Sunday, 8 July 2012

SALMON BUTTER LEMON




SALMON BUTTER LEMON ... ^^,

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 slices salmon
2 + 1 sudu besar olive oil
1 sudu besar butter
1/2 sudu besar jus lemon
4 sudu besar air
garam secukup rasa
lada hitam secukupnya(3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam)
daun bawang untuk hiasan
tepung gandum/ corn starch

Cara-cara

1. Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. sapukan dengan tepung gandum.
Salmon-butter-lemon2
2. Panaskan 2 sudu besar olive oil. Bila olive oil panas, besarkan api dan masukkan salmon.
3. Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi. Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing.
4. Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruwap dan sos lemon melekat kat sudu.
5. Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang.
6. Kalau nak lagi sedap, sebelum letak samon tu pinggan tu panas sekejap dgn microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment