Salah satu cara mengenal Allah ialah dengan mengenal diri
sendiri. Maksudnya ialah hakikat diri yang sebenarnya. Adapun yang
dimaksudkan diri yang sebenarnya itu bukanlah diri yang bersifat lahiriah,
kerana jasad ini tidak membawa makna yang sebenar untuk mengenal Allah
SWT.
Pada abad modern ini, ramai dikalangan kita tidak mengenal
dirinya yang sebenar. Mereka menganggap bahawa dirinya hanyalah tiubuh badan
yang terdiri daripada kulit, daging, tulang, darah dan sebagainya. Yang
dimaksudkan dengan sebenarnya ialah diri yang batin iaitu diri yang dating
dan akan kembali kepada Allah SWT.
Ulama Ilmu ketuhanan atau Ilmu Tauhid berpegang
kepada bahawa diri ini merupakan tangga untuk mengenal Allah, sesuai dengan
dalil yang mengatakan: “Siapa yang mengenal Tuhannya.”
Dikalangan ulama tasauf atau ulama Ilmu ketuhanan selalu
menasihatkan, ”carilah diri kamu dalam diri.”maksudnya, ialah
menyuruh agar kita mencari hakikat diri kita yang sebenarnya terlebih dahulu.
Apabila kita telah menemukan diri kita yang sebenarnya pasti kita akan mengakui
hakikat adanya Allah SWT.
Walaupun didalam Al Quran ‘diri’ itu disebut dengan
belbagai istilah, tetapi tujannya adalah untuk mengingatkan kepada manusia
supaya berfikir bahawa betapa luasnya ‘diri’ yang hakikat itu didalam manusia.
Diri manusia dilengkapi oleh Allah dengan sifat-sifat tertentu, kemudian
sifat-sifat tersebut dinilai atau dihisab, samaada baik ataupun
buruk.
Firman Allah SWT:
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai
pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya
itu akan diminta dipertyanggungjawabkannya.”
Allah menjelaskan kepada kita tentang istilah jiwa dan
sifat-sifat yang terdapat pada jiwa, iaitu pendengaran, penglihatan disamping
roh juga akan diuji tentang ketaqwaannya kepada Allah. Itulah sebabnya ketika
Allah berfirman kepada roh-roh atau jiwa, ianya sedia untuk
berbakti dan melaksanakan perintah tersebut maka diciptakanlah
jasad, lalu Allah menjadikan Adam. Roh telah berikrar dan
berjanji kepada Allah, maka untuk membuktikan dan berbuat sesuatu maka roh
memerlukan tempat iaitu jasad.
Istilah batin disebut juga dalam Al Quran dengan
Qalbu. Seandainya Qalbi tersebut diterangi dengan nur maka selamatlah
seseorang itu. Maka sekiranya tiada nur, gelaplah seseorang itu. Qalbi mestilah
mempunyai asas yang membolehkannya selamat yang hanya Allah saja yang boleh
menentukannya. Sesungguhnya segala sesuatu yang ada dalam diri berupa nafas,
akal. nafsu dan roh., bila menjadi satu maka dinamakan dengan insan.
Qalbi didalam Al Quran diistilah sebagai diri atau hati.
Qalbi sebenarnya mengetahui apa yang patut dibuat dan apa yang patut
dilaksanakan mengikut nilai-nilai diri itu sendiri.
Firman Allah SWT maksudnya:
“Sesungguhnya berbahagialah sesiapa yang membersihkan
jiwanya, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (As Sham:
9-10)
Wassalam
No comments:
Post a Comment