Tuesday 31 July 2012

PERINGATAN KEPADA YANG LUPA


PERINGATAN  KEPADA  YANG   LUPA  DAN  YANG   tidak  mengetahui   dan  juga yang  tidak  ingin  ambil  tahu
Awas!!!
“DAN ENGKAU AKAN MELIHAT MALAIKAT-MALAIKAT DI SEKELILING ARASY BERTASBIH SAMBIL MEMUJI TUHANNYA ; LALU DI BERI KEPUTUSAN DIANTARA MEREKA SECARA ADIL DAN DI KATAKAN SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SELURUH ALAM”


Firman  allah:  bertanyakanlah kepada orang-orang yang lebih dahulu daripadamu membaca kitab(ahli zikir)jika kamu tidak mengetahui.
Langit yang kelima, itu dijadikan oleh Allah SWT daripada emas yang merah. Yang bernama “Rofako” dan malaikat yang menjaganya bernama “Kakail,atau “Muthothil”atau “ Sambahail” atau “Thirothil” dan mereka itu senantiasa didalam keadaan menangis kerana takut kepada Allah SWT, dan mereka senantiasa berzikir memuji kepada Allah SWT dan apabila mereka, para malaikat diperintahkan oleh Allah SWT untuk menterbalikkan dunia, dengan sebelah sayapnya, maka terbaliklah dunia ini.

Allah SWT menjadikan para malaikat daripada cahaya, dan daripada jasadnya yang sangat halus serta bukan pula laki-laki dan bukan pula perempuan dan mereka boleh berubah-ubah wajah yang beraneka dengan izin Allah SWT.  Dan ketuanya adalah “MIKAIL”.  Mereka senantiasa patuh menjalankan tugas masing-masing.  Malaikat Mikail yang selalu bersedih hati.  Dan Mikail itu ditugaskan oleh Allah SWT untuk menurunkan hujan, menumbuhkan tumbuhan-tumbuhan, memberi rezeki berupa buah-buahan dan sebagainya.  Semua tersebut adalah didalam tugasnya. “JANGE DERAKO KALU TOK SIR SEPIT PITU REZEKI”.

Dan sabda Rasulullah S.A.W kepada Muaz. “ Sekarang aku akan menceritakan kepada kamu sebuah kisah. Apabila engkau menghafalnya, ia akan memberi faedah yang amat berguna kepadamu. Tapi jika engkau menganggap remeh, maka kelak di hadapan Allah engkau tidak mempunyai hujah. Hai Muaz, sebelum Allah menciptakan langit dan bumi ini Allah telah menciptakan 7 malaikat penjaga pintu langit, jadi setiap pintu langit mempunya penjaga pintu mengikut darjat pintu dan keagungannya.

Dengan demikian, malaikat lah yang menjaga amalan bagi seseorang hamba. Kemudian pencatat ini membawa amal si hamba ke langit dengan kemilau cahaya bak matahari dari satu pintu ke satu pintu lainnya.begitulah seterunya. Seseorang hamba yang mempunyai amalan-amalan yang tidak berguna akan kerugian dan terhina. Setiap pintu ada ukuran tertentu seperti:-



LANGIT PERTAMA
Aku adalah penjaga orang-orang yang suka mengumpat. Aku tidak mengizinkannya untuk sampai ke langit seterusnya.
LANGIT KEDUA
Berhentilah. Aku tidak akan membiarkan amalan orang yang beramal kerana mengharapkan kebaikan dunia.
LANGIT KETIGA
Berhentilah. Aku malaikat penjaga kibr (sombong). Allah memerintahkan aku agar amalan seperti ini tidak boleh melepasi pintuku dan tidak akan sampai ke langit berikutnya.
LANGIT KEEMPAT
Aku adalah malaikat penjaga ujud. Allah memerintahkan kepada ku agar amalan ini tidak mendapat kelulusan aku.
LANGIT KELIMA
Aku malaikat penjaga sifat hasad. Allah memerintahkan aku agar amalan seperti ini tidak mendapat kelulusan aku.
LANGIT KEENAM
Aku malaikat penjaga rahmat. Aku di perintahkan Allah agar amalan ini tidak melepasi ku dan agar tidak sampai ke langit berikutnya.Orang yang beramal tapi tidak mengasihi orang lain
LANGIT KETUJUH
Aku malaikat penjaga sum’at (ingin terkenal). Allah tidak menerima ibadat orang yang riak.           

