Thursday, 28 February 2013

MALU PADA ALLAH

amanah



Hakikat Sifat Malu

Sifat malu ada yang positif dan ada juga yang negatif. Malu yang positif akan menjauhkan seseorang dari perbuatan maksiat, salah dan keji. Malu yang positif akan juga menimbulkan rasa bersalah kepada seseorang apabila ia meninggalkan perintah dan suruhan Allah Ta’ala.

Malu yang negatif pula menghalang seseorang itu dari melakukan ketaatan, kebaikan dan kebajikan. Malu negatif ini juga kadang-kala menyebabkab seseorang itu terdorong untuk melakukan perbuatan maksiat, salah dan keji, umpamanya lantaran malu diangap sebagai kolot atau ketinggalan zaman maka ia sanggup mendedah aurat, minum arak, merokok dan seumpamanya.

Sebagai seorang yang beriman, kita seharusnya memiliki rasa malu yang positif, sehingga lahir nilai  malu yang sebenar-benarnya di hadapan Allah Ta’ala apabila melakukan apa yang dilarang dan dibenci-Nya, atau ketika meninggalkan apa yang diperintahkan-Nya.

Perhatikanlah dialog Rasulullah S.A.W dengan para sahabat dalam sebuah majlis.

    Baginda bersabda, ”Malulah kepada Allah dengan sebenar-benarnya.” Para sahabat menjawab, ”Wahai Nabi Allah, kami memang malu kepada Allah dan sentiasa memuji-Nya.” Nabi bersabda, ”Bukan begitu yang saya maksudkan. Tetapi, orang yang malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya mestilah menjaga kepala dan fikiran yang terkandung di dalamnya. Hendaklah juga menjaga perut dan apa yang dikumpulkan di dalamnya, dan hendaknya dia mengingati maut dan bencana yang akan menimpanya. Siapa yang menginginkan akhirat, maka dia mesti sanggup meninggalkan kegemerlapan hiasan dunia.” (Riwayat Imam At-Tirmizi)

Rasulullah S.A.W selalu berusaha memahamkan para sahabatnya tentang hakikat malu kerana malu merupakan salah satu sifat mulia dan terpuji. Bahkan, ia merupakan teras keimanan. Sabdanya,

    ”Tidak ada iman bagi orang yang tidak punya malu.”

 
Untuk memupuk dan memelihara rasa malu yang positif, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian, umpanya;

[1] Menjaga kepala dan fikiran. Maksudnya adalah menjaga seluruh deria atau pancaindra yang dikendalikan oleh kepala. Ia tidak mempergunakan pancaindra itu kecuali dalam perkara dan urusan yang diredhai Allah Ta’ala.  Fikirannya tidak akan digunakan untuk mencetus idea-idea yang menjurus kepada maksiat. Matanya tidak akan digunakan untuk melihat aurat atau apa jua larangan Allah Ta’ala. Telingganya tidak akan digunakan untuk mendengar gosip, umpatan atau perkara-perkara yang sia-sia dan melalaikan seperti muzik dan nyanyian. Mulutnya tidak akan digunakan untuk berdusta, mengumpat, mencela, menfitnah, menyanyi dan seumpamanya.

[2] Menjaga perut dan isinya, ertinya ia tidak memakan sesuatu kecuali yang halal kerana itulah yang diperintahkan Allah Ta’ala dalam firman-Nya :

‘Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu.” (Al-Baqarah : 172)

Makanan yang tidak halal yang masuk ke dalam perut akan mengakibatkan kerosakkan pada hati. Bahkan akan meningkatkan nafsu serakah untuk melakukan perbuatan hina dan keji.

[3] Mengingati mati dan kehancuran tubuh setelah mati serta membayangkan kematian selalu ada di depan mata. Rasulullah S.A.W bersabda,

”Perbanyaklah mengingati si pemusnah kenikmatan, iaitu kematian.” (Riwayat Imam At-Tirmizi).

Mungkinkah seorang yang sentiasa mengingati mati melakukan larangan Allah Ta’ala? Umpamanya seorang wanita yang meyedari hakikat bahawa lambat-laun ia pasti akan mati dan tubuh badan akan hancur bercampur tanah, pastinya tidak akan menyalah-gunakan kecantikan atau kejelitaan dirinya, kerana segala kecantikkan dan kejelitaan itu akan berakhir apabila maut datang kepadanya. Tambahan pula ia yakin bahawa jika ia tidak menutup auratnya, jika ia tidak menjaga batas pergaulannya, jika ia tidak menjauhi perbuatan maksiat, pastinya nanti apabila ia bersemadi berseorang di dalam liang lahad, berbagai azab seksaan yang amat berat sedang menantinya di sana. Ia sentiasa menyedari bahawa tubuh badannya yang lemah, kejelitaan yang sementara dan apa jua kelebihannya di dunia ini tidak akan berupaya mengurangkan atau menghilangkan kesakitan yang bakal ditanggung di alam Barzakh.

