Sesudah kita mengerti syariat dan tariqat,
maka barulah kita dapat mempelajari suatu lapangan ilmu yang boleh dikata pelik
bagi kebiasaan umat manusia yang terdapat didalam tasauf iaitu yang
dinamakan hakikat, Ilmu untuk mengenal sesuatu dengan
sesungguhnya, siapa manusia itu dan siapa yang menjadikannya, demikian
juga siapa siapa yang mencipta sekelian itu.
Jadi dimulai dari dunia kecil atau peribadi manusia,
berpindah kepada alam yang besar, iaitu dunia dengan segala susunan bulan,
matahari dan bintang, dan kemudian manusia itu dibawa berfikir, bagaimana
terjadinya semua itu dan siapa Penciptanya. Memasuki lapangan filasafat
yang pelik dan penting itu ertinya memasukki mempelajari Ilmu Hakikat dan
ma’rifat yang tujuannya untuk mengetahui sesuatu dengan
sesungguh-sungguhnya.
Orang tasauf meringkaskan jalan pengetahuan ini dengan
ucapan:
Pengetahuian dapat membuka kepadanya jalan untuk mencapai
maksud rersebut, tetapi tidak selamanya pengetahuan itu dapat membawanya kepada
hakikat atau kebenaran. Lalu terjadilah beberapa macam jalan atau tariqat
seperti jalan yang ditempuh oleh ahli filasafat, jalan yang ditempuh oleh ahli
mantiq atau logic, jalan yang ditempuh oleh ahli akhlak, dan sebagainya. Orang
tasauf mengutamakan suatu jalan tertentu, yang mereka namakan tariqatus
sufiyah, tariqat Sufi yang terdiri daripada latihan-latihan ibadat,
sebagaimana yang diperintahkan dalam agama.
Al Imam Al Ghazali berpendapat, bahawa hakikat itu tidak
dapat dipelajari dengan ilmu pengetahuan saja, dengan tidak ada latihan,
hakikat itu tidak dapat dicapai.Seseorang yang ingin mencintai tuhan
itu, tetapi biasanya kecintaan itu belum meresap dalam dirinya, ia belum yakin
dalam eerti kata yang sesungguhnya, fikirannya masih penuh dengan syak wasangka.
Tetapi jika dia melakukan riadah, menjalani aturan-aturan yang diwajibkan
kepadanya dalam tariqat, baik mengenai latihan badan, maupun mengenai latihan
jiwa dan berfikir, biasanya hal itu lebih melekaskan atau mempercepatkan dia
mencapai maksudnya.
Al Ghazali menerangkan, bahawa Ilmu itu tidaklah semudah
itu untuk mencapai hakikat, kerana hakikat itu keluar dari dalam hati. Sekali
hakikat itu datang terang dan jelas didalam hati, seakan-akan dicampakkan
kedalamnya dengan tidak diketahui, sekali ia di perolehi, dengan jalan
penyelidikan dan mempelajari dalil-dalilnya
Hakikat yang diperolehi tidak dengan usaha itu dipanggil
Ilham, manakala yang diperolehi dengan mempelajari alasan dan
penyelidikan disebut I’tibar dan Istibsar.
Yang diperolehi dalam hati dengan tidak bersusah payah dan
bersungguh-sungguh mencarinya dan dibahagi atas dua bahagian, pertama tidak
diketahui darimana dan bagaimana datangnya, hanya dengan tiba-tiba sudah jelas
dalam hatinya, disebut Ilham, dan kedua diperolehi dengan tiba-tiba daripada
hakikat itu biasanya diperolehi pada diri Auliya’ dan Asfiya’
sedang hakikat yang diperolehi dengan usaha yang dipelajari dari alasan dan
penyelidikan hanya dapat dicapai oleh Ulama-ulama.
Tiap-tiap sesuatu,baik benda dan keadaan, ada hakikatnya
yang sudah ditakdirkan pada azalinya oleh Tuhan, sudah tertulis pada Luh Mahfuz
tidak diketahui oleh manusia, tertutup atau lebih tepat dinamakan dengan istilah
Sufi terdinding oleh hijab, yang menghalangi manusia tidak dapat melihatnya.
Sebagaimana manusia tidak dapat mengetahui perasaan atau sesuatu urat yang
terkandung dalam hati manusia lain, begitu jugalah hakikat sesuatu yang tertulis
pada Luh Mahfuz, yang menentukan perjalanan alam ini tidaklah dapat diketahui
oleh manusia biasa kerana antara matanya dan Luh Mahfuz Tuhan, terhijab
dan tertutup. Manusia hanya dapat meraba-raba dengan ilmunya, dan meneka dengan
fikirannya dan akalnya yang sederhana, bagaimana duduknya sesuatu perkara dalam
alam ni. Al Ghazali menerangkan bahawa hatilah yang dapat mencapai hakikat
sebagaimana yang tertulis pada Luh Mahfuz itu, iaitu hati yang sudah bersih dan
murni.
Memang kadang-kadang hijab antara hati dan Luh Mahfuz itu
dapat dihilangkan dengan uisaha anggota badan dan pancaindera yang diasah dan
dilatih, tetapi juga, kadang-kadang diluar usaha manusia , hijab itu terbuka
kerana tiupan bisikan Sufi, yang dinamakan oleh Al Ghazali: “Riyahul
altaf”.