Selain daripada Allah, malaikat-malaikatnya, rasul-rasul, nabi-nabi dan para wali wajib ditaati, menentangnya bererti kekafiran.  Rujuk kitab Al-Hikam, syarahan 168.  Pengarangnya seorang wali agung, Syeikh Ibnu Atho’illah. 
Firman Allah : “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sebahagian kamu mengungjeng sebahagian yang lain, boleh jadi mereka itu lebih baik daripada mu disisi Tuhanmu.  Apakah kamu suka memakan daging saudaramu yang telah mati?  Tentu kamu merasa jijik..”

Janganlah kerana akibat daripada kebodohanmu dan kejahilanmu tentang kewujudan ilmu Tuhanmu menyebabkan kamu ditimpa azab pada hari yang telah ditetapkan adanya.
Aku memperingat kepadamu supaya jangan memperlekeh-lekehkan atau mengecil-ngecilkan apa yang terhormat disisi Allah, nanti KAMU DISAMBAR AZAB sedang kamu tidak dapat ditolong.





“Wahai manusia, janganlah kamu menyembah sesembahan selain daripada Allah kerana nanti mereka akan memalingkan engkau dari jalan-Nya”

“Dan jikalau kamu mengikuti kebanyakan manusia di muka bumi nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah”


Dan setiap orang ada bintangnya sesuai dengan pembawaan jiwa masing-masing.
Firman Allah :Dan telah kami ciptakan gugusan bintang di langit dan menjadikan terasa indah bagi orang-orang yang memandangnya”.

Rukun Iman 6 Perkara : 1 )  Percaya kepada Allah
                     2 )  Percaya kepada Malaikat-malaikatNya
                     3 )  Percaya kepada rasul-rasulNya
                     4 )  Percaya kepada kitab-kitabNya
                     5 )  Percaya kepada Qador dan QodarNya
                     6 )  Percaya kepada hari kiamat

Disini jelas membuktikan menolak dari mana-mana RUKUN IMAN, KUFUR MURTAD serta merta!!!...  TOK NATI SEMBOH TOKKONG NOK MURTAD!!!...  kerana bukanlah mereka dari orang-orang yang beriman, cukup hanya menolak mana-mana daripada RUKUN IMAN ini.




  
Firman Allah : “Dan jikalau Kami turunkan malaikat dari langit untuk memberi peringatan kepada manusia seluruhnya di bumi nescaya kami jadikan ia berwujud laki-laki dan Kami membuat-buat kesamaran sebagaimana mereka membuat-buat kesamaran”.

Yang memikul Arasy, yang berada di sekelilingnya bertasbih dengan memuji Tuhannya dan mereka beriman kepadanya serta memohonkan ampunan untuk orang-orang beriman. Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu yang ada padamu meliputi segala sesuatu, maka berikanlah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan mu dan peliharakanlah mereka dari azab neraka.

Ya Tuhan kami, masukanlah mereka ke dalam syurga Ad’n yang telah engkau janjikan kepada mereka dan orang yang soleh di antara nenek moyang mereka, isteri-isteri, dan keturunan mereka. Sungguh, Engkau lah yang Maha Perkasa Maha Bijaksana. Dan peliharalah mereka dari kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari kejahatan pada hari itu, maka sungguh Engkau telah menganugerahkan rahmat kepadanya. Dan demikian itulah kemenangan yang agung.

“Wali-wali Allah itu orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati(tidak sombong) dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka, mereka mengucapkan “SELAMAT””.


No comments:

Post a Comment