[4] Meninggalkan perhiasan dunia. Ertinya, ia tidak terperdaya oleh janji-janji manis dunia,  sehingga ia tidak disibukkan oleh hal-hal itu dari mengingati Allah Ta’ala dan akhirat yang merupakan tempat kembalinya.

Allah Ta’ala berfirman:

”Maka, janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu. Dan janganlah penipu (syaitan) memperdaya kamu terhadap Allah.” (Luqman: 33)

Malu Pada Allah

Abu Hurairah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW bagaimana caranya malu kepada Allah itu? Lalu Rasulullah SAW menjawab,

    “Kamu berasa malu denganNya, sebagaimana kamu berasa malu dengan lelaki yang soleh dalam kalangan kamu.”

Sememangnya apabila berhadapan dengan orang yang lebih alim dan soleh, kita akan automatik berasa malu untuk melakukan perkara-perkara mungkar. Di hadapan naqib kita, bolehkah kita bermesra dan bergurau senda dengan wanita yang bukan muhrim? Di hadapan ustaz atau ustazah, bolehkah kita membuang sampah sesuka hati? Apabila bersama dengan sahabat yang soleh, bolehkah kita melewat-lewatkan solat kita dan membiarkan dia solat seorang diri?

Inilah yang dikatakan malu pada orang soleh. Kita malu untuk jadi diri sendiri yang banyak dosa dan kekurangan. Kita malu untuk berkelakuan kurang sopan dan melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat Islam. Inilah asas kita untuk membentuk sifat malu pada Allah SWT. Rabb yang menciptakan kita semua. Kalau kita malu untuk melanggar perintahNya di hadapan orang-orang soleh, kita harus lebih-lebih lagi malu untuk melanggarinya sewaktu bersendirian. Kerana Rasulullah SAW sendiri mengatakan malu pada Allah itu ibarat malu pada orang yang paling soleh di kalangan kita.

Malulah kita pada diri kita sendiri apabila kita mampu untuk malu pada orang alim, tetapi tidak mampu untuk malu pada Allah SWT. Malulah kita pada diri kita sendiri jika kita hanya mampu untuk taat padaNya dihadapan hambaNya yang lain, tetapi tidak mampu untuk taat ketika bersendirian.

Malukah kita?

Maka, sebelum melakukan sesuatu, fikir-fikirkanlah.

Malukah aku kalau aku solat subuh gajah sewaktu Ustaz Hasrizal bermalam di rumahku?

Malukah aku kalau aku gagal mengawal emosi dan memarahi orang sesuka hati di hadapan naqibahku?

Malukah aku kalau aku  keluar dengan berpakaian tidak menutup aurat dengan budak-budak surau?

Malukah aku kalau aku bersenda gurau dengan orang yang bukan muhrimku di hadapan tok guru?

Malukah aku kalau aku bergayut telefon dengan awek atau bakal isteriku ketika akmal atau cerah bertandang ke rumah?

Bersyukurlah jika kita masih punya rasa malu untuk melakukan perkara-perkara mungkar di atas ketika bersama dengan mereka. Setidak-tidaknya apabila bersama dengan mereka, kita terselamat dan terhindar daripada perbuatan-perbuatan yang mengundang dosa. Maka, seterusnya pupuklah rasa malu itu juga dalam diri kita dalam erti kata yang sebenar.

Didiklah sifat malu kita pada Allah. Fikirlah, sekiranya kita malu untuk melakukan sorezore no koto di hadapan mereka yang lebih alim, maka kita juga harus malu pada Allah untuk melakukan perbuatan sedemikian. Semoga kita semua terpelihara daripada perbuatan maksiat dan mungkar. Dekatilah orang-orang yang soleh di kalangan kita, semoga kita semua terdidik dengan sifat malu pada Allah dan terhindar daripada perkara-perkara yang boleh mengundang murkaNya kepada kita.

p/s : malunya pada Allah jika saya sendiri tak mampu untuk mendidik sifat ini dalam diri. Sama-samalah kita mendoakan satu sama lain agar Allah permudahkan diri kita untuk memupuk sifat malu padaNya dalam diri kita. Semoga kita tergolong dalam golongan hamba-hamba yang dikasihiNya.

DOA DAN HUJAN


Segala puji bagi Allah SWT kerana telah menganugerahkan kita segala macam nikmat, salah satunya dengan kurniaan menurunkan hujan melalui gumpulan awan. Allah SWT berfirman:
 أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ ﴿٦٨﴾ أَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنزِلُونَ﴿٦٩

“Maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya atau Kamikah yang menurunkannya?” (QS. Al Waqi’ah [56]: 68-69)

.

Begitu juga firman Allah Ta’ala:
وَأَنزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرَاتِ مَاءً ثَجَّاجًا ﴿١٤

“Dan Kami turunkan dari awan air yang mencurah-curah.” (QS. An-Naba ‘[78]: 14)

.

Allah SWT juga berfirman:
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّـهَ يُزْجِي سَحَابًا ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيْنَهُ ثُمَّ يَجْعَلُهُ رُكَامًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مِن جِبَالٍ فِيهَا مِن بَرَدٍ فَيُصِيبُ بِهِ مَن يَشَاءُ وَيَصْرِفُهُ عَن مَّن يَشَاءُ ۖ يَكَادُ سَنَا بَرْقِهِ يَذْهَبُ بِالْأَبْصَارِ ﴿٤٣

“Maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya.” (QS. An Nur [24]: 43) iaitu dari celah-celah awan. (Majmu ‘Fatawa Ibnu Taimiyyah, 24/262, Maktabah Syamilah)

.

Merupakan tanda kekuasaan Allah SWT, berdikari-Nya dalam menguasai dan mengatur alam semesta, Allah SWT menurunkan hujan pada tanah yang tandus yang tidak tumbuh tanaman sehingga pada tanah tersebut tumbuhlah tanaman yang indah untuk dipandang. Allah SWT telah mengatakan yang demikian dalam firman-Nya:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنَّكَ تَرَى الْأَرْضَ خَاشِعَةً فَإِذَا أَنزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ ۚ إِنَّ الَّذِي أَحْيَاهَا لَمُحْيِي الْمَوْتَىٰ ۚ إِنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴿٣٩

“Dan di antara tanda-tanda-Nya (ialah) bahawa kau lihat bumi kering dan gersang, maka apabila Kami turunkan air di atasnya, nescaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya Tuhan Yang menghidupkannya, Pastilah dapat menghidupkan yang mati. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (QS. Fushshilat [41]: 39)

.

Itulah hujan, yang Allah SWT turunkan untuk menghidupkan tanah yang mati. Sebagaimana dapat dilihat pada kawasan yang kering kontang dan jarang sekali dijumpai air seperti di gurun, tatkala hujan turun, datanglah keberkatan dengan mekarnya kembali berbagai tanaman, tumbuhan kembali hidup setelah sebelumnya kering tanpa daun. Sungguh ini adalah suatu kenikmatan yang amat besar.

.

Sebagai tanda syukur kepada Allah SWT atas nikmat hujan yang telah diberikan ini, sebaiknya kita mengambil ikhtibar daripada musim hujan ini.

.

.
Adab Ketika Hujan

.
Waktu Terkabulnya Doa

.

Ibnu Qudamah dalam Al Mughni, 4/342 mengatakan, “Dianjurkan untuk berdoa ketika turunnya hujan.”

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اُطْلُبُوا اسْتِجَابَةَ الدُّعَاءِ عِنْدَ ثَلَاثٍ : عِنْدَ الْتِقَاءِ الْجُيُوشِ ، وَإِقَامَةِ الصَّلَاةِ ، وَنُزُولِ الْغَيْثِ

“Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan: [1] Bertemunya dua pasukan, [2] Menjelang solat dilaksanakan, dan [3] Sewaktu hujan turun.” (Dikeluarkan oleh Imam Syafie dalam Al Umm dan Al Baihaqi dalam Al Ma ‘rifah dari Makhul secara mursal. Disahihkan oleh Syaikh Al Albani, lihat hadis no. 1026 pada Shohihul Jami’)

.

Begitu juga terdapat hadits dari Sahl bin Saad, beliau berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ثِنْتَانِ لا تُرَدَّانِ، أَوْ قَالَ: مَا تُرَدَّانِ، الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ، وَعِنْدَ الْبَأْسِ، حِينَ يَلْتَحِمَ بَعْضُهُ بَعْضًا وَفِي رِوَايَة : ” وَتَحْتَ المَطَر ”

“Dua orang yang tidak ditolak doanya adalah: [1] ketika azan dan [2] ketika rapatnya barisan pada waktu perang.” Dalam riwayat lain disebutkan, “Dan ketika hujan turun.” (HR. Abu Daud dan Ad Darimi, namun ad Darimi tidak menyebut, “Dan ketika hujan turun.” Dikatakan sahih oleh Syaikh Al Albani. Misykatul Mashobih)


Mensyukuri Nikmat Turunnya Hujan

Apabila Allah SWT memberi nikmat dengan diturunkannya hujan, dianjurkan bagi seorang muslim untuk membaca doa berikut;

.

.

Itulah yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ucapkan ketika melihat hujan turun. Hal ini berdasarkan hadis dari Ummul Mukminin, Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam tatkala melihat hujan turun, Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam mengucapkan ‘Allahumma shoyyiban nafi’an’. (HR. Bukhari, Ahmad, dan An Nasai).

.

Yang dimaksud ‘shoyyiban’ adalah hujan. (Al Jami ‘Liahkamish Sholah, 3/113, Maktabah Syamilah dan Zaadul Ma’ad, I/439, Maktabah Syamilah)

.

.
Mengambil Berkah dari Air Hujan

.

Anas radhiyallahu ‘anhu berkata, “Kami bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah kehujanan. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyingkap bajunya hingga disirami hujan. Kemudian kami mengatakan, “Ya Rasulullah, mengapa engkau melakukan demikian?”

Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لأَنَّهُ حَدِيثُ عَهْدٍ بِرَبِّهِ تَعَالَى

“Kerana dia baru sahaja Allah ciptakan.” (HR. Muslim no. 2120)

.

An Nawawi dalam Syarh Muslim, 6/195, makna hadis ini adalah bahawasanya hujan itu rahmat iaitu rahmat yang baru saja diciptakan oleh Allah SWT, maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertabaruk (mengambil berkat) dari hujan tersebut. Kemudian An Nawawi mengatakan, “Dalam hadis ini terdapat dalil bagi ulama syafi’iyyah tentang dianjurkannya menyingkap sebahagian badan (selain aurat) pada awal turunnya hujan, agar disirami air hujan tersebut. Dan mereka juga berdalil bahawa seseorang yang tidak memiliki keutamaan, apabila melihat orang yang lebih mulia melakukan sesuatu yang dia tidak ketahui, hendaknya dia menanyakan untuk diajar lalu dia mengamalkannya dan mengajarkannya pada yang lain.” (Syarh Nawawi ‘ala Muslim, 6/195 , Maktabah Syamilah)

.

.
Dianjurkan Berwudhu dari Air Hujan

.

Dianjurkan untuk berwudhu dari air hujan apabila airnya mengalir deras. (Al Mughni, 4/343, Maktabah Syamilah).

Dari Yazid bin Al Hadi, “Apabila air yang deras mengalir, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan,

اُخْرُجُوا بِنَا إلَى هَذَا الَّذِي جَعَلَهُ اللَّهُ طَهُورًا ، فَنَتَطَهَّرَمِنْهُ وَنَحْمَدَ اللّهَ عَلَيْهِ

“Keluarlah kamu bersama kami menuju air ini yang telah dijadikan oleh Allah sebagai alat untuk bersuci.” Kemudian kami bersuci dengan air tersebut dan memuji Allah atas nikmat ini.” (Zaadul Ma’ad, I/439, Maktabah Syamilah)

.

Namun, hadis di atas munqothi (terputus sanadnya) sebagaimana dikatakan oleh Al-Baihaqi (Irwa’ul Gholil). Hadits yang serupa adalah,

كَانَ يَقُوْلُ إِذَا سَالَ الوَادِي ” أُخْرُجُوْا بِنَا إِلَى هَذَا الَّذِي جَعَلَهُ اللهُ طَهُوْرًا فَنَتَطَهَّرُ بِهِ ”

“Apabila air mengalir di lembah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan, “Keluarlah kamu bersama kami menuju air ini yang telah dijadikan oleh Allah sebagai alat untuk bersuci.” Kemudian kami bersuci dengannya.” (HR. Muslim, Abu Daud, Al Baihaqi, dan Ahmad. Irwa’ul Gholil)

.

.
Doa Setelah Turunnya Hujan

.

.

Dari Zaid bin Khalid Al Juhani, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan Solat Subuh bersama kami di Hudaibiyah setelah hujan turun pada malam harinya. Sewaktu hendak pergi, Baginda menghadap jemaah solat, lalu mengatakan, “Apakah kamu tahu apa yang dikatakan Tuhan kamu?” Kemudian mereka mengatakan, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”

.

Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

« أَصْبَحَ مِنْ عِبَادِى مُؤْمِنٌ بِى وَكَافِرٌ فَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ. فَذَلِكَ مُؤْمِنٌ بِى وَكَافِرٌ بِالْكَوْكَبِ وَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِنَوْءِ كَذَا وَكَذَا. فَذَلِكَ كَافِرٌ بِى مُؤْمِنٌ بِالْكَوْكَبِ »

“Pada pagi hari, di antara hambaKu ada yang beriman kepadaKu dan ada yang kafir. Siapa yang mengatakan ‘Muthirna bi fadhlillahi wa rohmatih’ (Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah), maka dialah yang beriman kepadaku dan kufur terhadap bintang-bintang. Sedangkan yang mengatakan ‘Muthirna binnau kadza wa kadza’ (Kami diberi hujan kerana sebab bintang ini dan ini), maka dialah yang kufur kepadaku dan beriman pada bintang-bintang.” (HR. Muslim no. 240)

.

