Thursday, 4 October 2012

LAUH MAHFUZH



Pada sebuah kitab dan riwayat; “ Ka’abul- akhbar” : Bahawasanya Allah swt yang pertama–tama diciptakan adalah nyawa(roh), kemudian para Malaikat yang menjaga “ Arasy .”

Pada riwayat lainnya :

Sabid bin Juabir yang masyhur berkata : Adalah bahawasanya Allah swt menciptakan yang pertama itu adalah Kalam dan Lauh. Pada riwayat lainnya; Bahawasanya Allah swt menciptakan yang pertama itu adalah Kalam dan Lauh maka tersuratlah setiap makluk yang akan diciptakanNya sehingga hari Kiamat.Kemudian Allah swt menciptakan “ DARATUL BAIDLO” mutiara yang putih, lalu daripada mutiara putih itu diciptakan air, lalu diletakkan Arasy itu di atas air, kemudian diciptakan Kursi, Hawa dan Roh.

Pada kejadian Luah Mahfuzh itu Allah swt menciptakan daripada mutiara yang putih dan kedua tepinya daripada Yakut yang merah warnanya bersinar dan atasnya daripada Batu Manikam. Jarak antara dengannya itu besarnya bagaikan langit dan bumi dan panjangnya antara Masyrik dan Maghrib (kutub utara dan kutub selatan) dan tersurat segala nasib amal–amal manusia untung baik dan untung jahatnya serta amal baik amal buruknya dan sebagainya.


Lauh Mahfuzh itu dapat dilihat oleh Malaikat ‘Izrail hanya pada bahagian sebelahnya saja dan yang sebelahnya serta bahagian lain hanya Allah swt yang dapat melihatnya dan mengetahuinya.

Dan Kalam itu diciptakan oleh Allah swt daripada nur(cahaya) yang panjangnya antara langit dan bumi.

Pada suatu riwayat lain : Kalam itu panjangnya adalah selama perjalanan lima ratus tahun, dan demikian pula pada bulatannya kalam itu.

Kemudian maka Allah swt berfirman : Hai Kalam, catatlah olehmu, setelah mendengar firman Allah swt itu, maka gementarlah Kalam itu dengan mengucap tasbih oleh kerana hebatnya firman daripada Allah swt itu .

Kemudian Allah swt berfirman pula : Hai Kalam, catatlah olehmu setiap apa yang diciptakan,ditakdirkan dan sebagainya. Setiap apa yang akan diciptakan dan yang akan ditakdirkan oleh Allah swt ( amal baik dan amal jahat / buruk , untung dan rugi , sihat dan sakit , hidup dan mati dan sebagainya ) adalah kesemuanya datang daripada ketentuan Allah swt jua.

 Itulah berita2 ghaib yang perlu diketahui oleh kita..

 Terpulang pada penerimaan insan tersebut.. kerana pengetahuan sebenarnya adalah Milik Allah..

Lauh Mahfuzh akan kekal selamanya karena ia termasuk makhluk yang abadi, selain Lauh Mahfuzh makhluk abadi ada 'Arsy, surga, neraka dan lain-lain.



JANGANLAH KAMU MENARUH PERASAAN RAGU-RAGU TERHADAP AL-QURAN



Oleh itu janganlah engkau menaruh perasaan ragu-ragu terhadap Al Quran, kerana sesungguhnya Al Quran itu adalah perkara yang benar dari Tuhanmu..


Memang benarlah bahawa Al Quran itu datang sebagai wahyu dari Tuhan, dan sesuai ia dengan akal budi manusia yang murni. Hal ini tidak usah diragukan lagi. Dia dapat di pertanggungjawabkan selama akal manusia belum dipengaruhi oleh syaitan dan hawanafsu.


“Tetapi kebanyakkan manusia tidak percaya kepadanya”.


Meskipun kebenaran Al Quran itu tidak diragukan lagi selama manusia memakai akalnya yang sihat, namun banyak juga manusia yang tidak mahu percaya, sebab mereka tidak mahu berfikir apapun kerana menanam iman yang teguh dalam hati bukanlah perkara yang mudah. Banyak sekali rintangan yang harus di tempuh. Jadilah mereka seperti binatang ternak.

AL QURAN adalah kebenaran dari TuhanMU

Orang-orang yang telah kami berikan al kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

 al quran ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengan-nya, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya dia adalah tuhan yang maha esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran.

Orang-orang yang telah kami berikan al kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.



BERSAKSIKAN AL-QURAN SETIAP KERJA YANG INGIN KAMU LAKUKAN.. AL-QURAN AKAN MENJADIKAN SAKSI DARIPADA PIHAK TUHANMU



Dan tidaklah engkau dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau suatu ayat dari Al Quran, dan tidaklah kamu dalam mengerjakan sesautu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar melainkan semuanya tertulis dalam kitab yang terang nyata.Qs:10:61

Dan tidaklah engkau dalam menjalankan sesuatu urusan...

Persoalan dan urusan-urusan penting yang sentiasa dihadapi oleh hamba-hambaNya, baik urusan kemasyarakatan, rumah tangga, Pemerintahan, Peperangan perdamaian yang sentiasa selesai suatu persoalan datang pula persoalan lain yang baru. Manusia sentiasa diburu persoalan.

Dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau suatu ayat dari Al Quran..

Iaitu dari persoalan yang engkau hadapi itu, wahai hamba-hambaKu, Aku berikan bimbingan untuk mengatasinya dengan wahyu Al Quran, lalu engkau baca mana-mana ayat dari Al Quran dan engkau perhatikan.

 Dan tidaklah kamu dalam mengerjakan sesuatu amal usaha..

Maka terhadap seluruh persoalan yang dihadapi hamba-hambaNya setiap Ayat yang dibacanya itu. Setiap amal usaha hendaklah dimulakan dengan membaca dari satu Ayat barulah ia dikira sebagai amal kebajikan. Tanpanya ia dijadikan amal yang disangka baik itu, bagaikan debu yang berterbangan...

Melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya..

Bagaimana hamba-hambaNya menhadapi persoalan?.
Bagaimana sikap hambaNya ketika Ayat dibaca. Bagaimana cara hambaNya mengamalkan segala yang telah diberikan Petunjuk oleh Ar Rahman ?.
Adakah menjadi perhatian ?
Perhatian kamu kepadaNya. Semuanya itu diketahui oleh Tuhan Ar Rahman. Dan menjadi perhatian pula dariNya yang akan menyaksikan segala amal perbuatan kamu dari Ayat-ayatNya.
Iaitu setiap amal yang baik hendaklah memulakan dengan bersaksikan Ayat-ayatNya terlebih dahulu, tampanya amal tadi tidak dikira.
Yang timbul dari semangat dan kesedaran adalah sambut menyambut dengan perhatian Ar Rahman kepada kita melalui KitabNya. Kita tertarik dengan petunjukNya dan Ar Rahman pun menyambut hambaNya dengan Redha.

Sesungguhnya yang demikian itu pasti terjadi, pertengkaran penghuni neraka.

Katakanlah "Sesungguhnya aku hanya seorang pemberi peringatan, dan sekali-kali tidak ada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa dan Maha Mengalahkan.

Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." Katakanlah: "Berita itu adalah berita yang besar, yang kamu berpaling daripadanya.

Aku tiada mempunyai pengetahuan sedikitpun tentang al mala’ul a`la itu ketika mereka berbantah-bantahan. Tidak diwahyukan kepadaku, melainkan bahwa sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang nyata"

MAHA BENAR ALLAH & FIRMAN-NYA YANG MAHA AGUNG ... ^^,




DAN TIDAK AKAN HILANG LENYAP DARI PENGETAHUAN TUHANMU.. SESUATU..




Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit”


Tidak ada yang jauh bagiNya, tidak ada yang ghaib tersembunyi daripadaNya tidaklah luput dari pengatahuan Ar Rahman baik di langit mahupun di bumi semuanya itu adalah dibawah lingkungan dan peraturan dari Zat yang Maha Kuasa.


“Dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar melainkan semuanya tertulis dalam kitab yang terang nyata”


Bermula sekecil-kecil persoalan sehingga sebesar-besar persoalan semuanya itu tertulis dalam Kitab yang nyata iaitu Al Quran Qadim baik yang nyata maupun yang ghaib dan kenyataan ini baru dapat setelah diselidik dan diamalkan. Ayat ini menambah teguh kepercayaan kita bahawa Al Quran memang wahyu Ilahi. Sampai kepada yang halus tersembunyi pun sampai kepada pengetahuan Tuhan diatur sempurna sekali oleh Ar Rahman. Walhal segala jenis persoalan kehidupan semuanya tertulis didalam kitab Al Quran. Itulah Mukjizat yang paling Agung dari Ar Rahman.

 Pemberi khabar takut dan khabar gembira bagi kaum yang beriman.

Oleh itu maka di dalam segala kegiatan hidup kita tidak dibolehkan melepaskan ingatan kita kepada Ar Rahman sehingga apapun malapetaka melanda namun jiwa kita bersedia menghadapinya, maka kembalilah kepada Al Quran dan penyaksian Ar Rahman. Di sini letaknya kekuatan itu, sehingga jiwa sekali kali tidak merasa sepi. Dan kita tidak dibiarkan terkapai-kapai sendirian.

Orang-orang yang telah kami berikan al kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

MAHA BENAR ALLAH & FIRMAN-NYA YANG MAHA AGUNG .... ^^,

AL-QURAN PERLU DIBACA SETIAP SAAT... TIADA YANG LEBIH BENAR DARIPADA QURAN YANG ADA DISISI KITA SEKARANG INI

Di sini terdapat ikhtiar manusia, dan itu terasa sendiri oleh diri masing-masing. Kekayaan jiwa yang terpendam dalam diri/batin kita, tidak akan terkeluar kalau kita sendiri tidak berikhtiar dan berusaha, kesilapan kita mengambil jalan yang salah menyebabkan kita dapat terjerumus kejurang malapetaka.

Ibarat memandu kereta dengan tidak berhati-hati pada selekoh yang bahaya, lalu kereta terbabas masuk gaung, maka keterbabasan masuk gaung itu tidak dapat ditahan lagi, kita harus berusaha sendiri mengubah nasib kepada yang lebih baik, mempertinggikan mutu diri dan mutu amal.

Melepaskan diri dari diperhambakan oleh dari yang selain Ar Rahman kita harus berusaha mencapai kehidupan yang lebih bahagia dan lebih maju. Kita mesti insaf bahawa tenaga kita sebagai insan amat terbatas. Kita diikat oleh ruang dan waktu, iaitu ruang yang sempit dan waktu yang terbatas.

Di samping amal yang dikerjakan menurut kesangupan dan takdir untuk kita, adalah diingatkan ada lagi takdir di dalam alam ini, yang dijadikan Tuhan yang kadang-kadang bertemu dengan apa yang kita kehendaki dan kadang-kadang bertentangan dengan kehendak naluri kita.

Sebagai contoh kita periksa injin kereta, kita isi minyak penuh dan kita pandu kereta itu ke satu tujuan, menurut metamatik kita akan sampai pada tujuan kita pada pukul satu, maka janganlah lupa mengatakan kata yang penting iaitu “Insya Allah” kita akan sampai pada pukul satui jangan dipastikan.

Sebabnya dengan tidak disangka-sangka atau hujan lebab/tanah runtuh, lalaian memandu sehingga terlangar orang dan terpaksa berurusan dengan Polis terlebih dahulu atau sekurang-kurangnya tayar pancit terkena paku. Semua itu adalah kemalangan yang tidak dapat dielakkan dan tidak masuk perkiraan kita pada permulaan perjalanan.

Contoh yang kecil ini kita kiaskan kepada yang lebih besar, kita percaya kepada Takdir iaitu di dalam perjalanan hidup kita akan bertemu dengan malapataka yang tidak kita sangka-sangka. Ia datang di tempat yang kita tidak sangka.

leh itu maka di dalam segala kegiatan hidup kita tidak dibolehkan melepaskan ingatan kita kepada Ar Rahman sehingga apapun malapetaka melanda namun jiwa kita bersedia menghadapinya, maka kembalilah kepada Al Quran dan penyaksian Ar Rahman. Di sini letaknya kekuatan itu, sehingga jiwa sekali kali tidak merasa sepi. Dan kita tidak dibiarkan terkapai-kapai sendirian.

