Semuanya dengan kehendak MU. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.
Thursday, 4 October 2012
LAUH MAHFUZH
Pada sebuah kitab dan riwayat; “ Ka’abul- akhbar” : Bahawasanya Allah swt yang pertama–tama diciptakan adalah nyawa(roh), kemudian para Malaikat yang menjaga “ Arasy .”
Pada riwayat lainnya :
Sabid bin Juabir yang masyhur berkata : Adalah bahawasanya Allah swt menciptakan yang pertama itu adalah Kalam dan Lauh. Pada riwayat lainnya; Bahawasanya Allah swt menciptakan yang pertama itu adalah Kalam dan Lauh maka tersuratlah setiap makluk yang akan diciptakanNya sehingga hari Kiamat.Kemudian Allah swt menciptakan “ DARATUL BAIDLO” mutiara yang putih, lalu daripada mutiara putih itu diciptakan air, lalu diletakkan Arasy itu di atas air, kemudian diciptakan Kursi, Hawa dan Roh.
Pada kejadian Luah Mahfuzh itu Allah swt menciptakan daripada mutiara yang putih dan kedua tepinya daripada Yakut yang merah warnanya bersinar dan atasnya daripada Batu Manikam. Jarak antara dengannya itu besarnya bagaikan langit dan bumi dan panjangnya antara Masyrik dan Maghrib (kutub utara dan kutub selatan) dan tersurat segala nasib amal–amal manusia untung baik dan untung jahatnya serta amal baik amal buruknya dan sebagainya.
Lauh Mahfuzh itu dapat dilihat oleh Malaikat ‘Izrail hanya pada bahagian sebelahnya saja dan yang sebelahnya serta bahagian lain hanya Allah swt yang dapat melihatnya dan mengetahuinya.
Dan Kalam itu diciptakan oleh Allah swt daripada nur(cahaya) yang panjangnya antara langit dan bumi.
Pada suatu riwayat lain : Kalam itu panjangnya adalah selama perjalanan lima ratus tahun, dan demikian pula pada bulatannya kalam itu.
Kemudian maka Allah swt berfirman : Hai Kalam, catatlah olehmu, setelah mendengar firman Allah swt itu, maka gementarlah Kalam itu dengan mengucap tasbih oleh kerana hebatnya firman daripada Allah swt itu .
Kemudian Allah swt berfirman pula : Hai Kalam, catatlah olehmu setiap apa yang diciptakan,ditakdirkan dan sebagainya. Setiap apa yang akan diciptakan dan yang akan ditakdirkan oleh Allah swt ( amal baik dan amal jahat / buruk , untung dan rugi , sihat dan sakit , hidup dan mati dan sebagainya ) adalah kesemuanya datang daripada ketentuan Allah swt jua.
Itulah berita2 ghaib yang perlu diketahui oleh kita..
Terpulang pada penerimaan insan tersebut.. kerana pengetahuan sebenarnya adalah Milik Allah..
Lauh Mahfuzh akan kekal selamanya karena ia termasuk makhluk yang abadi, selain Lauh Mahfuzh makhluk abadi ada 'Arsy, surga, neraka dan lain-lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment