Saturday 22 December 2012

IMAM MAHADI







 
“alif mim ta – alif mim ta” 
.....Al-Mahdi akan datang setelah munculnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana-mana pun.” (Riwayat Ibnu Majah)


Dalam satu berita panjang mengenai peperangan yang berlaku di antara panji-panji hitam dengan Sufyani yang diceritakan oleh Saiyidina Ali Alaihissalam beliau ada menyebutkan : “… lalu (Allah) mengutus ke atas Sufyani itu seorang pemuda timur yang menyeru kepada ahlil bait Nabi SAW – mereka pemegang-pemegang panji-panji hitam merupakan satu kaum yang lemah – maka Allah pun memuliakan dan menolong mereka, sehingga setiap yang menentang mereka pasti akan dikalahkan…. Syiar mereka “alif mim ta – alif mim ta” (maut bagi penentang mereka), kebanyakan yang terbunuh dikalangan mereka itu pada tempat tempat disekitar timur.
Kanzul Ummal (Juzuk 14 Hadis 3967)
 

Kata Sayidina Ali Bin Abi Talib KWJ,
“Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya iaitu tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah.”


Dari Jabir bin Samurah r.a. katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Islam sentiasa kuat dan berkuasa sampai dua belas Khalifah.” Kemudian beliau mengucapkan sebuah kalimah yang aku tidak mengerti lalu aku tanyakan kepada bapakku, apa kata beliau?” Jawab bapakku, “Kalifah yang dua belas itu semuanya dari bangsa Quraisy.”(H.R Muslim -1788)

Dari Auf b. Malik r.a., katanya,
“Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhar
Dari Abdullah bin Ma’ud dia berkata:’Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW,tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan bani Hasyim.Apabila terpandang akan mereka ,maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang airmata dan wajah baginda pun berubah. Aku bertanya,’Mengapa kami melihat pada wajah mu sesuatu yg tidak kami sukai?

Baginda pun menjawab,”Kami Ahlul Bait telah ALLAH pilih utk kami Akhirat lebih dari dunia.Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah timur dengan membawa bersama-sama mereka PANJI-PANJI BERWARNA HITAM. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya.

Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yg mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yg memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan.Siapa di antara kamu yg sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji.Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” – riwayat Ibnu Majah.
 

Sudah bersedia utk mengikuti jemaah yang memegang Panji Kebenaran itu? says :Insya'Allah


“alif mim ta – alif mim ta” .. “alif mim ta – alif mim ta” .. “alif mim ta – alif mim ta”


“Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu.


Apabila berbicara dengan mereka, mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memberi mereka kepercayaan, mereka akan mengkhianatinya. Anak kecil mereka jahil, pemuda mereka licik. Sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan tidak melarang pula yang mungkar. Mereka itu sentiasa membangga diri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan.


Orang yang santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbuatan ma’ruf malah menjadi tertuduh. Orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasiq menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka adalah bida’ah, sedangkan bida’ah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itu mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.”
(Hadith Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir)



Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w ,” Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya.Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari Hidayah. Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali “. Hadis Riwayat Al-Baihaqi.  

Rasulullah menerangkan lagi: “Ketika Dajal itu bermaharajalela, Allah akan menghantar turun Nabi Isa anak Mariam, lalu dia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik, maka Nabi Isa pun mengejar Dajal hingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama ‘Lud’ lalu membunuhnya.


Selepas itu, datanglah suatu ka-um yang Allah sudah selamatkan mereka daripada bencana Dajal menghadap Nabi Isa, lalu Nabi Isa menghapuskan kesan kedukaan dan kesedihan daripada air muka mereka dengan menyatakan: “Bahawa Dajal sudah pun dibunuh dan menggembirakan hati mereka dengan darjat kedudukan mereka dalam syurga”.  Nabi bersabda: “Bahawa ketika Nabi Isa sedang menerangkan perkara yang menggembirakan mereka, Allah mewahyukan kepada Nabi Isa dengan firman-Nya:

“Bahawa Aku sudah mengeluarkan sekumpulan hamba-Ku (Yakjuj wa Makjuj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka.”