Dari hadis ini terdapat dalil untuk mengucapkan ‘Muthirna bi fadhlillahi wa rohmatih’ setelah turun hujan sebagai tanda syukur atas nikmat hujan yang diberikan.

.

Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin rahimahullah mengatakan, “Tidak boleh bagi seseorang menyandarkan turunnya hujan kerana sebab bintang-bintang. Hal ini boleh termasuk kufur akbar yang menyebabkan seseorang keluar dari Islam, jika meyakini bahawa bintang tersebut adalah yang menciptakan hujan. Namun kalau menganggap bintang tersebut hanya sebagai sebab, maka seperti ini termasuk kufur ashgor (kufur yang tidak menyebabkan seseorang keluar dari Islam). Ingatlah bahawa bintang tidak memberikan pengaruh terjadinya hujan. Bintang hanya sekadar waktu semata-mata.” (Kutub wa Rosa’il Lil ‘Utsaimin, 170/20, Maktabah Syamilah)

.

.
Tatkala Turunnya Hujan Lebat

.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam suatu saat pernah meminta diturunkan hujan. Kemudian apabila hujan turun begitu lebatnya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa,

اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah, turukanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-ganang, bukit-bukau, tasik lembah dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.” (HR. Bukhari no. 1013 dan 1014).

.

Oleh kerana itu, ketika turun hujan lebat sehingga ditakutkan membahayakan manusia, dianjurkan untuk berdoa;

.

.

.
Janganlah Mencela Hujan

.

Sungguh sangat disayangkan sekali, setiap orang sudah mengetahui bahawa hujan merupakan kenikmatan dari Allah SWT. Namun, ketika hujan dirasa mengganggu aktiviti, timbullah kata-kata celaan dari seorang muslim seperti ‘Aduh!! hujan lagi, hujan lagi ‘.

.

Sungguh, kata-kata seperti ini tidak ada manfaatnya sama sekali dan tentu saja akan masuk dalam catatan amal yang buruk kerana Allah berfirman:
مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ ﴿١٨﴾

 “Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (QS. Qaaf [50]: 18)

.

Bahkan kata-kata seperti ini boleh termasuk kesyirikan sebagaimana seseorang mencela makhluk yang tidak dapat berbuat apa-apa seperti masa (waktu). Hal ini dapat dilihat pada sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Allah Ta’ala berfirman, ‘Manusia menyakiti Aku; dia mencaci maki masa (waktu), padahal Aku adalah pemilik dan pengatur masa, Aku-lah yang menetapkan malam dan siang menjadi silih berganti.’“ (HR. Bukhari dan Muslim). .

.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda, “Janganlah kamu mencaci maki angin.” (HR. Tirmidzi, beliau mengatakan hasan shohih)

.

Dari dalil di atas terlihat bahawa mencaci maki masa (waktu), angin dan makhluk lain yang tidak dapat berbuat apa-apa, termasuk juga hujan adalah dilarang. Larangan ini boleh termasuk syirik akbar (syirik yang mengeluarkan seseorang dari Islam) jika diyakini makhluk tersebut sebagai pelaku dari sesuatu yang buruk yang terjadi. Meyakini demikian bererti meyakini bahawa makhluk tersebut yang menjadikan baik dan buruk dan ini sama sahaja dengan menyatakan ada pencipta selain Allah SWT. Namun, jika diyakini yang mentakdirkan adalah Allah SWT sedangkan makhluk-makhluk tersebut bukan pelaku dan hanya sebagai sebab saja, maka seperti ini hukumnya haram, tidak sampai tahap syirik. Dan apabila yang dimaksudkan cuma sekadar pemberitaan, seperti mengatakan, “Hari ini hujan lebat, sehingga kita tidak boleh berangkat ke masjid untuk solat”, tanpa ada tujuan mencela sama sekali maka seperti ini tidaklah mengapa. (Mutiara Faedah Kitab Tauhid, 227-231)

.

Semoga Allah SWT menjaga dan melindungi kita dari sikap banyak mengeluh dan mencela. Mudah-mudahan kita sentiasa banyak bersyukur kepada-Nya atas kurniaan nikmat hujan ini dan memberi keinsafan serta kesempatan menggali ilmu yang bermanfaat darinya.

.

.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه




Sunday, 24 February 2013

♥ PERKARA YANG DAPAT MERUSAK AMAL-AMAL BAIK ♥




Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

1. Al istighlal bi’uyubil kholqi (sibuk dengan aib orang lain) sehingga lupa pada aib sendiri. Semut di seberang kelihatan sedang gajah di pelupuk mata tidak kelihatan.

2. Qaswatul qulub (hati yang keras) -  Kerasnya hati terkadang lebih keras dari batu karang. Sulit menerima nasihat.

3. Hubbun dunya (cinta mati terhadap dunia) - Merasa hidupnya hanya di dunia saja maka segala aktifitasnya tertuju pada kenikmatan dunia sehingga lupa akan hari esok di akhirat.

4. Qillatul haya’(sedikit rasa malunya) - Jika seseorang telah kehilangan rasa malu maka akan melakukan apa saja tanpa takut dosa.

5. Thulul amal (panjang angan-angan) - Merasa hidupnya masih lama di dunia ini sehingga enggan
untuk taubat.

6. Dhulmun la yantahi (kezhaliman yang tak pernah berhenti)  - Perbuatan maksiat itu biasanya membuat kecanduan bagi pelakunya jika tidak segera taubat dan berhenti maka sulit untuk meninggalkan kemaksiatan tsb.

Mudah2an kita semua dijauhkan dari 6 perkara ini sehingga tetap istiqomah dalam ketaqwaan..

AMIN YA RABBI ALAMIN... 

" 7 RAHASIA AGAR ALLAH SEGERA MEMPERTEMUKAN DENGAN JODOH TERBAIK MU "



" 7 RAHASIA AGAR ALLAH SEGERA MEMPERTEMUKAN DENGAN JODOH TERBAIK MU "

❥ Ketika jodoh gak datang-datang,Apa masalahnya??

❥ Inilah 7 rahasia yang semoga jadi upaya hadirnya pertolongan ALLAH..

❥ 1. JANGAN-JANGAN ADA DOSA YANG SELAMA INI JADI PENGHALANG HADIR NYA JODOH :

❥ Sehingga sebelum dosa itu ditaubati,ALLAH bakal nutup rapat2 pintu jodoh..

❥ Maka langkah awal,ingat-ingat semua dosa,sesali,tangisi,Istighfari & janji jangan ulangi dosa itu lagi..

❥ Taubat sebener2nya tobat..

❥ 2. DIAM-DIAM DO'A KAN SAHABAT MU AGAR DI PERTEMUKAN JODOH NYA :

❥ Do'a mukmin bagi saudaranya secara diam-diam,akan di Aamiini malaikat & mantul ke kita..

❥ 3. MINTA DO'A2 ORANG KERAMAT (ORANG TUA) :

❥ Kalo ortu sudah nangis dalam tahajudnya buat do'a kan anaknya,maka tinggal nunggu terkabulnya..

❥ 4. TERUSLAH BERDO'A :

❥ "Rabbii laa tadzarnii..

❥ " (Ya ALLAH,jangan biarkan aku sendiri) "

❥ Dan dengan Do'a2 yang berkaitan dengan Jodoh Dari Al-Qur'an,Hadits atau Tuntunan para 'Ulama..

❥ Kalo gak ngadu ke ALLAH,mau ke siapa lagi? Sambil nangis..

❥ 5. PERBAIKI DIRI :

❥ ALLAH akan ngasih jodoh baik bagi orang yang baik..

❥ Agar jodohmu baik,maka ALLAH gak bakal nemuin sebelum kau perbaiki diri..

❥ 6. SEDEKAH :

❥ Kalau ini mah udah gak usah ditanya lagi faedahnya,Segala masalah tuntas dengan sedekah yang ikhlas Segala hajat bakal terkabul..

❥ 7. IKHTIAR DAN TAWAKAL:

❥ Upaya yang ngotot,habis itu serahin pada-NYA..

❥ Usaha sebisa-bisanya,berserah sepasrah-pasrahnya,ALLAH yang Maha Menakdirkan..

❥ Insya ALLAH dengan 7 rahasia tersebut,ALLAH akan mempermudah jalan menuju pertemuan agung itu,Insya ALLAH..

❥ Aamiin Yaa Rabbal'alamiin..

Friday, 22 February 2013

'' BERBURUK SANGKA PENGHANCUR KEJERNIHAN HATI DAN FIKIRAN ''



❥ Buruk sangka…
Siapa yang tak mengenal dan tak pernah merasakan yang namanya buruk sangka?
Ia adalah salah satu jenis penyakit hati yang sering dianggap remeh oleh hampir sebagian insan.