 Inilah rahsia ahlulbait..   dan janganlah kamu mengikuti apa yg kamu tak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan & hati, semuanya itu akan dipersoalkan…

sebenarnya, al quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat kami kecuali orang-orang yang zalim.

 suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi (Allah) yang maha bijaksana lagi maha tahu..

 jika mereka yang kamu seru itu tidak menerima seruanmu (ajakanmu) itu maka ketahuilah, sesungguhnya al quran itu diturunkan dengan ilmu Allah, dan bahwasanya tidak ada tuhan selain dia, maka maukah kamu berserah diri ..

maka apakah mereka tidak memperhatikan al quran? Kalau kiranya al quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.

Hati yang suci selalu akan mudah menerima sesuatu yang suci,Al-Qur'an adalah Kitab yang Suci maka ia terpelihara pada hati yang suci..

 Malaikat-malaikat]yang memikul ’Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman seraya mengucapkan: "Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala.

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.

MAHA BENAR ALLAH & FIRMAN-NYA YANG MAHA AGUNG .... ^^,




Tuesday, 2 October 2012

KOLEKSI MIMPI2 ANEH


Sayo Nara ..Sayo penah bermimpi .. tengok orangramai tawaf keliling Kaabah ..seolah olah Sayo tengok dari pandangan atas sebelah kanan Kaabah ( macam terapong konon laa )
17 jam yang lalu · Tidak suka · 1

Sayo Nara kedua .. ipar Sayo bermimpi .. keliling masjidilharam hancur binasa macam lepas perang .. dan Sayo berdiri pakai telekung puteh menangiss sorang.. tunduk depan Kaabah ..( apa ka makna tu )
17 jam yang lalu · Suka

Nooraini Mat Saat sy plak salu mimpi kiamat... dan matahari terbit dr barat... mimpi yg berulang2..
17 jam yang lalu · Tidak suka · 1

Monday, 1 October 2012

ANEKA CAKES


COTTON SOFT CHEESE CAKE



Bahan-bahan ( 8-inci )

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine - akak guna tpg superfine + 1/4 sdk double action baking powder
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)- akak kurangkan jd 120g
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon- ganti krim of tartar

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje). 

  5. *****************************************************
Marble Chocolate Cheese Cake - loyang 8"x 8"

Bahan A:

1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak mazola

semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut.
Rehatkan sekejap bila dah sebati

Bahan B:

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

semua bahan di atas diayak

Bahan C:

4 biji telur - dipukul hingga kembang

Bahan D:
resepi dari dapur Yatie


250 gm cream cheese
3 sudu besar gula halus
1 sudu kecil esen vanila

1 biji telur
Cara membuat:

Panaskan pengukus terlebih dahulu.
Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje hingga sebati.
Ketepikan dahulu.
Dalam bekas lain masukkan cream cheese, esen vanila dan gula kemudian putar hingga sebati.

Masukkan telur dan putar lagi hingga sebati (berkrim
).

Sediakan loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
Masukkan adunan coklat diikuti adunan cheese (D) dan diakhiri adunan coklat.
Lorekkan sket dgn lidi sate.
Kukus selama 11/2 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.



Nota: Nak buat marble agak payah sbb adunan coklat cair berbanding adunan keju...cuma lepas curah lorek2kan sket.


***********************************************************************
Kek Marble Lembut Lagi Sedap  

 

















Bahan-bahan: (loyang 8 in)

8 oz mentega
6 oz tepung gandum (akak guna superfine)
6 oz gula castor - gula ni akak kurangkan lagi sbb akak ni tak suka kek yg manis sgt
5 biji telur dari fridge
3 sudu besar susu pekat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (akak guna coklat emulco dan oren emulco)

Cara membuat:

Tepung diayak bersama baking powder.
Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dlm adunan putih telur dan pukul hingga rata.
Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung skit2 dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emluco pilihan anda.
Guna loyang 8 in persegi selang seli masukkan adunan tadi dimulai dgn adunan asal.
Bakar pd suhu 180C selama 45 min atau sehingga masak. Suhu oven bergantung kpd oven masing2.

* Tips: Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunnakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.  


***********************************************************************


Kek Lapis Cheese Prune

Bahan-bahan ( Acuan 8x8inci )- akak guna 9x9 in

  • 10 biji kuning telur
  • 6 biji putih telur
  • 280 gm gula kastor- guna 200 g aje, ok bg akak
  • 250 gm topflour(wheat flour)-guna tepung superfine
  • 1 sudu makan ovelette
  • 100 gm air ais(air sejuk)
  • 250 gm krim keju
  • 4 sudu makan susu pekat
  • 400 gm mentega

Cara-cara:

  1. Pukul telur,gula dan ovelette hingga kembang.
  2. Masukkan tepung sedikit2 diiringi dgn air ais hingga habis.Ketepikan dahulu.
  3. Di dalam bekas lain,pukul mentega dan susu hingga kembang kemudian masukkan cheese pukul sebati tp jgn overbeat bila dah masuk cheese.
  4. Satukan kedua2 adunan tadi dan gaul sebati.
  5. Bakar berlapis2 hingga masak.
  6. Guna api bhgn atas sehingga lapisan kedua terakhir.
  7. Lapisan terakhir bakar guna api bwh 170C selama 20-30 min atau sehingga masak
**************************************************************************

Kek Coklat Kukus  - Super Moist


Bahan-bahan: - akak guna loyang bulat 9"

1 cawan gula pasir - akak letak 3/4 cawan aje
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak - akak guna minyak jagung mazola
1 sudu kecil serbuk nescafe - yg ni akak tambah

semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut.
Rehatkan sekejap bila dah sebati

Bahan B:

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

semua bahan di atas diayak

Bahan C:

4 biji telur - diblender (tapi akak pukul hingga kembang)
Cara membuat:

Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.


 
 ************************************************************************

Kek Lobak Merah Lembab

Bahan-bahan : Acuan 9x9 in

2 cawan tepung superfine* - guna tepung gandum cap Sauh
2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh garam halus*
2 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
4 biji telur gred "A"
1 1/2 cawan minyak jagung
1 cawan gula halus - resepi asal 2 cawan (manis sgt bg akak)
2 1/2 cawan parutan lobak merah, - letak 3 cawan
1 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering - letak 1/4 cawan aje
1 cawan kacang walnut, cincang - dibakar sekejap dlm oven

Bahan Cream Cheese Frosting:

125 g mentega
250 g cream cheese
1/2 biji lemon - ambil jusnya
5 camca besar gula aising

Cara membuat :

Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak.

Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga sebati selama 5 minit.

Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.

Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi.

Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra.

Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.

Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi.

Simpan kek dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan


 ************************************************************************

Plain Butter Cake



Bahan A

250 gram butter
200 gram gula (gula castor) -kurangkan jd 170g, ok dah bg akak210 gram tepung gandum - guna tpg superfine & ayak dgn b/powder1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila - resepi asal takde ni

Bahan B

5 biji telur

Cara-caranya:

Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati.
Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan.
Putar selama 4 hingga ke 5 minit. Putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil-bintil.
Tuang adunan dalam acuan 9", bakar 160'C selama 50-60 minit


* Tips, untuk mendapatkan kek butter yang cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama.


****************************************************************

Kek Pisang Lembab dan Gebu


Bahan-bahan:

300g pisang dilecek
240 g tepung gandum - lebih suka guna tepung superfine
180 g gula castor - kalu suka kurang manis guna 160 g aje
4 biji telur
160 ml minyak jagung
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam

Cara membuatnya:

Campurkan semua kedlm mixer, putar sehingga kembang dan gebu putih.
Masukkan dlm loyang dan bakar pd suhu 160C selama 1 jam atau sehingga masak
Pastikan adunan setengah drp loyang krn kek akan naik sekali ganda.


**********************************************

Kek Buah Kukus Basah 

 Bahan-bahannya
300 g tepung gandum
150 g gula halus - akak guna 60g aje dah cukup manis
3 biji telur - GRADE A
310 g mentega
250 g buah-buahan campuran - akak letak 300g
50 g kepingan badam (almond flake)
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh pewarna coklat sarsaparilla brown liquid (akak guna black treacle)

1 cawan gula } untuk dibuat gula hangus
aluminium foil

Cara-caranya:

1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 300 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 1 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam. 


***************************************************