Oleh itu bawalah hamba-Ku yang bersama kamu berlindung di bukit Tursina. Selepas itu Allah mengeluarkan Yakjuj wa Makjuj dan mereka pun meluru turun daripada tiap-tiap tempat yang tinggi. Nabi Isa dan pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu hingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka daripada seratus dinar kepada seseorang kamu sekarang. Lalu Nabi Isa dan pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah menghantarkan ulat menyerang batang leher Yakjuj wa Makjuj, mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa.


Kemudian Nabi Isa dan pengikutnya turun dari bukit itu lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi, melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Yakjuj wa Makjuj. Maka Nabi Isa dan pengikutnya merayu lagi kepada Allah, lalu Allah menghantar sekumpulan burung yang batang lehernya seperti unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut dan mencampakkan bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah menurunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi hingga menjadi bersih dan rata seperti cermin.

Allah berfirman kepada bumi: “Tumbuhkanlah tanaman kamu dan keluarkanlah buah kamu, dan kembalikanlah segala nikmat kamu.”

Maka pada masa itu, sebilangan orang boleh kenyang dengan hanya memakan sebiji delima dan boleh berteduh dengan kulitnya dan pada masa itu juga diberkati Allah pada susu hingga perahan seekor unta, mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya. Susu seekor lembu perahan juga mencukupi untuk diminum oleh satu kabilah dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum. 


Nabi bersabda lagi: “Ketika manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan berkenaan, tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik… lalu mengambil nyawa setiap orang yang baik, mukmin dan Muslim, dan tinggallah saja orang yang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat.”
 

Dan pada satu riwayat yang lain: “Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang ada dalam hatinya seberat zarah kebaikan, melainkan diambil nyawanya oleh angin itu. Nabi bersabda lagi: “Maka tinggallah saja orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kederhakaan secepat burung terbang, dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk.


Pada saat itu, syaitan menyamar diri kepada mereka dan bertanya: “Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingi diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakan aku? Maka mereka pun bertanya: “Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan? Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka kepada Allah (kononnya), mereka menerima ajakan syaitan itu lalu menyembah berhala, sedangkan rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa ...” –
( al-Nawwas bin Sam’an r.a Hadis riwayat Muslim ).

TELAH DIRIWAYATKAN DALAM SEBUAH HADITH BAHAWA PARA PENGIKUT IMAM MAHDI (A.S.) AKAN TIDAK MEMPUNYAI KAWAN SELAIN ANTARA MEREKA, SEHINGGAKAN JIKA MEREKA SESAT, TIDAK AKAN ADA SIAPA MENCARI MEREKA. INI MENUNJUKKAN PANDANGAN NEGATIF MASYARAKAT YANG TINGGAL BERSAMA MEREKA, KELUARGA MEREKA, DAN SAUDARA MEREKA TERHADAP MEREKA:  

Dia berkata: "Carilah mereka di penghujung dunia. Kehidupan mereka adalah sederhana, rumah mereka di belakang mereka, jika mereka hadir mereka tidak akan dikenali, JIKA MEREKA SESAT JALAN, TIDAK ADA SESIAPA YANG AKAN MENCARI MEREKA, JIKA MEREKA SAKIT TIDAK ADA SIAPA AKAN MELAWAT MEREKA, jika mereka ingin berkahwin, tidak ada siapa akan menerima lamaran mereka. SEKIRANYA MEREKA MATI, TIDAK ADA SIAPA YANG AKAN HADIR PENGEBUMIAN MEREKA. Mereka berkongsi harta benda mereka sama rata antara mereka dan melawat kubur masing-masing; impian mereka adalah sama, walaupun mereka tinggal di bandar yang berlainan". - Sheikh Muhammad bin Ibrahim Nomani, al-Ghaybah al-Nomani, p. 23.