❥ Ia adalah salah satu jenis penyakit hati yang mudah terbersit dalam hati dan pikiran.
Ia adalah salah satu jenis penyakit hati yang mudah tersulut karena kebencian dan kedengkian.
Ia adalah salah satu jenis penyakit hati yang bisa memicu ahlak buruk lainnya seperti ghibah, fitnah dan namimah.

❥ Buruk sangka…
Ia ibarat rayap yang siap merobohkan sebuah bangunan kayu yang kokoh sekalipun.
Ia ibarat virus yang meracuni darah dan siap mematikan fungsi organ tubuh yang lainnya.
Ia ibarat hama yang siap membuat padi menjadi rapuh dan kehilangan isinya.

❥ Perlahan tapi pasti, ia akan menjadi penghancur hati yang sangat membinasakan.
Perlahan tapi pasti, ia akan memadamkan cahaya hati yang begitu susah untuk meraihnya.
Perlahan tapi pasti, ia akan membawa hati seorang insan menuju kebinasaan dan kesesatan.

❥ Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah oleh kalian kebanyakan dari persangkaan (zhan) karena sesungguhnya sebagian dari persangkaan itu merupakan dosa. (QS. Al-Hujurat : 12)

❥ Al-Hafizh Ibnu Katsir rakhimahullahu berkata :
Allah ‘Azza wa Jalla berfirman melarang hamba-hamba-Nya dari banyak persangkaan, yaitu menuduh dan menganggap khianat kepada keluarga, kerabat dan orang lain tidak pada tempatnya. Karena sebagian dari persangkaan itu adalah dosa yang murni, maka jauhilah kebanyakan dari persangkaan tersebut dalam rangka kehati-hatian. Kami meriwayatkan dari Amirul Mukminin Umar ibnul Khaththab radhiyallahu anhu beliau berkata, Janganlah sekali-kali engkau berprasangka kecuali kebaikan terhadap satu kata yang keluar dari saudaramu yang mukmin, jika memang engkau dapati kemungkinan kebaikan pada kata tersebut. (Tafsir Ibnu Katsir, 7/291) ....


❥ " Silahkan Berbagi dengan Sahabat yang lain sekiranya Bermanfa'at Semoga Bermanfaat
Untuk kita Bersama,Aamiin '' ❥

✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽



Thursday, 21 February 2013

Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara




Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :

Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
Hidupmu sebelum datang kematianmu.”
(HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya, dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-Muslim. Hadits ini dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir)

Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, maksudnya: “Lakukanlah ketaatan ketika dalam kondisi kuat untuk beramal (yaitu di waktu muda), sebelum datang masa tua renta.”

Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu, maksudnya: “Beramallah di waktu sehat, sebelum datang waktu yang menghalangi untuk beramal seperti di waktu sakit.”

Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu, maksudnya: “Manfaatklah kesempatan (waktu luangmu) di dunia ini sebelum datang waktu sibukmu di akhirat nanti. Dan awal kehidupan akhirat adalah di alam kubur.”

Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, maksudnya: ”Bersedekahlah dengan kelebihan hartamu sebelum datang bencana yang dapat merusak harta tersebut, sehingga akhirnya engkau menjadi fakir di dunia maupun akhirat.”

Hidupmu sebelum datang kematianmu, maksudnya: “Lakukanlah sesuatu yang manfaat untuk kehidupan sesudah matimu, karena siapa pun yang mati, maka akan terputus amalannya.”

Wednesday, 20 February 2013

::. MEMELIHARA KEMULIAAN AKHLAQ .::




Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Akhlak mulia adalah bagian yang tak terpisahkan dari ajaran Islam. Abu Hurairah ra berkata bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Kemuliaan seseorang ada pada agamanya, kehormatannya ada pada akalnya dan keagungannya ada pada akhlaknya.” (HR Ahmad, al-Hakim dan ath-Thabrani).

Bahkan membentuk dan menyempurnakan akhlak mulia adalah salah satu misi utama Rasulullah SAW diutus ke dunia. Rasulullah SAW sendiri yang menyatakan demikian, sebagaimana dinyatakan oleh Abu Hurairah ra, “Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak.” (HR al-Bukhari dan Muslim).

Karena itu, wajar jika akhlak mulia adalah salah satu yang disukai Allah SWT. Sebaliknya, akhlak yang buruk adalah perkara yang dibenci Allah SWT. Dalam hal ini, Amir bin Said bin Abi Waqash ra dari bapaknya berkata, bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah itu Mahamulia yang menyukai kemuliaan; Allah itu Mahamurah yang mencintai kemurahan dan kemuliaan akhlak serta membenci keburukan akhlak.” (HR al-Hakim dan al-Baihaqi).

