lelaki untuk melafaznya), berkata, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berterusan dengan sengaja tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.”

Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Malaysia, Cerai taklik (seksyen 50)

Taklik adalah perjanjian yang ditandatangani semasa pernikahan. Ia membenarkan siisteri memohon perceraian sekiranya sisuami melanggar mana-mana syarat yang terdapat dalam taklik tersebut, misalnya, jika dia tidak membayar nafkah, atau sisuami menyebabkan kemudaratan dengan mencederakan isteri. Mahkamah akan membuat siasatan akan kesahihan kenyataan dan sekiranya berpuas hati mahkamah akan mengesahkan dan merekodkan perceraian tersebut. Bukti seperti laporan polis dan laporan hospital boleh membantu dalam hal ini

Contoh taklik berlaku dengan cara, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkannya selama empat bulan berterusan tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi serta membayar RM 1.00 sebagai tebus talak, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya dengan nilai tebus talak tersebut.”

Fasakh
Erti fasakh menurut bahasa ialah rosak atau putus. Manakala menurut syarak pula, pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan syarak, misalnya, perkahwinan suami isteri yang difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak mempu memberi nafkah kepada isterinya. Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya.

Fasakh hanya boleh dituntut oleh isteri sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan yang terdapat pada pihak suaminya. Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan suaminya seperti gila (berkekalan atau sekejab); penyakit kusta; penyakit sopak; penyakit yang menghalang mereka daripada melakukan persetubuhan; suami tidak mampu memberi nafkah belanja kepada isterinya seperti makan dan minum serta tempat tinggal, pakaian, memberi mahar dengan cara tunai sebelum bersetubuh kerana kepapaan atau muflis atau sebagainya; suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya terlalu lama dan tidak memberi khabar berita; suami yang menzalimi dan memudaratkan isterinya; suami yang fasik serta melakukan maksiat terhadap Allah dan tidak menunaikan kewajipan kepada Allah; dan murtad salah seorang (suami atau isteri).


Cara melakukan fasakh
1.    Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang megharuskan fasakh
2.        Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka
3.        Jika dapat dibuktikan pengaduan yang diberikan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya
4.        Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baru.

DI Malaysia, ia jatuh di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Cerai fasakh (seksyen 52)

Cerai fasakh adalah cara membubarkan perkahwinan berdasarkan sebab-sebab tertentu. Menurut seksyen 52 (1), terdapat 12 sebab membolehkan membuat permohonan fasakh.

Antara sebabnya ialah :-
1.    tempat suami berada tidak diketahui selama lebih daripada satu tahun;
2.    suami tidak mengadakan peruntukan bagi nafkah selama tiga bulan;
3.    suami dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih;
4.    suami tidak menunaikan kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) tanpa sebab yang munasabah selama tempoh satu tahun.
5.    suami mati pucuk masa berkahwin hingga sekarang dan ini tidak diketahui puan;
6.    suami telah gila selama dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta, vitiligo atau penyakit kelamin yang boleh berjangkit;
7.    jika perempuan dikahwinkan oleh wali mujbir perempuan sebelum baligh, perempuan masih belum disetubuhi suami dan masih belum mencapai umur 18 tahun, kini menolak perkahwinan itu.

Bagaimanapun permohonan cerai fasakh tertakluk oleh mahkamah dan mahkamah berhak menolak sekiranya mendapati bahawa kesahihan alasan tersebut tidak terbukti.

Khuluk atau tebus talak

Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada dengan menggunakan lafaz talak atau khuluk. Pihak isteri boleh melepaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan mereka jika ia tidak berpuas hati atau lain-lain sebab. Pihak isteri hendaklah membayar sejumlah wang atau harta yang dipersetujui bersama dengan suaminya, maka suaminya hendaklah menceraikan isterinya dngan jumlah atau harta yang ditentukan.

Hukum khuluk adalah berdasarkan surah al-Baqarah ayat 229 : “Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan Allah s.w.t.. Jika kamu takut bahawa tidak akan mengikut peraturan Allah maka tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang yang jadi tebus oleh perempuan.”

Ia biasanya dilakukan di depan hakim mahkamah syariah. Talak boleh jatuh dengan menyebut “Saya menceraikan kamu dengan bayaran RM 10,000,” dan isterinya menjawab, “Saya menerimanya.” Apabila suami melafazkan demikian, dan isterinya menyahut tawaran itu, dengan serta-merta jatuhlah talak dengan khuluk dan isterinya wajiblah beridah. Suami isteri hanya boleh merujuk dengan akad nikah baru sahaja.[1]


Tujuan khuluk
1.    Memelihara hak wanita
2.    Menolak bahaya kemudaratan yang menimpanya
3.    Memberi keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui keputusan mahkamah.


Rujuk
Menurut bahasa rujuk boleh didefinisikan sebagai kembali. Manakala menurut syarak, ia membawa maksud suami kembali semula kepada isterinya yang diceraikan dengan ikatan pernikahan asal (dalam masa idah) dengan lafaz rujuk.

Hukum rujuk

1.    Wajib - Bagi suami yang menceraikan isterinya yang belum menyempurnakan gilirannya dari isteri-isterinya yang lain
2.    Haram - Suami merujuk isterinya dengan tujuan untuk menyakiti atau memudaratkan isterinya itu
3.    Makruh - Apabila penceraian lebih baik antara suami dan isteri
4.    Harus - Sekirannya rujuk boleh membawa kebaikan bersama

Rukun rujuk

1.    Suami – Berakal, Baligh, Dengan kerelaan sendiri
2.    Isteri - Telah disetubuhi, Berkeadaan talak raj’i, Bukan dengan talak tiga ‘ Bukan cerai secara khuluk, Masih dalam idah
3.    Lafaz - Ucapan yang jelas menyatakan rujuk, Tiada disyaratkan dengan khiar atau pilihan, Disegerakan tanpa dikaitkan dengan taklik atau bersyarat, Dengan sengaja dan bukan paksaan

Contoh lafaz rujuk

1.    Lafaz sarih
Lafaz terang dan jelas menunjukkan rujuk. Contoh : “Saya rujuk awak kembali” atau “Saya kembali semula awak sebagai isteri saya.”

2.    Lafaz kinayah
Lafaz kiasan atau sindiran. Contoh : “Saya jadikan awak milik saya semula” atau “Saya pegang awak semula”. Lafaz kinayah perlu dengan niat suami untuk merujuk kerana jika dengan niat rujuk, maka jadilah rujuk. Namun jika tiada niat rujuk, maka tidak sahlah rujuknya.

Thursday, 13 June 2013

Haiwan Buruan, Haiwan Sembelihan Dan Haiwan Yang Boleh Dimakan






Haiwan Buruan, Haiwan Sembelihan Dan Haiwan Yang Boleh Dimakan

1. Berburu dengan anjing terlatih

• Hadis riwayat Adi bin Hatim ra., ia berkata:

Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku melepas anjing-anjing pemburu yang terlatih lalu anjing-anjing itu pun menangkap buruan untukku dan aku sudah membaca bismillah? Beliau menjawab: Apabila kamu melepas anjingmu yang terlatih sambil menyebut nama Allah atasnya, maka makanlah! Aku bertanya lagi: Meskipun anjing itu membunuhnya? Rasulullah menjawab: Walaupun anjing itu sudah membunuhnya, selama tidak ada anjing lain yang menyertainya. Aku bertanya lagi: Sesungguhnya aku menombak haiwan buruan dan berhasil mengenainya? Beliau menjawab: Apabila kamu menombaknya lalu menembus tubuhnya, maka makanlah. Tapi jika tombak itu mengenai dengan bagian sampingnya, maka janganlah memakannya. (Shahih Muslim No.3560)

• Hadis riwayat Abu Tsa`labah Al-Khusyani ra., ia berkata:

Aku menemui Rasulullah saw. lalu bertanya: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami berada di negeri kaum Ahli Kitab sehingga makan dengan menggunakan piring mereka. Saya juga berada di suatu tempat perburuan, aku berburu dengan panahku atau dengan menggunakan anjing pemburuku yang sudah terlatih atau yang belum terlatih. Terangkanlah kepadaku apakah yang dihalalkan untuk kami dari semua itu? Beliau menjawab: Adapun pertanyaan yang kamu sebutkan bila kamu berada di negeri kaum Ahli Kitab sehingga kamu makan dengan piring-piring mereka. Kalau kamu bisa mendapatkan selain piring mereka maka janganlah kamu memakan dengan piring mereka. Namun jika kamu tidak bisa mendapatkan yang lain, maka cucilah lalu makanlah dengan piring mereka itu. Adapun tentang pertanyaan yang kamu sebutkan bahwa kamu sedang berburu di suatu tempat perburuan, maka apa yang kamu peroleh dengan panahmu, sebutlah nama Allah dahulu lalu makanlah. Dan apa yang kamu peroleh dengan anjing pemburumu yang terlatih, maka sebutlah dahulu nama Allah kemudian makanlah. Dan apa yang kamu peroleh dengan anjing pemburumu yang belum terlatih lalu kamu sempat menyembelihnya (sembelihlah dahulu) kemudian makanlah!. (Shahih Muslim No.3567)

2. Bila haiwan hasil buruannya menghilang lalu ditemukan kembali

• Hadis riwayat Abu Tsa`labah ra.:

Dari Nabi saw. beliau bersabda: Apabila kamu melemparkan anak panahmu (ke haiwan buruan) kemudian ia menghilang, lalu kamu mendapatkannya lagi, maka makanlah selama belum membusuk. (Shahih Muslim No.3568)

3. Haram memakan setiap binatang buas yang bertaring dan setiap burung yang bercakar

• Hadis riwayat Abu Tsa`labah ra., ia berkata:

Nabi saw. melarang memakan binatang buas yang bertaring. (Shahih Muslim No.3570)

4. Mubahnya bangkai binatang laut

• Hadis riwayat Jabir bin Abdullah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. mengutus kami dan mengangkat Abu Ubaidah ra. sebagai pemimpin untuk mencegat kafilah dagang Quraisy. Beliau membekali kami dengan sekarung kurma karena tidak menemukan bekal lain lalu Abu Ubaidah ra. pun memberikan kepada masing-masing kami sebuah kurma. Kemudian aku bertanya: Apakah yang kamu sekalian perbuat dengan sebuah kurma itu? Ia menjawab: Kami mengisapnya seperti anak kecil mengisap kemudian kami meminum air yang ada di dalamnya hingga cukuplah bagi kami dari siang sampai malam. Kemudian kami memukulkan tongkat-tongkat kami ke daun-daunan lalu kami basahi dengan air untuk kami minum. Selanjutnya kami menuju tepi laut, di sana tampaklah oleh kami seperti bukit pasir yang besar sekali. Lalu kami pun segera mendatanginya dan ternyata ia adalah seekor binatang laut yang disebut ikan paus. Abu Ubaidah ra. berkata: Ikan ini sudah jadi bangkai (kita tidak dapat memakannya). Kemudian ia berkata lagi: Tidak apa-apa, kita adalah utusan Rasulullah saw. di jalan Allah sedangkan kamu sekalian dalam keadaan terpaksa, maka makanlah! Kami yang berjumlah 300 orang lalu menetap di sana selama sebulan hingga kami pun menjadi gemuk. Ia berkata: Aku telah menyaksikan sendiri, kami menampung dengan tempat air minyak ikan yang keluar dari lubang matanya serta memotong-motong dagingnya sebesar kijang atau banteng. Lalu Abu Ubaidah ra. mengambil 13 orang di antara kami diperintahkan khusus untuk melubangi matanya dan ia juga mengambil salah satu tulang rusuk ikan itu. Kemudian ia membebani unta yang paling besar yang ada pada kami untuk mengangkutnya dan ia pun berjalan di bawahnya (sambil menuntun) serta kami dapat berbekal dengan dagingnya yang telah direbus setengah matang. Ketika tiba di Madinah, kami segera menemui Rasulullah saw. untuk menceritakan kejadian itu kepada beliau. Lalu beliau menjawab: Itu adalah rezeki yang diberikan Allah kepada kamu sekalian. Apakah masih ada sisa dagingnya pada kamu sekalian untuk diberikan kepada kami? Lalu kami pun mengirimkan sebagian dagingnya kepada Rasulullah saw. kemudian beliau memakannya. (Shahih Muslim No.3576)

