Wednesday 18 July 2012

MOTIVASI: BERSYUKUR DALAM FIKIRAN YANG POSITIF


PERUBAHAN adalah asas bagi kita untuk mencapai kejayaan dalam apa juga bidang. Tanamkan tabiat berfikiran positif sebagai asas. Bersangka Baiklah Dengan Semua Orang Dalam Apa Jua Keadaan dan katakan pada diri, walau apa jua yang berlaku, anda tetap mahu mencapai matlamat anda. Kenali diri anda terlebih dahulu, kekurangan dan kelebihannya lalu manipulasikan kuasa minda untuk mencapai apa saja yang Anda mahu. Sudah tentu, semua bermula dengan fikiran positif.

Sekiranya kita jangkakan kejayaan, fokus kita pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Dalam memburu kejayaan untuk berubah dalam menjangkau fikiran yang positif, anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia. Maka banyakkan berdoa untuk berubah kalau diri masih dalam kekeliruan...

Pertama sekali, ia perlu bermula di minda kita sendiri. Tetapkan di dalam minda kita bahawa takkan ada masalah yang kekal. Katakan pada diri kita bahawa kita mempunyai hak untuk mengawal masalah dan bukannya kita yang dikawal oleh masalah. 

Fikiran positif juga perlu disertai dengan bayangan positif, jadi apa yang bakal berlaku juga fikirkan semua positif dan gembira.

Jadi, dengan memfokus perasaan dan tanggapan (thought) pada penyelesaian, Minda akan membawa kita berjumpa dengan situasi-situasi yang memberikan jalan penyelesaian mahupun menemukan kita pada orang-orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah. Dan itulah yang dikatakan berfikiran positif.


Fikiran positif mendorong kita sentiasa mencari yang terbaik demi kebaikan yang berlandaskan ketaqwaan, iman dan amal. Luasnya sasaran sabar dan tawakkal meliputi bumi, tingginya melangkaui angkasa dan menyeluruhnya merangkumi semua aspek kehidupan; yang berteraskan pada kesyukuran semata2..

Mengikut Law Of Attraction, apa yang selalu kita fikirkan, maka itulah yang akan terjadi pada kita. Pendek kata, kita adalah hasil dari apa yang kita fikirkan. Carilah nilai positif dalam semua situasi; dan cari nilai-nilai positif yang ada pada diri sendiri, persekitaran dan situasi itu sendiri; iaitu ceria dan bersemangat. Maka latihlah minda kita untuk menumpu fikiran pada penyesaian (solution) dan bukannya asyik memikir masalah @ asyik memikir stress. 

Dalam Law Of Attraction, apa yang kita selalu fikirkan, akan menarik fikiran yang serupa yang situasi-situasi yang serupa dengan yang kita fikirkan.
Minda kita mengeluarkan energi. Kita fikiran kita positif, maka energi yang dikeluarkan juga positif; lalu ia menarik situasi-situasi positif dan orang-orang yang positif. 

Fikiran positif adalah pemikiran dan tanggapan yang baik-baik. Ia merupakan rasa kagum, gembira, optimis, bertenaga, ceria, sayang, cinta bahkan rasa berani bila melakukan sesuatu. Bila kita terapkan sifat ni dalam diri kita, maka kita akan mampu menempuh sebarang cabaran dan mampu bangkit dari kegagalan yang dilihat mustahil. Selain perasaan di atas, fikiran positif juga dikaitkan dengan perasaan berani gagal, sangup bekerja keras dan mahir mengawal emosi.

Latih diri untuk kawal emosi, bersabar dan latih diri untuk bertenang. Memang masalah tu berat dan payah nak dilupakan, tapi bertenang adalah lebih baik. Cara bertenang itu dengan bersyukur dan senang dengan apa yang ada pada diri kita;

Sebagaimana firman Allah: "Bersyukurlah nesacaya Aku akan menambah nikmat kepadamu"; 

Surah AN-NAHL (LEBAH) - Ayat 78.. "Wallah hu akhrajakum mim butu ni ummahaa tikum..

"Dan ALLAH mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur."

maka Lebih banyak Anda berterima kasih (Bersyukur), lebih banyak penyelesaian yang akan wujud dan lebih banyak bantuan dan pertolongan yang akan muncul.

Fikiran positif adalah pemikiran dan tanggapan yang baik-baik. Ia merupakan rasa kagum, gembira, optimis, bertenaga, ceria, sayang, cinta bahkan rasa berani bila melakukan sesuatu.  

Lebih banyak kita bersyukur maka lebih banyak yang kita akan menerima rahmat dari yang Maha Esa. Kesannya, hidup kita juga akan menjadi lebih baik.

Dengan itu, minda kita akan menciptakan situasi yang baik-baik dan "menarik" apa saja yang anda fikirkan. Semuanya bermula dari niat kita. Kawal pemikiran kita dengan niat yang baik. Dan NIAT itu adalah di hati kita..!!