Maka ketika itu terbukalah hijab yang menutup mata hati dan
ketika itu jelas dan teranglah semua kepada orang yang berkepentingan apa yang
tertulis diatas Luh Mahfuz itu. Tetapai ada juga hijab itu terbuka pada waktu
tidur, orang yang berkepentingan itu dapat melihat hal-hal yang akan terjadi
dimasa yang akan datang. Hijab itu seluruhnya akan terangkat bagi seorang
manusia apabila dia mati. Dan tutup hijab itu akan terangkat pada watu terjaga
diangkatkan oleh Tuhan maka terpancarlah cahaya dalam hati disebalik selubung
rahsia yang merupakan suatu Ilmu yang memelikkan(menghairankan-ajaib) yang tidak
mudah didapati. Kadang –kadang meletus cahaya itu semacam petir, dan
adakalanya datang berturut-turut secara lemah longlai.
Inilah gambaran pokok-pokok ma’rifat Sufi, keistimewaan
Para ulama dan ambiya’.
Ulama menghilangkan hijab itu dengan usaha dan kegiatannya. Manakala para
Ambiya’ dan Auliya’ tidak menghilangkan hijab itu dengan mempelajari dan
menyelidiki atau diusahakannya dengan kegiatan tetapi ditiupi kedalam hatinya
oleh, “Riyahul altaf”, yang menyemburkan cahaya suci yang dapat
mengangkat hijab serta dapat melihat apa yang tertulis diatas Luh Mahfuz.
Apabila semua ini kita ketahui, maka tidaklah menghairankan
bagi kita kenapa orang-orang Sufi itu lebih cenderung kepada ilmu
ilhamiyah daripada ilmu ta’limiyah. Mereka tidak ingin bersusah payah
untuk mempelajari ilmu yang dikarang oleh manusia, dikupas dan diulas dalam
jilid –jilid kitab yang tebal. Mereka lebih cenderung kepada keinginan
menempuh jalan atau tariqat yang merupakan pendahuluan mujahadah
melenyapkan pada dirinya sifat-sifat yang tercela, memutuskan segala bentuk
hubungan yang dapat merugikan kesucian dirinya serta mempersiapkan diri untuk
menerima pancaran Nur Tuhan itu.
Tidak mustahil ianya tidak berhasil, kerana Tuhan
Maha Kaya terhadap hambaNya, dan Tuhan adalah sumber daripada segala cahaya dan
ilmu itu. Apabila Tuhan telah menembusi hati hambaNya dengan nur dan cahayaNya,
berlimpah ruahlah Rahmat. Hati hambaNya bercahaya terang benderang, dadanya
terbuka luas dan lapang, terangkatlah tabir rahsia malakut dengan
kurnia Rahmat itu dan tatkala itu jelaslah segala hakikat ketuhanan yang selama
ini tersembunyi.
Al Ghazali meneruskan, bahawa tidak ada yang dikerjakan
oleh seorang hamba kecuali mempersiapkan dirinya dengan kesucian yang murni,
menyediakan himmahnya dengan kehendak yang benar, dan menanti dengan
tenang akan segala rahmatNya.
Sungguh bagi Nabi-Nabi dan Wali-Wali terbukalah apa yang
tertutup, jelaslah apa yang tersembunyi, kedalam dadanya berlimpah nur dan
cahaya, tidak dengan bertekun dan belajar, tidak dengan membolakbalikkan
buku-buku yang bertimbun, tetapi dengan zuhud didalam dunia, dengan melepaskan
hubungan yang tidak perlu dan merugikan, mengosongkan hati dari segala
kebimbangannya, siap sedia menerima kurniaan Allah yang akan tertumpah dan
tercurah kedalamnya, kerana barangsiapa yang menyediakan dirinya untuk Allah,,
Maka Allah itu, tersedia baginya.
Hati itu mempunyai keanehan, ia terlepas dari pengaruh
pacaindera, bebas dari otak dan pengajaran. Bahkan lebiih dari otak dan
pengajaran, acapkali tiap hal perkara yang tidak sanggup difikirkan otak,
terlintas dalam hati dengan jelas..
Barangkali suatu perumpamaan lebih menjelaskan kedudukan
persoalan ini:
Kita gali sebuah tebat, kita alirkan kedalam air dari
tempat lain melalui saluran. Memang dengan usaha sedemikian tebat itu akan
terisi, tetapi ianya terbatas, sebanyak air yang mengalir melalui saluran itu.
Jika air dalam tebat itu terpancar dari dalam tanah, nescaya ia merupakan isi
tebat yang tidak akan kering dan inilah Ilmu yang diusahakan dari luar, melalui
pancaindera sumber mata air yang tidak akan kering.
Semua hakikat benda dan keadaan tertulis diatas luh Mahfuiz
tetapi juga tergambar dihati malaikat yang suci. Sebagaimana seorang ahli
bangunan melukiskan rencananya diatas selembar denah, yang kemudian
dilaksanakannya demikian juga Pencipta langit dan Bumi ini melukis rencananya
diatas Luh Mahfuz. Satu demi satuperincian, yang kemudian diwujudkan sesuai
dengan denah Ketuhanan itu. Maka terjadilah alam itu dalam empat tingkat,
ujudnya dalam Luh Mahfuz, weujudnya yang hakiki sebagaimana yang terklaksana,
wujud khayati debagtaiaman yang dsapat diterka dan wujud akli sebagaimana yang
dapat difikirkan dan terlintas dalam hati. Makin suci seseorang manusia, makin
dekat ia kepada alam malakut dan makin dekat ia kepada hakikat yang sebenarnya.
Makin dekat sesorang hamba kepada alam nasut, yang penuh dengan alam
khayal belaka atau ilmu yang diraba-raba dengan pancaindera, maka makin jauhlah
ia daripada hakikat dan rencana Tuhan yang sebenarnya, iaitu rencana sebagaimana
yang tertulis pada azal atau Luh Mahfuz
No comments:
Post a Comment