5. Haram memakan daging keledai piaraan

• Hadis riwayat Abu Tsa`labah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. mengharamkan daging keledai piaraan. (Shahih Muslim No.3582)

• Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:

Bahwa Rasulullah saw. melarang makan daging keledai piaraan. (Shahih Muslim No.3583)

• Hadis riwayat Abdullah bin Abu Aufa ra.:

Dari Syaibani ia berkata: Aku bertanya kepada Abdullah bin Abu Aufa tentang daging keledai piaraan lalu ia menjawab: Musibah kelaparan menimpa kami bersama Rasulullah saw. pada hari perang Khaibar padahal kami telah berhasil menangkap beberapa ekor keledai kaum mereka yang keluar dari Madinah lalu kami pun segera menyembelihnya. Ketika periuk-periuk kami yang berisi daging binatang tersebut sedang mendidih, tiba-tiba berserulah seorang penyampai seruan Rasulullah saw.: Tumpahkanlah periuk-periuk tersebut dan janganlah memakan daging keledai itu sedikit pun! Apakah maksud pengharaman beliau ini? Lalu kami pun saling membicarakannya di antara kami sehingga kami berkesimpulan beliau mengharamkannya untuk selamanya dan pasti dan beliau juga mengharamkan itu karena tidak bisa dibagi seperlima. (Shahih Muslim No.3585)

• Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:

Aku tidak tahu apakah Rasulullah saw. melarangnya hanya karena binatang itu sebagai binatang pengangkut barang bagi manusia sehingga beliau tidak ingin binatang angkutan mereka habis (dimakan) atau apakah beliau mengharamkan daging keledai piaraan itu hanya pada hari Khaibar saja?. (Shahih Muslim No.3591)

• Hadis riwayat Salamah bin Akwa` ra., ia berkata:

Kami bersama Rasulullah saw. berangkat menuju Khaibar. Kemudian Allah berkenan menaklukkannya bagi kemenangan pasukan muslimin itu. Pada sore hari di mana Khaibar telah ditaklukkan, kaum muslimin banyak yang menyalakan api hingga bertanyalah Rasulullah saw.: Apakah api-api ini, untuk apakah kamu sekalian menyalakannya? Mereka menjawab: Untuk memasak daging. Rasulullah saw. bertanya lagi: Daging apakah itu? Mereka menjawab: Daging keledai piaraan. Maka Rasulullah saw. bersabda: Tumpahkanlah masakan itu dan pecahkanlah periuknya! Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, atau cukup kami tumpahkan isinya lalu kami cuci periuknya? Rasulullah saw. menjawab: Atau begitu juga boleh. (Shahih Muslim No.3592)

• Hadis riwayat Anas ra., ia berkata:

Ketika Rasulullah saw. berhasil menaklukan Khaibar, kami memperoleh beberapa ekor keledai di luar dusun. Kemudian kami memasak sebagian dagingnya. Seorang juru panggil Rasulullah saw. mengumumkan: Ketahuilah, sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya melarang kalian makan binatang tersebut, karena perbuatang itu adalah kotor, termasuk perbuatan setan. Maka seketika itu periuk-periuk yang berisi masakan binatang tersebut ditumpahkan. (Shahih Muslim No.3593)

6. Mengenai makan daging kuda

• Hadis riwayat Jabir bin Abdullah ra.:

Bahwa pada pertempuran Khaibar, Rasulullah saw. melarang makan daging keledai dan mengizinkan makan daging kuda. (Shahih Muslim No.3595)

• Hadis riwayat Asma ra., ia berkata:

Pada zaman Rasulullah saw., kami menyembelih seekor kuda, lalu kami memakannya. (Shahih Muslim No.3597)

7. Boleh memakan biawak

• Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata:

Nabi saw. pernah ditanya tentang binatang biawak dan beliau menjawab: Aku tidak suka memakannya, tetapi aku tidak mengharamkannya. (Shahih Muslim No.3598)

• Hadis riwayat Khalid bin Walid ra.:

Bahwa ia bersama Rasulullah saw. mendatangi rumah Maimunah, isteri Nabi ra. yang juga masih termasuk bibinya dan juga bibi Ibnu Abbas. Di rumahnya, ia (Khalid) mendapatkan daging biawak yang dipanggang, oleh-oleh dari saudara Maimunah, Hufaidah binti Harits dari Najed. Daging itu kemudian dihidangkan kepada Rasulullah saw. karena tidak diberitahu, maka Rasulullah saw. lalu mengulurkan tangannya hendak memakannya. Pada saat itulah seorang wanita yang kebetulan sedang berada di rumah Maimunah berkata: Beritahu Rasulullah saw. apa yang kalian suguhkan kepada beliau itu. Mereka lalu mengatakan: Itu daging biawak, wahai Rasulullah! Seketika itu Rasulullah saw. menarik kembali tangannya. Kemudian Khalid bin Walid bertanya: Apakah biawak itu haram, wahai Rasulullah saw.? Rasulullah saw. menjawab: Tidak, akan tetapi di daerah kaumku, daging itu tidak ada dan aku tidak suka memakannya. Khalid berkata: Lalu aku mengambil dan memakannya, sedangkan Rasulullah saw. melihat dan tidak melarangku. (Shahih Muslim No.3603)

• Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:

Bibiku, Ummu Hufaid memberikan hadiah kepada Rasulullah saw. berupa minyak samin, keju dan daging biawak. Minyak samin dan kejunya beliau makan dan daging biawaknya beliau biarkan karena beliau merasa jijik. Daging itu pernah dihidangkan di meja makan Rasulullah saw. Kalau seandainya daging itu haram, maka daging itu tidak akan dihidangkan di meja makan Rasulullah saw.. (Shahih Muslim No.3604)

8. Boleh memakan belalang

• Hadis riwayat Abdullah bin Abu Aufa ra., ia berkata:

Aku ikut perang bersama Rasulullah saw. sebanyak tujuh peperangan dan kami selalu makan belalang. (Shahih Muslim No.3610)

9. Boleh memakan kelinci

• Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:

Ketika kami melewati daerah Dhahran, kami melihat seekor kelinci berlari melompat-lompat. Para sahabat mengejar untuk menangkapnya, tetapi tidak berhasil. Kemudian aku berusaha menangkapnya dan berhasil. Lalu aku menemui Abu Thalhah sambil membawa binatang tersebut, lalu kami menyembelihnya. Bagian pangkal paha haiwan itu dikirim kepada Rasulullah saw. dan aku membawa sebagian dagingnya kepada Rasulullah saw. dan beliau menerimanya. (Shahih Muslim No.3611)

10. Boleh berburu dengan menggunakan alat bantu dan makruh menggunakan ketapel

• Hadis riwayat Abdullah bin Mughaffal ra.:

Dari Ibnu Buraidah, ia berkata: Abdullah bin Mughaffal melihat seorang lelaki temannya sedang berburu dengan menggunakan ketapel, lalu ia berkata: Jangan menggunakan ketapel, karena sesungguhnya Rasulullah saw. membenci, (atau berkata: melarang) (berburu dengan) ketapel, karena sesungguhnya alat tersebut tidak dapat mematikan haiwan buruan dan tidak dapat membinasakan musuh. Tetapi ia hanya dapat memecahkan gigi dan membutakan mata. Setelah itu ia (Abdullah) melihat temannya tadi menggunakan ketapel lagi. Maka ia berkata: Aku beritahukan kepadamu bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. membencinya atau berburu dengan ketapel. Tetapi aku melihatmu dua kali melakukannya, maka tidak akan berbicara kepadamu begini, begitu. (Shahih Muslim No.3612)

11. Larangan memancang haiwan ternak

• Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:

Rasulullah saw. melarang memancang haiwan ternak. (Shahih Muslim No.3616)

• Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:

Ibnu Umar melewati sekelompok orang sedang memancang seekor ayam jantan untuk mereka panah. Ketika mereka melihat Ibnu Umar mereka bercerai-berai, meninggalkan haiwan tersebut. Ibnu Umar lalu bertanya: Siapa yang melakukan ini? Sesungguhnya Rasulullah saw. melaknat orang yang melakukan hal ini. (Shahih Muslim No.3618)


HIMPUNAN DOA-DOA



Ya Allah Ya Tuhanku....

Sesungguhnya aku hambaMU yg kerdil ini memohon dan merayu padaMU Ya Allah ...
Pada setiap ujian dan dugaan yg mendatang bagi diriku ini, KAU bagilah aku merasa kemanisan di dalam setiap dugaan/ujian dari MU Ya Allah ...

Sungguh aku ingin sekali merasa kemanisan dan kecintaan MU dalam setiap ujian yg bakal mendatang.

Bimbingilan daku Ya Allah dalam menempuh setiap ujian/dugaan dariMU Ya Allah agar tidak terpesong atau ragu2 akannya adalah dariMU bagi ku sebagai hamba kesayanganMU Ya Allah....

Sesunggunhnya bimbinganMU dan perliharaan dariMU amatlah perlu bagiku kerna aku adalah hambaMU yang lemah YA Allah agar ku berpegang teguh pada tali MU ...

Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Alim, Ya wahid...
HambaMU yang lemah ini sekali lagi memohan dan merayu padaMU agar jgn hilangkan kemanisan dari setiap UjianMU pada ku Ya Allah agar dapatku merasakan nikmat dari MU Ya Allah ....

Ya Allah Ya Tuhanku.. KAU perkenankanlah doa hambuMU ini yang kerdil menumpang dibumiMU Ya Allah ....

Amin Ya Rabbi Alamin... UjianMU adalah manisan bagiku .. In Shaa Allah ... I Luv U Allah ...

******************************************************

Ya Tuhanku Engkau bersifat Assalam dan Engkau pemilik dan daripada Engkau jua untuk mendapat kesejahteraan. Mahasuci Engkau Ya Tuhanku yang Maha Tinggi dan memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.

Kami dengar perintahMu dan kami taat dengan mengharap keampunan dariMu dan kepadaMu jua kami di kembalikan. Ya Tuhanku bantulah segala tentera-tenteraMu dari kumpulan orang-orang Islam dan tentera- tentera yang sedang berjuang mengesakanMu dan binasakanlah tentera-tentera kuffar dan pembelot Agama dan juga ahli-ahli pereka dan bid'ah dalam urusan AgamaMu dan kaum musyrikin dan hapuskanlah musuh-musuhMu dan musuh AgamaMu dan bantulah dalam memerangi mereka Wahai Tuhan sekalian alam.

Ya Tuhan kami bubarkanlah pertubuhan mereka dan pecahbelahkan kumpulan mereka dan sedikitkanlah jumlah bilangan mereka dan lemah-longlaikan langkahan kaki mereka dan turunkanlah azab keatas mereka kadar perkiraanMu yang bersifat ArRahman. Ya Tuhan kami......Ya Tuhan kami..... Ya Tuhan kami. Tolonglah turunkan bantuan keatas kami dalam menentang orang-orang kafir. Ya Tuhan kami ampunkanlah dosa kami dan redakanlah kami dalam Agama Islam. Salawat dan Salam keatasNabi S.A.W. dan keatas keluarganya dan seluruh sahabat sahabatnya..

AMIN YA RABBI ALAMIN

*****************************************************************

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Sesungguhnya kami sedar dan insaf ya Allah, kami ini banyak dosa dan kurang ibadah pula. Namun, kami yang lemah dan hina ini memohon rahmat-Mu yang maha luas ya Allah.

