Friday 18 January 2013

KHASIAT BUAH DELIMA

 

Siapa yang tidak kenal Buah Delima. Buah Delima dikenali sangat menarik sama ada bentuk,warna kulit mahupun bijinya yang melambangkan kesuburan.Sedangkan intipati buahnya yang berwarna merah dan lazat bagaikan mata air salsabil di syurga. Sesetengah orang menganggapnya lambing kelahiran,kehidupan dan kematian.Kerana biji-biji buah Delima mengandungi air dan dapat mengeluarkan banyak air.

khasiat delima memang tak diragui lagi. Buah Delima terkenal dengan nama ‘superfruit’ mengandungi antioksidan yang tinggi terdiri dari asid ellagik yang baik untuk melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.
Paling bestnya buah delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk. Pengambilan buah delima jugak boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras kolesterol jahat dan meningkatkan aras kolesterol baik.

Sekiranya ibu mengandung disarankan mengambil buah delima ni kerana mampu melindungi otak daripada rosak dan mencegah Alzheimer. Rasanya ramai yang tahu buah delima ini buah dari syurga jadi tak hairanlah kan kalau banyak kebaikan yang boleh dapat daripada buah delima.

Kajian di seluruh dunia telah dijalankan ke atas manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pramatang. Dengan mengamalkan pengambilan jus buah delima, ini dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi pembangunan yang sihat bayi. Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat. (sumber mamashealth)

 pomegranate 1 Khasiat Buah Delima

   “Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima,” [Surah al Rahman ayat 68].
    Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)

Rasulullah bersabda,

    “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”

(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)

Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)

Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.

 

KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH DELIMA

    Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
    Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
    Menyingkirkan lemak berlebihan
    Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri
    Mencegah rasa mual
    Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
    Mencantikkan kulit muka
    Membantu memulihkan pesakit kencing manis
    Berupaya menghapuskan kahak
    Memberi tenaga dan mencegah keletihan
    Mencegah angin ahmar bagi warga emas
    Meningkatkan peredaran darah
    Mencegah dan merawat kanser
    Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
    Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
    Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
    Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
    Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
    Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
    Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
    Membantu mengurangkan batuk dan lelah
    Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
    Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
    Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
    Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
    Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous

Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-

    Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
    Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu

    Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .

Lihatlah betapa banyaknya khasiat buah delima ini sehingga Rasulullah SAW juga bercakap mengenainya. Tidak semua tempat ada menjual buah delima tidak seperti buah-buah yang lain. Sekiranya anda mempunyai penyakit seperti yang disebutkan di atas, cubalah amalkan Insha Allah buah delima dapat mengurangkan masalah kesihatan

No comments:

Post a Comment