Minda + fikiran + tindakan + jasad adalah semua dikawal oleh HATI; jika baik HATI tersebut maka baiklah jasad tersebut..

Bila kita terapkan sifat ni dalam diri; maka kita akan mampu menempuh sebarang cabaran dan mampu bangkit dari kegagalan yang dilihat mustahil. Selain perasaan di atas, fikiran positif juga dikaitkan dengan perasaan berani gagal, sangup bekerja keras dan mahir mengawal emos
i.

Fokuslah Fikiran Pada Perkara Yang Baik-Baik.  

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, 
"kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". 

Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.

Sebab itu, Anda perlu berjaga-jaga dalam pemikiran, perasaan, tindakan dan keputusan. Minda akan merealisasikan apa saja keinginan kita, perasaan kita, matlamat kita dan kemahuan kita. Kalau buruk, buruklah. Kalau matlamat baik, baik jadinya.

Selain tu, tak lupa juga pada kegiatan yang berkualiti dan kehidupan yang seimbang. Maka letakkan sifat-sifat baik dalam minda, supaya ia mewujudkan situasi-situasi baik dan cemerlang dalam hidup kita

Apa yang kita tanam, itulah yang akan kita tuai. Tanam benih yang baik, siram dengan air yang baik, maka hasilnya akan jadi buah baik, cemerlang dan luar biasa hebat. 

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya.

Jadi, kita perlu kawal pemikiran kita sendiri. Cara untuk mengelak hal ni terjadi, perlu bersangka baik, dan 'be positive' dalam apa jua keadaan.  

Untuk menjadi cemerlang dengan fikiran yang positif, kita perlu belajar untuk mahir mengawal minda. Dengan memiliki kemahiran mengawal minda kita sendiri; maka kita bisa menjadi seorang yang matang, bijak, tahu mengawal emosi dan tahu memanfaatkan kuasa minda untuk mencapai apa saja matlamat yang kita hajati, terutama untuk mencapai kecemerlangan dari fikiran yang positif. Konsepnya amat mudah; 'what you want is what you get'.


Kita tidak punya pilihan lain. Untuk berjaya kita mesti mula berlakun hari ini demi masa depan kita sendiri. Hayati watak orang-orang yang cemerlang dan berjaya. Hafal dialog-dialog dengan berfikir, bercakap dan bertindak seperti mereka-mereka yang cemerlang. Lama kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian anda. Ia akan menjadi sikap baru dan mampu mengubah attitute kita. Jadikan mereka yang disekeliling kita menyedari perubahan sikap kita yang positif itu. Hal ini mampu mendorong kita untuk kita tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif kita sebelum ini. Maka praktis dan Lakunkanlah watak orang-orang yang cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan model ikutan kita; dan sudah tentu model-model itu sudah ada dalam senarai kita, pastikan! dan anda mampu mengubahnya!!..  

Setelah kita kenal pasti model ikutan anda, cuba dapatkan maklumat tentang model ikutan kita itu; sejarahnya, data peribadinya atau gambar mereka. Baca juga kisah hidup mereka. Pelajari bagaimana mereka merancang dan bertindak. Cari potongan kata-kata ucapan mereka yang boleh dijadikan panduan hidup. Selami falsafah hidup mereka dan lihat bagaimana mereka mengatasi setiap masalah yang datang dalam hidupnya. Sebab semakin besar kejayaan seseorang itu maka semakin besarlah cabaran serta masalah yang telah mereka hadapi. Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang sering berada ditempat yang sama. Kejayaan bukanlah apa yang kita miliki tetapi apa yang kita pelajari. Siapa kita dipenghujung kehidupan ini jauh lebih penting berbanding apa yang kita perolehi ketika itu.


Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. 

Untuk kekal dalam sikap positif kita perlu saran diri kita dengan katajaya yang merangsang jiwa dan fikiran. Kita juga boleh gunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan melazimkan hidup kita berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia memberi kita kekuatan untuk menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah.

Kita perlu sedar bahawa punca kejayaan kita ialah kerana satu perkataan sahaja iaitu YAKIN. Jika kita YAKIN maka InsyaAllah, akan membuahkan hasil yang amat memuaskan hati dan memacu kejayaan..! Yang penting YAKIN, kalau kita tak yakin kita akan sentiasa dalam kekeliruan sama ada nak buat atau tak nak buat. Tapi sekiranya anda punya KEYAKINAN, maka, YOU CAN DO IT!

Jika kita di landa masalah sekarang ini, tanya diri sendiri apa yang patut dibuat untuk menyelesaikannya. Fikir tentang penyelesaian. Tanya diri kita, di mana sepatutnya kita patut bermula dan apa yang boleh kita gunakan untuk menyelesaikan masalah tu. Dan yang utama, turutlah kata hati anda sendiri berasaskan sumber ilmu, keimanan dan ketaqwaan... 

yess.. InsyaAllah.. pasti bolehh!!!

 MALAYSIA BOLEH..!!!

No comments:

Post a Comment