Kami memohon kepada-Mu dengan berkat kemuliaan setiap huruf yang terkandung di dalam surah Yaasiin ya Allah;

Dosa kami tolong ampuni ya Allah

Gelap hati kami tolong terangkan ya Allah

Keras hati kami tolong lembutkan ya allah

Kotor di hati kami tolong sucikan ya Allah

Buta hati kami tolong celikkan ya Allah

Lemah jiwa kami tolong kuatkan ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Gelisah jiwa kami tolong tenangkan ya Allah

Liar nafsu kami tolong jinakkan ya Allah

Jahil kami tolong alimkan ya Allah

Jahat kami tolong baikkan ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Cinta dunia tolong kikiskan ya Allah

Cinta akhirat tolong suburkan ya Allah

Lalai kami tolong sedarkan ya Allah

Sombong kami tolong tawadhu’kan ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Sesat kami tolong tunjukkan ya Allah

Susah kami tolong senangkan ya Allah

Masalah kami tolong selesaikan ya Allah

Hutang kami tolong lunaskan ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Sakit kami tolong sembuhkan ya Allah

Bujang kami tolong kahwinkan ya Allah

Anak-anak kami tolong solehkan ya Allah

Tabiat buruk kami tolong hentikan ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Hati-hati kami tolong satukan ya Allah

Persaudaraan kami tolong eratkan ya Allah

Perpaduan kami tolong kekalkan ya Allah

Kediaman kami tolong amankan ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Pendek umur kami tolong panjangkan ya Allah

Hilang saudara kami tolong ketemukan ya Allah

Lenyap harta kami tolong gantikan ya Allah

Miskin kami tolong kayakan ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Sempit rezeki kami tolong luaskan ya Allah

Perniagaan kami tolong lariskan ya Allah

Urusan hidup kami tolong mudahkan ya Allah

Kurang kami tolong cukupkan ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Doa kami tolong akbulkan ya Allah

Hajat kami tolong tunaikan ya Allah

Permintaan kami tolong penuhi ya Allah

Permohonan kami tolong luluskan ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Gelap kubur tolong terangkan ya Allah

Sempit kubur tolong luaskan ya Allah

Susah di kubur tolong angkatkan ya Allah

Seksa kubur tolong selamatkan ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Pahala bacaan surah Yaasin dan zikir kami tolong sampaikan ya Allah;

Sebagai hadiah kepada ruh ibu kami ya Allah

Sebagai hadiah kepada ruh bapa kami ya Allah

Sebagai hadiah kepada arwah guru kami ya Allah

Sebagai hadiah kepada semua ruh muslimin dan muslimat, mu’minin dan mu’minat ya Allah

Ampunilah dosa-dosa mereka ya Allah

Terangilah kubur mereka ya Allah

Luaskan kubur mereka ya Allah

Amankanlah mereka dari seksa kubur ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Hanya kepada-Mu kami memohon ya Allah

Tunaikanlah permohonan kami ini ya Allah

Hanya kepada-Mu kami merayu ya Allah

Dengarilah rayuan kami ya Allah

Hanya kepada-Mu kami berdoa ya Allah

Makbulkanlah doa kami ya Allah

Dengan berkat kemuliaan Rasul-Mu

Muhammad s.a.w

***********************************************


“AKU MENCARI CAHAYA MENYULUH SYAHADAH…. JALAN KE SYURGA TIANG MENEGUH AKIDAH…. Bersihkah Jiwaku? Halalkah Rezekiku? Luruskah Langkahku? Teguhkah Taqwaku? Diampunkah Dosaku? Diterimakah Ibadatku? “…YA ALLAH, PELIHARALAH HATIKU AGAR TETAP KEKAL ISTIQOMAH DIJALANMU... SETELAH HIDAYAH YG KUDAMBA DIBERI OLEH-MU”

AMIN YA RABBI ALAMIN.

*************************************************

“Ya Allah...... jadikanlah cahaya di hatiku, cahaya di lidahku, cahaya di pendengaranku, cahaya di penglihatanku, cahaya dari belakangku, cahaya dari hadapanku, cahaya dari atasku, dan cahaya dari bawahku. Ya Allah, berikanlah aku cahaya.”

AMIN YA RABBI ALAMIN.


******************************************************


“Ya Allah perindahkanlah akhlak ku seperti mana indahnya akhlak Rasulullah s.a.w , tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman"

AMIN YA RABBI ALAMIN. 


*******************************************************

"Ya Rabbi, masukkanlah aku dan para sahabatku ini ke dalam ahli Bai'atul Kubra diantara Rukun dan Makam di KaabahMu(perjanjian sahabat dunia akhirat/pengiring jenazah), serta peliharalah kami dari mata Pedang "Al-Mahdi-Ilal-Mahadi"(Imam Mahadi), ketua bangsa Quraisy terakhir, utusanMu yang teramat ganas lagi tanpa belas ehsan yang menguasai ilmu dua alam (menjajah 7 petala langit dan 7 petala bumi), di akhir zaman ini,AMIN YA RABBI ALAMIN.."


*************************************************

Ya Allah banyaknya dosa hamba mu ini dan sedikit amalan akhirat.Amalan yang sedikit entah mencakupi syarat ikhlas atau tidak, adakah cukup amalan ini untuk bertemu dengan MU....

Hati ini semakin jauh dariMU, oleh itu bersihkanlah hati ini dan isilah dengan cahaya-cahaya iman.
Aku tidak peduli samada manusia mengasihi atau membenci, asalkan ENGKAU menerimaku kembali.


Ya Allah sekiranya mati ini lebih baik untuk mengelakkan fitnah dunia dan baik untuk agamaMU, Cabutlah nyawa ini dalam keadaan aku reda kepadaMU.
Sekiranya hidup ini lebih baik untuk menyumbang terhadap agamaMU dan menambahkan amal baikku panjangkanlah umurku dalam keredaanMU.

AMIN YA RABBI ALAMIN...

******************************************************

Ya Rabbi sesungguhnya telah Engkau tetapkan sejak di alam ruh dan hingga kami bertemu kembali di Telaga Haud, dialah yang sanggup mempertaruhkan nyawa menumpahkan darahnya demi melahirkan zuriat-zuriatku selaku penyambung wasilah segala ilmuMu di dunia ini, justeru ampunilah segala dosanya, berkatilah rezekinya, permudahkanlah segala urusan hidup dan matinya serta payungilah ia dengan bayangan arasyMu (awan-awan redup) ke mana sahaja kakinya melangkah di bumiMu ini, hinggalah ke padang mahsyar kelak dan kurniakanlah kepadanya syafaat datukanda kami Nabi Muhammad Rasulullah SAW penghulu sekalian makhluk dan Imam sekalian kekasihMu, rabbana la tuzikqulubana ba'da-izhadaitana watarhamna lanaku nannaminal khosirin rabbana aatina fiddunya hasanah wafil aakhirati hasanahtanw waqina azaabannar-waqina azaabannar-waqina azaabannar, amin, Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbil aalamin.

********************************************

Jangan Meminta Rezeki Bila tidak mampu mengeluarkan zakatnya.....
Jangan Meminta Kemudahan Bila tidak pernah Melepaskan Kesulitan sesama...
Semoga Allah Senantiasa Melimpahkan Rahmat & Ridhanya kepada kita semua.

AMIN YA RABBI ALAMIN.

Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.
(Yaa Siin 36:44)



*********************************************

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."


******************************************************

Ya Rabbi, hampirkanlah seluruh ahli husnul-khotimah itu denganku, dan hindarilah ahli su'ul khotimah itu dariku sejauh jarak timur dan barat dari dunia sampai akhirat,

AMIN YA RABBI ALAMIN.

***********************************************************

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.” AMIN YA RABBI ALAMIN...

******************************************************



Thursday, 6 June 2013

Pati Rahsia


Tuhan mempunyai 3,000 nama. Hanya 99 nama Tuhan sahaja dicatat dalam Al-Quran. Selebihnya berada di dalam kitab2 terdahulu seperti Taurat, Injil, zabur/Zohar dan lain-lain serta bersama malaikat.
Sebelum datangnya Al-Quran ke bumi, amalan mistik menggunakan nama Tuhan/Allah yang pelbagai ini telah lazim diguna oleh pengikut Nabi Musa (Jew/Yahudi), Nabi Sulaiman, Nabi Daud dan lain-lain yang mana ianya disebut "Kabballah". Kabballah/Cabballah mempunyai 72 dari nama2 Allah yang terbentuk/disebut melalui gabungan 22 huruf hebrew.


Apabila muncul Nabi Isa, penganut kristian pula menyambung amalan mistik kabballah yang diterjemah kepada bahasa latin untuk pelbagai tujuan mistik atau kuasa luar biasa. Satu pusat Kabballah kristian terbesar di dunia di bina di Los Angeles, USA.


Apabila muncul Al-Quran, ianya disebut "Asma Ul-Husna" dan mempunyai 99 nama Tuhan, amalan mistik ini disebut "SATIQ" @ "SYATIT", istilah yang lazim diguna oleh nenek moyang Bani Hasyim alam melayu dan dikitabkan oleh arwah Datuk Perdana Kelantan pada 1946. Syarat penggunaanya mesti selari dengan kehendak 22 kitab muktabar ASWJ sebagaimana yang didedahkan oleh MQTK.


Melalui amalan ini, seorang pakar Kabballah/Satiq yang benar mampu memanggil hujan/ribut/petir atau menghentikannya, menyembuhkan pelbagai penyakit manusia atau untuk membunuh musuh dengan pelbagai penyakit itu, mampu memusnahkan sebuah negeri/negara/benua dengan pelbagai bencana alam semulajadi dan sebagainya lagi. Ia disebut "Karamah" yang lazimnya Allah kurnia kepada para kekasihNya/Para Wali Allah/The Saint/Holy Person.

Mengapa Wanita diharamkan ada sifat cemburu/ghirah .....





BAGAIMANAKAH ASALNYA WUJUD TELAGA ZAM-ZAM, KIBLAT/KA'BAH, TANAH SUCI MAKKAH DI SISI ALLAH...??

SOALAN 1 ;
Bagaimanakah lembah tandus padang pasir itu boleh jadi tumpuan manusia..??
JAWAPAN 1 ;
Allah takdirkan wujudnya punca air - zam-zam.

SOALAN 2 ;
Siapakah yang berdoa meminta punca air itu..??
JAWAPAN 2 ;
Isteri Nabi Ibrahim, Siti Hajar kerana anaknya Nabi Ismail menangis mahu susu sedangkan susunya telah kering/tiada, hingga beliau berlari-lari anak antara safar dan marwah kerana menyangka kerlipan panas matahari membakar padang pasir itu sebagai air.

SOALAN 3 ;
Kenapakah Siti Hajar & Nabi Ismail yg masih kecil itu berada di tengah padang pasir yang tiada sumber air dan manusia itu..??
JAWAPAN 3 ;
Dihantar sendiri oleh Nabi Ibrahim a.s.

SOALAN 4 ;
Kenapakah Nabi Ibrahim a.s hantar isterinya keduanya, Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail yang masih menyusu itu ke tengah padang pasir tempat tiada manusia dan sumber air itu..??
JAWAPAN 4 ;
Untuk penuhi janjinya mahu mengikut kehendak dan permintaan Isteri pertamanya, Siti Sarah asalkan "GHIRAH/CEMBURU" dapat dihilangkan daripadanya.

SOALAN 5 ;
Kenapa Siti Sarah meminta madunya dihantar sejuah jarak 6 bulan berjalan kaki ke tengah padang pasir itu..??
JAWAPAN 5 ;
Kerana pertanyaan Nabi Ibrahim bagaimanakah untuk mengatasi perasaan GHIRAH Siti Sarah terhadap Siti Hajar.

SOALAN 6 ;
Siapakah yang mencampakkan perasaan Ghirah/cemburu ke dalam hati Siti Sarah..??
JAWAPAN 6 ;
Allah SWT.

SOALAN 7 ;
Kenapakah Allah mencampakkan perasaan Ghirah dalam hati Siti Sarah..??
JAWAPAN 7 ;
Atas permintaan Nabi Ibrahim a.s sendiri.

SOALAN 8 ;
Kenapakah Nabi Ibrahim meminta sifat Ghirah dicampakkan dalam hati isterinya itu..??
JAWAPAN 8 ;
Kerana Nabi Ibrahim mahu memahami sendiri dengan tepat betapa buruknya maksud/makna perkataan Ghirah yang Allah sebut sebagai salah satu sifat yang diharamkan syurga bagi kaum hawa/isteri. - Untuk belajar.

SOALAN 9 ;
Apakah maksud/makna perkataan GHIRAH mengikut kamus melayu..??
JAWAPAN 9 ;
Maksud "GHIRAH" adalah "CEMBURU" dari seorang isteri kepada madunya.

SOALAN 10 ;
Untuk siapakah sifat cemburu itu dicipta oleh Allah mengikut syariat Islam..??
JAWAPAN 10 ;
Cemburu dicipta khusus untuk suami, bukan untuk isteri/kaum hawa.

SOALAN 11 ;
Apakah keburukkan sifat ghirah/cemburu kepada umat Islam hingga Allah mengharamkan syurga kepada pemilik sifat itu..??
JAWAPAN 11 ;
1. Memutuskan ukhwah & silaturrahim yang diwajibkan dalam islam.
2. Memadamkan rasa hormat dan kasih sayang antara sesama hamba Allah.
3. Mewujudkan permusuhan yang boleh membawa kepada pembunuhan secara kejam/tiada peri kemanusiaan secara sedar ataupun tidak.
4. Menjadikan kaum hawa tersalah beriktikad bahawa suami itu seolah-olah mutlak miliknya, bukan milik Allah.
5. Menghina sunnah Rasulullah SAW di mana poligami disunatkan dalam Islam.

SOALAN 12 :
Golongan manakah yang sering ditipu oleh sifat ghirah/cemburu ini..?
JAWAPAN 12 ;
Lazimnya kaum hawa jahil murakkab, iaitu anak-anak kepada golongan ibu bapa yang juga jahil murakkab yang mana si ayahnya mengabaikan salah satu dari 3 amanah Allah ke atas anaknya iaitu mengajarkan ilmu Al-Quran dan sunnah. Siayahnya disebut "Wali Fasiq" mengikut hukum fekah aqidah ahli sunnah wal-jamaah mazhab imam as-syafie pegangan seluruh raja2 melayu bani hasyim malaysia ini.

SOALAN 13 ;
Apakah natijah dari peristiwa Nabi Ibrahim belajar memahami sifat Ghirah atau cemburu ini, kepada umat Islam..??
JAWAPAN 13 ;
1. Wujudnya telaga zam-zam.
2. Terbinanya Ka'bah sebagai kiblat umat Islam dan Tanah Suci Makkah sebagai tumpuan umat Islam seluruh dunia hingga kiamat.
3. Berlari-lari anak antara safar dan marwah (sekarang antara dua tiang hijau) menjadi amalan umat islam yang menunaikan haji.
4. Allah perkenan doa agar keturunannya (Nabi Ibrahim a.s) dilantik selaku Imam seluruh manusia (Rasulullah SAW) dan menjadi penjaga Ka'bah & Tanah Suci Makkah yang sah.
5. Tanah Suci/Masjidil Haram/Ka'bah dijadikan tempat yang dipelihara oleh Allah dari perbuatan mungkar oleh manusia sebagaimana janjiNya QS22:25, termasuk dari pengamal sifat cemburu yang diharamkan itu (lazimnya tidak akan diizin sentuh batu suci dari syurga - hajaral aswad atau digagalkan rukun haji, jadi sasau/gila dan atau pelbagai bala musibah lain).


Wednesday, 5 June 2013

AL-QURAN


Al-Qur’ān (ejaan KBBI: Alquran, Arab: القرآن) adalah kitab suci agama Islam. Umat Islam percaya bahwa Al-Qur'an merupakan puncak dan penutup wahyu Allah yang diperuntukkan bagi manusia, dan bagian dari rukun iman, yang disampaikan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam, melalui perantaraan Malaikat Jibril. Dan sebagai wahyu pertama yang diterima oleh Rasulullah SAW adalah sebagaimana yang terdapat dalam surat Al-'Alaq ayat 1-5.[1]

Etimologi
Ditinjau dari segi kebahasaan, Al-Qur’an berasal dari bahasa Arab yang berarti "bacaan" atau "sesuatu yang dibaca berulang-ulang". Kata Al-Qur’an adalah bentuk kata benda (masdar) dari kata kerja qara'a yang artinya membaca. Konsep pemakaian kata ini dapat juga dijumpai pada salah satu surat Al-Qur'an sendiri yakni pada ayat 17 dan 18 Surah Al-Qiyamah yang artinya:

    “Sesungguhnya mengumpulkan Al-Qur’an (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan Kami. (Karena itu,) jika Kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikuti {amalkan} bacaannya”.(75:17-75:18)

Terminologi
Dr. Subhi Al Salih mendefinisikan Al-Qur'an sebagai berikut:

“Kalam Allah SWT yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan ditulis di mushaf serta diriwayatkan dengan mutawatir, membacanya termasuk ibadah”.

Adapun Muhammad Ali ash-Shabuni mendefinisikan Al-Qur'an sebagai berikut:

"Al-Qur'an adalah firman Allah yang tiada tandingannya, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW penutup para Nabi dan Rasul, dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s. dan ditulis pada mushaf-mushaf yang kemudian disampaikan kepada kita secara mutawatir, serta membaca dan mempelajarinya merupakan ibadah, yang dimulai dengan surat Al-Fatihah dan ditutup dengan surat An-Nas"

Dengan definisi tersebut di atas sebagaimana dipercayai Muslim, firman Allah yang diturunkan kepada Nabi selain Nabi Muhammad SAW, tidak dinamakan Al-Qur’an seperti Kitab Taurat yang diturunkan kepada umat Nabi Musa AS atau Kitab Injil yang diturunkan kepada umat Nabi Isa AS. Demikian pula firman Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang membacanya tidak dianggap sebagai ibadah, seperti Hadits Qudsi, tidak termasuk Al-Qur’an.

Nama-nama lain Al-Qur'an
Dalam Al-Qur'an sendiri terdapat beberapa ayat yang menyertakan nama lain yang digunakan untuk merujuk kepada Al-Qur'an itu sendiri. Berikut adalah nama-nama tersebut dan ayat yang mencantumkannya:

    Al-Kitab QS(2:2),QS (44:2)
    Al-Furqan (pembeda benar salah): QS(25:1)
    Adz-Dzikr (pemberi peringatan): QS(15:9)
    Al-Mau'idhah (pelajaran/nasihat): QS(10:57)
    Al-Hukm (peraturan/hukum): QS(13:37)
    Al-Hikmah (kebijaksanaan): QS(17:39)
    Asy-Syifa' (obat/penyembuh): QS(10:57), QS(17:82)
    Al-Huda (petunjuk): QS(72:13), QS(9:33)
    At-Tanzil (yang diturunkan): QS(26:192)
    Ar-Rahmat (karunia): QS(27:77)
    Ar-Ruh (ruh): QS(42:52)
    Al-Bayan (penerang): QS(3:138)
    Al-Kalam (ucapan/firman): QS(9:6)
    Al-Busyra (kabar gembira): QS(16:102)
    An-Nur (cahaya): QS(4:174)
    Al-Basha'ir (pedoman): QS(45:20)
    Al-Balagh (penyampaian/kabar) QS(14:52)
    Al-Qaul (perkataan/ucapan) QS(28:51)

Struktur dan pembagian Al-Qur'an
Surat, ayat dan ruku'

Al-Qur'an terdiri atas 114 bagian yang dikenal dengan nama surah (surat). Setiap surat akan terdiri atas beberapa ayat, di mana surat terpanjang dengan 286 ayat adalah surat Al Baqarah dan yang terpendek hanya memiliki 3 ayat yakni surat Al Kautsar, An-Nasr dan Al-‘Așr. Surat-surat yang panjang terbagi lagi atas sub bagian lagi yang disebut ruku' yang membahas tema atau topik tertentu.

Makkiyah dan Madaniyah
Sedangkan menurut tempat diturunkannya, setiap surat dapat dibagi atas surat-surat Makkiyah (surat Mekkah) dan Madaniyah (surat Madinah). Pembagian ini berdasarkan tempat dan waktu penurunan surat dan ayat tertentu di mana surat-surat yang turun sebelum Rasulullah SAW hijrah ke Madinah digolongkan surat Makkiyah sedangkan setelahnya tergolong surat Madaniyah.

Surat yang turun di Makkah pada umumnya suratnya pendek-pendek, menyangkut prinsip-prinsip keimanan dan akhlaq, panggilannya ditujukan kepada manusia. Sedangkan yang turun di Madinah pada umumnya suratnya panjang-panjang, menyangkut peraturan-peraturan yang mengatur hubungan seseorang dengan Tuhan atau seseorang dengan lainnya (syari'ah). Pembagian berdasar fase sebelum dan sesudah hijrah ini lebih tepat, sebab ada surat Madaniyah yang turun di Mekkah.

Juz dan manzil

Dalam skema pembagian lain, Al-Qur'an juga terbagi menjadi 30 bagian dengan panjang sama yang dikenal dengan nama juz. Pembagian ini untuk memudahkan mereka yang ingin menuntaskan bacaan Al-Qur'an dalam 30 hari (satu bulan). Pembagian lain yakni manzil memecah Al-Qur'an menjadi 7 bagian dengan tujuan penyelesaian bacaan dalam 7 hari (satu minggu). Kedua jenis pembagian ini tidak memiliki hubungan dengan pembagian subyek bahasan tertentu.

Menurut ukuran surat

Kemudian dari segi panjang-pendeknya, surat-surat yang ada di dalam Al-Qur’an terbagi menjadi empat bagian, yaitu:

1.        As Sab’uththiwaal (tujuh surat yang panjang). Yaitu Surat Al-Baqarah, Ali Imran, An-Nisaa’, Al-A’raaf, Al-An’aam, Al Maa-idah dan Yunus
2.        Al Miuun (seratus ayat lebih), seperti Hud, Yusuf, Mu'min dan sebagainya
3.        Al Matsaani (kurang sedikit dari seratus ayat), seperti Al-Anfaal, Al-Hijr dan sebagainya
4.        Al Mufashshal (surat-surat pendek), seperti Adh-Dhuha, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas dan sebagainya


Hubungan dengan kitab-kitab lain
Berkaitan dengan adanya kitab-kitab yang dipercayai diturunkan kepada nabi-nabi sebelum Muhammad SAW dalam agama Islam (Taurat, Zabur, Injil, lembaran Ibrahim), Al-Qur'an dalam beberapa ayatnya menegaskan posisinya terhadap kitab-kitab tersebut. Berikut adalah pernyataan Al-Qur'an yang tentunya menjadi doktrin bagi ummat Islam mengenai hubungan Al-Qur'an dengan kitab-kitab tersebut:

    Bahwa Al-Qur'an menuntut kepercayaan ummat Islam terhadap eksistensi kitab-kitab tersebut. QS(2:4)
    Bahwa Al-Qur'an diposisikan sebagai pembenar dan batu ujian (verifikator) bagi kitab-kitab sebelumnya. QS(5:48)
    Bahwa Al-Qur'an menjadi referensi untuk menghilangkan perselisihan pendapat antara ummat-ummat rasul yang berbeda. QS(16:63-64)
    Bahwa Al-Qur'an meluruskan sejarah. Dalam Al-Qur'an terdapat cerita-cerita mengenai kaum dari rasul-rasul terdahulu, juga mengenai beberapa bagian mengenai kehidupan para rasul tersebut. Cerita tersebut pada beberapa aspek penting berbeda dengan versi yang terdapat pada teks-teks lain yang dimiliki baik oleh Yahudi dan Kristen.







Tuesday, 4 June 2013

Peristiwa Israk dan Mikraj dan Pengajaran Yang Perlu di Hayati



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.

Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.

01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.



Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.

Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :

"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.

Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.

Sahabat yang dimuliakan,

Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,

02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,

03.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),



Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.



07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj:

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)

Sahabat yang dikasihi,

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)

Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.