Imam Mahdi (rd.) adalah SEORANG YANG MUDA daripada AhlulBayt (daripada keturunanku (Rasulullah SAW). GOLONGAN TUA DI ANTARA KAMU TIDAK AKAN MENEMUINYA, TETAPI GOLONGAN MUDA AKAN BERHARAP UNTUK MENEMUINYA. Allah akan melakukan sebagaimana yang dikehendaki-Nya. - Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir Zaman, p. 23

Bendera Imam Mahdi akan dipegang oleh seorang ORANG MUDA yang KECIL dengan janggut yang sedikit dan berwarna kuning. (Janggut yang sedikit dan berwarna kuning menunjukkan dia sangat muda, bukan berjanggut putih yang menunjukkan usia yang sudah lanjut – pendapat malakian). - Al-Qawl al-Mukhtasar, fi ‘Alamat al-Mahdi al-Muntazar, p. 51

Pemegang bendera beliau (Hazrat Mahdi a.s.) AKAN MERUPAKAN SEORANG YANG MUDA daripada keturunan Tamimi daripada Timur. - Al-Qawl al-Mukhtasar , fi ‘Alamat al-Mahdi al-Muntazar, p. 26.

Bahawa Al Mahdi ini mempunyai dua ciri-ciri besar iaitu akan mendapat daulah di sebelah Timur dan akan memegang pedang Zulfaqor (Dhu al-Faqar) sebagai bukti bahawa ia membawa kebenaran.”

Ciri-ciri Pengikut Imam Mahdi rd
Di dalam al-Quran terdapat sebuah ayat yang menjelaskan pengikut idea imam Mahdi as, dan jika ayat tersebut secara seksama diteliti maka dunia secara pasti sudah siapa menyambut datangnya penyelamat akhir zaman, ayat tersebut terdapat dalam surat Maidah ayat ke-59, Allah SWT berfirman kepada kaum mukmin secara langsung:”wahai orang-orang yang beriman barangsiapa diantara kalian murtad dan keluar dari Islam, maka Allah akan membangkitkan sekelompok kaum yang memiliki criteria berikut ini:     
1.   Tuhan mencintai mereka sebagaimana mereka juga mencintai tuhan. mereka rendah hati dan kasih kepada sesame hamba beriman.
2.   mereka kasar dan tak kenal pamrih atau basa-basi kepada para musuh.
3.   senatiasa berjihad dan berjuang di jalan Allah SWT.
4.   saat melakukan tugas dan kewajiban tidak pernah merasa takut”.

Ini adalah anugerah tuhan yang Ia berikan kepad mereka yang disukaiNya. Di dalam riwayat terdapat banyak hadis yang menjelaskn personifikasi dari ayat tadi. Ayat ini menjelaskan cirri pengikut imam Mahdi as di mana dengan criteria seperti: mereka sangat kuat menghadapi para murtad dan kaum penyimpang. Mereka berupaya semaksimal mungkin sampai tetesan darah yang terakhir untuk mewujudkan pemeritahan berkeadilan imam Mahdi as.


Dalam sebuah riwayat imam Shadiq as bersabda: sahibuz zaman dengan adanya para pengikut seperti ini –sadar dan gagah berani- terjaga dari konspirasi musuh.


Ciri pertama: kecintaan mereka, tidak ada sesuatu apapun yang mereka pikirkan selain tuhan, yang oleh karena tuhan cinta kepada mereka. Dan pasti kalau jiwa dan semagat ini akan muncul dengan dilandasi keimanan dan jiwa pasrah – tawakal – yang merupakan factor terbesar dalam bergerak dan beramal.


Ciri kedua: ikatan moral, dan kesatuan barisan diantara kawan yang sangat berpengaruh positif bagi pergerakan.


Ciri ketiga: tidak adanya kompromi bagi lawan mukmin, tidak barat dan tidak pula timur, yang akhirnya berakhir dengan kekalahan musuh.


Ciri keempat: perlawanan dan perjuangan yang tak henti-hentinya.


Dan kelima dan sangat penting, adalah KEYAKINAN TAUHID iaitu kepastian dan keteguhan IMAN para pengikut IMAM MAHDI, mereka tidak pernah ada rasa basa-basi, menjaga pekerjaan, mudah terhasut, ikut-ikutan, dan tidak gentar ejekan mereka dan dengan langkah-langkah pasti mereka ambil di atas jalan yang lurus dan bisikan kanan dan kiri tak lagi dapat berdampak bagi mereka.

313 PENGIKUT IMAM MAHDI: 
Kita akan menjelaskan hal-hal yang berkaitan dengan 313 pengikut khusus imam Mahdi as yang kami bingkai dalam dua poin penting:
1 .kemutawatiran hadis tentang 313 orang pengikut imam.
Di berbagai tempat telah diketahui dan telah tertulis di dalam beberapa kitab yang berhubungan dengan imam Mahdi as yang ketika munculnya imam akan datang  313 orang pengikut khusus beliau dan laksana gunung, mereka kokoh dalam menghadapi berbagai peristiwa, mereka selalu bersama dengan imam as dan hadis tentang 313 orang ini datang dalam kitab yang sudah makruf dan terkenal seperti dalam kitab Biharul Anwar, Itsbatul hudah dan kitab muntakhabul atsar.
ciri-ciri khusus pengikut setia 313 orang menurut kaca mata riwayat.
 
a). imam Mahdi as sedang menanti mereka:
Ketika imam Mahdi as muncul, dan sebelum berada di samping  Ka'bah dan bersandar di dindingnya dan sebelum beliau meneriakkan  suara beliau yang menyejukkan hati kepada seluruh umat penjuru dunia, beliau berhenti di sebuah tempat yang bernama Dzi Tuwa untuk menunggu 313 oarang pengikut khusus beliau sampai mereka datang dan bergabung dengan beliau dan dari sana mereka bersama imam pergi ke samping Ka'bah.


b). 313 orang berasal dari seluruh penjuru dunia
Imam Baqir as bersabda:"Allah SWT mengumpulkan untuk imam Mahdi as para pejuang dari berbabgai bangsa yang jauh dengan jumlah pejuang perang Badar 313 orang".


c). 313 orang  adalah  yang pertama kali membaiat imam Mahdi as.
Ketika imam Mahdi as muncul orang yang pertama kali berbaiat  kepada imam Mahdi as setelah Jibri as adalah 313 orang inilah dan kajian ini datang dalam hadis.
Akan tetapi perlu diperhatikan bahwa pada awal kemunculannya imam memiliki 313 orang sahabat, dan tak selang lama setelah pembaitan 313 orang tersebut, dengan cepat pengikut imam Mahdi as akan bertambah.sehingga pada awal kebangkitan, beliau sudah memiliki pengikut sebanyak 10.000 arang.


d). 313 orang adalah para pejuang yang gagah berani
Imam Sajjad as bersabda:"313 orang sangat itsar dan pemberani di mana para musuh Qaim as berkumpul untuk membunuh imam, tapi 313 orang gagah berani ini dengan penuh heroik melawan dan menghalau para musuh dari hadapan beliau".


e). 313 orang pemegang panji dan pemimpin di atas muka bumi
Imam Shadiq as bersabda:
"seakan-akan aku melihat Qaim berdiri di atas podium di Kufah, di mana para ajudannya 313 orang yang jumlahnya sama dengan pejuang perang Badar mengitari beliau, para pengikut imam ini adalah para pemegang panji dan pemimpin atas masyarakat di muka bumi dengan izin dan perintah tuhan".


f). 313 orang adalah segelintir orang namun laksana sekumpulan awan yang bergumul
Di dalam al-Quran kita membaca - di manapun anda berada Allah selalu hadir di sana - dalam tafsiran ayat ini Imam Baqir as bersabda:" yang dimaksud dengan ayat ini adalah para pengikut imam Mahdi as yang jumlahnya 313 orang, demi Allah maksud dari ummat yang (ada dalam surat Hud) adalah mereka. Dan demi Allah dalam satu jam mereka akan terkumpul begitu juga sekumpulan awan di musim gugur akan berkumpul karena tiupan angin.


g). 313 orang rukun-rukun dan dasar-dasar yang tak bias terpisahkan
Imam Shodiq dalam menafsirkan ayat 70 dari surat   Hud, nabi Luth kepada kaumnya yang berpaling berkata:
«لو أن ّ لى بكم قوّة او آوى الى ركن شديد»
Maksud dari kekuatan yang tersebut dalam ayat ini adalah imam Mahdi as, sedang maksud dari rukun / sendi (pembela yang kokoh) adalah  313 orang pengikut beliau.


h). Imam Bagir as bersabda:
"Imam Mahdi as memiliki 313 orang pengikut yang mana mereka adalah termasuk orang ajam, sebagian dari mereka manaiki awan dan berjalan dan mereka terkenal dengan nama ayah, sifat dan nasabnya".


i). tangan Allah berada di atas  kepala imam Mahdi as dan para pengikutnya.
Poin ini kita ambil dari ayat
«ان تنصروالله ينصركم و يثبّت اقدامكم»  


j).  50 orang dari 313 pengikut imam Mahdi as adalah perempuan.
Imam Bagir bersabda:" aku bersumpah demi Allah 300 orang diantara mereka laki-laki, 50 orang perempuan, kedatangan mereka seperti awan dimusim gugur".


Dari Saiyidina Ali bin Abi Talib KWJ dari Rasulullah SAW, "Al Mahdi yang dinanti-nantikan adalah dari kalangan kaum keluargaku, Allah akan menyempurnakannya dalam satu malam sahaja.~Sunan Ibnu Majjah
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Mahadi itu dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung; ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran, dan keadilan, sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; ia memerintah selama tujuh tahun." (Abu Sa'id Al-Khudri r.a)
Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang mendustakan kedatangan Dajjal, kafirlah dia, sesiapa yang mendustakan kedatangan al-Mahdi, kafirlah dia.” (Abu Bakar al-Iskafi)

nota: Masalah Imam Mahdi bukan masalah pokok aqidah dgn nas putus qat’i, cuma masalah khilafiah furuk shj, soal ijtihad. Menerima (Al-Kindi), menolak (Syeikh Muhammad Abduh, Rasyid Ridha) atau tawaqquf (Imam al- Qurtubi) tidak membawa kesan keimanan


SEBAB DITURUNKAN BENCANA

15 Perkara Yang Mengakibatkan Datangnya Bencana Daripada Ali bin Abu Talib berkata, Nabi Muhammad saw telah bersabda:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara, pasti turun bencana menimpa mereka. Lima belas perkara itu adalah seperti berikut :-

1. Menganggap kekuasaan sebagai suatu perniagaan mencari keuntungan.

2. Menganggap amanah seperti ghanimah (harta rampasan perang).

3. Menganggap membayar zakat adalah merugikan.

4. Lelaki atau suami tunduk kepada isterinya.

5. Anak derhaka kepada ibunya.

6. Anak lebih taat kepada kawannya berbanding kepada orang tuanya.

7. Anak membenci ayahnya.

8. Ramai orang menjerit-jerit di dalam masjid.

9. Pemimpin adalah orang yang rendah budinya.

10.Orang ditakuti kerana kejahatannya.

11. Minuman arak berleluasa.

12. Ramai orang memakai sutera.

13. Penari wanita berleluasa.

14. Muzik dimainkan di merata-rata tempat.

15. Umat Islam pada hari ini mengutuk umat terdahulu termasuk para
sahabat , tabiin dan imam.


"Maka pada saat itu, tunggulah datangnya azab termasuk angin merah, gempa bumi, tanah runtuh dan kemusnahan." (Hadis Riwayat Tirmizi)


Semoga ALLAH merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebagai tafakkur, pandangannya sebagai iktibar, dan geraknya sebagai perhambaan, dan daripada lisan serta tangannya manusia mendapat kesejahteraan - Saidina Ali Karramallahu Wajhah

  
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” – Riwayat Thabrani

No comments:

Post a Comment