Tuesday 28 January 2014

3 CABANG ILMU FARDHU AIN


Ulama Ahlul SUnnah Wal Jamaah membahagikan ilmu fardhu ain kepada 3cabang ilmu atau digelarkan 3 sendi agama iaitu ;

1.Usuluddin/tauhid
2.Fekah
3.Tasawuf

Justeru dari awal pada pandangan ulama silam, ketiga2 sendi agama itu memang dibawa Baginda Nabi Muhammad S.A.W . Sekadar dipecahkan bukan utk pengasingan tetapi memudahkan ummah menuntut dengan cara yg lebih tersusun.

Namun. akibat salah faham sebahagian ummah ambil satu cabang tertentu dan tolak cabang yg lain, sedangkan sepatutnya ketiga2 cabang ilmu itu fardhu ain yan dituntut.

Sebahagian pendapat menolak ajaran tasawuf kerana dikatakan tiada nas. dan dalil yg sohih menyebut pasal tasawuf. Ana tidak katakan mereka salah kerana perkataan tasawuf itu sendiri juga bukan digelarkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W tetapi diambil dari istilah tertentu dan pengisian bab tasawuf itu bukanlah rekaan. Namun ia dibawa dari sirah diambil dari akhlak Baginda Nabi S.A.W diperhalusi dari bab usuluddin dan fekah jua yg saling mengemaskan antara satu sama lain.

Andai sekadar mempelajari tasawuf tinggalkan usuluddin/tauhid dan fekah maka jadilah tasauf songsang,jadilah zindik iaitu golongan inilah yg menjadi fitnah kepada tasawuf kerana mereka saling bertelagah dengan golongan yg hanya ambil fekah semata2,bertelagah berkenaan isi dan kulit dan sebagainya sedangkan sepatutnya fekah dan tasawuf itu tidak terpisah.

Utk membetulkan ibadah khusus contohnya solat, kita perlu mempelajari dari segi fekahnya utk diketahui rukunnya ,cara perlakuannya samada sah dan batalnya. Manakala dalam bab tasawuf menekankan kepada ciri2 solat itu secara batinnya atau dalamannya penekanan kepada perkara yg menghapuskan pahala. dan menyebabkan tertolak pada hakikatnya kerana sebab sifat mazmumah seperti tidak ikhlas, kerna riak,kerana syirik khafi dan sebagainya.Sememangnya ketiga2 cabang atau sendi itu tidak terpisah tetapi dipisahkan oleh sebahagian masyarakat...

Andai hebat ilmu tasawuf tetapi tinggalkan usuluddin atau tauhid juga boleh menjadi tauhidnya menyeleweng.Tidak kenal kepada Allah dengan sebenarnya dan hanya sekadar bersangka2 bahkan timbul fitnah hingga mengatakan Allah itu bertempat,berada diarasy atau dilangit adalah perkara yg mustahil bagi Allah. Dan ada juga sekadar menyatakan Allah tidak bertempat tetapi tidak diperpanjangkan pemahaman Allah tidak bertempat itu hingga nyata bagi melihat Allah dengan mutlak bukan mata kasar tetapi melihat kebesaran Allah dan merasa kebesaran Allah dalam diri dari kenal dengan ilmu dipertingkatkan ke makam seterusnya.Sememangnya tidak terpisah usuluddin/ tauhid itu ngan tasawuf.

Andai sekadar dipegang tauhid sahaja dan ditinggalkan tasawuf akan lahirlah golongan yg angkuh,sombong,rasa hebat,rasa diri tahu,rasa diri,kenal Allah,rasa diri org yg berilmu kerana tiada peringatan bab yg menyebabkan tergelincir iman dan tertolak iman,sia2 keimanan. Yang terkandung pula dalam tasawuf, banyak ana lihat golongan2 tertentu hebat berbicara agama dikedai kopi,di alam maya dan bercerita berkenaan zat , sifat , asma, af'al tetapi angkuh dijiwa dan terkadang ada golongan yg solatnya sekadar niat inilah yg menyebabkan berlakunya fitnah kepada cabang tasawuf..

Begitu jua andai pegang fekah sahaja.Walaupun hebat ilmu akan terasa diri semakin bagus.,makin baik,terkadang menghina org lain yg tidak berilmu, yg tidak bagus dan yg tidak tahu hukum hakam, mereka tidak diasuh dlm diri dengan peringatan yg boleh menghapuskan amal. Sebab itu kita dilarang sewenang2nya mengatakan org bodoh,bengong,gila,sewel,mengkafirkan,memurtadkan dan sebagainya. Ini kerana sepatutnya org yg tinggi ilmunya dan ampuh pengetahuan fekahnya akan lebih tawadduk andai tidak dipisahkan dengan ilmu tasawuf yg membimbing utk mendidik hati yg membuatkan dirinya malu kepada Allah utk mengungkapkan kata2 nista atau caci maki kepada org lain apa lagi kepada org yg lebih jahil kerana tahu andai tiada pilihan dari Allah nescaya dia jua akan berada dalam kejahilan bahkan sedar dan insaf kata2nya itu adalah doa. Mana mungkin org alim akan mendoakan perkara yg keji utk org yg jahil.

Begitulah pentingnya 3 sendi agama itu ituntut dan disatukan,bukan ditolak sebahagian dan diambil sebahagian yg lain dengan kepentingan tertentu kerana 3 sendi itu bukan pemisahan, ia sekadar pembahagian utk memudahkan tuntutan ilmu kepada ummah.





Soal : Dan apa kata kamu pada orang yang ber’amal dengan tiada mengetahui ‘ilmu yang tiga perkara itu?

Jawab : Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam: “Tiada sekali diterima segala ‘amal ‘ibadatnya dan jikalau mengerjakan haji sekalipun.” Dan lagi haram menuntut ‘ilmu fardhu kifayah sebelum mengetahui ‘ilmu fardhu ‘ain, misalnya seperti seorang berhutang qadha” sembahyang luputnya dengan tiada uzur, haramlah berbuat sunat sebelum habis qadha’ sembahyang luputnya dengan tiada uzur, dan bagi hukumanya orang meninggalkan fardhu itu fasiq hukumnya kerana meninggalkan menuntut ‘ilmu yang fardhu ‘ain, tiada sah jadi wali nikah dan jadi saksi nikah kerana fasiqnya...(petikan dari kitab Kasyful Al Asrar).



~Sekadar sedikit qalam  yg hendak dikongsikan bersama untuk kita merenung,berfikir dan bermuhasabah diri bersama, maaf andai tersalah bicara..Wallahua'lam.

1 comment:

  1. assalamualaikum..
    sy amat tertarik dengan pencerahan ini..
    apa boleh sy belajar dengan tuan

    ReplyDelete