Inilah pula yang menjadi alasan Rasulullah SAW selalu memanjatkan doa kepada Allah SWT agar menunjukkan kepada beliau akhlak mulia. Demikianlah sebagaimana kata Ali bin Abi Thalib ra. bahwa Rasulullah saw. pernah memohon dalam salah satu doanya, “Ya Allah, tunjukilah aku pada akhlak yang paling mulia, karena sesungguhnya tidak ada yang bisa menunjuki aku pada akhlak yang paling mulia kecuali Engkau, dan palingkanlah aku dari akhlak yang buruk, dan tidak ada yang bisa menghindarkan aku dari akhlak yang buruk kecuali Engkau.” (HR Ahmad).

Akhlak mulia adalah salah satu amalan atau sifat orang Mukmin yang bakal menjadi penduduk surga. Demikianlah menurut sabda Rasulullah SAW, sebagaimana dituturkan oleh Anas bin Malik ra. “Sesungguhnya kemuliaan akhlak adalah bagian dari amalan penduduk surga.” (HR Ibn Abi Dunya’).

Rasulullah SAW memberi kita contoh di antara akhlak mulia yang harus kita miliki sebagaimana yang beliau ajarkan kepada Uqbah bin Amir ra, “Wahai Uqbah, maukah engkau aku beritahu akhlak yang paling mulia dari penduduk dunia dan akhirat? Yaitu engkau menyambungkan silaturahmi dengan orang yang memutuskannya; engkau memberi kepada orang yang tak pernah memberi kepadamu; dan engkau memaafkan orang yang telah menzalimi kamu.” (HR Al-Hakim dan ath-Thabrani).

Perbuatan akhlak di atas bahkan dengan kualitas keimanan seorang Muslim. Beliau bersabda sebagaimana dituturkan oleh Abu Hurairah ra, “Tidaklah seorang hamba dapat meraih keimanan yang benar hingga ia menyambungkan hubungan silaturahmi dengan orang yang memutuskannya, memaafkan orang yang menzalimi dirinya, mengampuni orang yang mencelanya dan berbuat baik kepada orang yang berbuat buruk kepada dirinya.” (HR Ibn Abi Dunya’).

Wajarlah jika perbuatan akhlak di atas di atas dapat meringankan hisab Allah SWT atas manusia di akhirat kelak. Dalam hal ini, Abu Hurairah ra berkata bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Ada tiga perkara yang siapapun memilikinya maka Allah akan menghisab dirinya dengan penghisaban yang mudah dan ringan serta memasukkan dirinya ke dalam surga-Nya dengan rahma-Nya, yaitu: engkau memberi kepada orang yang tidak pernah memberi kepadamu; engkau memaafkan orang yang telah menzalimimu; dan engkau menyambungkan hubungan silaturahmi dengan orang yang memutuskannya.” (HR Al-Hakim, al-Baihaqi dan ath-Thabrani).

Namun demikian, pada akhirnya, akhlak mulia tetaplah merupakan buah dari ketakwaan seorang Muslim kepada Allah SWT. Orang bertakwalah—tentu dengan akhlak mulianya—yang paling mulia di hadapan Allah SWT. Dalam hal ini, Abu Hurairah ra. berkata bahwa Rasullah SAW pernah ditanya, “Siapa manusia termulia.” Beliau menjawab, “Orang yang paling bertakwa.” (HR Ibn Abi Dunya’).

Hanya dengan takwa itulah manusia bisa meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang dituturkan oleh Ibn Abbas ra, “Siapa saja yang kebahagiaannya adalah menjadi orang yang paling mulia, hendaklah ia bertakwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Siapa saja yang kebahagiaannya adalah menjadi orang yang paling kuat, hendaklah ia bertawakal kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Siapa saja yang kebahagiaannya adalah menjadi orang yang paling kaya, hendaklah ia lebih meyakini apa yang ada di sisi Allah SWT lebih daripada apa yang ada pada dirinya sendiri.” (HR Al-Baihaqi).

Maka dari itu, wajar jika ketakwaan menjadi pilihan orang-orang yang cerdas dan mulia. Dalam hal ini, Ibn Umar ra suatu ketika pernah mendatangi Rasulullah SAW Lalu datang seseorang dari kalangan Anshar kepada beliau dan bertanya, “Wahai Rasulullah, siapa orang yang paling cerdas dan paling mulia?” Beliau menjawab, “Dia yang paling banyak mengingat mati, paling keras usahanya dalam mempersiapkan bekal menghadapi kematian. Itulah orang yang paling cerdas. Mereka pergi dengan membawa kehormatan dunia dan kemuliaan akhirat.” (HR Ibn Abu Dunya’). (Ibn Abi ad-Dunya’, Makarim al-Ikhlaq, Maktabah Syamilah).

Karena itu, mari kita senantiasa memelihara kemuliaan akhlak kita. Wa ma tawfiqi illa bilLah..